Anda di halaman 1dari 4

1. PEMBINAAN ITEM 2.

KEPERLUAN MENULIS ITEM YANG BAIK Tahu dengan baik konstruk atau perkara yang ditaksir Kefahaman tentang falsafah, matlamat dan objektif mata pelajaran Memahami psikologi pendidikan tentang individu yang diuji Mahir komunikasi verbal Berpengetahuan dalam pelbagai jenis item Kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi 3. Cadangan Cara Membina Item Benar-Palsu Pernyataan/butir sebenarnya benar atau palsu Hindarkan menggunakan penentu spesifik atau penunjuk Taksir idea yang mustahak dan penting Elakkan menyalin idea terus daripada buku teks Pernyataan ditulis sama panjang Bilangan pernyataan sama 4. CONTOH 1 Jus perut mengandungi enzim ..................... dan ..................... 2 Larutan yang dapat mengkonduksi elektrik dipanggil ..................................... 3 ............................................ialah kuantiti oksigen yang digunakan untuk pengoksidaan biokimia bahan organik dalam sampel air. 4 Satu meter bersamaan dengan ........ ela (nyatakan hingga satu angka perpuluhan) 5 Apakah nama pena pengarang novel Ranjau Sepanjang Jalan? ................................................................ 5. Cadangan Cara Membina Item Pelengkap 1 Soalan terus lebih digemari daripada soalan pelengkap. 2 Butiran perlu ditulis secara spesifik dan jelas. 3 Sediakan tempat kosong di hujung ayat. 4 Elakkkan menyalin butiran bulat-bulat daripada buku teks untuk dijadikan soalan. 5 Untuk butiran pelengkap hadkan ruang kosong kepada satu atau selebih-lebihnya dua. 6 Ruang kosong sepatutnya sama saiz bagi setiap butiran untuk mengelakkan kesan berupa petunjuk. 7 Tentukan perincian jawapan yang diperlukan dengan spesifik seperti dalam matematik hingga berapa tempat perpuluhan. 6. CADANGAN CARA MEMBINA ITEM PADANAN 1 Pastikan kandungan premis dan kandungan respons atau gerak balas adalah sama jenis. 2 Jangan menggunakan bilangan premis yang sama dengan respons dan beri arahan sama ada respons boleh digunakan sekali atau atau lebih atau tidak digunakan langsung. 3 Tulislah ayat premis dan respons dengan ringkas tetapi jelas dan tepat . 4 Arahan tentang apa yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah amat penting. Arahan perlu jelas. Asas perhubungan antara premis dan respons perlu diberitahu dengan jelas. 5 Letakkan semua komponen bagi premis dan respons dalam muka surat yang sama. Ini memudahkan calon membaca gerak balas dan premis serta merujuk arahan tanpa membalik muka surat. 7. KELEMAHAN SEMASA MEMBINA ITEM ANEKA PILIHAN 1. Stem mestilah lengkap dengan sendirinya dan mempunyai makna dari segi kebolehannya mengutarakan sesuatu masalah kepada calon . Setelah membaca stem soalan, calon seharusnya faham akan tujuan stem soalan itu, iaitu respons yang diharapkan oleh pembina atau penulis soalan itu. 8. Lemah : Stem tidak lengkap dan jelas Kecergasan Fizikal ialah A ciri individu yang sihat B ukuran keaktifan sesesorang individu C dapat menjalankan aktiviti harian dengan cergas D dapat menjalankan aktiviti fizikal dalam tempoh yang lama 9. Lebih baik : Stem lengkap dan jelas Antara berikut yang manakah ciri individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi ? A Mudah tercedera semasa latihan fizikal B Mudah mengalami masalah pernafasan C Mudah mengatasi cabaran dalam aktiviti fizikal seharian D Mudah hilang daya penumpuan semasa menjalankan aktiviti fizikal 10. 2. Masukkan maklumat yang diperlukan dan berkaitan ke dalam stem soalan (elakkan window dressing) dan opsyen. 11. Lemah : Menggunakan ayat atau keterangan yang tidak perlu Melihat kepada perkembangaan masa kini dalam bidang perhubungan dan teknologi , beberapa kemajuan pesat

telah dicapai . Merenung kembali sumbangan yang sangat besar ertinya, yang manakah sumbangan pereka terkenal Alexander Graham Bell? A Kapal B Kereta C Telefon D Jambatan

