Anda di halaman 1dari 28

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

KOKURIKULUM DAN SUKAN


TINGKATAN 1 2014
i

ii

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)


MODUL JATI DIRI

KOKURIKULUM DAN SUKAN


TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv

KANDUNGAN
1. RUKUN NEGARA 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 3. KATA PENGANTAR 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Organisasi Standard Kurikulum 6.5 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian vi vii viii

1 1 1 1

2 2

4 4 4 5 6-10

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
viii

PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.
1

PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 2 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 70 waktu setahun.

Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

KOKURIKULUM DAN SUKAN

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Standard kurikulum Kokurikulum dan Sukan bertujuan untuk melahirkan murid yang sihat serta seimbang daripada segi mental dan fizikal. Murid juga perlu mempunyai daya tahan, berupaya mengembangkan potensi diri, berdisiplin, berketerampilan serta mampu menghindarkan diri dari gejala sosial. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat; 1. Melahirkan insan yang sihat serta seimbang daripada segi mental dan fizikal. 2. Memupuk bakat serta menggalakkan potensi diri yang sedia ada dan mampu mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. 3. Membentuk nilai estetika serta sosial yang positif. 4. Memupuk jati diri dan membentuk disiplin. 5. Memupuk sifat kesukarelaan dan melaksanakan amal kebajikan. 6. Memupuk rasa kesyukuran dalam diri. Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang kokurikulum dan sukan memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut: Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

Organisasi Standard Kurikulum Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.

Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

STANDARD KANDUNGAN 1. KAWAD STATIK Berkebolehan melakukan aktiviti kawad kaki.

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

1.1

(14 WAKTU)

Menyatakan arahan kawad 1.1.1 statik mengikut item berikut: - sedia, senang diri dan rehatkan diri, - Masuk baris, - buka dan tutup baris - ke kanan lurus, pandang depan, - nyatakan nombor, - ke kanan, ke kiri dan - belakang pusing, - hentak kaki, - keluar baris. Menuturkan arahan kawad statik. 1.2.1

Menyatakan arahan kawad statik iaitu sedia, senang diri, rehatkan diri, ke kanan lurus, pandang depan, nyatakan nombor, ke kanan, ke kiri dan kebelakang pusing, hentak kaki dan keluar baris berdasarkan piawai arahan kawad Kadet Remaja Sekolah.

1.2

Menuturkan 5 arahan kawad statik dengan intonasi yang betul.

1.3

Memadankan arahan kawad dengan pergerakan yang hendak dilakukan. Melakukan kawad statik berdasarkan arahan yang diberi.

1.3.1

Memadankan 5 arahan kawad dengan pergerakan kawad yang tepat.

1.4

1.4.1

Melakukan 3 simulasi kawad dinamik.

1.5

Mengesan dan membetulkan kesalahankesalahan dalam pergerakan kawad. Menyatakan kepentingan disiplin diri dalam aktiviti kawad.

1.5.1

Mengenalpasti dan membetulkan kesalahan arahan dan pergerakan kawad statik.

1.6

1.6.1 1.6.2

Menyenaraikan 5 faedah berkawad. Menyatakan 5 kepentingan disiplin diri dalam aktiviti kawad.

2.

PERKHEMAHAN Jenis-jenis khemah. Berkebolehan mengetahui tentang pegurusan khemah. (6 WAKTU) 2.1 Menamakan jenis-jenis khemah. Menyenaraikan dan melabelkan komponenkomponen khemah. Membezakan jenis bahan khemah. Melakarkan jenis-jenis khemah. Menjelaskan cara penjagaan khemah dengan betul. 2.1.1 Menyenaraikan 3 jenis khemah.

2.2

2.2.1

Melabelkan komponen-kompenen khemah.

2.3

2.3.1

Membezakan jenis-jenis khemah.

2.4

2.2.2

Melakarkan jenis-jenis khemah.

2.5

2.5.1

Menjelaskan cara penjagaan khemah dengan betul.

2.6

Menerangkan kepentingan 2.6.1 penjagaan khemah. Mendirikan khemah dengan cara yang betul. 2.7.1

Menerangkan kepentingan penjagaan khemah.

2.7

Mendirikan khemah dangan cara yang betul.

2.8

Menyatakan susun atur khemah yang betul dan selamat. Menyatakan ciri-ciri tapak perkhemahan yang sesuai dan selamat. Melakarkan pelan tapak perkhemahan. Menyatakan peraturan peraturan perkhemahan.

2.8.1

Menyatakan susun atur khemah yang betul dan selamat.

2.9

2.9.1

Menyatakan ciri-ciri tapak perkhemahan yang sesuai dan selamat.

