Anda di halaman 1dari 9

Perjuangan Dai Dalam Kumpulan

Pengalaman menjalankan gerak kerja dakwah secara berkumpulan merupakan suatu yang amat menyeronokkan dan mengajarkanku seribu satu pengalaman yang membawa jutaan erti. Peluang dakwah yang terbentang didepan mata pasti tidak akan saya sia-siakan lebih-lebih lagi dijalankan bersama-sama dengan saudara segamaku di dalam kumpulan yang ditubuhkan. Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud apabila seseorang kamu melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan kamu (kuasa) jika tidak mampu ubahlah dengan lisan kamu, jika tidak juga mampu maka ubahlah dengan hati kamu, itulah selemah-lemah iman. Memulakan madah tentang pengalaman berdakwah di dalam kumpulan dalam episod kehidupan, suka dan duka, susah dan senang untuk saya kongsikan legasi dakwah ini merupakan suatu bidang yang sangat saya perhatikan dan seumpama menjadi darah daging dalam hidup. Dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat mementingkan karenah agama dan syariat pastilah medan juang dakwah antara menu utama santapan kehidupan kami. Ayah dan mak sememangnya sedari kecil teramat menitik beratkan hal-hal agama. Semenjak dari bangku sekolah menengah saya dijinak-jinakkan dengan program-program yang berkaitan dengan agama. Seawalnya ketika di usia menengah agama lagi, saya dilantik menjadi ahli jawatankuasa Badan Dakwah dan Kepimpinan Islam (BALKIS). Di situ saya telah dilatih dan

dipertanggungjawabkan mengurus pelbagai program dan aktiviti-aktiviti berunsurkan dakwah dan islami. Memulakan peranan dalam berjawatan sejak di bangku sekolah lagi

telah memulakan sedikit demi sedikit peranan dan pengalaman dalam merngenai erti apakah yang di maksudkan dengan dakwah itu sendiri. Walaupun maksudnya begitu luas tetapi matlamatnya adalah sama di dalam merubah sesuatu kepada sesuatu yang lebih baik dan diredhai. Penganjuran Malam Penghayatan Islam merupakan aktiviti wajib yang dirangka jawatankuasa BALKIS kepada setiap tingkatan. Ianya sedikit sebanyak memberikan saya pengalaman bersama-sama dengan kawan-kawan di dalam merangka, mengatur dan memimpin orang lain ke jalan yang lebih bermanfaat. Dari aktiviti Malam Penghayatan Islam ini, saya diajar memupuk minat para peserta melazimi qiamullail, membaca Al-Quran, melazimi doa-doa mathurat, solat-solat sunat, kesedaran tentang aurat, erti hidup sebagai hamba Allah SWT dan lain-lain asas tentang fardhu ain serta hukum hakam yang disyariatkan oleh Allah SWT. Saya juga ditaklifkan memegang usrah yang terdiri daripada adik-adik tingkatan satu. Usrah merupakan peluang dakwah yang sangat efektif untuk diprakatikkan. Dari situ, banyak peluang yang dapat saya manfaatkan samada dari segi memberi mahupun menerima. Perkongsian dari pelbagai bab dan bidang seumpama akidah, ibadah, akhlak, isu-isu semasa dan sebagainya diperbincangkan. Kekreatifan pembimbing usrah yakni naqib dan naqibah sebagai daie dalam membimbing usrah antara titik kejayaan sesebuah usrah dihadam dan diaplikasikan oleh madu. Selain dari dakwah formal di sekolah, saya juga terlibat dengan gerakan dakwah di luar sekolah. Setiap hujung minggu dan cuti umum persekolahan saya dan beberapa orang rakan yang lain membantu masjid yang terletak berhampiran dengan sekolah mengajar al-Quran dan fardhu ain kepada anak-anak kecil di kampung tersebut. Kesungguhan ahli rakan masjid menyebarkan dakwah kepada masyarakat setempat menerujakan saya untuk
2

