Anda di halaman 1dari 30

<HBAE2203>

1.0 PENGENALAN Apa itu diorama? Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai. Diorama mula mendapat perhatian umum dalam dunia seni pada abad ke sembilan belas. Diorama banyak mengesahkan mengenai sejarah, sains, alam sekitar dan sastera rakyat. Diorama ini terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Ia menggabungkan objek-objek yang berbagai iaitu dibentuk, dimodel, dicetak dan bahan semulajadi yang diperagakan semula. Sifat objek telah melalui proses adaptasi ruang dan bentuk serta konsep ambient. Biasanya komponen objek diorama dibuat secara pateri atau kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan ikatan. Kemasan diorama juga boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi. Diorama biasanya diperagakan di tempat tertutup. Ini adalah untuk mengelakkan daripada gangguan sipemerhati terhadap objek-objek yang dipamer, cermin diaplikasikan di bahagian hadapan untuk menghindar daripada kerosakkan diorama. Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan struktur rekaan seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Hasilan diorama yang baik mengambil kira kepada beberapa ciri tertentu. Bentuk diorama yang dihasilkan harus menepati tema dan tajuk . Tajuk dan tema diorama tersebut tidak kabur dan dapat disampai dan dikongsi dengan tepat. Bahan binaan diorama juga harus sesuai dengan tujuan hasilan. Bahan binaan yang digunakan harus mudah diaplikasi dan selari dengan tema dan tajuk. Selain itu, kita juga perlu memastikan diorama yang dihasilkan kuat, kukuh, selamat dan mempunyai jangka hayat yang panjang. Menyusun atur komposisi bahan juga penting untuk artistik bahan dan estetika diorama. Dalam diorama, beberapa prinsip rekaan iaitu rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan, harmoni dan kesatuan adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Adunan rentak, pergerakan dan kontra dan kesatuan perlu diteliti dan dinilai berkali-kali 1

<HBAE2203>

supaya dapat mengadun unsur seni, prinsip seni dan struktur seni dengan baik dan terancang.

<HBAE2203>

2.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Seni dalam pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak yang berkaitan dengan kognitif, afektif, sosial, komunikasi dan psikomotor melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak dikongkong. Integrasi membentuk dan membuat binaan dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan terutama semasa menjalankan aktiviti diorama. Aktiviti diorama dalam seni pergerakkan pula mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang hendak mereka lakukan semasa membuat diorama. Selain itu, melalui aktiviti seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

<HBAE2203>

2.1 Teori dan pandangan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak Teori Kecerdasan Manusia (1983) menurut Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Kebanyakkan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan

linguistikdan matematik logik sahaja. Teori kecerdasan Manusia menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapelajaran seni dalam pendidikan. Penggabungan ini dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan dalam Ini

pengajaran, murid tentu boleh mendapat bahan yang disampaikan.

disebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Teori konstruktivisme juga menyatakan bahawa kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara pasif tetapi membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif terutama semasa ingin menghasilkan sebuah diorama yang menarik. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif, personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.

<HBAE2203>

2.2 Kepentingan Pengajaran Pendidikan Seni Visual Kepada Perkembangan Kanak-kanak Pengajaran Pendidikan Seni Visual sangat penting kepada kanak-kanak. Pengajaran Pendidikan Seni Visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak. Tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingya. Perkembangan kanak-kanak melalui aspek kognitif iaitu pengajuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan semasa membuat aktiviti diorama. Aspek fizikal melingkungi penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata. Aspek kreativiti pula meliputi latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam membentuk dan membuat binaan mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti membentuk dan membuat binaan menggunakan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. Dalam aspek persepsi dan komunikasi pula, murid boleh

mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaidera dan deria. Ia menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling kanak-kanak. Dalam aspek sosial dan emosi, peluang diberi kepada murid untuk berinteraksi antara satu sama lain dan meningkatkan keupayaan bersosial semasa 5

<HBAE2203>

aktiviti dijalankan.

Pelajar diberi peluang untuk saling hormat-menghormati

dan memupuk sikap bekerjasama semasa menjalankan aktiviti kumpulan. Aktiviti membentuk dan membuat binaan merupakan suatu bentuk aktiviti yang digunakan untuk menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti membentuk dan membuat binaan merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka semasa menyiapkan aktiviti diorama. Proses melukis menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Aktiviti membentuk dan membuat binaan juga dapat meningkatkan daya imaginative kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ia dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak sehingga menjadi satu bentuk hasil karya yang unik.

