Anda di halaman 1dari 14

GARIS PANDUAN CALON PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) 2011

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA. http://www.dsd.gov.my

KANDUNGAN

KANDUNGAN SENARAI KEPENDEKAN SENARAI LAMPIRAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. TUJUAN LATAR BELAKANG TARIKH KUATKUASA TAFSIRAN CALON PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) PENILAIAN KETERAMPILAN CALON PERSIJILAN PENUTUP

i ii ii 1 1 1 1 2 4 9 10

SENARAI KEPENDEKAN SKM DKM DLKM PPT SPKM PP-PPT PPL-PPT SKPK JPK PC KPPK Sijil Kemahiran Malaysia Diploma Kemahiran Malaysia Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Penyata Pencapaian Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

SENARAI LAMPIRAN Lampiran A Lampiran B Lampiran C JPK/PPT/1002A JPK/PPT/1002B JPK/PPT/1002 Panduan Pembangunan Portfolio Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Bertulis (WIM) Panduan Pembangunan & Pembentangan Projek DKM/DLKM Senarai Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT Jadual Perbandingan Keterampilan Calon PPT Standard Dengan Bukti-Bukti

Laporan Aktiviti Dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Calon Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) Melalui Kaedah

JPK/PPT/1003(P1) JPK/PPT/1009(P1) JPK/PPT/1014(P1) JPK/PPT/1015(P1) -

Laporan Penilaian Pembentangan Projek DKM/DLKM Laporan Pra-Penilaian Teknik Mengajar Program VTO Laporan Penilaian Teknik Mengajar Program VTO

ii

1.0

TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan memberi penerangan kepada calon mengenai kriteria, peranan dan tanggungjawab serta prosedur penilaian Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

2.0

LATAR BELAKANG

Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT telah dilancarkan pada 13 September 1996. Kaedah ini memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap keterampilan serta pengalaman terdahulu yang mereka miliki. Pekerja-pekerja mahir ini yang sememangnya mempunyai kemahiran dan pengalaman tetapi tidak mempunyai sijil tertentu boleh mendapatkan pengiktirafan melalui Persijilan Kemahiran Malaysia di mana mereka boleh dianugerahkan Sijil tanpa perlu mengikuti latihan secara formal. Pekerja-pekerja mahir ini hanya perlu membuktikan keterampilan yang telah dimiliki atau diperolehi untuk dinilai dan disahkan di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam panduan ini.

3.0

TARIKH KUATKUASA

Garis panduan ini berkuatkuasa pada 1 Julai 2011.

4.0

TAFSIRAN

Dalam panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut: calon ertinya mana-mana individu yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk mendapatkan Sijil; Jabatan ertinya Jabatan Pembangunan Kemahiran; kaunseling ertinya suatu proses membimbing dan membantu calon bagi mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan pengalaman terdahulu yang dimiliki oleh calon; Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon; Pegawai Pengesah Luaran-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPLPPT) ertinya pakar atau personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan,

ditauliah dan dilantik oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT; Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ertinya satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki; penilaian ertinya suatu proses menyemak, menilai dan menentusahkan bukti-bukti keterampilan calon memenuhi keperluan Standard termasuklah sesi kaunseling, lawatan tempat kerja, temuduga dan verifikasi; program ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap yang ditetapkan dalam daftar Standard; projek ertinya suatu projek yang dibangunkan oleh calon bagi membuktikan kekompetenan yang dimiliki kepada panel penilai semasa sesi penilaian dilaksanakan; Sijil ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan kepada seseorang oleh Ketua Pengarah iaitu SKM, DKM, DLKM atau PC; Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia ertinya polisi, mekanisme Standard dan tatacara yang terlibat dalam penganugerahan suatu Sijil oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran; Standard ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diwujudkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]; Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) ertinya satu dokumen yang menggariskan keterampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut; temuduga ertinya aktiviti penilaian yang dilaksanakan oleh panel penilai (PP-PPT & PPL-PPT) terhadap calon yang dinilai melalui kaedah PPT; dan verifikasi ertinya suatu proses menentusahkan penilaian yang telah dilaksanakan oleh PP-PPT.

5.0 5.1

CALON PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (CALON PPT) Calon ertinya mana-mana individu yang mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk mendapatkan Sijil; Kriteria calon adalah seperti berikut, iaitu: a) b) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang dipohon; Mempunyai kemahiran dalam bidang dipohon;

5.2

c) d) 5.3

Mampu mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi; dan Mampu menterjemah keperluan yang digariskan dalam Standard bagi penyediaan bukti-bukti keterampilan.