2.10

2.10.1 Melakarkan pelan tapak perkhemahan.

2.11

2.11.1 Menyatakan peraturan-peraturan perkhemahan.

3.

TALI TEMALI Ikatan tahap 1 Berkebolehan melakukan aktiviti tali temali.

3.1

(6 WAKTU) 3. 2 3. 3

Menamakan jenis-jenis simpulan iaitu; - Simpulan Buku Sila, - Simpulan Mati, - Simpulan Bunga Geti, - Simpulan Tindih kasih, - Simpulan Pengail, - Simpulan Manuk. Latihan amali simpulan. Melabelkan jenis-jenis simpulan. Menerangkan kegunaan simpulan. Menyatakan kegunaan Simpulan-simpulan tali.

3.1.1

Menamakankan jenis-jenis simpulan iaitu Simpulan Buku Sila, Simpulan Mati, Simpulan Bunga Keti, Simpulan Tindih Kasih, Simpulan Pengail, Simpulan Manuk.

3.2.1 3.1.3

Membuat simpulan-simpulan dengan betul. Melabelkan jenis-jenis simpulan.

3. 4

3.1.4

Menerangkan kegunaan simpulan.

3.5

3.1.5

Menyatakan kegunaan simpulan tali.

4.

BANTU MULA Asas menyelamat. Berkebolehan dan memahami aktiviti bantu mula. 4.1 Menyatakan prinsipprinsip bantu mula. Mengenal pasti bahan dan peralatan di dalam peti kecemasan. Menyenaraikan tindakan yang betul semasa berlaku kecemasan. Membalut luka. 4.1.1 Menyatakan prinsip-prinsip bantu mula.

4.2 (6 WAKTU) 4.3

4.2.1

Menyenaraikan 10 bahan dan peralatan asas di dalam peti kecemasan.

4.3.1

Menyenaraikan tindakan yang betul mengikut situasi.

4.4

4.4.1 4.4.2 4.5.1

Menyenaraikan 3 jenis balutan. Simulasi 3 jenis balutan. Menyatakan 2 kaedah mengangkat dan mengusung.

4.5

Menyatakan kaedah mengangkat dan pengusungan.

5.

KHIDMAT MASYARAKAT Berkebolehan mengurus dan melakukan aktiviti gotong- royong serta lawatan ziarah. 5.1 Melakukan gotong- royong membersihkan kawasan sekolah. 5.1.1 Melakukan kerja pembersihan satu kawasan persekitaran di sekolah.

(4 WAKTU)

6.

SUKAN Berkebolehan menguasai kemahiran dan mengelola pertandingan. (34 WAKTU)

6.1 Megetahui sejarah peraturan dan undang-undang permainan. 6.2 Melakukan kemahiran asas Permainan.

6.1.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 6.1.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 6.1.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 6.2.1 Menyatakan aktiviti memanaskan badan. 6.2.2 Menyatakan aktiviti gerak kendur. 6.2.3 Menerangkan pertimbangan untuk latihan. 6.2.4 Menguasai kemahiran asas permainan. 6.2.5 Pengelolaan pertandingan. 6.3.1 Menyatakan jenis otot-otot besar. 6.3.2 Menyatakan jenis otot-otot kecil.

6.3 Menerangkan otot-otot yang terlibat semasa aktiviti.

10

11

PEMETAAN KANDUNGAN TINGKATAN 1-3 KOKURIKULUM DAN SUKAN, PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL(PAV)

STANDARD KANDUNGAN 1. KAWAD 1.1 Kawad Statik. 1.2 Kawad Dinamik. 1.3 Kawad Individu. Di akhir Tingkatan 3 murid akan: i. Mengetahui arahan kawad. ii. Melakukan pergerakan kawad. iii. Memberi arahan kawad.

STANDARD PEMBELAJARAN

TINGKATAN 1 Aras 1. 1.1 Menyatakan semula arahan kawad statik iaitu; sedia, senang diri dan rehatkan diri, Masuk baris, buka dan tutup baris ke kanan lurus, pandang depan, nyatakan nombor, ke kanan, ke kiri dan belakang pusing, hentak kaki, keluar baris Aras 2. 2.1 Menuturkan arahan kawad statik. 2.2 Memadankan arahan kawad dengan pergerakan yang hendak dilakukan.

TINGKATAN 2 Aras 1. 1.1. Menyatakan semula arahan kawad dinamik iaitu; - perlahan jalan dan cepat jalan, - tukar langkah semasa jalan, - hormat ke hadapan hormat, - hormat ke kanan hormat, - hormat dan hormat selaku terima sijil.

TINGKATAN 3 Aras 1. 1.1 Memberi arahan kawad kepada platun.

Aras 2. 2.1 Menuturkan arahan kawad dinamik. 2.3 Memadankan arahan kawad dengan pergerakan yang hendak dilakukan.