<HBAE2203>

3.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK 3.1 Definisi Kreativiti Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creareyang bermaksud membuat . Manakala daripada perkataan Greek, ia bermaksud memenuhi . Terdapat pelbagai pandangan dan pengertian yang berbeza. Menurut Kamus Dewan (2002), kreativiti adalah satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Bagi Hebert Read (1985), kreativiti ialah jika seseorang itu sering membayangkan suatu penemuan bagi mewujudkan sesuatu yang belum pernah dihasilkan atau sesuatu yang memberi makna kepada anda. Kreatif bagi June King Mc-Fee pula, kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. Carl Rogers pula mengatakan bahawa kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. Secara ringkasnya, kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir yang dapat dibentuk dan dilatih. Individu yang kreatif biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana mereka dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003).

<HBAE2203>

3.2 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak menerusi aktiviti diorama Kreativiti mempunyai tahap-tahap tertentu. 5 tahap perkembangan pemikiran kreatif yang dikemukakan oleh Fisher (1943) adalah seperti berikut: 1. Peringkat Rangsangan 2. Peringkat Penerokaan 3. Peringkat Perancangan 4. Peringkat Aktiviti 5. Kajian Semula Ini adalah penting bagi guru-guru Pendidikan Seni Visual untuk mengetahui peringkat dan tahap kreativiti supaya pengetahuan tersebut boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti diorama yang dirancang berdasarkan 5 tahap kreativiti tersebut akan dijalankan dengan lebih baik dan berkesan. Bagaimanakah guru dapat melaksanakan 5 tahap kreativiti tersebut dalam aktiviti diorama pengajaran dan pembelajaran?

3.2.1

Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan menggunakan

pelbagai bentuk soalan, contohnya apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal supaya pelajar dapat berfikir dengan kreatif. Melalui soalan-soalan yang dikemukakan, guru dapat menggalakan pelajar mencari idea-idea yang baru. Bentuk soalan yang dikemukakan adalah bermula dengan tahap yang mudah kepada tahap yang sukar. Contoh soalan adalah seperti berikut: i. Soalan mudah Apakah tajuk yang kamu akan pilih dalam aktiviti diorama? ii. Soalan sederhana Apakah hal subjek dalam tajuk hidupan di dasar laut? iii.Soalan sukar Bagaimanakah dengan latar belakang di dasar laut?

Pada peringkat ini, guru berperanan penting. Guru perlu mencungkil perasaan pelajar melalui soal-jawab supaya pelajar sentiasa sensitif dan peka 8

<HBAE2203>

terhadap sesuatu isu. Guru perlu bersifat terbuka untuk

menerima pandangan

pelajar supaya mereka merasa tiada halangan dan mereka berani mengeluarkan pandangan sendiri. Kadang kala, guru juga perlu menstruktur pelajaran tajuk untuk mencabar persepsi murid supaya murid merasa tercabar. Semasa mengemukakan soalan mencabar, guru perlu bagi masa yang mencukupi untuk pelajar berfikir, lepas itu, barulah panggil murid untuk menjawab. Guru juga perlu menggalakan pelajaran secara kooperatif, iaitu guru bagi soalan-soalan aras tinggi dan pelajar bincang dalam kumpulan. Murid-murid boleh digalakkan memberi pemikiran yang bebas, tetapi pandangan yang mereka kemukakan juga perlu fokus kepada soalan. Pada akhir sekali, guru perlu membimbing pelajar untuk mendapat jawapan yang tepat.

