Anda di halaman 1dari 4

ISL 2

Perkembangan kanak-kanak

Konsep asas perkembangan kanak-kanak

Prinsip asas dan perkembangan

pertumbuhan dan perkembangan


Pertumbuhan dan Perkembangan

Pertumbuhan

perubahan dalam saiz dan kematangan (Woolfolk dan Margetts, 2007) pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan bilangan saraf-saraf ke otak. dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain.

bersifat kuantitatif, dapat diukur dan dilihat

saiz dan struktur badan bertambah

saiz otak dan organ-organ dalaman bertambah


ciri-ciri pertumbuhan

melibatkan aspek kognitif dan fizikal

dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibubapa dan persekitaran individu.

kadar pertumbuhan berbeza daripada individu ke individu dan ia berlaku peringkat demi peringkat.

Perkembangan :

Perkembangan

perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga ke akhir hayat. perubahan kualitatif ( tidak dapat diukur)

bersifat kualitatif (perubahan dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.

perubahan stabil

Ciri-ciri perkembangan

perubahan berterusan sepanjang hayat

dipengaruhi oleh baka dan persekitaran

hasil daripada kematangan dan pembelajaran

Perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan : Pertumbuhan Fizikal Peningkatan dalam saiz Perkembangan Proses individu memperkembangkan kemahiran psikomotor. Kognitif Keupayaan berfikir Kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis Kemahiran mengurus dan mengawal emosi Kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat.

Emosi

Perasaan gembira, saying, marah, cemburu

Sosial

Menjalin perhubungan dengan ibubapa, keluarga, rakan dan mereka di persekitaran individu tersebut

Prinsip asas perkembangan

Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik

pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan.

corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.

Perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran .

Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam dirinya.