Anda di halaman 1dari 141

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

ASAS PERTANIAN
TINGKATAN 1 2014
i

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


MODUL UMUM PRA-VOKASIONAL

ASAS PERTANIAN
TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

KANDUNGAN
i ii iii

1. RUKUN NEGARA

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

3. KATA PENGANTAR

4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 1 1 1 1

5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

2 2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

4 4 4 4 5 6-8

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

ii

Kata Pengantar

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii

PENGENALAN

Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 20 waktu seminggu selama 4 minggu menjadikan keseluruhan 80 waktu setahun.

Guru berlatar belakang opsyen Sains Pertanian paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

ASAS PERTANIAN

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

Matlamat Modul Standard Kurikulum Asas Pertanian bertujuan menyediakan peluang kepada murid untuk menjadi modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berketrampilan dalam bidang pertanian serta berupaya meningkatkan kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang diceburi.

Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat; 1. Mengenali kepentingan bidang pertanian di Malaysia. 2. Mengenal pasti kaedah pembiakan tumbuhan. 3. Melaksanakan penyemaian tumbuhan secara seks dan aseks. 4. Mengenal pasti bidang akuakultur. 5. Melaksanakan pemeliharaan ikan hiasan. 6. Melaksanakan penyelenggaraan alatan. 7. Mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti. 8. Mengamalkan sikap bertanggungjawab dan berkerjasama semasa melakukan aktiviti. 9. Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti keusahawanan.

Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang pertanian memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut: Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah 3

Organisasi Standard Kurikulum Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguh pun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubah suai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

STANDARD KANDUNGAN KRITERIA PENCAPAIAN 1.1 Mengenal pasti kepentingan pertanian di Malaysia. 1.1.1 Menyatakan kepentingan pertanian di Malaysia iaitu menghasilkan bahan makanan, membekalkan bahan mentah, menyediakan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pendapatan negara. 1.2.1 1.2.2 1.2.3 Menyatakan bidang yang terdapat dalam pertanian iaitu tanaman dan ternakan. Menyenaraikan contoh jenis-jenis tanaman. Menyenaraikan contoh jenis-jenis ternakan.

STANDARD PEMBELAJARAN

1.0

MENGENALI BIDANG PERTANIAN

1.2 Mengenal pasti bidang yang terdapat dalam pertanian.

1.3 Mengenal pasti peluang kerjaya dalam bidang pertanian.

1.3.1 Menyenaraikan peluang kerjaya dalam bidang pertanian iaitu usahawan, penternak, peladang, pekerja mahir ladang, penyelidik, pensyarah, pegawai perubatan veterinar, pengurus ladang, perunding landskap dan jurutera pertanian. 2.1.1 Menyatakan maksud pembiakan tanaman secara seks. 2.1.2 Menyatakan maksud pembiakan secara aseks. 2.1.3 Menyatakan contoh tanaman yang dibiakkan secara seks. 2.1.4 Menyatakan contoh tanaman yang dibiakkan secara aseks.

2.0

MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN ASEKS

2.1 Mengenal pasti jenis pembiakan tanaman.

STANDARD KANDUNGAN KRITERIA PENCAPAIAN 2.2 Menyemai tanaman secara seks. 2.2.1 Menyatakan jenis biji benih iaitu biji benih halus dan biji benih kasar. 2.2.2 Menyediakan biji benih untuk disemai. 2.2.3 Menyediakan medium semaian. 2.2.4 Menyemai biji benih di bekas semaian atau tapak semaian. 2.2.5 Menyiram dan memberi teduhan. 2.2.6 Membersihkan kawasan kerja. 2.3.1 Menyenaraikan pembiakan secara aseks iaitu keratan, cantuman, tut dan organ tumbuhan. 2.3.2 Menyediakan keratan batang untuk disemai. 2.3.3 Menyediakan medium semaian. 2.3.4 Menyemai keratan batang. 2.3.5 Menyiram dan memberi teduhan. 2.3.6 Membersihkan kawasan kerja. 3.1.1 Menyenaraikan bidang akuakultur iaitu ternakan ikan air tawar dan ternakan ikan hiasan. 3.1.2 Menyatakan contoh ternakan ikan air tawar. 3.1.3 Menyatakan contoh ternakan ikan hiasan. 4.1.1 Menyenaraikan contoh ikan hiasan jenis beranak. 4.1.2 Menyenaraikan contoh ikan hiasan jenis bertelur. 4.1.3 Memilih ciri-ciri ikan hiasan seperti cantik, tahan lasak dan sihat.
6

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Menyemai tanaman secara aseks.

3.0

MENGENALI AKUAKULTUR

3.1 Mengenal pasti bidang akuakultur.

4.0

MEMELIHARA IKAN HIASAN

4.1 Memilih jenis ikan hiasan.

STANDARD KANDUNGAN KRITERIA PENCAPAIAN 4.2 Memilih jenis akuarium. 4.2.1 Menyatakan jenis akuarium iaitu kaca dan plastik. 4.2.2 Memilih akuarium berdasarkan jenis dan saiz ikan. 4.3.1 Menyenaraikan contoh sistem pengudaraan akuarium iaitu water drop, air bubble dan undergravel filter . 4.3.2 Memilih sistem pengudaraan yang sesuai mengikut jenis ikan.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.3 Memilih sistem pengudaraan.

4.4 Menyedia akuarium.

4.4.1 Menyenaraikan contoh alatan penyediaan akuarium iaitu tangguk tangan, pam akuarium, lampu, aquarium heater (pemanas akuarium) dan termometer akuarium. 4.4.2 Menyenarai contoh bahan hiasan mengikut kesesuaian ikan. 4.4.3 Memilih alatan dan bahan hiasan dalam akuarium mengikut kesesuaian ikan. 4.4.4 Menyusun atur alatan dan bahan hiasan dalam akuarium mengikut kreativiti. 4.4.5 Memasukkan air ke dalam akuarium dan dinyahklorin. 4.4.6 Menguji kualiti air iaitu kandungan klorin dan pH. 4.4.7 Menyedia dan menguji sistem pengudaraan dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan berdasarkan buku panduan alat.
7

STANDARD KANDUNGAN KRITERIA PENCAPAIAN 4.4.8 Menganggarkan kos alatan dan bahan penyediaan akuarium yang digunakan. 4.4.9 Membersihkan kawasan kerja. 4.5 Menjalankan pemeliharaan ikan hiasan. 4.5.1 Melepaskan ikan mengikut prosedur. 4.5.2 Memilih jenis makanan mengikut saiz ikan. 4.3.3 Memberi makanan sekadar cukup (ad-libitum) dengan waktu yang sesuai. 4.6.1

STANDARD PEMBELAJARAN

4.6 Menyenggara tempat memelihara ikan hiasan. 4.6.2

4.6.3 4.6.4

Menukar atau merawat air yang kotor mengikut keperluan berdasarkan perubahan warna, bau dan tingkah laku ikan. Membersihkan atau menggantikan bahan penapis air mengikut keperluan seperti kotor, rosak dan tarikh luput. Membersihkan kawasan kerja. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

10

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

MODUL PEMBELAJARAN TINGKATAN 1

ASAS PERTANIAN

2014

MODUL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


MODUL UMUM PRA-VOKASIONAL

ASAS PERTANIAN
TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 3. PENDAHULUAN a. Objektif Modul b. Kandungan Modul 4. MODUL PEMBELAJARAN UNIT 1 : MENGENALI BIDANG PERTANIAN UNIT 2 : MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN ASEKS UNIT 3 : MENGENALI AKUAKULTUR UNIT 4 : MEMELIHARA IKAN HIASAN

i ii

1 2

3 27 61 69

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

ii

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MODUL 6
PENDAHULUAN

ASAS PERTANIAN

Modul ini memberi pendedahan kepada murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas mengenai aspek penanaman dan akuakultur dari segi perkembangan teknologi, prospek kerjaya, kepentingan amalan keselamatan, budaya kerja dan amalan keusahawanan dalam bidang pertanian. Semua pengetahuan, kemahiran, nilai dan sifat positif yang diperolehi murid melalui modul ini adalah bertujuan untuk menyediakan mereka menjadi modal insan yang berketerampilan, menyumbang kepada kemajuan bidang pertanian, berupaya meningkatkan kualiti hidup diri sendiri, keluarga dan komuniti.

OBJEKTIF MODUL Modul ini membolehkan murid: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Mengenali kepentingan bidang pertanian di Malaysia. Mengenal pasti kaedah pembiakan tumbuhan. Melaksanakan penyemaian tumbuhan secara seks dan aseks. Mengenal pasti konsep dan proses pemeliharaan ikan. Memelihara ikan hiasan. Melaksanakan penyelenggaraan alatan. Mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti. Mengamalkan sikap bertanggungjawab dan berkerjasama semasa melakukan aktiviti. Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti keusahawanan.

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

KANDUNGAN MODUL Modul ini mengandungi 4 unit pembelajaran.

UNIT 1 : MENGENALI BIDANG PERTANIAN Dalam Unit 1.0 ini, murid mengenali bidang pertanian seperti mengenalpasti kepentingan pertanian di Malaysia, bidang yang terdapat dalam pertanian, peluang kerjaya, jenis-jenis tanaman dan jenis-jenis ternakan.

UNIT 2 : MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN ASEKS Dalam Unit 2.0 ini, murid mempelajari membiak tanaman secara seks dan aseks, dengan mengenalpasti jenis pembiakan tanaman, cara penyemaian seks dan aseks.

UNIT 3 : MENGENALI AKUAKULTUR Dalam Unit 3.0 ini, murid dapat mengenalpasti bidang akuakultur iaitu ternakan ikan air tawar dan ternakan ikan hiasan. Dalam unit ini juga, murid dapat menyatakan contoh ternakan ikan air tawar dan ternakan ikan hiasan yang terdapat di Malaysia.

UNIT 4 : MEMELIHARA IKAN HIASAN Dalam Unit 4.0 ini, murid dapat memelihara ikan hiasan setelah mempelajari cara memilih jenis ikan hiasan, jenis akuarium, sistem pengudaraan yang sesuai, menyediakan akuarium, menjalankan pemeliharaan serta menyenggara tempat memelihara ikan.

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 1: MENGENALI BIDANG PERTANIAN

STANDARD PEMBELAJARAN: 1.1. Mengenal pasti kepentingan pertanian di Malaysia.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 1.1.1 Menyatakan kepentingan pertanian di Malaysia iaitu menghasilkan bahan makanan, membekalkan bahan mentah, menyediakan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pendapatan negara.