Aras 2. 2.1 Memberi arahan kawad dan melakukan pergerakan secara individu.

Aras 3. 3.1 Melakukan kawad statik berdasarkan arahan yang diberi. 3.2 Mengesan dan membetulkan kesalahan-kesalahan dalam pergerakan kawad. 3.3 Menyenaraikan faedah berkawad. 3.4 Menyatakan kepentingan disiplin diri dalam aktiviti kawad.

Aras 3. 3.1 Melakukan kawad dinamik berdasarkan arahan yang diberi. 3.2 Mengesan dan membetulkan kesalahan-kesalahan dalam pergerakan kawad. 3.3 Menyatakan kepentingan disiplin diri dalam aktiviti kawad.

Aras 3. 3.1 Mempamerkan pergerakan kawad statik dan kawad dinamik secara berurutan.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2. PERKHEMAHAN Di akhir Tingkatan 3 murid dapat mengetahui serta boleh melakukan: Asas berkhemah dengan cara yang betul dan mengikut prosedur berkhemah yang betul.

TINGKATAN 1 Aras 1. 1.1. Menamakan jenis-jenis khemah. 1.2 Menyenaraikan dan melabelkan komponenkomponen khemah.

TINGKATAN 2 Aras 1. 1.1 Menyenaraikan jenis-jenis kraf kecil. 1.2 Menyatakan kegunaan kraf kecil.

TINGKATAN 3 Aras 1. 1.1 Mengetahui teknikteknik menyalakan api. 1.2 Melakukan amali menyalakan api. 1.3 Menyenaraikan jenis-jenis tumbuhan beracun. 1.4 Sumber air.

Aras 2. 2.1 Membezakan jenis bahan khemah. 2.2 Melakarkan jenis-jenis khemah. 2.3 Menjelaskan cara penjagaan khemah dengan betul. 2.4 Menerangkan kepentingan penjagaan khemah. 2.5 Mendirikan khemah dangan cara yang betul.

Aras 2. 2.1 Menyenaraikan jenisjenis kraf sederhana. 2.2 Menyenaraikan jenis-jenis kraf besar 2.3 Menyatakan kegunaan kraf sederhana dan besar

Aras 2. 2.1 Mengenal pasti sumber dan bahan makanan. 2.4 Menyediakan bahan makanan seperti; - makanan dari sumber bahan mentah - cara menyediakan makanan.

Aras 3. 3.1. Menyatakan susun atur khemah yang betul dan selamat. 3.2 Menyatakan ciri-ciri tapak perkhemahan yang sesuai dan selamat. 3.3 Melakarkan pelan tapak perkhemahan. 3.4 Menyatakan peraturan peraturan perkhemahan.

Aras 3. 3.1 Melakukan amali membuat kraf

Aras 3. 3.1 Kompas dan pemetaan. 3.2 Amali penggunaan kompas dan pemetaan.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3. TALI TEMALI 3.1 Simpulan. 3.2 Ikatan. Di akhir Tingkatan 3 murid dapat mengetahui serta melakukan: Jenis-jenis simpulan, ikatan dan tali serta kegunaannya.

TINGKATAN 1 Aras 1. 1.1 Menamakan jenis-jenis simpulan iaitu; -Simpulan Buku Sila, -Simpulan Mati, -Simpulan Bunga Geti, -Simpulan Tindih kasih, -Simpulan Pengail, -Simpulan Manuk.

TINGKATAN 2 Aras 1. 1.1 Menamakan jenis-jenis ikatan iaitu; -Ikatan Balak, -Ikatan Simpul Belit, -Ikatan Silang Gunting, -Ikatan Serong, -Ikatan Seraya.

TINGKATAN 3 Aras 1. 1.1 Menyatakan jenis-jenis tali. 1.2 Melabelkan bahagian tali. 1.3 Menyatakan tatacara penjagaan tali.

Aras 2. 2.1 Latihan amali simpulan. 2.2 Melabelkan jenis-jenis simpulan.

Aras 2. 2.1 Latihan amali ikatan. 2.2 Melabelkan jenisjenis ikatan.

Aras 2. 2.1 Menyenaraikan jenis-jenis tali. 2.5 Menyenaraikan tatacara penjagaan tali.

Aras 3. 3.1 Menerangkan kegunaan simpulan. 3.2 Menyatakan kegunaan Simpulan-simpulan tali.

Aras 3. 3.1 Menerangkan kegunaan ikatan. 3.2 Menyatakan kegunaan ikatan tali.