3.2.2 Peringkat Penerokaan Pada peringkat ini, seseorang perlu mempunyai pemikiran ke hadapan. Pada peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk berusaha menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Peringkat penerokaan lebih kepada aktiviti yang kecil, mudah dan ringkas yang cuba menyelesaikan pemasalahan yang dikemukakan. Untuk itu, latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu, contohnya memilih alat dan media. Permasalahannya ialah pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Untuk penerokaan, pelajar perlu mengenal pasti bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Dalam peringkat ini, setiap penerokaan perlu dicatat untuk kajian. Pada peringkat ini, kanak-kanak yang berfikiran kreatif lebih suka untuk mencari jawapan dan mencari jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik. Oleh itu, pada peringkat ini, guru perlu memberi peluang untuk murid mencuba, contohnya bagi ruang pelajar untuk mencuba dengan bahan-bahan yang cikgu bawa contohnya cat air, air, berus dan lain-lain. Guru perlu bagi pelajar peluang mencari alternatif bagaimana menggunakan warna air. Guru jangan bagi pelajar jawapan yang tetap, akan tetapi bagi pelajar mencuba sendiri, guru sebagai fasilitator sahaja. Susunan aktiviti dalam peringkat penerokaan adalah seperti berikut: i. Masalah yang timbul 9

<HBAE2203>

ii. Bagaimana menyelesaikan masalah tersebut iii.Membuat eksperimentasi iv. Kajian yang mungkin mendapati v. Kesimpulan yang murid mendapati

3.2.3 Peringkat Perancangan Pada peringkat perancangan, guru menggalakkan pemikiran kreatif pelajar untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti ini adalah untuk menggalakan pelajar-pelajar berfikiran kreatif. Guru perlu merancang aktiviti tersebut berdasarkan konsep taksonomi iaitu mudah , sederhana dan susah. Ini adalah kerana tahap kebolehan setiap pelajar adalah tidak sama. Guru perlu memastikan pelajar memahami soalan-soalan mudah baru mengemukakan soalan-soalan susah. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 2 cara iaitu perancangan secara verbal dan perancangan secara visual. Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Contohnya guru bersedia bentuk soalan yang mahu pelajar bincang. Semasa mengemukakan soalan, arahan guru mesti tepat jelas, mudah dan ringkas. Guru jangan bagi arahan secara umum atau menggunakan perkataan yang susah memahami. Perancangan secara visual adalah perancangan yang dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

3.2.4 Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif perlu bermula dengan set idea. Oleh yang demikian, kita perlu bermula dengan set induksi sebelum menjalankan sesuatu aktiviti. Semasa aktiviti, kita perlu terangkan cara menggunakan bahan, tatacara, langkah-langkah dan proses dalam aktiviti itu kepada pelajar untuk mengelakkan salah guna bahan. Semasa pelajar berbincang dalam kumpulan, guru juga perlu memastikan mereka bincang yang berkaitan sahaja. Melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti dengan dibantu melalui persoalan-persoalan, pemikiran kreatif dapat dilahirkan. Contohnya guru mengemukakan soalan:

10

<HBAE2203>

Bagaimanakah harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? Selepas memberi rangsangan, pelajar-pelajar akan berbincang dalam kumpulan dan cuba memberi cadangan. Dengan itu, peringkat aktiviti tersebut dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar.

3.2.5 Kajian Semula Kajian semula merupakan refleksi kepada 4 peringkat tersebut. Peringkat

ini adalah untuk menilai keberkesanan tindakan yang telah dijalankan untuk tujuan penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Dalam peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan yang bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Pelajar-pelajar digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

3.3 Kaedah-kaedah Menjana Kreativiti Kanak-kanak Menurut Lowenfeld (1975), setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini dapat disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, guru pendidikan seni visual bertanggungjawab untuk memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). Dalam menjana idea, penghasil perlulah mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Sebagai guru Pendidikan Seni Visual, kita perlulah membimbing kanak-kanak dan menjana kreativiti mereka dalam menghasilkan karya. Bagaimana untuk menjana kreativiti kanak-kanak? Terdapat beberapa kaedah yang dapat dijalankan oleh guru Pendidikan Seni Visual bagi menjana kreativiti kanak-kanak. Antaranya adalah merangsang pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku-buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto dalam sesi sumbangsaran. Guru juga boleh membuat 11

<HBAE2203>

lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan. Kanak-kanak digalak memberi perhatian ketika berkarya. Mereka dibimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketrampilan. Kanak-kanak juga perlu diberi peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan. Sebagai guru, kita harus selalu berikan ganjaran atau insentif kepada kanak-kanak dan jangan berikan kritikan yang keterlaluan terhadap karya mereka. Ini adalah kerana kritikan yang keterlaluan akan menyebabkan kreativiti kanak-kanak terbantut. Manakala, ganjaran atau insentif akan menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan lebih kreatif. Selain itu, guru juga boleh mempamerkan hasil karya yang baik di ruang lobi atau tempat-tempat strategik. Untuk menjana kreativiti kanak-kanak, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

