STYLOSCARFS
RECIPES
FOR
DUMMIES
Search
2
Share
Alhamdulillah, kita berjumpa kembali dengan Ramadhan yang selalu dirindui oleh umat Islam yang sedar akan hikmah di sebalik bulan yang mulia ini. Semoga kita semua sentiasa sihat dan cergas sepanjang menunaikan ibadah puasa dan dapat mengerjakan ibadah terawih dengan khusyuk dan bertenaga. Tak guna jugak kalo kita berniat untuk solat terawih tetapi hanya jasad sahaja yang melakukannya. Manakan tidak, otak telah lesu kepenatan mengerjakan puasa selama lebih 12 jam pada siangnya, dan selepas itu perut kita pulak keletihan untuk memproses segala makanan yang kita makan ketika berbuka. Kita selalu makan 'lebih' dari apa yang diperlukan oleh tubuh kita ketika bulan puasa ini. Secara tidak langsung, kita juga sebenarnya telah 'mendera' perut dan usus kita untuk melakukan 'kerja lebih' untuk diri kita. Kesian mereka.. Entry kali ni saya ingin berkongsi mengenai pemakanan yang bagus diamalkan ketika berpuasa. Dengan ini, kita boleh 'budget' makanan yang patut kita beli / masak untuk waktu berbuka nanti. 30 hari berpuasa, ini bukan masanya untuk makan sehingga tak ingat dunia!! Penat sungguh perut kita 'bekerja'. Otak pun akan 'lesu' bila kita nak buat ibadah sampingan. Rugi tau kalo kita tak gunakan peluang beribadah di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Setiap amalan baik yang dilakukan di bulan ini akan diberi ganjaran 10 kali ganda dari hari-hari lain di bulan selain Ramadhan. Sapa tak suka pahala lebih & 'free' kan? Allah nak bagi, ambil saja laaa... Perlu diingatkan, ketika bersahur kalian disarankan mengambil makanan yang
berasaskan tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan juga makanan yang berasaskan serat yang terdiri daripada roti dan juga air mineral dengan kuantiti yang banyak. Selain itu. terdapat beberapa menu makanan yang disenaraikan di bawah baik untuk anda ketika bulan puasa! Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen) Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan dan juga perut, daun hijau seperti saderi (celery) dan juga lobak merah (carrot) memang baik untuk proses penghadaman.
Karbohidrat
Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kandungan gandum (wheat). Kalian boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal akan membuat Kalian lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu tersebut agar kalian kekal cerdas untuk bekerja di siang hari. Makanan protein
Nuffnang Ads :
Kurangkan
memakan
nasi
tetapi
lebihkan
pengambilan lauk dari menu berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika bersahur. Ikan bakar di bazaar Ramadhan memang agak mahal, apa kata kalian bakar je sendiri kat rumah? Save sikit budget tu. Beli ikan besar kat Tesco, Carrefour pastu bakar je ikut suka. Lagi bersih, sedap dan berkhasiat..hehe. Kalo dapat pekena ikan pekasam pun sodapp!! Kurma Sebelum tamat waktu bersahur, seelok-eloknya pengambilan kurma harus dititikberatkan kerana kurma adalah antara makanan yang memang penuh dengan khasiat dan vitamin, antara khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Paling penting adalah AIR !!!! Jangan biarkan tubuh kita dehydrate ye? Dah la kita 'seksa' perut dan otak, janganlah kita 'seksa' pulak seluruh tubuh kita! Walau apa pun, SELAMAT BERPUASA semua. Lagi 25 hari lagi kita akan beraya :)
I'm on Instagram!!
Follow @maslina4880
Blogger Friends
LinkWithin
with Google Friend Connect Like 2 people like this. Sign Up to see what your friends like.
Labels
article
aiman
Islam
N P er t H
amazing facts
trip
contest
doa harian
family
forwarded
Islam
family
jokes
life
misc
Islam
my baby
petua pregnancy
USANA
work zafri
My Blog List
SELAMAT DATANG Jom P Bazar Ramadan
37 minutes ago
I'm a part of
rasa
6 hours ago
SUTERAKAS IH ADAM & HAWA SETIA HUJUNG NYAWA Bersama Mazidul TEKNIK BON
6 hours ago
Awards :
blog cik hani Office Organising : Kotak Alat tulis dalam loker office
9 hours ago
From : Julie
Subscribe To
Posts Comments
Visitors
Fatin Liyana Beli Baju Raya Awal-Awal Walaupun Tak Sambut Sangat Sebab Dah Final Year
3 days ago
FuyohBlog
Top Referer
Web Pages referring to this page Link to this page and get a link back!
T HER E WA S AN ER RO R I N T HI S G ADG ET There was an error in this gadget There was an error in this gadget
Popular Posts
Ingin kelihatan cantik dan berseri 1st attempt : Simple Tiramisu Cake Cantikkan wajah dengan doa
:: When 2 BeCome 1 :: Copyright 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for MaSLiNa MaHaDi Flower Image by LiN