12. Lebih baik : Stem lebih padat dan jelas Antara berikut yang manakh direka oleh Alexander Graham Bell? A Kapal B Kereta C Telefon D Jambatan 13. Lemah : Menggunakan perkatan yang berulang-ulang dalam opsyen Antara berikut apakah fungsi kalori meter bom? A Alat untuk mengukur tenaga yang dibebaskan oleh sampel makanan B Alat untuk mengukur kandungan nutrien dalam sampel makanan C Alat untuk mengukur kadar respirasi organisma kecil D Alat untuk mengukur denyutan nadi 14. Lebih baik : Perkataan tidak diulang dalam opsyen Kalori meter bom berfungsi untuk mengukur A tenaga yang dibebaskan oleh sampel makanan B kandungan nutrien dalam sampel makanan C kadar radiasi organisma kecil D mengukur denyut nadi 15. 3 .Elakkan menggunakan pernyataan negatif dalam stem kecuali jika benar-benar diperlukan. Misalnya perkataan tidak, kecuali, melainkan . Jika sekiranya perlu menggunakan perkataan itu hendaklah ditulis dengan huruf besar dan gelap seperti tidak, kecuali, melainkan,atau digariskan seperti tidak, kecuali, melainkan ,supaya mudah kelihatan kepada calon. 16. 4 . Semua opsyen mestilah tekal dan homogen dari segi tatabahasa apabila disambungkan kepada stem . Calon yang bijak akan akan dapat memilih jawapan dengan hanya melihat cara opsyen itu disambungkan dengan stem. 17. Lemah : Menggunakan opsyen yang tidak homogen dan tatabahasa yang tidak tekal dengan stem Penilaian berbeza daripada pengukuran kerana tujuan penilaian adalah untuk A pencapaian objektif sesebuah sekolah ditentukan B menentukan takat pencapaian nilai moral dan etika pelajar C prestasi individu dibandingkan dengan piawai kebangsaan D menginterpretasi penguasaan yang diukur berdasarkan kriteria tertentu 18. Lebih Baik : Menggunakan opsyen yang homogen dan tatabahasa yang tekal dengan stem Penilaian berbeza daripada pengukuran kerana tujuan penilaian adalah untuk A menentukan takat pencapaian nilai moral dan etika pelajar B menentukan tahap pencapaian sesuatu objektif sesebuah sekolah C membandingkan prestasi individu dengan prestasi piawai kebangsaan D menginterpretasi penguasaan yang diukur berdasarkan kriteria tertentu 19. 5. Semua distraktor sepatutnya kelihatan munasabah kepada calon yang lemah . Bagi item yang baik setiap opsyen adalah menarik. Distraktor yang munasabah akan dipilih oleh calon, ini dikatakan distraktor yang berfungsi. 20. Lemah : Opsyen tidak sama jenis Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga A raya B emas C melur D kenanga 21. Lebih Baik : Opsyen sama jenis Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga A raya B melur C mawar D kenanga 22. 6. Elakkan wujud perkaitan bahasa antara stem dengan kunci jawapan . Jika wujud persamaan dari segi penggunaan bahasa antara stem dengan opsyen ini akan menjuruskan calon yang kurang berpengetahuan tetapi mahir bahasa mendapat jawapan yang betul. 23. Lemah : Perhubungan ketara antara stem dengan opsyen dari segi perkataan yang digunakan Antara berikut agensi kerajaan yang manakah bertanggungjawab terhadap alam sekitar? A Kementerian Buruh B Kementerian Pertanian C Kementerian Sains dan Alam Sekitar D Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

