Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Nama program : Program Hargai Ibu Bapa Anda (HIBA) Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t berfirman: Dan Kami (Allah) perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku (tempat) kembalimu. (Surah Luqman, 31). Berdasarkan dalil di atas, Program Hargai Ibu Bapa Anda (HIBA) ini dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan pelajar, belia mahupun dewasa akan kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa bertepatan dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
ii.
Melihatkan dewasa ini, ramai ibu bapa yang menjadi mangsa ketidakprihatinan anak-anak. Baik di kaca televisyen, di laman sesawang mahupun di dalam dunia realiti sendiri, ibu bapa dilihat seperti beban dan bukan lagi dilihat sebagai satu tanggungjawab dan hak yang perlu ditunaikan oleh seseorang anak terhadap ibu bapanya. Dengan terjadinya pelbagai kes penderaan anak terhadap ibu bapa, kes saman seorang anak terhadap ayahnya, kes anak derhaka kepada ibu, isu ibu bapa dihantar ke rumah jagaan orang tua dan pelbagai isu lain yang menyayat hati hanya kerana seorang anak yang tidak mengerti akan kepentingan ibu bapa dalam hidup mereka. Melakukan kebaikan kepada ibu bapa merupakan suatu perintah Allah SWT kepada setiap muslimin dan muslimat. Sebagai seorang anak, kita diingatkan agar melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa kerana ianya merupakan suatu ibadah dalam Islam. Seperti mana yang kita maklum,bahawa konsep ibadah dalam Islam adalah syumul iaitu menyeluruh, maka berbuat baik kepada ibu bapa adalah antara ibadah yang dituntut dalam Islam sekaligus kita akan dapat menjadi penyejuk mata bagi ibu bapa kita lebih-lebih lagi apabila mereka melangkah ke usia emas.
Dalam surah Al-Isra ayat 23 dan 24 yang bermaksud, Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil .
iii.
Falsafah program
Pendidikan kekeluargaan merupakan satu usaha yang berterusan dalam melahirkan insan yang sentiasa mengutamakan kewujudan ibu bapa dalam hidup mereka, memastikan diri sentiasa berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah serta sentiasa berbakti kepada ibu bapa masing-masing supaya dapat memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
iv.
Misi program
Melahirkan insan yang menyedari kewujudan ibu bapa dan sentiasa berusaha menghargai pengorbanan mereka.
v.
Objektif Program
a) Mengetahui dan menyedari siapakah diri seorang anak, ibu bapa serta jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh mereka. b) Mengenalpasti adab, tanggungjawab dan cara penjagaan ibu bapa selaras dengan dalil kewajipan terhadap mereka c) Mengenalpasti ciri-ciri anak derhaka, ibu bapa yang khilaf serta peranan seorang anak d) Mengetahui dan menyedari harapan ibu bapa dan penghargaan yang perlu diberikan kepada mereka.
vi.
Spesifikasi program
Sasaran utama program HIBA ini adalah kepada golongan pelajar, belia dan dewasa serta orang awam yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan tentang konsep kekeluargaan terutamanya kesedaran tentang konsep menghargai ibu bapa. Peserta program akan diberi beberapa slot berkaitan jasa dan pengorbanan ibu bapa, kewajipan terhadap mereka dan tanggungjawab seorang anak selain daripada hukum anak derhaka. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini bertempat di Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor mendapat kerjasama daripada Kelab Rukun Tetangga Felda Jaya, Pejabat Agama Daerah Mersing dan Persatuan kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Johor. Dengan bayaran yuran sebanyak RM 30.00 bagi setiap peserta yang dihadkan seramai 50 orang bagi setiap sesi, program ini telah mendapat tajaan bersama Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Johor dan dana daripada tabung Persatuan Ibu bapa dan Komuniti Felda Jaya, peserta juga akan diberikan kemudahan tempat tinggal dan keperluan sepanjang program berlangsung.