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Pertanian bermaksud perihal bertani (tanam-menanam); perusahaan bercucuk tanam (Kamus Dewan, dbp, 1994). Bidang pertanian secara umumnya terbahagi kepada tanaman dan ternakan. Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, bahan mentah, tanaman hiasan dan lain-lain. Perkembangan teknologi dalam bidang pertanian begitu pantas berkembang. Industri pertanian akan menjadi lebih baik dan berkesan, jika murid lebih prihatin dengan situasi yang berkembang ini. Segala maklumat perkembangan ini boleh diperolehi melalui beberapa saluran seperti media elektronik dan media cetak. Contoh Tanaman

Tanaman Padi

Tanaman Sayuran

Tanaman Kelapa Sawit

Contoh Tanaman Hiasan

Perusahaan Tanaman Hiasan

Perusahan Bunga Kekwa

Perusahaan Bunga Okid

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Contoh Ternakan

Ternakan Kambing

Ternakan Lembu

Ternakan Ayam

Contoh Akuakultur

Ternakan ikan dalam sangkar

Ternakan ikan hiasan

Ternakan udang

Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

KANDUNGAN/FAKTA Kepentingan pertanian di Malaysia terbahagi kepada 4: 1. Pengeluaran Bahan Makanan Bahan makanan dikeluarkan di negara ini untuk: a. memenuhi keperluan bekalan bahan makanan penduduk. b. mengurangkan kos mengimport bahan makanan. c. memenuhi keperluan keselamatan negara. Contoh Bahan Makanan dari hasil pertanian

Padi

Buah Kelapa Sawit

Buah Nenas

2. Pengeluaran Bahan Mentah Bahan mentah yang dikeluarkan oleh sektor pertanian akan diproses oleh industri lain. Contohnya: JENIS HASIL BAHAN MENTAH Padi HASIL AKHIR Beras, tepung dan vermiseli

Tanaman

Getah

Tayar, sarung tangan, kasut dan perabot Minyak masak, marjerin dan lelemak Keropok, bebola ikan, ikan kering dan ikan salai. Burger, sosej, bebola daging dan daging salai. 6

Kelapa sawit

Ikan Ternakan Daging

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

3. Pendapatan Eksport Eksport hasil pertanian merupakan sumber penting pendapatan negara. Contohnya jualan hasil getah, kelapa sawit, koko serta hasil-hasil pertanian lain kepada negara-negara luar membolehkan negara kita meningkatkan aliran masuk wang asing.

4. Peluang Pekerjaan Dalam Rancangan Malaysia ke 10, terdapat perubahan dalam bidang pertanian negara dari segi pengeluaran bahan makanan di mana peranan sektor swasta berskala besar disarankan akan mengeluarkan banyak sayur-sayuaran dan buah-buahan untuk dieksport. Oleh itu bidang pertanian akan memerlukan bilangan tenaga kerja yang besar dalam memenuhi peluang kerjaya. Terdapat tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan.

MAKSUD PERKATAAN a. Landskap bermaksud pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalan raya dan tumbuh-tumbuhan. b. Eksport bermaksud penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negari untuk tujuan perdagangan. c. Import bermaksud pemasukan barang-barang dari luar negara. d. Mata wang asing bermaksud mata wang negara lain selain mata wang negara sendiri.

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN 1. Bahan bacaan pertanian, CD maklumat pertanian 2. Alat bantu mengajar LCD, Komputer riba dan penyambung plag tiga pin

TUGASAN 1. Membuat tugasan Folio atau Buku Skrap

LANGKAH KERJA 1. Mengumpul maklumat tentang kepentingan pertanian dari pusat sumber / majalah / surat khabar / bahan tayangan.Menyiapkan Folio atau Buku Skrap. 2. Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuat Folio atau Buku 3. Skrap mengikut format yang sesuai.

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN
Arahan : Sila jawab soalan di bawah. 1. Namakan SATU bidang pertanian. ___________________________________________________________

2. Berikan SATU contoh bidang pertanian yang anda nyatakan di atas. ___________________________________________________________

3. Namakan contoh hasil akhir pertanian yang anda ketahui. ___________________________________________________________

4. Nyatakan kepentingan EMPAT bidang pertanian. i. ___________________________________________________________ ii. ___________________________________________________________ iii. ___________________________________________________________ iv. ___________________________________________________________

5. Nyatakan kesan terhadap negara sekiranya pertanian diabaikan. ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

6. Namakan contoh tanaman yang banyak ditanam di seluruh Malaysia ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

7. Padankan contoh hasil akhir di bawah dari bahan mentah yang diberikan.

TAYAR

KEROPOK

BURGER

BERAS

MINYAK MASAK

10

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 1: MENGENALI BIDANG PERTANIAN


STANDARD PEMBELAJARAN: 1.2 Mengenal pasti bidang yang terdapat dalam pertanian.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 1.2.1 1.2.2 1.2.3 . Menyatakan bidang yang terdapat dalam pertanian iaitu tanaman ternakan. Menyenaraikan contoh-contoh jenis tanaman Menyenaraikan contoh-contoh jenis ternakan dan

11

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Pertanian merupakan kegiatan pengusahaan sesuatu kawasan untuk mendapatkan hasil tanaman dan ternakan secara maksimum. Pertanian juga merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dan penternakan haiwan.

KANDUNGAN/FAKTA Bidang pertanian terbahagi kepada 2 kumpulan besar iaitu tanaman dan ternakan. 1. TANAMAN Tanaman boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan iaitu:i. Tanaman komoditi atau tanaman perladangan, ii. Tanaman sayur-sayuran, iii. Tanaman buah-buahan, iv. Tanaman hiasan. 1. Tanaman komoditi atau tanaman perladangan merupakan tanaman yang diusahakan pada skala besar untuk diperdagangkan secara mentah. Contohnya tanaman getah, kelapa sawit, koko, kelapa dan lain lain-lain.

Ladang Getah

Ladang Kelapa Sawit

12

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Ladang koko

Ladang Kelapa

2. Tanaman sayur-sayuran sayuran boleh dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu sayuran jenis daun, buah, akar dan kekacang. a) Jenis sayuran daun - bahagian yang dimakan adalah bahagian daun contohnya bayam, kangkong, sawi dan lain-lain. lain

Bayam

Kangkong

Sawi

b) Sayuran buah bahagian yang dimakan adalah bahagian buah contohnya terung, cili api, labu dan dan lain-lain. lain

Terung

Cili

Labu

13

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

c) Sayuran akar bahagian yang dimakan adalah bahagian ubi seperti ubi kayu, lobak, halia dan lain-lain. lain

Ubi Kayu

Lobak Merah

Halia

d) Sayuran kekacang seperti kelor(Ramunggai) dan lain-lain. lain

kacang

panjang,

kacang

pis,

Kacang Panjang

Kacang Pis

Kelor(Ramunggai)

14

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

3. Tanaman buah-buahan merupakan tanaman yang ditanam untuk mendapatkan hasil buahnya seperti durian, rambutan, mangga, dokong dan lain-lain. Tanaman buah-buahan terbahagi kepada dua iaitu: a) Buah-buahan yang bermusim. Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau 2 kali setahun. Musim buah-buahan utama pada pertengahan bulan jun hingga pertengahan bulan ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya dalam bulan disember hingga febuari dan pengeluaran hasilnya berkurangan. Buah-buahan yang bermusim ialah durian, rambutan, duku, langsat dan lain-lain.

Durian

Rambutan

Langsat

b) Buah-buahan yang tak bermusim. Buah-buahan yang tak bermusim boleh diperolehi sepanjang tahun. Walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebihan dari masa-masa lain. Buah-buahan yang tidak bermusim ialah pisang, betik, tembikai, belimbing dan lain-lain.

Pisang

Belimbing

Tembikai

15

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

4. Tanaman hiasan dikenali sebagai florikultur. Tanaman ini diusahakan untuk menghasilkan bunga, biji benih dan anak benih bunga hiasan. Contohnya pengeluaran orkid, bunga kekwa, bunga mawar dan lain-lain.

Ladang Okid

Ladang buga kekwa

Penjualan bunga mawar

2. TERNAKAN Di Malaysia industri ternakan dijalankan untuk pengeluaran daging, susu dan telur. Antara ternakan yang diusahakan dalam skala besar seperti ayam, lembu, kambing, akuakultur dan lain-lain. Ternakan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu ternakan ruminan, ternakan bukan ruminan dan akuakultur. i. Ternakan ruminan ialah ternakan yang mempunyai 4 bahagian perut yang akan meluahkan semula makanan daripada perut ke dalam mulut untuk dikunyah berulangkali.

Gambarajah perut ternakan ruminan

16

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Haiwan Ruminan mempunyai sistem penceranaan yang terdiri daripada Mulut, Esofagus, Usus kecil, Usus besar, Sekum, Rektum dan perut yang mempunyai empat bahagian iaitu Rumen, Retikulum, Omasum dan Obomasum (berfungsi seperti perut biasa yang terdapat pada ternakan bukan ruminan "monogestrik".

Lembu

Kambing

Kerbau

Contoh ternakan ruminan ialah lembu, kerbau dan kambing Kesimpulananya pada haiwan ruminan terdapat dua jenis pencernaan, iaitu pertama penceranaan olah mikroorganisma yang berlaku didalam rumen dan retikulum, dan kedua pula pencernaan oleh enzim yang berlaku didalam abomasum dan usus kecil. ii. Ternakan bukan ruminan terdiri mempunyai organ pencernaan seperti paruh, esofagus, tembolok, proventrikulus, hempedal, duodenum, usus sekum dan kloaka. Contoh ternakan bukan ruminan ialah seperti ayam, itik, angsa dan khinzir.

Ayam

Itik

Angsa

17

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

iii.

Akuakultur pula ialah proses pengawasan, penjagaan, pembiakan haiwanhaiwaan akuatik dan tumbuhan akuatik sehingga ke suatu tahap yang dikehendaki. Contohnya ternakan ikan air tawar, ikan hiasan, ternakan udang dan lain-lain.

Ikan Talapia

Ikan Pelaga

Udang Galah

Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

18

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN 1. Bahan bacaan pertanian, CD maklumat pertanian 2. Alat bantu mengajar LCD, Komputer riba dan penyambung plag tiga pin

TUGASAN Membuat tugasan Folio atau Buku Skrap.