Peranan dan tanggungjawab calon adalah seperti berikut, iaitu: Terima dan Semak Tugasan a) Menyemak notis pendaftaran yang diterima dengan meneliti nama/alamat/no. telefon, program, tempoh penilaian dan maklumatmaklumat lain yang berkaitan; dan Menghubungi Pegawai Penilai (PP-PPT) bagi menentukan masa dan lokasi perjumpaan.

b)

Pelaksanaan Sesi Kaunseling a) b) Memahami keperluan Standard berdasarkan kemahiran yang dimiliki; Menyediakan bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi bagi pembangunan portfolio dengan merujuk kepada Standard; Mendapatkan khidmat nasihat PP-PPT bagi penyediaan bukti-bukti keterampilan; Membuat perbandingan di antara bukti-bukti keterampilan yang dimiliki dengan Standard yang ditetapkan berdasarkan notis pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan; Merekodkan setiap penilaian; dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tempoh

c) d)

e) f)

Bekerjasama dengan PP-PPT sepanjang tempoh penilaian.

Pelaksanaan Penilaian a) b) c) d) 5.4 Memaklumkan kepada PP-PPT apabila telah sedia untuk dinilai; Mengaturkan sesi lawatan PP-PPT ke tempat kerja bagi tujuan pengesahan keterampilan; Mengemukakan bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi kepada PP-PPT untuk dinilai; dan Menyediakan keperluan seperti LCD, komputer dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan bagi tujuan pembentangan.

Calon adalah dilarang untuk melakukan perkara-perkara berikut, iaitu: a) b) c) d) e) Melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan imej Persijilan Kemahiran Malaysia; Enggan bekerjasama/menemui PP-PPT sepanjang tempoh penilaian; Menangguhkan proses penilaian tanpa sebab; Memberi keterangan palsu semasa sesi temuduga; Memburuk-burukkan peribadi PP-PPT kepada orang lain;
3

f) g) 5.5

Memberi wang/hadiah kepada PP-PPT atau PPL-PPT; dan Mengemukakan bukti-bukti palsu.

Tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada mana-mana calon yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Berikut adalah antara tindakan yang boleh dikenakan, iaitu: a) b) c) Meminta penjelasan daripada calon secara bertulis; Menarik balik penganugerahan Sijil; atau Menamatkan tempoh penilaian.

6.0 6.1

PENILAIAN KETERAMPILAN CALON Penilaian keterampilan calon dilaksanakan oleh PP-PPT dengan menyemak, menilai dan mengesahkan bukti-bukti keterampilan yang dikemukakan oleh calon; Calon hendaklah mengemukakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan kepada pengalaman terdahulu yang dimiliki kepada PP-PPT untuk dinilai dengan merujuk kepada Standard sebagai asas penilaian. Bagi permohonan program VTO/DKM/DLKM, sesi pembentangan menjadi salah satu bukti utama keterampilan yang perlu dinilai; Calon hendaklah menghubungi PP-PPT bagi menentukan lokasi dan masa bagi pelaksanaan penilaian keterampilan; Penilaian keterampilan boleh dilaksanakan di tempat kerja calon atau manamana tempat yang dipersetujui oleh calon dan PP-PPT; Proses penilaian adalah merangkumi sesi kaunseling, temuduga, lawatan ke tempat kerja dan verikfikasi. Penilaian hendaklah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan seperti di Jadual 1 selepas notis pendaftaran diterima oleh calon. Permohonan pelanjutan tempoh penilaian hanya dibenarkan atas sebab masalah kesihatan dan bukti perlu dikemukakan bagi menyokong permohonan pelanjutan tersebut; Jadual 1 Tempoh Penilaian Maksimum
Tahap Persijilan SKM Tahap 1 / 2 / 3 SKM Tahap 3 (VTO) DKM / VTE DLKM / VTM Tempoh Penilaian 2 bulan 2 bulan 5 bulan 5 bulan Proses Penilaian Portfolio Portfolio + Pembentangan Portfolio + Projek + Pembentangan Portfolio + Projek + Pembentangan

6.2

6.3 6.4 6.5

6.6

Penilaian terhadap keterampilan calon hendaklah dibuat melalui kombinasi pelbagai kaedah penilaian seperti: a) b) c) d) e) f) Pemerhatian; Temuduga; Lawatan ke tempat kerja calon; Menyemak bukti bertulis seperti sijil kursus, lesen, buku log dan lain-lain; Menilai hasil kerja/projek/produk; dan Bukti-bukti lain yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki.