Pendekatan pengajaran yang digunakan dalam program ini ialah melalui kaedah kuliah, latihan dalam kumpulan dan latihan amali yang menggunakan gabungan teknik pembelajaran berasaskan masalah (PBL) dan pembelajaran koperatif (CL) dijadualkan akan memenuhi keperluan sebenar peserta program. Teknik pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem Based Learning (PBL) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah dunia sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan khususnya bagi membantu pesertapeserta dalam mempertingkatkan keupayaan menyelesaikan masalah dan pemikiran analitik dan kritis selain dari memahami kandungan yang disampaikan dalam slot-slot yang terdapat dalam program HIBA ini. Pembelajaran kooperatif (CL) pula merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan peserta yang mempunyai pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. CL menggalakkan peserta berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan.
Kemahiran generik yang releven dalam program ini yang dapat diaplikasikan oleh peserta ialah kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Kemahiran membuat keputusan pula melibatkan proses mental seperti pemikiran kreatif, kritis,penaakulan, mengurus konflik dalaman bagi membuat pilihan terhadap alternatif yang ada serta melibatkan proses membuat ramalan situasi masa hadapan. Penguasaan kemahiran membuat keputusan bertujuan memungkinkan individu membuat pilihan yang terbaik, mengelakkan individu bertindak secara terburu-buru dan menjadikan individu lebih rasional dan sabar. Kemahiran komunikasi yang menjadi salah satu daripada kemahiran generik yang akan diterapkan dalam program ini merupakan proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia.berlaku di dalam diri seseorang. Seseorang itu akan bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat. Manakala komunikasi interpersonal yang akan diterapkan dalam program ini melibatkan komunikasi antara individu. Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih ini bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu. Juga berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja. Kepentingan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebenarnya mampu mencorakkan semula cara dan gaya pemikiran serta sistem nilai masyarakat masa kini dan akan datang. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran peserta untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Dengan kata lain proses pembelajaran itu sendiri adalah proses mendapatkan, menggunakan dan menjadikan maklumat itu sebagai pengetahuan.Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan TMK dan justeru itu, penggunaan TMK dalam program ini juga menjadi semakin dominan kerana kini dikatakan berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi.
Lain Jumlah : RM 4500.00 PERBELANJAAN 1. Sewa bas 2. Sewa tempat 3. Fail Kertas 4. Kertas A4 RM 10 X 1 rim 5. Tag Nama 6. Makanan 7. Fasilitator
8. Bahan Modul
(Handout)
a) Jadual program
Slot
Fasilitator
Jumaat (3.00 5.00 Petang) (8.00 11.00 Malam) 2. Jasa Dan Pengorbanan Ibu Bapa 1. Kenali Diri Dan Ibu Bapa Anda En. Ahmad Nisfu Bin Sabran (Kaunselor SMK Mersing)
Sabtu (8.00 10.00 pagi) 3. Dalil Kewajipan Terhadap Ibu Bapa (10.30 12.30 petang) (2.00 5.00 petang) Ustaz Wan Akashah Bin Wan Azali (Imam Masjid Felda Jaya) 4. Adab Terhadap Ibu Bapa Puan Natasha Binti Nasir 5. Tanggungjawab Terhadaap Ibu Bapa (8.00 11.00 malam) (Pengerusi Rumah Kebajikan Orang Tua Daerah Mersing) 6. Cara Penjagaan Ibu Bapa
Ahad (8.00 10.00 pagi) (10.30 12.30 petang) (2.00 5.00 petang) (8.00 10.00 malam) 7. Derhaka Kepada Ibu Bapa Ustazah Siti Bahiyah Binti Bahrain 8. Ibu bapa yang Khilaf (Pendakwah Bebas)
Topik
Subtopik
Hasil Pembelajaran
1. Mengenali Diri Dan 1.1 Kenali Diri Sendiri Ibu Bapa 1.2 Kenali Ibu Bapa
Menjelaskan
siapakah
diri
Mengandung
Mengetahui dan menyedari jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh mereka.