LANGKAH KERJA 1. Mengumpul maklumat tentang kepentingan pertanian dari pusat sumber / majalah / surat khabar / bahan tayangan. 2. Menyiapkan Folio atau Buku Skrap Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuat Folio atau Buku. Skrap mengikut format yang sesuai.

19

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN
1. Lengkapkan jadual di bawah.
Pertanian

Sayuran Contoh: Contoh: Contoh: Contoh:

Buahan Contoh:

Contoh: Contoh: Contoh: Contoh: Contoh: Contoh:

2. Nyatakan perbezaan haiwan ruminan dan haiwan bukan ruminan. i. Haiwan Ruminan : ______________________________________

ii.

Haiwan Bukan Ruminan : _________________________________

3. Nyatakan perbezaan buah-buahan yang bermusim dan buah-buahan yang tidak bermusim. i. Buahan yang bermusim : ________________________________________________________ ________________________________________________________ Buahan yang tidak bermusim : ________________________________________________________ ________________________________________________________ 20

ii.

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 1: MENGENALI BIDANG PERTANIAN

STANDARD PEMBELAJARAN: 1.3 Mengenal pasti peluang kerjaya dalam bidang pertanian.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 1.3.1 Menyenaraikan peluang kerjaya dalam bidang pertanian iaitu usahawan, petani, penternak, peladang, pekerja mahir dan separa mahir.

21

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN Peluang kerjaya dalam bidang pertanian telah mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan import di samping meluaskan peluang pekerjaan rakyat negara. Dengan kemajuan bidang pertanian menggunaakan teknologi terkini, hasil tanaman dapat dipertingkatkan melalui penggunaan kaedah moden seperti aeroponik, hidroponik dan seumpamanya. Sebagai contoh, Cameron Highlands adalah tempat pengeluaran hasil pertanian negara seperti sayur-sayuran dan buahbuahan. Buah strawberry dapat dihasilkan menggunakan kaedah hidroponik. Maka peningkatan hasil dalam bidang pertanian berupaya memenuhi keperluan dalam negara disamping mewujudkan peluang pekerjaan. Kemajuan dalam bidang penternakan juga telah memenuhi keperluan rakyat terhadap sumber makanan dan merangsang perusahaan yang berteraskan penternakan contohnya kaedah akuakultur di Johor telah menjana hasil yang amat lumayan hanya dengan penternakan ikan sahaja. Bidang akuakultur juga menjana perkembangan industri ikan hiasan yang digemari oleh rakyat tempatan.

Pertanian yang dijalankan menggunakan teknologi terkini Media elektronik : Internet Radio Television Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan 22

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

KANDUNGAN/FAKTA Sektor pertanian melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar. Sejumlah 1.7 juta orang atau 18.4 peratus daripada jumlah guna tenaga negara terlibat secara langsung dalam aktiviti pertanian (sumber rujukan: Buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4, 2002) Tiga kumpulan pekerjaan utama yang penting dalam pertanian. KUMPULAN PERANAN CONTOH PEKERJAAN

Terlibat secara langsung dalam Pengusaha tanaman, pengurus pengeluaran hasil pertanian. Pengeluaran ladang, penternak haiwan dan Mereka menghasilkan bahan eksekutif pemasaran. makanan atau bahan mentah. Memberi segala perkhidmatan Pegawai pertanian, pegawai kepada pengeluar supaya mereka penyelidik, pegawai perubatan Perkhidmatan dapat mengeluarkan hasil yang veterinar, jururunding, guru dan maksimum. arkitek landskap. Memproses hasil pertanian Pengilang padi dan pekerja Pembuatan kepada barangan lain yang kilang pemprosesan minyak berguna. sawit atau getah. (sumber rujukan: Buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4, 2002) Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian melibatkan ramai tenaga kerja mahir, khasnya yang terlatih dalam aspek penyelidikan dan pembangunan(P&P). Kesimpulannya peluang kerjaya dalam bidang pertanian terbuka luas kepada sesiapa yang ingin menceburinya.

Penyelidik

Peladang

Peladang

23

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Doktor Veterinar

Pensyarah

Pelukis Pelan Landskap

24

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN 1. Bahan bacaan pertanian, CD maklumat pertanian 2. Alat bantu mengajar LCD, Komputer riba dan penyambung plag tiga pin TUGASAN Menyediakan Folio atau Buku Skrap

LANGKAH KERJA 1. Mengumpul maklumat tentang kepentingan pertanian dari pusat sumber / majalah / surat khabar / bahan tayangan. 2. Menyiapkan Folio atau Buku Skrap. 3. Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuat Folio atau Buku 4. Skrap mengikut format yang sesuai.

25

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN
1. Lengkapkan jadual berikut dengan membuat perbandingan tiga kumpulan utama yang penting dalam bidang pertanian. Kumpulan penting dalam pertaniaan

Pengeluaran Contoh: ___________ Peranan:

Perkhidmatan Contoh: ___________ Peranan:

_______________ Contoh: Pengilang Padi Peranan:

____________________

____________________

____________________

2. Nyatakan secara ringkas, kaedah penanaman berikut: i. Aeroponik : ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ii. Hidroponik: ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ Namakan DUA tempat pengeluaran sayur-sayuaran dan buah buahan di Malaysia. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 4. Namakan DUA tempat pengeluaran hasil ternakan di Malaysia. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

3.

26

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 2: MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN ASEKS

STANDARD PEMBELAJARAN: 2.1 Mengenal pasti jenis pembiakan tanaman.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 Menyatakan maksud pembiakan tanaman secara seks. Menyatakan maksud pembiakan secara aseks. Menyatakan contoh tanaman yang dibiakkan secara seks. Menyatakan contoh tanaman yang dibiakkan secara aseks.

27

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Pembiakan tanaman merupakan proses memanjangkan kewujudan, mempelbagaikan spesis dan dan memperbanyakkan kuantiti tanaman. Terdapat dua jenis pembiakan tanaman iaitu pembiakan tanaman secara seks dan pembiakan tanaman secara aseks. Segala maklumat pembiakan tanaman ini boleh diperolehi melalui beberapa saluran seperti media elektronik dan media cetak.

Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

28

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

KANDUNGAN/ FAKTA 1. Pembiakan Tanaman Secara Seks. Pembiakan tanaman secara seks adalah pembiakan yang melibatkan persenyawaan gamet jantan dan gamet betina menghasilkan zigot. Zigot yang terbentuk akan menjadi biji benih. Biji benih boleh didapati daripada pokok-pokok yang matang atau dengan cara membeli di pasaran. Terdapat dua jenis biji benih iaitu biji benih halus dan biji benih kasar. a. Kelebihan pembiakan seks i. Biji benih mudah diperolehi. ii. Boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak. iii. Pokok mempunyai akar tunjang. b. Kekurangan pembiakan seks i. Tidak semua tanaman mengeluarkan biji benih. ii. Ciri-ciri pokok induk tidak diwarisi sepenuhnya. iii. Pertumbuhan tidak sekata. iv. Lambat mencapai tahap matang.

Biji benih halus

Biji benih kasar

2. Pembiakan Tanaman Secara Aseks. Pembiakan tanaman secara aseks adalah pembiakan individu baru dari satu induk tanpa melibatkan penggabungan gamet. Pembiakan aseks juga dikenali sebagai pembiakan vegetatif yang menggunakan bahagian tumbuhan seperti: a) Keratan batang. b) Keratan Daun. c) Tut. d) Cantuman e) Pembahagian Organ Tanaman. f) Kultur tisu. 29

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

a. Keratan Batang.

Kaedah ini menggunakan bahagian tanaman seperti batang, ranting dan dahan tanaman. Keratan batang boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu: i. Keratan Kayu Lembut Keratan diambil dari bahagian yang termuda sekali atau masih hijau. Contoh tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakan keratan kayu lembut adalah pokok ati-ati (Coleus sp), ros jepun (Portulaca grandiflora) dan bayam merah Iresine sp.). ii. Keratan Kayu Sederhana Keratan diambil daripada dahan atau ranting yang baru matang. Contoh tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakkan keratan kayu sederhana adalah seperti bunga raya (Hibiscus sp.), puding (Codiaeum sp.) dan bunga loceng (Allamanda sp.).

iii. Keratan Kayu Keras Keratan diambil dari bahagian batang atau dahan yang telah matang. Contoh tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakan keratan kayu keras ialah Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis dan Baphia nitida.

Keratan Batang 30

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

b. Keratan Daun

Pembiakan secara keratan daun boleh dilakukan pada pokok yang mempunyai daun yang berlendair kerana daun jenis ini banyak makanan yang tersimpan di dalamnya. Terdapat empat cara menyediakan keratan daun iaitu: i. Keratan Lai Daun. Cara keratan lai daun sesuai pada tanaman yang mempunyai lai daun yang panjang seperti pokok lidah jin (Sansevieria trifasciata). Lai daun yang diambil dan dipotong sepanjang 3cm atau 4cm.

ii.

Keratan Urat Daun. Daun tanaman seperti resam batu (Begonia spp.) dibiakkan dengan meletakkan lai daunnya di atas medium pengakaran dan uratnya dikerat-kerat. Setiap urat daun yang dikerat akan mengeluarkan anak pokok yang baru.

31

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

iii.

Keratan Tunas Daun. Keratan tunas daun terdiri daripada daun serta tunas ketiak dan sebahagian batang. Contoh tanaman yang boleh dibiakkan dengan keratan tunas daun ialah seperti Honeysucle (Lornicera spp.)

iv.

Keratan Lai Daun Dan Tangkai Daun. Keratan lai daun dan tangkai daun terdiri daripada sekeping daun bersama tangkai daunnya sekali. Contoh tanaman yang boleh dibiakkan dengan kaedah ini ialah Violet Africa (Saintpaulia spp.) dan Gloxina sp.

32

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

c. Tut

Kaedah pembiakan secara tut, merupakan satu teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Oleh itu bahagian yang terlibat masih mendapat makanan dan air dari pokok induk. Apabila tut telah berjaya ia boleh dipisahkan daripada pokok induk.

Kelebihan Tut i. Ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya. ii. Tanaman baru lebih cepat matang. Kekurangan Tut i. Pembiakan secara tut tidak boleh dibiak dengan kuantiti yang banyak pada sesuatu pokok induk. ii. Tanaman lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar tunjang. iii. Pembiakan secara tut memerlukan kemahiran membuat tut.

33

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

d. Cantuman.

