Anda di halaman 1dari 1

Sebab utama yang menyebabkan kekurangan buruh adalah kerana berkembangnya industri kelapa sawit di Indonesia.

Ledakan sektor ladang kelapa sawit di Indonesia disebabkan oleh terdapat banyak kawasan di Indonesia yang akan ditanam dengan tanaman kelapa sawit dan banyak ladang-ladang kelapa sawit baru telah dibuka. Oleh hal yang demikian, tenaga pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia membuat keputusan untuk kembali ke tanah air mereka. Walaupun terdapat tenaga buruh dibawa masuk dari Negara lain seperti Bangladesh dan Nepal, namun mereka tidak mahir bekerja di ladang kelapa sawit. Pertumbuhan sektor perladangan kelapa sawit yang tinggi di Indonesia menyebabkan republik Indonesia memerlukan pekerja kemahiran banyak dalam ladang kelapa sawit. Selain itu, faktor yang menyebabkan kekurangan tenaga buruh di Malaysia adalah kerana gaji yang ditawarkan di Malaysia adalah rendah berbanding dengan Indonesia. Menurut Wall Street Journal, kerajaan Indonesia telah mengumumkan kenaikan gaji minimum di antara 8 % kepada 49 % bagi menggalakkan tenaga kerja Indonesia untuk bekerja di sektor perladangan kelapa sawit. Perlaksanaan dasar gaji minimum tersebut telah menarik buruh Indonesia di Malaysia untuk kembali ke tanah air mereka Oleh itu, kebanyakan pekerja Indonesia yang mahir melakukan kerja-kerja menuai buah kelapa sawit di ladang-ladang berkemungkinan akan pulang ke tanah air mereka kerana untuk mendapatkan gaji yang lebih baik. Kadar upah yang ditawarkan di Malaysia kepada pekerja Indonesia tidak tinggi berbanding dengan pendapatan yang boleh diperolehi sekiranya mereka bekerja di negara mereka sendiri. Keadaan ini secara langsung telah memberikan kesan kepada penawaran buruh di sektor perladangan kelapa sawit di Malaysia. Di samping itu, tenaga kerja di Malaysia tidak berminat untuk bekerja dalam sektor pertanian kerana persepsi bahawa bekerja di sektor pertanian adalah kotor dan sukar. Banyak remaja lebih berminat untuk bekerja di sektor lain seperti pembuatan dan perkhidmatan.