bersama mereka. Pendekatan dakwah kepada si cilik sangat berbeza berbanding pendekatan madu yang lain. Layanan yang harus diberikan dan karenah yang harus dihadapi membuka peluang kepada saya belajar ilmu kepelbagaian madu secara tidak lansung memberi serba sedikit persediaan awal untuk mendidik anak-anak. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya maka mendidik anak-anak terutamanya tentang ilmu-ilmu agama haruslah bermula dari kecil. Walaupun susah dan senang, pahit dan manis bersama kawan-kawan yang lain, namun sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan ini dalam mendidik dan membantu anak bangsa dan agama kita sendiri. Disamping mengajar saya juga turut terlibat dengan program-program kerajaan negeri sebagai sukarelawan. Antara program terbesar yang saya dan kawan-kawan sertai dan masih segar di ingatan serta memberi kesan yang mendalam ialah Karnival al-Quran dan Sains. Hampir seminggu saya berkampung disitu ditugaskan untuk membantu di unit penerangan. Kehebatan dan keajaiban al-Quran yang mana wujudnya lebih 1400 tahun dahulu sangat menakjubkan saya tatkala secara jelas dapat membuktikan keterkinian ilmu sains yang telah dikaji para saintis abad ini. Inilah antara kalam dakwah yang sangat bermakna apabila saya ditugaskan untuk bercerita dan memberi penerangan tentang kemukjizatan terbesar dari Allah ini kepada para pengunjung karnival tersebut. Tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberikan saya peluang rehat untuk jangka masa yang agak lama. Terkesan dari kata-kata seorang guru, tiada istilah rehat yang berpanjangan bagi sang daie di dunia ini kerana kerehata n yang abadi hanyalah di syurga. Saya memanfaatkan sepenuhnya cuti yang hampir 4 bulan itu dengan mewakafkan diri untuk gerak kerja dakwah bersama kawan-kawan saya.
3

Setiap pagi anak-anak kampung akan datang kerumah untuk belajar mengaji al-Quran. Pada hujung minggu selepas asar pula, jawatankuasa masjid meminta bantuan saya mengajar kelas fardhu ain juga untuk anak-anak kampung di masjid berhadapan dengan rumah saya. Sedikit sebanyak ilmu yang ada saling dikongsi dan dipelajari. Begitulah rutin saya dan kawan-kawan sekampung memenuhi masa yang ada bagi menjalankan tanggungjawab yang diperlukan diketika itu. Sementara menunggu panggilan Institut pengajian Tinggi (IPT), saya juga tidak lupa untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan saya di dalam mencari ilmu bagi membekalkan untuk pengajian saya di masa hadapan. Saya dan beberapa orang rakan juga menghadiri kelas bahasa Inggeris dalam memantapkan dan mempelbagaikan cabang ilmu sepertimana yang dituntut oleh Rasulullah SAW. Dengan menghadiri kelas tersebut kefahaman dan cabang ilmu yang diperolehi menjadi bekalan saya dikemudian hari. Selain itu juga, saya dan rakan-rakan telah menerima tawaran oleh pihak sekolah menengah dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk menyertai dan mengikuti ekspedisi Daie Muda ke perkampungan orang asli di Gerik, Perak. Ekspedisi yang menarik dan penuh cabaran ini memperkenalkan kami dengan madu yang baru dan sangat istimewa. Sebuah kampung yang letaknya jauh dipedalaman merupakan sebuah perkampungan orang asli yang telah beberapa kali dijejaki oleh wakil-wakil agama seperti Kristian dan Islam. Alhamdulillah lebih separuh dari penduduk kampung telah melafazkan Syahadah . Misi utama kami menjejakkan kaki kesana pastinya untuk menyebarkan agama Islam buat warga penduduk setempat. Sesampainya disana kami para daie muda diberikan keluarga angkat masing-masing. Saya dan seorang rakan sungguh bertuah menjadi anak angkat kepada penghulu
4

kampung tersebut yang dikenali dengan tok batin. Mempunyai keluarga angkat yang cukup meriah dengan penghuni rumah seramai 15 orang merupakan suatu yang sangat menyeronokkan. Kami ditugaskan untuk mengajarkan asas-asas Islam dan fardhu ain kepada keluarga angkat masing-masing. Sambutan yang sangat baik memudahkan kerja-kerja kami dan pelbagai cara pendekatan dakwah yang digunakan untuk menyampaikan Islam kepada warga orang asli ini termasuklah dengan belajar cara hidup mereka, memanjat bukit, mengikut mereka bekerja bercucuk tanam, bersukan dan sebagainya. Dan apa yang sangat memberi kesan yang sangat mendalam kepada kami tatkala dapat mengislamkan beberapa warga penduduk disana. Deraian air mata tidak disedari turun tatkala mereka melafazkan kalimah agung lailaha illallah, Muhammadu rasulullah. Maha Suci Allah bertambah lagi bilangan saudara kita.