Aras 3. 3.1 Melakukan amali mengemaskan tali.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TINGKATAN 1 4. BANTU MULA Aras 1. 1.1 Menyatakan prinsipprinsip bantu mula. 1.2 Mengenal pasti bahan dan peralatan di dalam peti kecemasan. 1.3 Menyenaraikan tindakan yang betul semasa berlaku kecemasan.

TINGKATAN 2 Aras 1. 1.1 Menyatakan definisi patah. 1.2 Menyatakan tandatanda patah. 1.3 Menyatakan jenisjenis patah. 1.4 Melabelkan jenisjenis patah. 1.5 Kaedah rawatan.

TINGKATAN 3 Aras 1. 1.1 Menyatakan teknik-teknik menyelamat mangsa iaitu menyelamat berpasangan dan individu. 1.2 Melabelkan teknik teknik menyelamat mangsa.

Di akhir Tingkatan 3 murid dapat mengetahui serta melakukan: Jenis-jenis balutan, rawatan pendarahan serta pemulihan dan pernafasan.

Aras 2. 2.1 Menunjuk cara membebat luka. 2.2 Menunjuk cara membalut luka.

Aras 2. 2.1 Gigitan dan sengatan serangga; - gigitan ular, kala jengking dan lipan. - sengatan tebuan dan lebah. 2.2 kaedah rawatan.

Aras 2. 2.1 Menerangkan prosedur menyelamat mangsa.

Aras 3. 3.1 Menyatakan kaedah mengangkat dan pengusungan.

Aras 3. 3.1Kecederaan terbakar; - pengelasan terbakar, - kaedah rawatan. 3.2 Keracunan; - jenis jenis, - kaedah rawatan.

Aras 3. 3.1 Melakukan amali menyelamat mangsa.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TINGKATAN 1 5. KHIDMAT MASYARAKAT Di akhir Tingkatan 3 murid dapat melahirkan insan: Hubungan rapat dengan masyarakat, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama, kaum dan etnik. Melakukan gotong- royong membersihkan kawasan; - Sekolah, - rumah ibadat, - tanah perkuburan.

TINGKATAN 2 Melakukan gotong royong memperbaiki peralatan; - perabot sekolah, - kemudahan asas, - padang.

TINGKATAN 3 Melakukan lawatan ziarah dan gotong- royong; - rumah kebajikan anak yatim dan orang tua, - pusat jagaan sehenti, - perkampungan orang asli.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TINGKATAN 1 6. SUKAN OLAHRAGA / BOLA BALING Di akhir setiap tahun murid dapat memahami serta menguasai: Kemahiran asas,undang-undang, peralatan dan persediaan latihan. Aras 1. OLAHRAGA (Balapan ) 1.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 1.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 1.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 1.4 Kecergasan dan latihan fizikal 1.5 Menguasai kemahiran asas permainan; - Lari jarak jauh dan jarak sederhana,

TINGKATAN 2 OLAHRAGA / PING PONG

TINGKATAN 3 OLAHRAGA / HOKI

Aras 1. OLAHRAGA (Padang) 1.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 1.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 1.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan 1.4 Kecergasan dan latihan fizikal. 1.5 Menguasai kemahiran asas acara balapan; - Lompat tinggi, - Lompat jauh.

Aras 1. OLAHRAGA (Padang) 1.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 1.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 1.3Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan 1.4Kecergasan dan latihan fizikal 1.5 Menguasai kemahiran asas acara balapan; - Lontar peluru, - Lempar cakera.

Aras 2. BOLA BALING 3.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 3.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 3.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 3.4 Kecergasan dan latihan fizikal. 3.5 Menguasai kemahiran asas permainan; - Menangkap dan menerima bola, - Menghantar, - Mengelecek, - Mengacah, - Menjaring, - Menghadang, - Menjaga gol.

Aras 2. PING PONG 2.1 Mengetahui sejarah dan perkembangan permainan. 2.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 2.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 2.4 Kecergasan dan latihan fizikal. 2.5 Menguasai kemahiran asas permainan; - Kawalan raket, - Penyesuaian lantunan bola, - Kedudukan berdiri, - Servis, - Pukulan backhand, - Smash.

Aras 2. HOKI 2.1Mengetahui sejarah dan Perkembangan permainan. 2.2 Memahami peraturan dan undang- undang permainan. 2.3 Menyenaraikan peralatan dan pakaian permainan. 2.4 Kecergasan dan latihan fizikal. 2.5 Menguasai kemahiran asas permainan; - Menolak dan menahan, - Memukul, - Mengelecek, - Menguis, - Merebut, - Menjaga gol.

Aras 3. . 3.1 Pengelolaan pertandingan pemainan bola baling.

Aras 3. . 3.1 Pengelolaan pertandingan permainan ping pong.

Aras 3. 3.1 Pengelolaan pertandingan permainan hoki.