6.7

Bukti-bukti keterampilan calon yang dinilai hendaklah: a) b) c) Sahih bukti yang menunjukkan tugasan yang dibuat oleh calon dan menepati keterampilan yang digariskan dalam Standard; boleh percaya bukti yang diperolehi adalah dari sumber yang boleh dipercayai; dan mencukupi bukti keperluan Standard. keterampilan yang dikemukakan memenuhi

6.8

Bukti keterampilan ini boleh diperolehi daripada sumber-sumber berikut, iaitu: a) b) c) d) Pengalaman di tempat kerja; Kursus-kursus dalam bidang berkaitan yang telah dihadiri; Pengalaman hidup seperti hobi dan kerja-kerja sukarela yang berkaitan; dan Pencapaian lain termasuk penyertaan dalam pertandingan kemahiran.

6.9

Calon hendaklah mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan yang sahih, boleh percaya dan mencukupi dengan merujuk kepada keperluan Standard. Jenis-jenis bukti yang boleh dikemukakan sebagai bukti keterampilan adalah seperti di Jadual 2 dan Jadual 3; Jadual 2 Bukti-Bukti Keterampilan Kategori Bukti Kukuh
Jenis-Jenis Bukti A. BUKTI KUKUH 1. Sijil Kursus 2. Senarai Tugas 3. Lesen 4. Buku Log/Catatan 5. Perakuan PP-PPT Daripada agensi yang diiktiraf sama ada institut awam/swasta. Disertakan dengan transkrip/ jadual waktu/isi kandungan kursus dsbnya. Disahkan oleh pegawai atasan. Dikeluarkan oleh Badan Pelesenan Kerajaan. Rujuk kepada dokumen asal Buku Catatan/Buku Log. Disahkan oleh pegawai atasan. Laporan hasil lawatan di tempat kerja calon. Laporan temuduga [Laporan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)] Sumber Diperolehi /Syarat

6. Testimonial 7. Anugerah 8. ROC/ROB/ROS Nota: i. ii.

Daripada majikan, Pusat Bertauliah atau agensi awam/swasta yang diiktiraf. Daripada Pusat Bertauliah atau agensi awam/swasta yang diiktiraf. Daripada agensi yang diiktiraf

Semua bukti keterampilan hendaklah disahkan oleh PP-PPT; dan Bukti tidak terhad kepada senarai di atas sahaja, calon boleh mengemukakan bukti lain yang boleh disahkan sahih dan boleh percaya.

Jadual 3 Bukti-Bukti Keterampilan Kategori Bukti Sederhana


Jenis-Jenis Bukti B. BUKTI SEDERHANA 1. Hasil Kerja 2. Gambar 3. Surat Akuan (Pelanggan) 4. Kertas Kerja 5. Laporan 6. Keratan Akhbar 7. Artikel 8. Bil/Resit/Inbois 9. Sampel 10. Rekabentuk/ Sumber Diperolehi /Syarat memerlukan bukti tambahan, atau penyemakan melalui siasatan / temuduga/lawatan ke tempat kerja calon Dihasilkan sebelum permohonan dikemukakan. Disahkan secara bertulis oleh pelanggan/majikan/pihak ketiga. Diambil sebelum permohonan dikemukakan. Disahkan secara bertulis oleh majikan/rakan sekerja/pihak ketiga. Merupakan pelanggan tetap kepada calon tidak kurang dari 2 tahun. Telah diterima/diluluskan oleh majikan/pihak ketiga. Telah diterima/diluluskan oleh majikan/pihak ketiga. Dokumen asal dan disahkan oleh majikan/pihak ketiga. Dokumen asal dan bertarikh serta disahkan oleh majikan/pihak ketiga. Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan semakan PP-PPT Dilihat dan disahkan oleh PP-PPT. Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan semakan PP-PPT Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan semakan PP-PPT Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan semakan PP-PPT Salinan bukti perlu disertakan bersama dokumen asal bagi tujuan semakan PP-PPT

Blueprint

11. Video/CD 12. Dokumen ISO 13. Fail Meja Nota: i. ii.

Semua bukti keterampilan hendaklah disahkan oleh PP-PPT; dan Bukti tidak terhad kepada senarai di atas sahaja, calon boleh mengemukakan bukti lain yang boleh disahkan sahih dan boleh percaya.

