Anda di halaman 1dari 4

PENGGUNAAN PETA MINDA UNTUK MENINGKATKAN DAYA MENGINGAT DAN MINAT MENGULANGKAJI BAGI PELAJAR TINGKATAN LIMA DALAM

TOPIK PENCERNAAN DAN PENYERAPAN

Siti Aniza Binti Ahmad Sekolah Menengah Pusat Bandar Puchong (1) tienaz85@gmail.com

ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan nota bentuk peta minda dalam meningkatkan daya ingatan pelajar tingkatan 5 dalam topik pencernaan dan penyerapan. Responden kajian ini melibatkan 15 orang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1) yang terdiri daripada 2 orang pelajar Melayu, 4 orang pelajar India dan 9 orang pelajar Cina. Data ini dikumpul melalui ujian pra dan ujian pasca. Statistik menunjukkan peningkatan markah antara ujian pra dan pos. Selain daripada itu, minat pelajar terhadap subjek ERT dan membuat ulangkaji menggunakan nota ringkas juga telah meningkat berbanding nota linear. Kajian ini dapat membuktikan bahawa kaedah penggunaan nota ringkas untuk catatan nota dapat meningkatkan pencapaian dan minat belajar pelajar dalam topik pencernaan dan penyerapan.

PENGENALAN Peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu pelajar mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis, ingat kembali dan juga menghasilkan idea-idea baru dengan mudah. Dalam perkataan lain, mengingat informasi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat (Bletsas, 2011). Penggunaan peta minda dapat menyeimbangkan kedua-dua belah hemisfera otak dan tidak mementingkan mana-mana satu hemisfera otak sahaja. Menurut Tony Buzan (2009), semua kanakkanak suka benda-benda berwarna-warni dan suka melukis. Melukis peta minda merupakan satu aktiviti yang seronok untuk kanak-kanak. Apabila kanak-kanak gemar melukis peta minda, otak mereka akan berasa suka terhadap peta minda juga. Hasil segera yang boleh didapati adalah daya ingatan kanak-kanak bertambah baik. Keberkesanan peta minda dapat dipertingkatkan dan diperkayakan dengan warna, gambar, kod dan dimensi untuk menambah elemen-elemen kreativiti sendiri. Penggunaan dan penambahan elemen-elemen individu dalam peta minda dapat membantu perkembangan kreativiti, memori dan khususnya peringatan maklumat seseorang.

PENYATAAN MASALAH Pelajar biasanya menghadapi masalah untuk mengingati fakta sains dan ini telah menybabkan penguasaan pelajar dalam bab ini semakin merosot. Tambahan pula, pelajar-pelajar ERT ini terdiri daripada pelajar yang berprestasi rendah dalam bidang akademik. Selain daripada itu, sikap guru yang biasanya menggunakan catatan nota baris demi baris, muka surat demi muka surat (catatan dalam bentuk linear) pada akhir pengajaran sebagai pengukuhan pengajaran didapati cenderung menjadikan pelajar berasa bosan dan melupakan isi pengajaran. Catatan bentuk linear hanya menggunakan satu warna sahaja (biasanya warna hitam) menyebabkan pelajar berasa bosan dengan nota yang panjang lebar dan pelajar hanya mempelajari sebahagian kecil daripada fakta yang mereka belajar. Selain daripada itu, pelajar juga tidak berminat untuk mengulangkaji dengan catatan nota bentuk linear yang mereka buat. OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif-objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut:i) ii) Memperkenalkan peta minda sebagai alat untuk membuat catatan nota dan menkaji keberkesanannya. Mengkaji peningkatan daya ingat pelajar dengan menggunakan kaedah peta minda ke atas pelajar yang menggunakan kaedah peta minda ke atas pelajar yang berprestasi rendah dalam mata pelajaran ERT. Mengkaji minat pelajar terhadap penggunaan nota peta minda untuk membuat ulangkaji.

iii)

PERSOALAN KAJIAN i) ii) Adakah penggunaan peta minda untuk membuat catatan nota bagi tajuk pencernaan dan penyerapan dapat meningkatkan prestasi pelajar Adakah penggunaan peta minda untuk membuat catatan nota dapat meningkatkan minat pelajar untuk membuat ulangkaji?

METHODOLOGI Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian pra dan pasca dianalisis dengan membuat perbandingan peningkatan gred pelajar setelah mengumpulkan markah pencerapan pelajar dalam ujian. PERBINCANGAN Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian markah pelajar dalam ujian pasca. Ini menunjukkan pelajar berjaya meningkatkan daya mengingat dalam topik Percernaan dan Penyerapan dengan lebih baik dengan membuat ulangkaji menggunakan nota peta minda berbanding dengan nota bentuk linear. Minat pelajar terhadap pembelajaran ERT dan minat untuk membuat ulangkaji juga didapati meningkat selepas penggunaan peta minda untuk membuat catatan nota berdasarkan analisis keputusan ujian pasca dan pra.

Ini adalah selepas dengan kajian Hamzah (2008) yang menunjukkan kaedah U-kaji Peta Minda dapat meyakinkan murid tentang wujudnya kaedah lebih mudah dan berkesan untuk mengingat fakta Sejarah dan kaedah P&P Peta Minda pula membantu guru mempelbagaikan teknik P&P. Dapatan kajian ini juga selari dengan hasil kajian oleh Nurushahiza (2009) yang mengkaji tentang penggunaan peta minda sebagai kerangka isi karangan bahasa Inggeris bagi pelajar tingkatan 5 telah menunjukkan bahawa peratusan pelajar sederhana adalah sebanyak 96.87% berbanding dnegan 84.38% sebelum diperkenalkan dengan peta minda. KESIMPULAN Kesimpulan yang boleh dibuat bagi kajian tindakan pengkaji adalah startegi membuat catatan nota dengan menggunakan peta minda telah terbukti dapat meningkatkan pencapaian dan daya ingatan pelajar tingkatan 5 dalam topik pencernaan dan penyerapan. Selain daripada peningkatan pencapaian pelajar dalam ujian, adalah didapati juga minat pelajar untuk membuat ulangkaji juga telah meningkat selepas pelajar diperkenalkan dengan kaedah membuat catatan nota bentuk peta minda jika berbanding dengan masa pelajar mengulang kaji dengan nota bentuk linear. CADANGAN Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati terdapat segelintir pelajar yang kurang berminat dan bermotivasi untuk melukis peta minda, oleh itu, adalah diharapkan sistem token juga diperkenalkan kepada pelajar. Sistem token digunakan bertujuan untuk memotivasi dan menggalakkan pelajar melukis peta minda dan mengulangkaji catatan nota bentuk peta minda. Guru boleh melakukan pengubahsuaian kaedah dengan fotostat peta minda buatan guru kepada pelajar dan meminta pelajar mewarnakan peta minda sahaja. Ini adalah kerana melalui kajian yang telah dibuat, didapati terdapat sebahagian pelajar yang tidak minat untuk melukis dan ini telah dibuat, didapati terdapat sebahagian pelajar yang tidak minat untuk melukis dan ini telah membuat mereka rasa tidak minat akan penggunaan peta minda untuk mencatat nota.