12

<HBAE2203>

4.0 Pemilihan Pendekatan Bertema Memilih tema untuk menghasilkan diorama merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah konsep, berasaskan kemahiran, kandungan dan kemahiran dalam membentuk dan membuat binaan. Pemilihan tema perlu mempertimbangkan beberapa aspek merentas semua matapelajaran, bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar dan bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa, penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembelajaran bertema, pelajar diberi peluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal. Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronok, menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru dan boleh dikaitkan dengan matapelajaran yang lain seperti sains dan kemahiran hidup semasa membentuk dan membuat binaan bagi diorama. Subjek dan tema untuk membentuk dan membuat binaan diorama ini adalah alam semulajadi dan persekitaran. Pendekatan bertema meliputi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Pendekatan ini merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran dan mengelakkan program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Penghubungkaitan bertema dengan mata pelajaran terbahagi kepada dua iaitu tema dengan isi kandungan mata pelajaran dan tema dengan kemahiran. Oleh itu, tema ini juga berkaitan rapat dengan matapelajaran Sains dan Kajian Tempatan yang banyak menerangkan tentang alam sekitar selain daripada matapelajaran Pendidikan Seni Visual sahaja. Di mana diorama yang dihasilkan ini juga boleh diguna pakai dalam matapelajaran yang lain yang ada berkaitan dengan subjek atau temanya.

13

<HBAE2203>

5.0 Lakaran Idea Tema : Alam semulajadi dan persekitaran Hidupan laut : Dasar laut

Hal subjek : Latar belakang

Sketsa 1 :Hal subjek ditentukan

Subjek yang berkaitan dengan tema hidupan laut dilakarkan terlebih dahulu seperti obor-obor, ketam dan penyu. Inilah benda-benda hidup yang dapat kita lihat di dasar laut. Meneliti kehidupan benda hidup mereka dalam dasar laut. Di sini ia boleh dikaitkan dengan mata pelajaran Sains yang berkenaan dengan hidupan laut dan cara kehidupan mereka.

14

<HBAE2203>

Sketsa 2 : Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang

Subjek ditambah dengan latar belakang seperti rumput air dan binatang laut. Dalam bahagian ini pula boleh dikaitkan dengan mata pelajaran Sains yang berkenaan dengan kehidupan laut.

15

<HBAE2203>

Sketsa 3 : Hal subjek, latar belakang dan kotak diorama

Kotak yang disediakan untuk membentuk dan membuat binaan ini kuat, kukuh dan selamat. Semua komposisi bahan disusun dengan teratur dari segi imbangan, harmoni dan pergerakan. Dalam menyediakan kotak diorama ini hendak memastikan ketahanan dan kesesuaian diorama yang akan dihasilkan supaya ia kelihatan menarik, sedondon dan saling lengkap melengkapi.

16

<HBAE2203>

Sketsa 4: Diorama yang lengkap untuk peragaan

Inilah diorama hidupan laut yang telah siap dilakar dengan warna sekali. Dalam lakaran diorama ini kita dapat memperhatikan bahawa menyusun atur komposisi bahan penting untuk artistik bahan dan estetika diorama. Adunan rentak, pergerakan dan kontra dan kesatuan perlu ditelitikan supaya menghasilkan karya yang menarik. Dalam menghasilkan diorama bertema hidupan laut ini perlu mengaplikasikan prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan, harmoni dan kesatuan yang menarik. Langkah terakhir sebelum diorama ini dipamerkan adalah untuk mengelakkan daripada objek-objek yang dipaparkan dirosakkan, cermin akan diaplikasikan di bahagian hadapan untuk menghindar daripada kerosakkan diorama.