3. Dalil
Al-Quran
Dan
Memahami
dan
menghayati
dalil kewajipan terhadap ibu bapa sama ada daripada dalil Al-Quran hadis sohih. mahupun daripada
4. Adab Terhadap Ibu 4.1 Adab Bertutur Bapa 4.2 Adab Bertingkahlaku 4.3 Hikmah Beradab Kepada Ibu Bapa
5.1 Menyediakan Tempat Tinggal Dan Kewangan 5.2 Memberi Perhatian Dan Kasih Sayang
5.3 Mendoakan
Kesejahteraan
Dan Keampunan
Penjagaaaan 6.1 Penjagaan Kesihatan 6.2 Keperluan Asas 6.3 Melindungi Aset 6.4 Melayani Karenah
Mengenalpasti cara penjagaan ibu bapa dari segi keperluan fizikal, emosi dan kesihatan
7. Derhaka Kepada Ibu 7.1 Ciri-Ciri Anak Derhaka Bapa 7.2 Hukum Dan Balasan Anak Derhaka
Mengetahui dan memahami ciriciri anak derhaka serta hukum dan balasan yang akan diterima.
8. Ibu Khilaf
Bapa
Mengenalpasti ciri-ciri ibu bapa yang khilaf dalam menjalankan tanggungjawab mereka serta
9.1 Melihat Kejayaan Anak 9.2 Berkat Solehah Anak Soleh Dan
Mengetahui
dan
memahami
harapan ibu bapa terhadap anak berkat anak yang soleh dan solehah. Menyedari dan memahami penghargaan yang perlu diberikan oleh anak terhadap ibu bapa.
b) Proforma Kursus
Halaman : 1 daripada 4
Sesi : 1/2013
Sinopsis
: Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan pelajar, belia mahupun dewasa akan kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa bertepatan dengan tuntutan agama Islam itu sendiri. Program yang melibatkan beberapa agensi lain ini juga diharapkan dapat memenuhi keperluan para peserta terutamanya dalam melengkapkan diri dengan bekalan ilmu pengetahuan duniawi dan akhirat berkaitan kekeluargaan khususnya tentang kepentingan serta keutamaan dan tanggungjawab seorang anak kepada mereka yang bergelar ibu bapa.
No 1.
Menjelaskan siapakah diri seorang anak dan siapakah ibu bapa mereka. 2. Mengetahui dan menyedari jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh mereka. 3. Memahami dan menghayati dalil kewajipan terhadap ibu bapa sama ada daripada dalil Al-Quran mahupun daripada hadis sohih.Mengaplikasikan adab bertutur dan adab bertingkahlaku terhadap ibu bapa.
Halaman : 2 daripada 4
Sesi : 1/2013
No 4. 5. 6. 7.
Course Learning Outcome Mengaplikasikan adab bertutur dan adab bertingkahlaku terhadap ibu bapa. Mengetahui hikmah beradab terhadap ibu bapa Mengetahui dan memahami tanggungjawab anak terhadap ibu bapa Mengenalpasti cara penjagaan ibu bapa dari segi keperluan fizikal, emosi dan kesihatan Mengetahui dan memahami ciri-ciri anak derhaka serta hukum dan balasan
8. 9.
yang akan diterima. Mengenalpasti ciri-ciri ibu bapa yang khilaf dalam menjalankan
tanggungjawab mereka serta peranan seorang anak 10. Mengetahui dan memahami harapan ibu bapa terhadap anak berkat anak yang soleh dan solehah. 11. Menyedari dan memahami penghargaan yang perlu diberikan oleh anak terhadap ibu bapa.
Halaman : 3 daripada 4
Sesi : 1/2013
10 8
3. Latihan amali Hasil kerja individu Perbentangan berkumpulan Total Kaedah Pengajaran Kuliah, latihan dalam kumpulan dan latihan amali Penilaian Kehadiran Kuiz Hasil Kerja Individu Amali berkumpulan Jumlah 10% 20% 30% 40% 100% 24 Jam 6
Halaman : 4 daripada 4
Sesi : 1/2013
Jadual Program
(Hari pertama)
Slot 1 Slot 2
: Mengenali Diri dan Ibu Bapa : Jasa dan Pengorbanan Ibu Bapa
(Hari kedua)
: Dalil Kewajipan Terhadap Ibu Bapa : Adab Terhadap Ibu Bapa : Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa : Cara Penjagaan Ibu Bapa
(Hari ketiga)
: Derhaka Kepada Ibu Bapa : Ibu Bapa Yang Khilaf : Harapan Ibu Bapa : Penghargaan Kepada Ibu Bapa
vii.
Sumber Manusia
Penaung Persatuan Ibu Bapa & Komuniti : Tn. Hj. Ismail Bin Zulkifli
Fasilitator
Multimedia
Dokumentasi