Pembiakan cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-klon klon klon baru yang lebih baik. Proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu pokok penanti dan sion. Pokok penanti ialah pokok yang sistem akarnya akan digun digunakan di dalam cantuman ini. Sementara sion pula ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan dengan pokok penanti. Terdapat beberapa cara cantuman yang boleh dilakukan pada tanaman hiasan seperti: i. Cantuman Baji

ii.

Cantuman Mata Tunas

34

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

iii.

Cantuman Sandingan

The image cannot be display ed. Your computer may not hav e enough memory to open the image, or the image may hav e been corrupted. Restart y our computer, and then open the file again. If the red x still appears, y ou may hav e to delete the image and then insert it again.

Contoh Cantuman Sandingan

35

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

e. Pembahagian Organ Tanaman

Setengah tanaman hiasan mempunyai organ atau pun bahagian khas yang boleh digunakan untuk pembiakan seperti bebawang, ubi, stolon, rizom dan rumpun. i. Pembiakan Menggunakan Ubi. Ubi ialah bahagian batang yang dugunakan untuk menyimpan makanan dan tanaman di dalam tanah. Ubi mempunyai tunas dorman yang terdapat pada badannya. Tunas dorman ini akan mengeluarkan pucuk dan akar baru sekiranya disemai. Contoh tanaman berubi ialah keledek, sengkuang dan bunga sarang tebuan (Dahlia pinnata).

ii.

Pembiakan Menggunakan Rizom Rizom ialah batang tanaman yang tumbuh di bawah permukaan tanah. Contoh tanaman yang mempunyai rizom ialah halia (Zingiber sp), lengkuas dan Heliconia sp.

36

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

iii.

Pembiakan Menggunakan Stolon Stolon ialah batang tanaman yang tumbuh melata di atas permukaan tanah. Contoh tanaman yang mempunyai stolon ialah pegaga dan rumput taiwan (Zoysia sp.)

iv.

Pembiakan Melalui Pembahagian Rumpun. Pembahagian rumpun dilakukan ke atas tanaman yang berumpun. Contoh tanaman yang dibiakkan melalui pembahagian rumpun ialah serai, buluh dan pinang merah (Cyrtostachys lacca).

37

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

v.

Bebawang. Bebawang adalah batang tanaman yang mempunyai ruas yang sangat pendek dan juga daun berlendair yang keluar dari bahagian buku. Contoh tanaman hiasan yang dibiakkan melalui bebawang ialah bawang merah, bawang putih dan spider lily (Hymenocallis cariebeae).

f.

Pembiakan Kultur Tisu Kultur tisu ialah pembiakan mikro yang menggunakan sekelompok tisu yang membiak di dalam medium khas membentuk anak pokok baru.

38

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN MENGAJAR 1. Media cetak 2. Media elektronik, LCD, internet dan lain-lain TUGASAN 1. Murid mengumpul maklumat pokok-pokok yang boleh dibiakkan secara aseks. 2. Murid membuat pembentangan hasil maklumat pokok hiasan. 3. Murid menghasilkan buku skrap / folio / lain-lain yang berkaitan.

39

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN
Jawab semua soalan di bawah. 1. Nyatakan dua kelebihan pembiakan seks. a) .................................................................................... b) .................................................................................... 2. Nyatakan dua kekurangan pembiakan seks. a) .................................................................................... b) .................................................................................... 3) Nyatakan tiga jenis pembiakan secara keratan batang berserta contohnya a) .................................................................................................................. Contoh : ......................................................................................................... b) ................................................................................................................... Contoh : ......................................................................................................... c).................................................................................................................... Contoh : ......................................................................................................... 4) Nyatakan dua kelebihan pembiakan secara tut. a) .............................................................................................................. b) ..............................................................................................................

5) Nyatakan dua kekurangan pembiakan secara tut. a) .............................................................................................................. b) .............................................................................................................. 6) Namakan dua tanaman yang boleh dibiakkan menggunakan rizom. a) ............................................................................................................. b) .............................................................................................................

40

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 2: MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN ASEKS


STANDARD PEMBELAJARAN: 2.2 Menyemai tanaman secara seks.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 2.2.6 Menyatakan jenis biji benih iaitu biji benih halus dan biji benih kasar. Menyediakan biji benih untuk disemai. Menyediakan medium semaian. Menyemai biji benih di bekas semaian atau tapak semaian. Menyiram dan memberi teduhan. Membersihkan kawasan kerja.

41

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PENGENALAN

MAKLUMAT RUJUKAN

Kaedah pembiakkan tanaman secara seks adalah pembiakan yang melibatkan persenyawaan gamet jantan dan gamet betina untuk membentuk zigot. Melalui kaedah ini biji benih digunakan untuk mendapatkan pokok yang baru. Segala maklumat pembiakan biji benih ini boleh diperolehi melalui beberapa saluran seperti media elektronik dan media cetak.

Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

42

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

KANDUNGAN/ FAKTA 1. Pembiakan Secara Seks. Pembiakan secara seks adalah pembiakan menggunakan biji benih. Terdapat dua jenis biji benih iaitu biji benih halus dan biji benih kasar.

Biji benih halus

Biji benih kasar

Biji benih untuk disemai dipilih berdasarkan ciri-ciri ciri seperti: a. matang atau cukup tua. b. sihat dari serangan penyakit dan perosak. c. saiz yang sekata d. tidak melebihi tarikh luput.

2. Medium Semaian. Bahan medium semaian terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir. Medium semaian yang baik adalah campuran medium yang mampu memberikan sokongan kepada akar, membekalkan nutien, air dan udara kepada pokok serta bersaliran baik.

43

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

3. Menyemai Biji Benih. Menyemai biji benih boleh dilakukan di dalam bekas semaian atau di tapak semaian.

1 cm Biji benih palma medium

2 cm

Biji benih kasar

Biji benih halus dalam bekas semaian

44

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

4. Menyiram dan Memberi teduhan. Tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk hidup terutama pada peringkat awal pernanaman. Aktiviti penyiraman perlu dilakukan sekurangkurangnya dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk menyiram adalah pada waktu pagi dan waktu petang. Selepas menyemai tanaman perlulah diberikan teduhan sama ada di rumah tumbuhan ataupun di bawah pokok.

Sistem Penyiraman Titisan

Sistem Penyiraman Renjisan

Sistem Penyiraman Kapilari

Semaian di bawah rumah tumbuhan

Hos penyiram 45

Tong penyiram

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

5. Membersihkan Kawasan Kerja. Selepas selesai menjalankan semaian biji benih kerja-kerja pembersihan kawasan perlu dilakukan seperti: a. b. c. d. Membuang sampah Mengumpul sisa tanaman untuk dijadikan kompos. Membersihkan dan menyimpan alatan. Membersihkan sekitar ruang kerja.

Aktiviti pembersihan kawasan selepas menjalankan amali.

46

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN 1) Media cetak dan media elektronik 2) LCD TUGASAN 1) Menyebut biji benih berdasarkan pengetahuan sedia ada (kiuz). 2) Menyediakan medium (menapis,menyukat, menggaul dan menyimpan). 3) Menyemai biji benih mengikut prosedur.

LANGKAH KERJA Menyemai Biji Benih Halus 1. Sediakan bahan dan peralatan seperti sudip tangan, bekas semaian, biji benih halus seperti Celosia sp, Tegates sp. dan Gomphrena globusa. 2. Sediakan medium semaian 2 : 1 : 1(tanah loam : bahan organik: pasir) dan masukkan ke dalam bekas semaian. Ratakan permukaan medium. 3. Buat alur sedalam 1 cm pada medium semaian. 4. Gaulkan biji benih halus dengan pasir (1 bahagian biji benih : 5 bahagian pasir). 5. Semai biji benih halus secara alur atau tabur terus. Kemudian menimbus dengan lapisan tanah yang nipis. 6. Siram dan letak bawah teduhan. 7. Label tarikh menyemai, nama tumbuhan dan nama murid. 8. Rekodkan tarikh bercambah, bilangan anak benih hidup dan mati. 9. Pindahkan anak benih ke bekas lain setelah mempunyai 4 hingga 5 helai daun.

47

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Menyemai Biji Benih Kasar 1. Sediakan bahan dan peralatan seperti sudip tangan, bekas semaian, biji benih kasar seperti Vietchia merilli, Cassia biflora dan Helianthus sp. 2. Sediakan medium semaian 2:1:1 (tanah loam : bahan organik : pasir) dan masukkan ke dalam bekas semaian. Ratakan permukaan medium. 3. Buat lubang kecil atau alur di atas medium yang telah disediakan. 4. Tanam biji benih sedalam 2-3 kali lebih dalam daripada garis pusat biji benih. Jarak antara biji benih ialah 3 cm. 5. Tutup lubang dengan lapisan medium. 6. Siram dan letak di bawah teduhan. 7. Label tarikh menyemai, nama tumbuhan dan nama murid. 8. Rekodkan perkara-perkara berikut : a. Tarikh bercambah b. Bilangan biji benih bercambah/minggu c. Tinggi anak benih/minggu d. Bilangan daun/minggu. 9. Anak benih dipindahkan ke bekas lain setelah mempunyai 4-5 helai daun sebenar.

48

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN
Jawab soalan di bawah. 1) Namakan dua tanaman hiasan yang dibiakkan menggunakan biji benih halus. a) ................................................................................... b) ................................................................................... Namakan dua tanaman hiasan yang dibiakkan menggunakan biji benih kasar. a) ....................................................................................... b) .......................................................................................

2)

3) Nyatakan ciri-ciri medium semaian yang baik. a) ....................................................................................... b) ....................................................................................... c) ....................................................................................... d) .......................................................................................

49

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

Borang markah kerja amali Tajuk Projek Menyemai Biji Benih Halus Markah
Melabel/ Merekod (20M) Membersih (20M) Menyemai (20M) Menyiram (20M) Jumlah (100M) Penyediaan medium (20M)

BIL

NAMA CALON

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

50

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Borang markah kerja amali Tajuk Projek Menyemai Biji Benih Kasar Markah
Melabel/ Merekod (20M) Membersih (20M) Menyemai (20M) Menyiram (20M)

BIL

NAMA CALON

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

51

Jumlah (100M)

Penyediaan medium (20M)

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 2.0 : MEMBIAK TANAMAN SECARA SEKS DAN ASEKS

STANDARD PEMBELAJARAN: 2.3 Menyemai tanaman secara aseks.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 2.3.1 Menyenaraikan pembiakan secara aseks iaitu keratan, cantuman, tut dan organ tanaman. 2.3.2 Menyediakan keratan batang untuk disemai. 2.3.3 Menyediakan medium semaian. 2.3.4 Menyemai keratan batang. 2.3.5 Menyiram dan memberi teduhan. 2.3.6 Membersihkan kawasan kerja.