Namun begitu terdapat juga pengalaman yang pahit terpaksa kami tempuhi ketika mana menjalankan dakwah tersebut. Bagi penduduk yang telahpun beragama Kristian kami di cerca dan tidak begitu disukai oleh kumpulan tersebut. Hati saya menjadi risau dan agak gementar kerana ianya merupakan pengalaman yang baru bagi saya semasa menyertai aktiviti tersebut. Namun semuanya dapat dipermudahkan dengan izinNya dan juga hasil bimbingan daripada sahabat-sahabat saya yang lebih berpengalaman di dalam menjalankan urusan tersebut. Kaedah dan cara merupakan strategi yang paling bijak di dalam kita menyelesaikan sesuatu perkara. Hal ini telah diberikan panduan kepada saya oleh senior-senior yang lebih berpengalaman di dalam menjalankan dakwah. Ekspedisi ini tidak berakhir begitu sahaja, malah kami telah meneruskan agenda ini kepada siri-siri yang seterusnya dan walaupun saya sudah meninggalkan

misi tersebut kerana untuk meneruskan perjuangan untuk mencari ilmu di peringkat lebih tinggi lagi. Pengembaraan saya sebagai daie semakin menyeronokkan apabila diri ini melangkah ke bandaraya bersejarah ini. Menjejakkan kaki ke bandaraya ini membawa suatu perubahan pada diri saya. Niat yang terpendam begitu lama direalisasikan disini. Cabaran dan ujian pastinya tidak lari dalam fasa perubahan menjadi lebih baik, itulah hakikatnya. Gerak kerja dakwah yang biasa saya lakukan sebelum-sebelum ini seperti usrah, majlis-majlis ilmu, riadhah dan ziarah tetap saya jalankan seperti biasa malah mendapat sambutan yang lebih baik. Di sini saya ditempatkan di kolej kediaman dan sekali lagi dilantik sebagai jawatankuasa Balai Islam kolej selain jawatankuasa Asasi dibawah exco kerohanian. Ianya makin melicinkan serta memudahkan gerak kerja menyeru kemakrufan dan meninggalkan kemungkaran ini. Setiap kali adanya sambutan perayaan kebangsaan pada ketika itu seperti Hari Merdeka, Hari Malaysia, Tahun Baru dan hari memperingati kekasih ( Valentines Day ), Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) akan menganjurkan ekspedisi dakwah ke kota-kota besar di sekitar Kuala Lumpur. Antara yang paling segar di ingatan saya adalah ketika ekspidisi dakwah sempena sambutan malam kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur iaitu sebuah bandaraya yang bertaraf metropolitan. Pelbagai kehidupan dan ragam manusia yang dapat dilihat disini. Keadaan sebuah bandaraya yang bertaraf metropolitan ini amatlah takut bagi seseorang yang baru dan amat mudah bagi seseorang yang sudah biasa dengan kehidupan dan keadaan disini. Namun, melalui kumpulan atau persatuan yang dianggotai kami ditugaskan mengedar risalah berunsurkan jauhi maksiat dan hindari gejala tidak sihat serta sedikit makanan
6