6.10

Sekiranya PP-PPT tidak berpuashati dengan bukti-bukti yang dikemukakan semasa penilaian, calon hendaklah berusaha mendapatkan bukti-bukti tambahan yang sesuai;

6.11

Calon hendaklah merekodkan setiap aktiviti yang dilaksanakan bersama PP-PPT sepanjang proses penilaian di dalam Laporan Aktiviti Dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1002]. Laporan aktiviti tersebut akan disahkan oleh PP-PPT sebagai bukti penilaian terhadap calon telah dilaksanakan; Proses penilaian keterampilan calon adalah termasuk: Sesi Kaunseling a) Calon hendaklah menghubungi dan berjumpa PP-PPT bagi mendapatkan maklumat serta bimbingan berkaitan kaedah dan prosedur pembangunan portfolio, Standard yang digunakan, penyediaan bukti-bukti keterampilan serta proses-proses yang dilaksanakan sepanjang tempoh penilaian; b) Calon hendaklah menyenaraikan semua bukti keterampilan yang dimiliki dengan menggunakan Senarai Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002A); Calon hendaklah membuat perbandingan di antara bukti-bukti keterampilan yang dimiliki dengan Standard menggunakan Jadual Perbandingan Standard Dengan Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002B). Bagi tujuan perbandingan ini, calon hendaklah mendapatkan khidmat nasihat daripada PP-PPT supaya bukti-bukti keterampilan yang dimiliki memenuhi keperluan Standard; Calon hendaklah membangunkan portfolio dengan merujuk kepada Panduan Pembangunan Portfolio seperti Lampiran A; Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada PP-PPT bagi setiap bukti-bukti keterampilan yang dikemukakan; dan Proses kaunseling boleh dibuat berulang kali dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga calon dan PP-PPT bersedia untuk membuat keputusan tentang kelayakan Sijil.

6.12

c)

d) e) f)

Sesi Temuduga a) Sesi temuduga adalah satu proses penilaian yang dilakukan oleh PP-PPT untuk mendapatkan maklumat daripada calon bagi memastikan setiap bukti keterampilan dan pengalaman yang dimiliki memenuhi Standard. Semasa temuduga dilaksanakan, calon akan diminta memberi maklumbalas berkaitan: b) tahap pengetahuan dan kemahiran memenuhi keperluan Standard; kemampuan menerangkan setiap tugasan yang dilaksanakan; penampilan personaliti dan kemahiran berkomunikasi; dan pematuhan amalan keselamatan di tempat kerja.

Proses temuduga boleh dilaksanakan sepanjang tempoh penilaian yang ditetapkan sehingga calon dan PP-PPT bersedia untuk membuat keputusan tentang kelayakan Sijil.

Lawatan Ke Tempat Kerja Calon a) Lawatan ke tempat kerja calon perlu dilakukan oleh PP-PPT bagi mengesahkan setiap kerja/tugasan yang dilaksanakan sesuai dengan program yang dipohon serta memenuhi keperluan Standard; Calon hendaklah mengatur sesi lawatan ke tempat kerja; Semasa lawatan, calon hendaklah membantu PP-PPT bagi mendapatkan maklumbalas: daripada pegawai atasan berkenaan prestasi calon; tugas-tugas yang dilaksanakan (senarai tugas); kemampuan calon melaksanakan tugas; pematuhan amalan keselamatan semasa di tempat kerja; kerja yang dilakukan sesuai dengan program yang dipohon; kebolehan mengendalikan peralatan kerja; kebolehan pengurusan sumber, komunikasi di tempat kerja, penggunaan ICT, penyelesaian masalah serta pengurusan masa; dan mendapat pengesahan dari pegawai atasan/penyelia calon

b) c)

d)

Sekiranya lawatan ke tempat kerja tidak dibenarkan atas arahan majikan, calon hendaklah mendapat dan mengemukakan surat arahan majikan yang menyatakan tidak dibenarkan membuat lawatan kepada PP-PPT untuk pengesahan.

Verifikasi Bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT) a) Calon hendaklah memastikan perkara-perkara berikut adalah lengkap bagi tujuan verifikasi, iaitu: b) Portfolio yang mengandungi bukti-bukti keterampilan yang telah disemak, dinilai dan disahkan oleh PP-PPT; Senarai Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002A); Jadual Perbandingan Standard Dengan Bukti-Bukti Keterampilan Calon PPT (JPK/PPT/1002B); Laporan Aktiviti Dan Penilaian Bukti-Bukti Keterampilan Calon Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1002]; dan Borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1003(P1)].