52

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Pembiakan aseks adalah pembiakan individu baru dari satu induk tanpa melibatkan penggabungan gamet. Segala maklumat pembiakan secara aseks ini boleh diperolehi melalui beberapa saluran seperti media elektronik dan media cetak.

Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

53

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

KANDUNGAN/ FAKTA

1. Pembiakan secara aseks Pembiakan aseks juga dikenali sebagai pembiakan vegetatif yang menggunakan bahagian tanaman seperti: i. ii. iii. iv. v. vi. Keratan Batang Keratan Daun. Tut. Cantuman Pembahagian Organ Tanaman. Kultur tisu.

i. Menyediakan Keratan Batang Untuk Disemai Keratan batang merupakan kaedah yang paling mudah dibuat terhadap tanaman hiasan dan sayuran. Dahan atau ranting yang dipilih mestilah sihat dan tiada serangan perosak. Bahagian keratan batang boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: a. Keratan Kayu Lembut Keratan diambil dari bahagian yang termuda sekali atau masih hijau. Panjang keratan 10-15cm beserta 2-3 helai daun. Bahagian pangkal keratan di potong serong supaya memudahkan pertumbuhan akar. Keratan kayu lembut mudah kering dan persekitaran hendaklah sentiasa lembab. Contoh tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakan keratan kayu lembut adalah pokok ati-ati (Coleus sp.), rose jepun (Portulaca grandiflora) dan bayam merah (Iresine sp.). b. Keratan Kayu Sederhana Keratan diambil daripada dahan atau ranting yang baru matang. Panjang keratan 10-20 cm beserta beberapa helai daun setiap keratan kayu sederhana. Bahagian pangkal dan atas keratan dipotong serong supaya memudahkan pertumbuhan akar serta mengelakkan bahagian atas keratan rosak. Setiap keratan kayu sederhana biasanya mempunyai sistem akar yang lebih baik berbanding keratan kayu lembut. Contoh tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakkan keratan kayu sederhana adalah seperti bunga raya (Hibiscus sp.), puding (Codieum sp.) dan bunga loceng (Alamanda sp.)

54

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

c. Keratan Kayu Keras Keratan diambil dari bahagian batang atau dahan yang telah matang. Bagi keratan kayu keras, semua daun hendaklah dibuang. Bahagian pangkal dan atas keratan dipotong serong supaya memudahkan pertumbuhan akar serta mengelakkan bahagian atas keratan rosak. Contoh tanaman yang biasa digunakan untuk pembiakan keratan kayu keras ialah Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis dan Baphia nitida.

ii. Menyediakan Medium Semaian Medium semaian yang digunakan hendaklah mempunyai saliran yang baik, gembur, tidak mengandungi biji benih rumpai dan agen penyakit serta serangga. Medium penyemaian yang boleh digunakan ialah pasir dan bahan organik dengan nisbah campuran tanah untuk medium semaian 1:1 (satu bahagian pasir: satu bahagian bahan organik). Jika tiada bahan organik, sabut kelapa yang telah dihancurkan boleh digunakan.

iii. Menyemai Keratan Batang Sebelum disemai celupkan bahagian bawah keratan dengan hormon penggalak akar untuk membantu menggalakkan pengeluaran dan pertumbuhan akar. Kemudian disemaikan ke dalam lubang atau alur yang telah disediakan dan padatkan medium di sekeliling batang.

55

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

iv. Menyiram dan Memberi teduhan Penyiraman perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk menyiram adalah pada waktu pagi dan waktu petang. Selepas menyemai tanaman perlulah diberikan teduhan sama ada di rumah tumbuhan ataupun di bawah pokok.

v. Membersihkan Kawasan Kerja Selepas selesai menjalankan semaian biji benih kerja-kerja pembersihan kawasan perlu dilakukan seperti: a. b. c. d. membuang sampah mengumpul sisa tanaman untuk dijadikan kompos. membersihkan dan menyimpan alatan. membersihkan sekitar ruang kerja.

56

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN BAHAN 1. Bahan tanaman keratan kayu lembut adalah pokok ati-ati (Coleus sp.), ros jepun (Portulaca grandiflora) dan bayam merah ( Iresine sp. ). 2. Bahan tanaman keratan kayu sederhana adalah seperti bunga raya (Hibiscus sp.), puding ( Codieum sp.) dan bunga loceng ( alamanda sp. ) 3. Bahan tanaman keratan kayu keras ialah Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis dan Baphia nitida. 4. Medium semaian 1:1 (satu bahagian pasir: satu bahagian bahan organik). 5. Hormon penggalak akar

ALATAN 1. Alatan sekateur 2. Bekas semaian / beg politena / pasu 3. Tong penyiram 4. Sudip tangan

TUGASAN 1. Menyebut jenis pembiakan aseks berdasarkan pengetahuan sedia ada (kuiz). 2. Menyediakan medium (menapis,menyukat, menggaul dan menyimpan). 3. Menyemai keratan batang secara amali. 4. Membersihkan ruang kerja.

57

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LANGKAH KERJA 1. Menyediakan bahan dan peralatan seperti keratan batang lembut, sederhana dan keras, hormon penggalak akar, medium semaian (1 bahagian pasir : 1 bahagian bahan organik ), sekateur, bekas semaian, sudip tangan dan tong penyiram. 2. Masukkan medium semaian (1:1) ke dalam bekas semaian dan ratakan. 3. Menyediakan keratan batang ( keras, sederhana dan lembut ). 4. Buat lubang kecil di atas medium yang telah disediakan. 5. Semai keratan batang ke dalam lubang yang telah tersedia. Padatkan medium disekeliling batang. 6. Siram dan letakkan di bawah teduhan. 7. Labelkan tarikh menyemai dan namakan pokok. 8. Membersihkan kawasan kerja dan peralatan yang telah digunakan untuk membuat semaian.

58

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN
Jawab soalan di bawah. 1. Nyatakan tiga jenis keratan batang. a. ____________________________________ b. ____________________________________ e. ____________________________________

A B

Rajah 1 2. Berdasarkan rajah 1 , nyatakan panjang keratan tersebut. a. Keratan A : _____________________________ b. Keratan B : _____________________________ c. Keratan C : _____________________________

3. Senaraikan tiga peralatan yang digunakan untuk menyediakan pembiakan tumbuhan hiasan secara keratan batang. a. ................................................................................. b. ................................................................................. c. ................................................................................. 59

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PENILAIAN

Borang markah kerja amali Tajuk Projek Menyemai Keratan Batang Markah
Melabel/ Merekod (20M) Membersih (20M) Menyemai (20M) Menyiram (20M) Jumlah (100M)

BIL

NAMA CALON

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Penyediaan medium (20M)

60

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 3: MENGENALI AKUAKULTUR

STANDARD PEMBELAJARAN: 3.1 Mengenal pasti bidang akuakultur.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 3.1.1 3.1.2 3.1.3 Menyenaraikan bidang akuakultur iaitu ternakan ikan air tawar ternakan ikan hiasan. Menyatakan contoh ternakan ikan air tawar. Menyatakan contoh ternakan ikan hiasan. dan

61

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Akuakultur bermaksud proses pengawasan, penjagaan, pembiakan haiwan-haiwan akuatik dan tumbuhan akuatik sehingga ke suatu tahap yang dikehendaki. Akuakultur boleh dijadikan satu sumber penjana pendapatan dan merupakan salah satu komponen kepada program pertanian secara bersepadu.Segala maklumat perkembangan ini boleh diperolehi melalui beberapa saluran iaitu : Media elektronik : Internet Radio Televisyen

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

KANDUNGAN/FAKTA

BIDANG AKUAKULTUR Bidang akuakultur ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu :i. Ternakan ikan air tawar seperti ikan tilapia, keli, patin, baung, jelawat, lampam, puyu dan sebagainya. ii. Ternakan ikan hiasan seperti ikan Guppy, Swordtail, Molly, Platy, Barb, Sepat, Pelaga, Angel, Arowana dan sebagainya.

62

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

1. Ternakan Ikan Air Tawar Spesies ikan air tawar yang berpotensi dan mendapat permintaan yang baik khususnya bagi pasaran dalam negara ialah spesies ikan Tilapia dan ikan Keli.

1. Nama Tempatan Nama Saintifik

:Tilapia Merah :Oreocromis spp.

Ikan Tilapia merupakan spesies ikan air tawar yang popular di Malaysia berasal dari benua Afrika.

2. Nama tempatan Nama saintifik

: :

Keli Clarias spp.

Ikan keli ialah sejenis ikan yang hidup di paya, sawah padi dan sungai. Terdapat beberapa jenis ikan keli seperti Keli Kayu, Keli Bunga, Keli Afrika dan sebagainya. Ikan Keli Afrika diternak secara besar-besaran di Malaysia.

63

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

2. Ternakan Ikan Air Hiasan Ikan-ikan hiasan yang biasa diternak dan dipelihara oleh penggemar dan penternak adalah seperti : Bil 1 Famili Cyprinidae Spesis Barb, Seluang (Rasbora), Kap (Kelah, tengas) Ikan Emas Ciri-Ciri Utama Kecil, berbadan mampat, bersesungut, tiada sirip adipos dan gigi Ekor terbuka berbentuk fork Badan bersisik dan bergerak pantas Kepala tanpa sisik Terdapat di Afrika, Amerika Utara, sebahagian besar Asia Tenggara.

Chichlidae

Angel, Discus,Oscar

Hanya sepasang lubang hidung Hanya satu sirip dorsal Sirip ekor bulat

Charachidae

Semua jenis ikan Tetra

Seakan ikan Barb Tiada sesungut Ada gigi dan sirip adipos Berasal di Amerika Selatan dan Afrika Tengah.

