Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN PROJEK NAMA PELAJAR : TAJUK PROGRAM : PISMP ambilan

januari 2012 TESL1/ TESL2/ BT KOD DAN NAMA KURSUS : ELM 3103: Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Semester: 5

TARIKH MULA

17 Februari 2014

TARIKH HANTAR

17 Mac 2014

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Membina instrumen dan item pentaksiran secara formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral. 2. Menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral. 3. Mendapat gambaran skop pengurusan matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah. 4. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2 Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menjelaskan pentaksiran formal dan tidak formal dalam KBSR.. 2. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 3. Membina instrumen pentaksiran formal dan tidak formal. 4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan. Tugasan Projek (100%) Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penilaian tentang produk sesuatu proses pendidikan. Keberkesanan sesuatu proses pendidikan dapat diuji melalui pentaksiran formal dan tidak formal. Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki :

1. Menulis esei lengkap mengenai pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral KBSR. 2. Membuat banding beza antara pentaksiran formal KBSR dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR menggunakan borang pengurusan grafik Peta Buih Berganda (iTHINK). 3.Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pendidikan Moral Tahun 5/6 bagi penyediaan soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun. 4.Membina instrumen pentaksiran formal dan tidak formal seperti berikut: i. Objektif (soalan mestilah mengikut aras Taksonomi Bloom iaitu sebanyak 3 soalan). ii. Subjektif ( 3 soalan) iii. Temubual (5 soalan) iv. Senarai semak pemerhatian (5 item) 5. Menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan refleksi ini mestilah menunjukkan kefahaman anda menganalisis pengalaman yang dilalui bagi menyiapkan tugasan projek ini.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini ialah tugasan individu. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini. 3.2 Font Arial. 3.3 Saiz huruf - 11 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA style). 4. Panjang esei adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat. 5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50 %. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

3. 4. 5.

Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan. Disemak oleh, Disahkan oleh, (HEGRETUL AL-AMIN SAHBUDIN) Ketua Unit Moral (SME)

Disediakan oleh, (Dr. ABD. SHATAR CHE ABD. RAHMAN) Pensyarah Cemerlang

Disahkan oleh, (JAMALUDDIN ADAM) Ketua Jabatan JAPIM

Anda mungkin juga menyukai