Sekiranya salah satu perkara (a) di atas tidak dilengkapkan, PPL-PPT boleh menangguhkan sesi verifikasi sehingga dokumen yang berkenaan dilengkapkan oleh calon; Calon hendaklah berbincang dengan PP-PPT/PPL-PPT yang dilantik bagi menentukan tempat, tarikh dan masa verifikasi; Calon hendaklah menghadirkan diri, memberi maklumbalas dan memberi kerjasama kepada PPL-PPT sepanjang pelaksanaan sesi tersebut; dan
8

c) d)

e) 6.13

Calon hendaklah dikemukakan.

bertanggungjawab

terhadap

semua

bukti

yang

Bagi penilaian program Pegawai Latihan Vokasional (VTO), calon hendaklah melaksanakan perkara-perkara tambahan berikut, iaitu: a) Membangunkan Bahan Pengajaran Bertulis Pelan Mengajar, Kertas Penerangan, Kertas dengan merujuk Panduan Pembangunan Pembelajaran Bertulis (WIM) seperti Lampiran (WIM) yang merangkumi Tugasan dan Kertas Kerja Bahan Pengajaran dan ;

b) c)

Menyediakan keperluan seperti LCD, komputer dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan bagi tujuan sesi pengajaran; Melaksanakan sesi pengajaran (lesson practice) bagi tujuan penilaian PPPPT. Calon hendaklah mengesahkan maklumat pada Laporan PraPenilaian Teknik Mengajar Program VTO [JPK/PPT/1014(P1)]; dan Membuat pembentangan bagi teknik mengajar semasa sesi verifikasi PPLPPT dan mengesahkan maklumat pada Laporan Penilaian Teknik Mengajar Program VTO [JPK/PPT/1015(P1).

d)

6.14

Bagi permohonan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), calon hendaklah melaksanakan perkara-perkara tambahan berikut, iaitu: a) Membangunkan projek dan menyediakan laporan projek menggunakan format Panduan Pembangunan & Pembentangan Projek DKM/DLKM seperti Lampiran C; Menyediakan keperluan seperti LCD, komputer dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan bagi tujuan pembentangan; dan Membuat pembentangan bagi projek yang dibangunkan semasa lawatan verifikasi PPL-PPT dan mengesahkan maklumat pada Laporan Penilaian Pembentangan Projek DKM/DLKM [JPK/PPT/1009(P1)].

b) c)

7.0 7.1

PERSIJILAN Calon hanya akan dianugerahkan Sijil jika calon mencapai tahap keterampilan yang digariskan di dalam Standard serta syarat-syarat tambahan lain yang ditetapkan; Bagi program SKM 1, 2 dan 3, calon layak dianugerahkan Sijil (SKM 1, 2 & 3) sekiranya terampil atau PC bagi mana-mana duti yang telah terampil sahaja; Bagi program VTO/DKM/DLKM, calon layak dianugerahkan (VTO/DKM/DLKM) sekiranya memenuhi syarat berikut, iaitu: a) b) c) Terampil semua Duti (portfolio); Terampil sesi pembentangan; Terampil penulisan laporan projek bagi program DKM/DLKM; atau
9

7.2 7.3

Sijil

d) e) 7.4

Terampil pembangunan WIM (3 set teori dan 3 set praktikal termasuk Pelan Mengajar) bagi program VTO; dan Bagi calon yang gagal mana-mana syarat di atas atau tidak hadir sesi pembentangan, calon dianggap gagal.

Calon hendaklah menyemak dan mengesahkan maklumat calon pada borang Permohonan SKM/DKM/DLKM Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1003(P1)] bagi tujuan penganugerahan Sijil; dan Bagi calon yang gagal, calon hendaklah memohon mengemukakan bayaran pendaftaran yang baharu; semula dengan

7.5 7.6

Sebarang perubahan dan pindaan bagi garis panduan ini adalah tertakluk kepada Jabatan dari semasa semasa.

8.0

PENUTUP

Dengan adanya garis panduan ini, calon akan lebih memahami prosedur Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT dan seterusnya mengiktiraf kemahiran yang dimililiki oleh setiap pekerja mahir di Malaysia.

Disediakan oleh: Unit Pengiktirafan Permohonan Terdahulu (PPT) Cawangan Perakuan Kemahiran Bahagian MOSQ

10

PROSES KERJA CALON PPT

Mula

Terima Notis Pendaftaran dan Penilaian PP-PPT

Semak maklumat pendaftaran

Hubungi JPK Tidak Ya

Maklumat lengkap?

Hubungi PP-PPT Untuk Sesi Kaunseling & Penilaian

Hadir Sesi Kaunseling

Kumpul & Kemuka Bukti-Bukti Keterampilan Untuk Penilaian PP-PPT Hadir Sesi Verifikasi PPL-PPT

Terampil?
Tidak Ya

Terima Sijil

Tamat

11

Anda mungkin juga menyukai