64

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Bil

Famili

Spesis

Ciri-Ciri Utama Berbadan lebar dan mampat Sirip anak yang panjang Mempunyai organ pernafasan tambahan untuk bernafas di udara

Belontiidae

Ikan Pelaga Siam (Betta splendens), Gourami biru (Trichogaster trichopterus), Dwarf Gourami (Colisa lalia)

Poeciliidae

Platy, Molly, Swordtail, Guppy

Melahirkan anak Sedikit persamaan dengan mamalia

Catfish Families

Coridoras sp. ikan Bandaraya (Rinelloricaria parva)

Suckermouth Bersesungut

65

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN 1. Tayangan slaid 2. Lembaran kerja 3. LCD 4. Poster jenis ikan hiasan 5. Air tawar TUGASAN 1. Melengkapkan maklumat dalam lembaran kerja LANGKAH KERJA 1. Murid menyaksikan tayangan slaid berkaitan jenis ikan hiasan dan air tawar. 2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 3. Setiap murid diberikan lembaran kerja gambarajah ikan dan dikehendaki berbincang mengenai nama ikan. 4. Setiap murid dikehendaki menulis nama ikan pada ruangan jawapan pada lembaran kerja.

66

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN Jawab semua soalan


1. Senaraikan bidang akuakultur yang telah anda pelajari. a. Ternakan : ...................................................... b. Ternakan : ......................................................

2. Berikan empat contoh ikan air tawar yang biasa terdapat di pasaran negara kita. a. ........................................................... b. ........................................................... c. ........................................................... d. ...........................................................

3. Berikan empat contoh ikan air hiasan yang biasa dipelihara oleh rakyat Malaysia a. ........................................................... b. ........................................................... c. ........................................................... d. ...........................................................

67

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN N0. MODUL / UNIT TAJUK PROJEK TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI YA 1. 2. 3. Dapat menyenaraikan dua jenis bidang akuakultur Menyatakan contoh ternakan ikan air tawar. Menyatakan contoh ternakan ikan hiasan. Trampil KEPUTUSAN Tidak Trampil TIDAK CATATAN TAHUN

TARIKH

NAMA GURU DISAHKAN OLEH

T/Tangan &Tarikh T/Tangan & Tarikh

68

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 4: MEMELIHARA IKAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN: 4.1 Memilih jenis ikan hiasan.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 4.1.1 Menyenaraikan contoh ikan hiasan jenis beranak. 4.1.2 Menyenaraikan contoh ikan hiasan jenis bertelur. 4.1.3 Memilih ciri-ciri ikan hiasan seperti cantik, tahan lasak dan sihat.

69

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan aksesori lain Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan di Malaysia malah ada di antaranya di eksport ke luar negara. Permintaan terhadap ikan hiasan adalah bergantung kepada kehendak pasaran semasa. Antara tujuan pemeliharaan ikan hiasan adalah untuk : a. Hobi b. Pertandingan dan pertunjukan c. Perniagaan Secara umumnya, ikan hiasan dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu :

1. Ikan Hiasan Jenis Beranak. Jenis ikan dari kumpulan Poeciliidae ini terdiri daripada Platy, Molly, Swordtail dan Guppy. Ikan ini boleh dibiakkan dengan mudah di dalam tangki iaitu dengan menambahkan sedikit garam dapur bagi merangsang pembiakannya. Anak-anak yang dilahirkan boleh hidup tanpa penjagaan yang rapi.

Ikan swordtail

Ikan guppy

70

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Ikan platy

Ikan Molly

2. Ikan Hiasan Jenis Bertelur. Antara jenis ikan yang membiak secara bertelur terdiri daripada jenis ikan Pelaga, barb, emas, tetra, sepat, angel, discuss, oscar dan sebagainya. Lazimnya, terdapat 3 jenis telur iaitu terapung, separa terapung dan melekat pada substrat. Ikan yang bertelur lebih sukar dan rumit dibiakkan kerana memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya di peringkat anak berumur seminggu. Pengurusan yang salah boleh menyebabkan kematian 100% pada anak ikan.

Ikan emas

Ikan pelaga

Ikan kelisa

Ikan tetra

71

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Panduan Pemilihan Ikan Hiasan Bagi memperoleh kepuasan dalam memelihara ikan hiasan, beberapa panduan pemilihan ciri-ciri ikan hiasan yang baik perlu dilakukan. Berikut adalah ciri-ciri ikan hiasan yang baik untuk dipelihara : 1. Baka yang baik o Meliputi aspek genetik, tahan penyakit dan cepat membesar. o Ikan jenis pemangsa tidak boleh dicampurkan dengan ikan yang lain. 2. Warna yang menarik o Warna merupakan daya penarik yang menjadikan ikan tersebut mempunyai nilai harga yang tinggi. 3. Sihat o Memilih ikan yang sihat seperti berenang dengan aktif, selera makan dan berkumpulan dengan ikan lain. 4. Tahan lasak o Ikan yang mempunyai daya tahan lasak yang tinggi terhadap perubahan kualiti mempunyai jangka hayat hidup yang lebih panjang. 5. Bebas daripada penyakit o Ikan yang berpenyakit boleh menyebarkan penyakit kepada ikan-ikan yang lain di dalam akuarium. 6. Saiz ikan o Hendaklah sesuai dengan saiz dan bentuk akuarium.

Contoh pemeliharaan ikan hiasan dalam akuarium

72

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Segala maklumat perkembangan bidang ikan hiasan boleh diperolehi melalui beberapa saluran iaitu :

Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Poster

73

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN Komputer, internet, pencetak, kertas A4 TUGASAN 1. Mencari maklumat ikan hiasan beranak dan bertelur dengan menggunakan internet. LANGKAH KERJA 1. Hidupkan komputer, gunakan browser internet explorer, google chrome atau mozilla firefox. 2. Layari internet menggunakan enjin pencari www.google.com dan klik pada bahagian cari dan taip perkataan ikan hiasan

3. 4. 5. 6. 7.

Murid dikehendaki mencari 3 jenis ikan hiasan beranak dan 3 jenis ikan hiasan bertelur. Copy gambar yang dicari dan paste pada perisian microsoft word. Setiap gambar hendaklah dilabel dengan nama ikan. Cetak gambar tersebut pada sehelai kertas besaiz A4. Hantar tugasan yang telah siap kepada guru untuk dinilai.

74

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN Jawab semua soalan


1. Senaraikan 3 tujuan pemeliharaan ikan hiasan yang anda pelajari. a. ...................................................................... b. ...................................................................... c. ......................................................................

2.

Berikan 3 contoh ikan hiasan jenis beranak yang anda pelajari. a. ...................................................................... b. ...................................................................... c. ......................................................................

3.

Berikan 3 contoh ikan hiasan jenis bertelur yang anda pelajari. a. ...................................................................... b. ...................................................................... c. ......................................................................

4.

Apakah fungsi garam yang diletakkan ke dalam akuarium semasa proses pembiakan ikan hiasan jenis beranak. ........................................................................................................

75

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN

NAMA SEKOLAH TINGKATAN TAHUN

N0. MODUL / UNIT TAJUK PROJEK TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI YA 1. 2. 3. Menyenaraikan contoh ikan hiasan jenis beranak Menyenaraikan contoh ikan hiasan jenis bertelur Memilih ciri-ciri ikan hiasan Trampil KEPUTUSAN Tidak Trampil TIDAK CATATAN

TARIKH

NAMA GURU DISAHKAN OLEH

T/Tangan &Tarikh T/Tangan & Tarikh

76

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 4: MEMELIHARA IKAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN: 4.2 Memilih jenis akuarium.

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 4.2.1 4.2.2 Menyatakan jenis akuarium iaitu kaca dan plastik. Memilih akuarium berdasarkan jenis dan saiz ikan.

77

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Pemeliharaan ikan hiasan sesuai dijalankan di dalam akuarium. Setiap jenis ikan memiliki keunikannya tersendiri yang mampu menarik perhatian peminat ikan. Ikan hiasan ini boleh dibahagikan jenisnya berdasarkan selera peminat di sesuatu kawasan. Dengan memelihara ikan tersebut di dalam akuarium, kita akan dapat melihat warna ikan yang menarik, pergerakan ikan yang aktif, dan susunan pokok-pokok akuatik yang hijau dan segar. Keadaan ini boleh mengurangkan tekanan, perasaan sedih atau pilu malah boleh menghilangkan penat kepada pemiliknya. Dikatakan dengan menghabiskan masa selama sejam dengan melihat ikan-ikan hiasan, ia boleh menghilangkan tekanan selepas seharian melaksanakan tugas. Segala maklumat perkembangan bidang ikan hiasan boleh diperolehi melalui beberapa saluran iaitu : Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

78

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

KANDUNGAN/FAKTA Jenis-Jenis Akuarium Bil 1. Jenis Akuarium kaca Mempunyai berbagai jenis bentuk seperti, silinder dan bersegi Kebiasaannya, saiz lebih besar berbanding akuarium plastik Harga lebih mahal daripada akuarium plastik Akuarium plastik Kebiasaannya berbentuk segiempat dan mempunyai penutup. Saiz lebih kecil berbanding akuarium jenis kaca Harga lebih murah daripada akuarium kaca Gambar

2.

79

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Pemilihan Akuarium Faktor pemilihan akuarium perlu di ambil kira. Sekiranya tersalah membuat pilihan, ianya akan boleh menyebabkan ketidaksesuaian terhadap kehidupan ikan dan kemungkinan ikan akan mati. Sebelum membeli sebuah akuarium, beberapa faktor perlu di ambil kira seperti 1. Bahan Akuarium a. Terdiri daripada jenis kaca dan plastik b. Jenis kaca biasanya lebih besar dan dapat menampung kapasiti air yang banyak. Ini membolehkan ikan dapat dipelihara dengan banyak. c. Jenis plastik lebih kecil berbanding dengan kaca. d. Lebih ringan dan mudah di alih Jenis Ikan Hiasan a. Terdapat ikan hiasan yang boleh dicampurkan bersama tanpa mendatangkan bahaya kepada ikan lain. b. Contoh ikan pemangsa yang tidak boleh dicampurkan dengan ikan lain seperti oscar, kelisa, kalui dan lain-lain. Bilangan Ikan Hiasan a. Ikan yang hendak dilepaskan hendaklah bersesuaian dengan keluasan akuarium. Sekiranya terlampau padat, kadar oksigen terlarut akan berkurangan menyebabkan kematian kepada ikan. Selain itu juga, penyakit cepat merebak. b. Kadar pelepasan ikan yang sedikit akan menyebabkan akuarium kelihatan kosong dan tidak menarik. Saiz Ikan Hiasan a. Ikan yang kecil boleh dimasukkan ke dalam akuarium dengan kadar yang banyak tetapi bagi ikan yang bersaiz besar seperti ikan kalui dan ikan kelisa hendaklah dengan jumlah satu atau dua ekor sahaja. Saiz Akuarium a. Saiz akuarium mestilah bersesuaian dengan keadaan tempat ia hendak diletakkan. Sekiranya mempunyai kawasan yang luas, akuarium yang besar adalah lebih elok, begitulah sebaliknya.

