Anda di halaman 1dari 9

1.

Dalam kumpulan bertiga, sediakan bahan berikut dalam bentuk pengurusan grafik: Perkaitan teori pembelajaran dengan SDP Faedah SDP dalam P&P Faedah SDP dalam kehidupan seharian Kepentingan imaginasi, emosi, ekspresi dan kreativiti Pembelajaran optimum, bersepadu dan menyeronokkan Unsur-unsur kebudayaan dalam pendidikan Hasilkan 3 aktiviti irama dengan pelbagai objek dan pelbagi cara pergerakan

PERKAITAN TEORI PEMBELAJARAN DENGAN SDP 1. Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh itu, Seni dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.

Pembelajaran

secara

konstruktivisme

menggalakkan

murid

mencipta

penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini

menggalakkan murid mencari idea, membuat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi. Akhirnya, proses inkuiri akan terhasil. 2. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata

pelajaran di sekolah. Realitinya, kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung, kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapelajaran Seni dalam Pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu, ia dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan berkesan. Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dengan tajuk seven ways of knowing, perceiving and understanding life, beliau membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori ini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai: i. Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar; ii. Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan iii. Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Jenis-jenis kecerdasan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Verbal-linguistik Logik-matematik Visual-ruang Kinestetik

Muzik Interpersonal
Intrapersonal

Naturalis

3. Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini juga menekankan konsep peniruan. Ia berlaku dalam tiga bentuk yang berikut: (i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya. Di peringkat permulaan menghasil sesuatu karya, kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan berkesan sehingga murid dapat berdikari dengan

pengkaryaannya. (ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam sesuatu situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain. Contohnya, murid boleh membuat peniruan atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut bergelar artis. Amalan meniru ini dianggap suatu kerja menciplak atau plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid juga membuat kerja taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus-menerus meniru dalam semua situasi. Contohnya, walaupun kerja meniru dalam berkarya itu suatu yang ditegah dan tidak bermoral, tetapi kerana amalan ini tiada tegahan ia akan menjadi satu tabiat dan kelaziman. (iii) Peniruan elistasi. Murid terus-menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.

4. Teori Otak Kiri dan Otak Kanan Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991), otak mempunyai fungsi yang berbagai dan memerlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil. Ini penting kerana setiap insan dilahirkan dengan sekurangkurangnya tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipotensikan mengikut tumbesarannya. Teori ini menyatakan bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberi perhatian, pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang

secukupnya untuk menghindari gejala vandalisme di kalangan murid. Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata pelajaran di sekolah. Pokok persoalannya, adakah mata pelajaran yang diajar di sekolah melengkapi penyuburan kecerdasan otak seseorang murid? Rajah 1.7 menunjukkan peranan otak kanan dan otak kiri:

5.

Teori Pemprosesan Maklumat Robert M. Gagne (1975) mengemukakan teori tentang bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori ini,

rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru. Ini untuk memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Untuk itu, Gagne telah mengenal pasti lapan fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa pemahaman, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

FAEDAH SDP DALAM P&P Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata murid di sekolah menjadi lebih seronok.

Membantu anda memahami diri sendiri.

Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.

Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka , berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional.

Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

FAEDAH SDP DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk

mengekspresikan hasil kerja. Menjadikan Seni dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan. Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

KEPENTINGAN IMAGINASI, EMOSI, EKSPRESI DAN KREATIVITI 1. Peranan Ekspresi Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.

2. Peranan Emosi Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu: (i) Seronok dan tenang; dan (ii) Kurang seronok dan cemas. Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Steq

pula menyatakan bahawa jika seseorang itu memiliki IQ (Intelligence Quotient) yang tinggi, ditambah dengan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi juga, orang tersebut akan lebih mampu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru. (i) Kecerdasan Emosi Konsep IQ dan EQ Intelligence Dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses

kognitif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfred Binet dan Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sehingga sekarang. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat

dalam bidang sains otak (neurologi) mendapati bahawa emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ). Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa depan seseorang. Menurut Coleman (pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20% kejayaan seseorang manakala 80% lagi dipengaruhi faktor-faktor lain.

(ii) Membina Emosi yang Sihat - Guru yang penyayang dan ceria. - Tahap EQ guru yang membina EQ murid. - Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat. Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau peperiksaan. Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku. Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial. Mereka lebih bekerjasama, suka menolong, boleh diharap dan berempati. Lebih fokus, tekal, boleh menangani kekecewaan dan sabar.

Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid. Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi gurumurid. Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan. Menguasai kemahiran mengajar EQ. Menggunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan. Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan. Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita. Ada unsur kecindan. Menggunakan unsur biografi untuk perkara yang berkaitan. Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi.

3. Peranan Imaginasi Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan: i. ii. iii. Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti. Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil. Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

4. Kreativiti Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak

dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan konsep lebah. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah yang sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran tentang konsep tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan.

PEMBELAJARAN OPTIMUM, BERSEPADU DAN MENYERONOKKAN Pembelajaran optimum melibatkan keberkesanan sesuatu proses P&P kepada murid, guru dan bahan. Peranan guru membantu murid untuk belajar dengan lebih berkesan dan

memahami sepenuhnya perkara yang diajar dengan erti lain standard pembelajaran telah tercapai. Peranan murid pula memberi kerjasama kepada guru semasa P&P yang

membolehkan perlaksanaan pembelajaran mereka dengan lebih lancar dan berjaya, Penyediaan bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif di mana berupaya menarik perhatian murid supaya memberi tumpuan terhadap pengajaran guru merupakan inisiatif yang baik bagi seseorang guru yang merancang pengajaran mereka. Pembelajaran bersepadu pula merangkumi kesepaduan setiap elemen pergerakan, seni visual, muzik dan lain-lain di dalam sesuatu proses pengajaran seperti penerapan unsur muzik di dalam mata pelajaran matematik dan lain-lain lagi. Ini seterusnya mewujudkan suasana P&P yang menyeronokkan disebabkan oleh kesepaduan tersebut yang telah menjadikan persekitaran bilik darjah yang kondusif serta ceria.

UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN DALAM PENDIDIKAN Unsur kebudayaan di dalam pendidikan boleh dilihat melalui penerapan seni muzik tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta unsur pergerakan seperti seni tari boria, silat, tarian naga dan lain-lain. Penerapan unsur kebudayaan tersebut juga merangkumi adat istiadat

Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh, perayaan masyarakat dan sebagainya yang diselitkan di dalam pendidikan Sivik, Bahasa Melayu dan beberapa mata pelajaran yang lain.

HASILKAN 3 AKTIVITI IRAMA DENGAN PELBAGAI OBJEK DAN PELBAGI CARA PERGERAKAN 1. Aktiviti tarian poco-poco sambil memegang belantan diiringi muzik. 2. Aktiviti melompat ke dalam setiap gelung rotan mengikut muzik Kalau rasa gembira.. 3. Aktiviti lompat setiap dengan pelbagai kelajuan serta beban menggunakan tali, pundi kacang, bola gimnastik diiringi lagu Burung kakak tua...

Anda mungkin juga menyukai