Anda di halaman 1dari 12

PCK Masa dan Waktu

Disediakan oleh : JAMAL BIN MUSA SYED MOHD AZWAN BIN SYED ABDULLAH HASNAN BIN JAMALLUDIN LEONG TATT KHEONG MOHD HAKIMI BIN AHMAD

Masa dan Waktu : Kesilapan Konsep Murid dan Strategi Pengajaran Guru

Pengenalan Masa dan waktu mula diajar seawal dari tahun 1 lagi. Masa dan waktu diajar untuk memudahkan murid untuk mengetahui untuk menggunakan alat komponen masa dan waktu seperti jam dan kalendar dan sekali gus mengajar murid untuk menghargai masa.

Sukatan Pelajaran Bahagian Perkembangan Kurikulum telah menggariskan agar sukatan Masa dan Waktu diajar bermula di bangku sekolah rendah lagi seawal tahun 1.
Tahun 1 Mengenal waktu Tahun 2 Mengenal waktu Memperkenalkan jam Menukar unit Minit ke Saat dan sebaliknya Jam ke Minit dan sebaliknya Hari ke Jam dan sebaliknya

Sukatan Pelajaran
Tahun 3 Menukar unit Minggu ke Jam dan sebaliknya Bulan ke Hari dan sebaliknya Tahun ke Bulan dan sebaliknya Menambah masa dan waktu Menolak masa dan waktu Penyelesaian masalah Tahun 4 Menukar unit Dekad ke Tahun dan sebaliknya Menambah masa dan waktu Menolak masa dan waktu Darab masa dan waktu Membahagi masa dan waktu Penyelsaian masalah

Sukatan Pelajaran
Tahun 5 Menukar unit Kurun ke Tahun dan sebaliknya Mencari tempoh masa Menambah masa dan waktu Menolak masa dan waktu Darab masa dan waktu Membahagi masa dan waktu Penyelesaian masalah Tahun 6 Menukar unit Mellinia ke Kurun dan sebaliknya Mencari tempoh masa Menambah masa dan waktu Menolak masa dan waktu Darab masa dan waktu Membahagi masa dan waktu Penyelesaian masalah

Pengertian Masa dan Waktu Masa adalah atribut merupakan sesuatu yang diukur dengan menggunakan jam. Dengan menggunakan jam kita dapat mengetahui jam berapakah. Pertukaran unit operasi masa wajar diambil berat. Selain itu juga dapat mengukur berapa lamakah sesuatu kejadian tersebut. Waktu adalah dalam lain pengertian merupakan atribut untuk mengetahui sesuatu yang mengambarkan keaadaan seperti pagi, petang dan malam. Unit SI bagi masa dan waktu adalah saat.

Beberapa Kesilapan Konsep Berkenaan Tentang Masa dan Waktu Kesilapan Konsep Kemahiran Menukarkan Unit-Unit Masa Menurut kajian yang dijalankan, terdapat beberapa murid masih tidak dapat mengingati persamaan antara sesuatu unit masa. Ini sekali gus akan cenderung bagi murid untuk melakukan kemahiran menukarkan unit-unit masa dengan betul. Kesilapan Konsep Untuk Mendapatkan Sesuatu Tempoh Masa Menurut kajian yang dijalankan, terdapat beberapa murid gagal untuk mengira sesuatu tempoh masa berdasarkan sesuatu situasi. Penulis beranggapan bahawa seseorang murid yang dapat membaca jam dengan betul tidak semestinya dapat mengira sesuatu tempoh masa.

Strategi untuk Membetulkan Kesilapan Konsep Murid Secara Am Murid perlu didedah dengan penggunaan alatan kompon masa dan waktu seperti jam dan kalendar. Murid juga perlu mengetahui waktu kejadian seperti pagi, petang, siang dan malam.

Mengajar Kemahiran Menukarkan Unit-Unit Masa Memperkenalkan teknik akronim dikenali Kisah Charlie. Teknik ini diharap dapat mengurangkan kebarangkalian kesalahan yang sering dilakukan di samping menimbulkan keseronokan dalam menyelesaikan masalah penukaran unit masa. Teknik yang diperkenalkan ini memerlukan murid menguasai kemahiran mendarab dan membahagi.
TEKNIK KISAH CHARLIE 1. Murid-murid membaca dan mengingati akronim bagi unit-unit masa. Charlie - Century Dulu - Decade You - Year Memang - Month Wow - Week Dah - Day Hensem - Hour Memang - Minute Smart - Second

2. Murid-murid membaca dan mengingati hubungan di antara unitunit masa sebagai nombor telefon Charlie.1010-12724-6060 Dibaca dengan : 1010 - sepuluh sepuluh 127*24 - dua belas tujuh star dua puluh empat 6060 - enam puluh enam puluh 3. Murid-murid membaca dan menulis huruf pertama setiap akrorim yang diwakili oleh unit-unit masa secara melintang. CDYMWDHMS 4. Membaca nombor telefon Charlie dan meletakkan hubungan unitunit masa ditengah-tengah antara dua akronim secara berturutan. C 10 D 10 Y 12 M 7 W * D 24 H 60 M 60 S 5. Melukis anak panah ke kanan (operasi pendaraban) bagi penukaran unit masa besar kepada kecil manakala anak panah ke kiri (operasi pembahagi) bagi penukaran unit masa kecil kepada besar.

C 10 D 10 Y 12 M 7 W * D 24 H 60 M 60 S

Selain itu guru perlu memberi latih tubi. Murid diberikan 10 soalan dan menyelesaikannya menggunakan teknik yang diperkenalkan. Selepas itu adakan perbincangan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Murid yang telah mahir menguasai teknik ini membantu rakan mereka yang lemah.

Mengajar Untuk Mendapatkan Sesuatu Tempoh Masa Untuk mengajar tempoh masa murid perlu mahir menggunakan jam dan kalendar serta mengetahui operasi tambah dan tolak. Murid diberi sesuatu situasi dan guru perlu menunjuk cara agar murid dapat melihat dan melakukan pengiraan dengan betul. Sentiasa bersoal jawab tentang bilangan hari di dalam sesuatu bulan. Selepas melakukan aktiviti, murid perlu diberi latih tubi. Murid diberikan 10 soalan dan menyelesaikannya menggunakan teknik yang diperkenalkan. Selepas itu adakan perbincangan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Murid yang telah mahir menguasai teknik ini membantu rakan mereka yang lemah.

Kesimpulan Masa dan waktu adalah topik yang penting dan topik ini diajar seawal dari tahun 1 lagi. Justeru murid perlu menguasai topik ini bukan sahaja kerana ia adalah sebahagian dari Matematik malah adalah sebahagian daripada asas pengetahuan seharian kita.