2.

3.

4.

5.

80

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN 1. 2. 3. 4. Akuarium kaca Akuarium plastik Ikan hiasan beranak Ikan hiasan bertelur

TUGASAN 1. Memilih jenis akuarium yang sesuai berdasarkan jenis ikan.

LANGKAH KERJA 1. Murid dipamerkan dengan akuarium jenis plastik dan kaca. 2. Murid menyatakan jenis ikan hiasan untuk dipelihara berdasarkan jenis akuarium tersebut.

81

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN
Jawab semua soalan 1. Nyatakan 2 jenis akuarium yang telah anda pelajari. a. ........................................................... b. ...........................................................

2.

Senaraikan 4 faktor pemilihan akuarium sebelum seseorang itu membelinya a. ........................................................... b. ........................................................... c. ........................................................... d. ........................................................... e. ...........................................................

3.

Nyatakan 2 kelebihan akuarium jenis kaca berbanding dengan akuarium plastik a. ............................................................................ b. ............................................................................

4.

Senaraikan 2 keburukan apabila ikan dipelihara dengan kepadatan yang tinggi dalam sesebuah akuarium a. ........................................................................... b. ...........................................................................

82

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN

NAMA SEKOLAH TINGKATAN TAHUN

N0. MODUL / UNIT TAJUK PROJEK TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI YA 1. 2. Menyatakan jenis akuarium Memilih akuarium berdasarkan jenis ikan Trampil KEPUTUSAN Tidak Trampil TIDAK CATATAN

TARIKH

NAMA GURU DISAHKAN OLEH

T/Tangan &Tarikh T/Tangan & Tarikh

83

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 4: MEMELIHARA IKAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN: 4.3 Memilih sistem pengudaraan

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 4.3.1 4.3.2 Menyenaraikan contoh sistem pengudaraan akuarium iaitu water drop, air bubble dan undergravel filter. Memilih sistem pengudaraan yang sesuai mengikut jenis ikan.

84

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Dalam pemeliharaan ikan hiasan, pengudaraan memainkan peranan yang penting. Fungsinya adalah untuk membekalkan oksigen terlarut dalam air bagi tujuan pernafasan ikan. Proses pengudaraan ini berlaku apabila terdapat gelembunggelembung udara atau percikan air yang memerangkap oksigen dari permukaan ke dalam air. Segala maklumat perkembangan bidang ikan hiasan boleh diperolehi melalui beberapa saluran iaitu : Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

85

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

KANDUNGAN/FAKTA Jenis-Jenis Jenis Sistem Pengudaraan Antara contoh sistem pengudaraan ialah seperti water drop, air bubble dan undergravel filter. Bil 1 Jenis sistem pengudaraan Water drop Air akan dipam dan melalui penapis. Air yang jatuh dari penapis menyebabkan berlaku percikan air yang memerangkap oksigen dipermukaan. Air bubble Memerlukan pam udara. udara Udara yang dihasilkan akan melalui salur tiub dan gelembung udara keluar melalui celah-celah celah batu udara. Gambar

Undergravel filter Merupakan sistem penapisan biologi yang paling baik kerana dapat menapis kotoran dan hidupan seni yang boleh membawa penyakit. Air akan diserap ke dasar tangki menyebabkan kotoran akan terperangkap dalam medium pasir.

86

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN 1. Akuarium 2. pam akuarium 3. penapis, 4. air yang dinyahklorin TUGASAN 1. Memasang sistem pengudaraan jenis water drop LANGKAH KERJA 1. Cuci akuarium sehingga bersih 2. Pasangkan pam akuarium 3. Pasangkan penapis pada bahagian atas akuarium 4. Sambungkan plug pam akuarium pada sumber elektrik 5. Masukkan air ke dalam akuarium secara perlahan-lahan 6. Periksa sekali lagi penyambungan elektrik 7. Hidupkan pam akuarium dan pastikan air dapat mengalir dengan lancar

87

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN

Jawab semua soalan 1. Nyatakan 4 jenis sistem pengudaraan yang telah anda pelajari a. b. c. d. .................................................. .................................................. .................................................. ..................................................

2. Bagaimanakah oksigen dipermukaan dapat meresap ke dalam air semasa proses penapisan air berlaku? ........................................................................................................................ 3. Tuliskan jenis pengudaraan dalam ruangan di bawah berdasarkan ciri-ciri yang sesuai. Ciri-ciri Air di pam melalui penapis dan akan masuk kembali ke dalam akuarium Penapis yang memerangkap hidupan seni dan bakteria ke dalam dalam medium pasir Penapisan air menggunakan kaedah biologi Pengudaraan yang mengeluarkan gelembung udara yang dihasilkan oleh pam udara. 88 Jenis pengudaraan

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN

NAMA SEKOLAH TINGKATAN TAHUN

N0. MODUL / UNIT TAJUK PROJEK TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI YA 1. 2. Menyenaraikan contoh sistem pengudaraan Memilih sistem pengudaraan yang sesuai Trampil KEPUTUSAN Tidak Trampil TIDAK CATATAN

TARIKH

NAMA GURU DISAHKAN OLEH

T/Tangan &Tarikh T/Tangan & Tarikh

89

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 4: MEMELIHARA IKAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN: 4.4 Menyedia akuarium

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 4.4.1 Menyenaraikan contoh alatan penyediaan akuarium iaitu tangguk tangan, motor akuarium, lampu, aquarium heater (pemanas akuarium) dan termometer akuarium. 4.4.2 Menyenarai contoh bahan hiasan mengikut kesesuaian ikan. 4.4.3 Memilih alatan dan bahan hiasan dalam akuarium mengikut kesesuaian ikan. 4.4.4 Menyusun atur alatan dan bahan hiasan dalam akuarium mengikut kreativiti. 4.4.5 Memasukkan air ke dalam akuarium dan dinyah klorin. 4.4.6 Menguji kualiti air iaitu kandungan klorin dan pH. 4.4.7 Menyedia dan menguji sistem pengudaraan dengan mengamalkan langkahlangkah keselamatan berdasarkan buku panduan alat. 4.4.8 Menganggarkan kos alatan dan bahan penyediaan akuarium yang digunakan. 4.4.9 Membersihkan kawasan kerja.

90

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Proses penyediaan akuarium sangat penting dalam pemeliharaan ikan. Penggunaan peralatan, bahan dan kaedah yang betul dapat memaksimumkan jangka hayat ikan yang dipelihara. Segala maklumat perkembangan bidang ikan hiasan boleh diperolehi melalui beberapa saluran iaitu : Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

91

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

1. Alatan Antara jenis alatan yang digunakan semasa menyediakan akuarium adalah seperti berikut : Bil 1 Alatan / Bahan Tangguk tangan Terdapat dalam pelbagai saiz Gambar

Motor akuarium Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk

Lampu Terdapat pelbagai warna dan bentuk

Aquarium heater ( pemanas akuarium ) Terdapat dalam pelbagai saiz

Termometer akuarium Terdapat dalam dua bentuk iaitu analog dan digital

92

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

2. Bahan Bahan hiasan ini bertujuan untuk menambah kecantikan disamping mewujudkan suasana semulajadi di dalam sesebuah akuarium. Terdapat dua jenis bahan hiasan iaitu bahan secara semulajadi dan bahan tiruan. Bil 1 Jenis bahan hiasan Batu/pasir Gambar

Pokok akuatik

Tunggul kayu

3.

Kaedah Penyediaan Akuarium 1. Basuh semua peralatan, bahan dan akuarium dengan menggunakan larutan garam dapur. Ini bertujuan untuk mematikan bakteria pada alatan dan bahan tersebut. 2. Kemudian masukkan pasir, batu dan tunggul kayu sebagai tapak medium hiasan.

93

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

3. Susun dan tanam pokok akuatik secara menaik iaitu pokok yang renek diletakkan pada bahagian hadapan manakala pokok yang tinggi pada bahgian belakang. 4. Letakkan mangkuk atau gayung ke dasar akuarium. Tuangkan air yang telah dinyahklorin secara perlahan-lahan ke dalam gayung tersebut. Ini untuk mengelak pasir yang disediakan tidak berselerak. 5. Uji kehadiran klorin dan pH air tersebut. Sekiranya terdapat kehadiran klorin, hendaklah dinyahkan dengan menggunakan anti klorin. Nilai pH yang sesuai untuk ikan adalah antara 6.5 8.5. 6. Pasang dan uji sistem pengudaraan pada akuarium tersebut sebelum ikan hiasan dilepaskan. 7. Setelah selesai menjalankan semua kerja penyediaan akuarium, segala peralatan seperti tangguk hendaklah dibasuh dengan menggunakan air garam sekali lagi dan kawasan disekeliling kawasan kerja dibersihkan. 8. Simpan alatan dan bahan yang berlebihan ke tempat yang selamat.

4.

Pengiraan Anggaran Kos Peralatan Dan Bahan Berikut adalah contoh pengiraan anggaran kos peralatan dan bahan dalam menyediakan sebuah akuarium : Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Akuarium Pam akuarium Lampu akuarium Aquarium heater (pemanas akuarium) Tangguk tangan Termometer akuarium Anti klorin Pasir Batu sungai Tunggul kayu Pokok akuatik Jenis item Harga (RM) RM 50.00 RM 15.00 RM 15.00 RM 20.00 RM 5.00 RM 10.00 RM 5.00 RM 10.00 RM 10.00 RM 30.00 RM 20.00 RM 190.00

Jumlah kos

94

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. Tangguk tangan Pam akuarium Lampu akuarium Aquarium heater (pemanas akuarium) Termometer akuarium Garam dapur Anti klorin Pasir Batu sungai Tunggul kayu Pokok akuatik Ph meter Chlorine tester.

TUGASAN 1. Menyediakan akuarium yang lengkap untuk memelihara ikan hiasan

LANGKAH KERJA 1. Basuh akuarium, tangguk tangan, pasir dan batu sungai dengan larutan garam. 2. Masukkan pasir, batu sungai dan tunggul kayu sebagai tapak hiasan dalam akuarium 3. Pasangkan pam akuarium berserta penapis air 4. Tanam pokok akuatik dengan susunan pokok yang rendah dihadapan manakala yang tinggi dibelakang. 5. Masukkan air ke dalam akuarium secara perlahan-lahan 6. Uji kehadiran klorin dengan menggunakan chlorine tester 7. Masukkan anti klorin sehingga tiada lagi kandungan klorin dalam air 8. Pasangkan aquarium heater (pemanas akuarium) dan termometer 9. Lepaskan ikan mengikut prosedur yang dipelajari sebelum ini.