ringan kepada orang ramai disana. Pelbagai gelagat dan ragam manusia dapat disaksikan semasa ekspidisi ini, anak-anak muda berkeliaran, geng-geng black metal, punk, golongan mak nyah, gay dan lesbian, pasangan-pasangan yang bercinta serta tidak kurang keluarga turut bersama menantikan ambang merdeka. Pelbagai rentak dan gaya dapat dilihat di sini melalui perhimpunan yang diadakan.Kami juga dikehendaki mencari beberapa madu sebagai sasaran dakwah tanpa putus. Kejadian yang sangat menyentuh hati saya dimana berkenalan dengan seorang remaja beberapa tahun lebih muda dari saya dan hanya menjual air di kaki lima dikawasan tersebut. Beliau seorang yang sangat bergaya dengan penampilannya tapi agak menyimpang dari landasan agama. Agak lama kami berbual dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dan tidak disangka pertemuan yang sementara itu mengeratkan persahabatan diantara kami. Sangat menyentuh hati saya apabila dia meluahkan rasa ingin berubah dan sangat gembira melihat insan-insan seperti kami. Dan perpisahan kami pada malam itu diakhiri dengan pelukan dan tangisan yang syahdu. Sedetik bersama meninggalkan kesan ukhuwwah yang sangat mendalam. Namun hubungan kami tidak teputus disitu, saya terus menghubunginya pada hari-hari kemudiannya. Benar kata murabbiah saya, lihatlah setiap madu dihadapan kita dengan pandangan kasih sayang dan alhamdulillah perubahan demi perubahan makin dirasai dan dapat dilihat melalui tingkahlaku beliau sehinggakan beliau telah menyertai kami. Bersempena dengan sambutan Maulidurasul pada tahun itu, melalui persatuan kami merancang untuk melakukan beberapa aktiviti bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai sikap Rasulullah SAW serta memperingati tentang sirah yang dibawa oleh baginda. Namun tatkala keseronokan yang di tempuhi oleh kami, cemuhan dan
7

pelbagai ejekan turut diterima oleh kami. Ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang. Setiap kegagalan adalah pengalaman bagi saya dan rakan-rakan. Ianya dan mempelajari serta memperoleh ilmu yang baru bagi kami serta dapat memperbaiki tentang kelemahan tersebut. Selain dari aktiviti-aktiviti dakwah anjuran pertubuhan mahasiswa, saya juga menyertai NGO Islamic Information and Services Foundation (IIS) dan Saba Islamic media berpusat di Titiwangsa. NGO ini merupakan pertubuhan yang menjalankan kerja dakwah kepada non-muslim. Banyak aktiviti-aktiviti dakwah yang kami jalankan dan yang utamanya adalah Street Dakwah yang diadakan setiap bulan di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Street Dakwah ini menampilkan kami berkongsi tentang Islam khususnya kepada non-muslim di luar sana. Semestinyalah sebelum melakukan agenda ini, kami diberikan didikan dan latihan untuk berhadapan dengan mereka-mereka ini. Ilmu perbandingan agama akan diajar kepada para sukarelawan didalam kelas untuk dipraktikkan di lapangan melalui rakan-rakan yang lebih berpengalaman. Di zaman ICT dunia serba canggih dan berteknologi ini, saya dan rakan-rakan persatuan kolej juga tidak ketinggalan menyemarakkan dunia dakwah di alam maya. Sebenarnya pelbagai cadabg dakwah dapat disampaikan oleh sesiapa sahaja pun samada melalui lisan, media massa, teknologi ICT dan pelbagai lagi. Namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil atau alasan untuk dikatakan tidak dalam

memanjangkan syariat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada semua hambahambanya. Pada hakikatnya kita sering alpa dan leka di dalam mengejar kehidupan duniawi tanpa menghiraukan urusan ukhrawi. Hidup hanyalah sementara dan kita sebagai hambaNya hanyalah menumpang di bumi yang bersifat sementara namun
8

hakikatnya akhiratlah dunia yang kekal abadi. Itulah serba sedikit cebisan pengalaman dakwah yang pernah saya alami bersama-sama dengan rakan-rakan dan kumpulan yang telah saya sertai. Pelbagai cabaran dan dugaan yang telah ditempuh bersama namun semuanya menjadikan pengalaman yang lebih banyak mematangkan minda dan fikiran saya. Melalui pengalamanlah akan mendewasakan kita di dalam apa perkara sekalipun. Saya menebarkan dakwah, namun dalam masa yang sama juga saya belajar seribu satu perkara. Dan inilah pembelajaran tidak formal dan tidak langsung saya dan rakan-rakan miliki. Saya berharap semoga Allah SWT istiqomahkan saya dan rakan-rakan dalam perjuangan ini. Akhir kalam, suka untuk saya berkongsi satu katakata tersebut bila diri diwaqafkan untuk perjuangan Islam, jangan sesekali berniat untuk meloloskan diri, sekali melangkah ke hadapan maka teruskan langkah itu, jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabithah perjuangan. Walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba. Derita kita adalah derita ummat terdahulu, penat kita hari ini adalah untuk generasi akan datang. Kita bukanlah yang memulakan perjuangan tetapi kita adalah rantai-rantai yang menyambung perjuangan.

Anda mungkin juga menyukai