17

<HBAE2203>

6.0 KESIMPULAN Bidang seni membentuk dan membuat binaan memainkan peranan yang

penting dalam perkembangan diri kanak-kanak iaitu dari segi sosial, fizikal dan emosi. Kanak-kanak mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Implikasi seni visual terhadap kanak-kanak ialah sebagai alat komunikasi dan refleksi pemikirannya. Ia juga

merupakan satu kaedah untuk menarik cara berfikir dan menyelami perasaan kanak-kanak. Dalam membentuk dan membuat binaan ini jelas membuktikan bahawa

pemikiran murid telah diransang melalui pemerhatian dan menganalisis. Sebagai contoh diorama hidupan laut yang telah ditunjukkan oleh guru sebagai set induksi murid supaya murid faham tentang apa atau bagaimana untuk menyiapkan diorama ini dengan pelbagai teknik. Secara tidak langsung, murid mempunyai daya ingin tahu yang tinggi tentang aktiviti ini. Mereka akan terus dirangsang dan bagaimana untuk membentuk dan membuat binaan ini yang berkaitan rapat dengan aspek fizikal murid. Dalam peringkat penerokaan dan perancangan atas pemerhatian terhadap murid sesi penerokaan, melalui contoh memberi gambaran yang jelas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid diberi peluang untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial antara satu sama lain. Ini merupakan peluang yang baik kepada murid untuk mencipta hasil diorama masing-masing dengan kreativiti dirinya. Cetusan idea bukan hanya tertakluk kepada hasil cedokan daripada sumber lain. Melalui lakaran yang dirancang oleh murid juga boleh menggambarkan kehidupan hidupan laut. Aspek sosial murid iaitu bagaimana mempunyai sifat terbuka iaitu dapat menerima pandangan dan pendapat orang lain semasa menghasilkan diorama mereka. Mereka juga dapat mengamalkan sikap bebas serta demokratik. Sebagai contoh apabila rakan memberi pendapat bahawa dioramanya kurang menarik, ia akan lebih menarik dengan menambahkan tumbuh-tumbuhan di dalam laut di sekelilingnya akan memuaskan lagi. Jadi murid akan menerima cadangannya dengan hati yang terbuka. Ia juga menunjukkan bahawa murid ini berfikiran logik dan bebas di mana mereka peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. 18

<HBAE2203>

Dalam aspek sosial dan emosi, dalam penghasilan karya seni visual juga memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial bagi meningkatkan keyakinan diri. Melalui aktiviti ini juga memberikan peluang kepada pelajar supaya murid dapat memupuk nilai saling

hormat-menghormati dan melalui aktiviti ini, ia memupuk perasaan bertoleransi.

19

<HBAE2203>

RUJUKAN Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Mendorong Kreativiti Kanak-kanak. PTS Millennia Sdn Bhd. Mohd. Azhar. Abd. Hamid, Mohd. Koharuddin Balwi & Muhamed Fauzi Othman. (2006). Reka Cipta & Inovasi Dalam Perspektif Teknologi Malaysia. Mohd Zairi Husain. (2011). Fakulti Pendidikan dan Bahasa: HBAE2203 Membentuk dan Membuat Binaan. Open University Malaysia. Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat & Zuraimi Zakaria. (2011). Fakulti Pendidikan dan Bahasa: HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. Open University Malaysia. Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail. (2010). Fakulti Pendidikan dan Bahasa: HBEF1403 Seni dalam Pendidikan. Open University Malaysia. Internet: http://nickfadzli-pearrrly88.blogspot.com/2009/10/definisi-kreativiti.html http://angahart.blogspot.com/2012/01/pengertian-kreativiti.html http://lyamiden.blogspot.com/2011/12/pengenalan-dan-pengertian-kreativiti.html http://rezcreative.blogspot.com/2009/10/tahap-perkembangan-kreativiti.html http://zahizah4gmailcom.blogspot.com/2009/10/kreativiti-dan-kanak-kanak.html http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/05/apa-itu-diorama.html http://id.wikipedia.org/wiki/Diorama http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/05/apa-itu-diorama.html Kreativiti. Universiti

20

<HBAE2203>

LAMPIRAN

21

<HBAE2203>

3 JENIS ORIGAMI

22

<HBAE2203>

23

<HBAE2203>

ASSEMBLAJ

24

<HBAE2203>

25

<HBAE2203>

LAKARAN ARCA STABIL

26

<HBAE2203>

27

<HBAE2203>

ARCA STABIL

28

<HBAE2203>

29

<HBAE2203>

LAKARAN IDEA DIORAMA

30

Anda mungkin juga menyukai