95

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN
Jawab semua soalan 1. a. b. c. Senaraikan 3 peralatan yang di guna semasa menyediakan akuarium ............................................ ............................................ ............................................

2. a. b. c.

Senaraikan 3 bahan yang di guna untuk menghias akuarium ........................................... ........................................... ...........................................

3.

Apakah tujuan membasuh peralatan dengan menggunakan garam dapur?

............................................................................................................................. 4. Berdasarkan maklumat yang diberi, kirakan jumlah keseluruhan kos yang terlibat Item Akuarium Ikan hiasan Makanan ikan Jumlah kos Harga RM 80.00 RM 40.00 RM 20.00

Bil 1 2 3

96

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN

NAMA SEKOLAH TINGKATAN TAHUN

N0. MODUL / UNIT TAJUK PROJEK TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI YA 1. 2. 3. 4. Menyenaraikan contoh peralatan dan bahan dalam penyediaan akuarium Memasang peralatan dan bahan semasa menyediakan akuarium Menganggarkan kos alatan dan bahan Mengamalkan aspek keselamatan dan kebersihan kawasan kerja Trampil KEPUTUSAN Tidak Trampil TIDAK CATATAN

TARIKH

NAMA GURU DISAHKAN OLEH

T/Tangan &Tarikh T/Tangan & Tarikh

97

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 4: MEMELIHARA IKAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN: 4.5 Menjalankan pemeliharaan ikan hiasan

OBJEKTIF KHUSUS Pada 4.5.1 4.5.2 4.5.3 akhir unit ini murid berkebolehan: Melepaskan ikan mengikut prosedur. Memilih jenis makanan mengikut saiz ikan. Memberi makanan sekadar cukup ( ad-libitum) dengan waktu yang sesuai

98

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Untuk memelihara ikan hiasan dengan berjaya, kita hendaklah mematuhi beberapa aspek pemeliharaan yang betul. Antaranya ialah semasa menyediakan akuarium, kaedah melepaskan ikan ke dalam akuarium, panduan pemilihan dan pemberian makanan. Kesemua aspek ini memainkan peranan yang penting dalam pemeliharaan ikan di dalam akuarium. Dengan melaksanakan aktiviti tersebut dengan baik, ikan dan pemandangan dalam akuarium akan kelihatan lebih menarik di samping dapat memaksimumkan jangka hayat ikan tersebut. Segala maklumat perkembangan bidang ikan hiasan boleh diperolehi melalui beberapa saluran iaitu : Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

99

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

1. Panduan melepaskan ikan Berikut adalah langkah-langkah ketika melepaskan ikan ke dalam akuarium : a. Ikan yang dibungkus dalam beg plastik direndam dalam akuarium selama kira-kira 15 minit. Ini adalah untuk menstabilkan suhu air di dalam beg plastik dengan suhu air akuarium. b. Buka beg plastik berkenaan dan masukkan air akuarium ke dalam beg plastik tersebut secara perlahan-lahan dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya. c. Waktu yang paling sesuai untuk melepaskan ikan adalah waktu pagi. Ini kerana perubahan suhu adalah paling minimum yang boleh mengurangkan stress kepada ikan.

2. Memilih Jenis Makanan Ikan Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, jadi pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberi terutamanya apabila ikan telah lapar.

100

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

3. Jenis Makanan Ikan Terdapat pelbagai jenis makanan ikan hiasan yang terdapat dipasaran. Antaranya ialah: Bil 1 Jenis makanan Pellet jenis terapung Sesuai untuk ikan mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail,Guppy, atau Angel. Gambar

Makanan hidup Seperti moina, infosuria dan artemia dan jentik-jentik. jentik

Artemia

Moina 3 Makanan kering Seperti cacing yang diawet atau roti.

Cacing tubifex 101

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Bil 4

Jenis makanan Makanan rumusan Terdiri dari pellet, emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan.

Gambar

Jenis emping (flake)

Jenis pellet

Jenis stick

4.

Panduan memberi makanan Masa yang sesuai untuk memberi makan kepada ikan ialah pada waktu pagi dan petang. Kadar pemberian makanan hendaklah sekadar cukup sahaja. Jika makanan diberikan secara berlebihan akan menyebabkan akuarium menjadi kotor atau boleh menyebabkan kematian. Makanan yang berlebihan hendaklah dibuang selepas setengah jam makanan diberi supaya tidak menjejaskan kualiti air. 102

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN Ikan hiasan , makanan, akuarium yang lengkap tersedia TUGASAN 1. Melepaskan ikan ke dalam akuarium dengan kaedah yang betul 2. Memelihara ikan dalam akuarium LANGKAH KERJA 1. Rendam bungkusan ikan hiasan ke dalam akuarium yang tersedia selama 15 minit. 2. Buka ikatan plastik dan masukkan air akuarium secara perlahan-lahan sehingga ikan keluar dengan sendirinya. 3. Pilih dan beri makanan yang sesuai kepada ikan sekadar cukup sahaja. 4. Pantau makanan yang berlebihan dan keluarkan dari akuarium.

103

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN
Jawab semua soalan 1. Apakah fungsi merendam beg plastik yang berisi ikan selama 15 minit di dalam akuarium? ............................................................................................................................ 2. Senaraikan 5 jenis makanan ikan hiasan yang terdapat dipasaran a. ............................................ b. ............................................ c. ............................................ d. ............................................ e. ............................................

3.

Nyatakan waktu yang paling sesuai untuk memberi makanan kepada ikan ......................................................................................................................

4.

Senaraikan 3 contoh makanan hidup yang boleh diberikan kepada ikan hiasan a. ............................................ b. ............................................ c. ............................................

104

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD

NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN

NAMA SEKOLAH TINGKATAN TAHUN

N0. MODUL / UNIT TAJUK PROJEK TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI YA 1. 2. 3. Melepaskan ikan mengikut prosedur Memilih jenis makanan mengikut saiz Memberi makanan kepada ikan Trampil KEPUTUSAN Tidak Trampil TIDAK CATATAN

TARIKH

NAMA GURU DISAHKAN OLEH

T/Tangan &Tarikh T/Tangan & Tarikh

105

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

UNIT 4: MEMELIHARA IKAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN: 4.6 Menyenggara tempat memelihara ikan hiasan

OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir unit ini murid berkebolehan: 4.6.1 Menukar atau merawat air yang kotor mengikut keperluan berdasarkan perubahan warna, bau dan tingkah laku ikan. 4.6.2 Membersihkan atau menggantikan bahan penapis air mengikut keperluan seperti kotor, rosak dan tarikh luput 4.6.3 Membersihkan kawasan kerja. 4.6.4 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

106

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN Dalam konteks pemeliharaan ikan di dalam akuarium, kerja-kerja penyenggaraan perlulah diamalkan dengan baik. Ianya melibatkan beberapa proses berkaitan seperti pemerhatian terhadap kelakuan ikan, persekitaran dalaman dan persekitaran luar akuarium. Perkara-perkara tersebut perlu dilakukan bagi mengelakkan akuarium daripada menjadi kotor dan membawa kematian kepada ikan. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam pemeliharaan ikan dalam akuarium adalah memantau kualiti air akuarium tersebut. Pemantauan ini melibatkan perubahan-perubahan seperti warna air, bau air dan tingkah laku ikan. Berikut adalah langkah-langkah bagi menyenggara akuarium sekiranya berlaku perubahan kepada kualiti air. Bil 1 Tanda-tanda Air keruh Langkah mengatasi Mencuci atau menukar penapis air Menukar air sebanyak 30% Mencuci atau menukar penapis air Menukar air sebanyak 100%

Air berbau

Ikan berpenyakit

Mengasingkan ikan yang sakit Membuat diagnosa penyakit Merawat ikan dengan mencelup ke dalam larutan garam beberapa saat

1. Langkah-langkah keselamatan dan kebersihan yang perlu dipatuhi a. Membersihkan semua peralatan yang selesai digunakan menggunakan larutan garam. b. Menyimpan peralatan dan bahan ke tempat asal. c. Menyapu lantai dan persekitaran kerja. d. Mengelap lantai dengan menggunakan mop. e. Memastikan sistem pendawaian dalam keadaan selamat.

dengan

107

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

Segala maklumat perkembangan bidang ikan hiasan boleh diperolehi melalui beberapa saluran iaitu : Media elektronik : Internet Radio Television

Media cetak : Surat khabar Majalah Brosur Jurnal Manual yang berkaitan

108

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN Baldi, hos paip, mop lantai TUGASAN 1. Menukar air akuarium sebanyak 30% 2. Mencuci span sistem penapis air LANGKAH KERJA 1. Matikan sistem pam akuarium 2. Keluarkan penapis akuarium 3. Sifon air menggunakan hos paip sebanyak 30% ke dalam baldi 4. Masukkan air baru yang dinyahklorin ke dalam akuarium. 5. Cuci span penapis akuarium sehingga bersih 6. Pasangkan kembali span pada alat penapisan 7. Hidupkan pam akuarium 8. Mop lantai kawasan kerja 9. Simpan peralatan ke tempat yang asal

109

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

LATIHAN
Jawab semua soalan 1. Nyatakan 2 tanda kualiti air yang tidak sesuai untuk ikan hiasan dalam akuarium b. ................................................... c. ...................................................

2.

Senaraikan 2 langkah bagi mengatasi masalah air keruh dalam akuarium a. ................................................... b. ...................................................

3.

Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan apabila terdapat ikan yang berpenyakit di dalam akuarium ..............................................................................................

4.

Apakah tujuan mencelup ikan berpenyakit ke dalam larutan garam selama beberapa saat .............................................................................................

5.

Mengapakah kita perlu mengelap lantai apabila selesai melakukan kerja .............................................................................................

110

Modul Pembelajaran Asas Pertanian

PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN

NAMA SEKOLAH TINGKATAN TAHUN

N0. MODUL / UNIT TAJUK PROJEK TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI YA 1. 2. 3. Menukar air akuarium sebanyak 30% Membersihkan span penapis air Membersihkan kawasan kerja Trampil KEPUTUSAN Tidak Trampil TIDAK CATATAN

TARIKH

NAMA GURU DISAHKAN OLEH

T/Tangan &Tarikh T/Tangan & Tarikh

111

Anda mungkin juga menyukai