24. Lebih Baik : Tiada perhubungan ketara antara stem dengan opsyen dari segi perkataan yang digunakan Antara berikut agensi kerajaan yang manakah bertanggungjawab terhadap masalah penebangan hutan yang berleluasa? A Kementerian Buruh B Kementerian Pertanian C Kementerian Sains dan Alam Sekitar D Kementerian Kebudayan dan Pelancongan 25. 7. Elakkan menjadikan panjang opsyen sebagai petunjuk / bayangan jawapan . Dalam usaha untuk memberikan jawapan yang lengkap ada kecenderungan untuk membina jawapan/kunci lebih panjang daripada distraktor. Jika ini berlaku lebih baik distraktor yang lain dipanjangkan juga. 26. Lemah : Opsyen terlalu panjang Gred atau markat sepatutnya dikonsepsikan sebagai A penilaian prestasi pelajar B indeks pengetahuan pelajar C pengukuran pencapaian pelajar D satu anggaran prestasi pelajar berdasarkan peralatan dan teknik tertentu 27. Lebih Baik : Opsyen diseragamkan panjangnya Gred atau markat sepatutnya dikonsepsikan sebagai A satu anggaran prestasi pelajar berdasarkan peralatan dan teknik tertentu B suatu indeks pengetahuan pelajar tentang sesuatu kursus yang diikutinya C suatu pengukuran pencapaian pelajar yang mutlak tentang sesuatu kursus D penilaian guru terhadap prestasi pelajar tentang sesuatu kursus yang diajar 28. 8. Susun opsyen dalam bentuk satu senarai dari atas ke bawah . Opsyen juga perlu disusun mengikut susunan yang bermakna seperti mengikut nilai, saiz, darjah, yang menggambarkan kronologi atau susunan abjad. 29. Suhu badan orang yang sihat ialah A 98.0 0 F B 98.4 0 F C 99.0 0 F D 99.4 0 F 30. 9.Elakkan daripada menggunakan pendapat peribadi pembina dalam item yang dibinanya . 31. Perdana menteri yang manakah memberi sumbangan terbesar dalam dasar luar Malaysia? A YTM Tunku Abdul Rahman Putra B YAB Tun Abdul Razak Hussain C YAB Tun Hussein Onn D YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad 32. 10. Elakkan opsyen bertindih . Setiap opsyen mestilah berdiri sendiri bukan sebahagian daripada opsyen lain. Jika terdapat opyen saling bertindih ( mutually exclusive )bagi calon yang arif-ujian dapat mengesan jawapan betul dengan mudah 33. Lemah : Opsyen bertindih Berapakah jumlah penduduk Malaysia? A Melebihi 10 juta B Melebihi 12 juta C Melebihi 14 juta D Melebihi 17 juta 34. Lebih Baik : Opsyen tersendiri Berapakah jumlah penduduk Malaysia? A 10 juta B 12 juta C 14 juta D 17 juta 35. 11.Jika sekiranya hanya ada satu jawapan adalah lebih baik menggunakan aneka pilihan daripada aneka pelengkap. 36. 12. Semak dari segi tatabahasa, laras bahasa yang digunakan, istilah, kesesuaian perkataan yang digunakan, tanda ayat yang betul dan lain-lain , lay out ini perlu diambil kira. Gunakan satu sistem penulisan yang tekal. 37. 13. Idea, konsep atau fakta yang hendak ditaksir/diuji sepatutnya mustahak atau penting diketahui oleh pelajar dalam pelajarannya. 38. 14. Tulis item sesuai dengan tahap kebolehan calon dan sesuai dengan tujuan ujian itu.

39. 15. Elakkan item yang berkaitan antara satu sama lain. Untuk menjawab item kedua memerlukan jawapan yang betul bagi item pertama. 40. 16.Sepatutnya hanya ada satu jawapan sahaja. Elakkan item seperti di bawah: Antara berikut yang manakah punca penyakit jantung? A Kolesterol B Merokok C Tekanan darah yang tinggi D Makan terlalu banyak protein 41. 17. Pastikan perkara yang diuji adalah terkini 42. 18. Item jangan sekali-kali mengandungi unsur yang menyinggung pelajar atau cenderung kepada kumpulan pelajar. 43. Selepas item di bina (mengikut spesifikasi ) dan disemak (mengikut prosedur menyemak semula item ) item itu perlu dikelaskan. 44. CONTOH ITEM 1 Dia sering ________ apabila ditanya kerana takut kejadian di sungai itu diketahui oleh kawan-kawannya. A berulang-ulang B bersimpang-siur C berpusingpusing D berdoalk-dalik

Anda mungkin juga menyukai