Anda di halaman 1dari 6

Bateri ujian untuk koordinasi.

Bateri ujian yang boleh dilaksanakan ialah : Ujian Menggelecek Bola Sepak Ujian ini menguji koordinasi kaki. Peralatan dan kemudahan : o Bola sepak, kon, jam randik, pita pengukur, pembantu, pencatat. Prosedur : Murid dikehendaki menggelecek bola keliling kon dan membuat hantaran dinding (wall pass) sebelum menggelecek bola semula untuk menamatkan litar. Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil.

Ujian Menggelecek Bola Keranjang Ujian ini menguji koordinasi tangan. Peralatan dan kemudahan : Bola keranjang saiz 6, kon, jam randik, pencatat.

Prosedur : i) Murid mula menggelecek dari garisan permulaan selepas isyarat mula diberi oleh penguji. Murid dikehendaki bermula dengan tangan bukan dominan (guna tangan kiri sekiranya tangan yang selalu digunakan ialah tangan kanan dan sebaliknya). ii) Murid dikehendaki menggelecek mengelilingi kon. iii) Kiraan : Tiga percubaan diberikan kepada setiap peserta. Percubaan pertama dikira sebagai latihan. Dua percubaan yang berikutnya direkodkan dan dijumlahkan. Jumlah ini menjadi skor peserta. iv) Penalti : Peserta terpaksa mengulang percubaan jika melanggar peraturan menggelecek seperti bergerak dengan bola, melantun bola guna dua belah tangan dan melanggar kon.

Bateri ujian untuk ketangkasan. Bateri ujian yang boleh dilaksanakan ialah : Ujian Lompat Kuadran Ujian ini menilai kebolehan seseorang menukar posisi badannya dengan pantas dengan melompat ke arah yang berlainan. Peralatan : o Pita penanda, jam randik. Prosedur : Panjang setiap garisan bersilang ialah satu meter. Murid mula di belakang garisan permulaan. Murid dikehendaki lompat

dengan kedua-dua kaki ke kuadran 1, kemudian ke kuadran 2, kuadran 3 dan kuadran 4 sebelum kembali ke kuadran 1. Lompatan yang berjaya dikira sebagai 1 mata setiap zon. Separuh mata dikira setiap kali kaki mendarat atas garisan atau kuadran yang salah. Kiraan ini dijalankan oleh seorang pembantu kepada penguji. Jumlah lompatan yang berjaya ditolak dengan jumlah kesalahan sebelum jumlah sebenar diambil. Urutan ini diulangi sebanyak mungkin dalam masa 10 saat. Dua percubaan diberikan dengan masa rehat antara setiap percubaan dan catatan yang terbaik akan diambil kira.

Ujian Zig-Zag

Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu dalam menukar arah antara kon dan larian dalam masa tersingkat. Peralatan dan kemudahan : Jam randik, kon, pencatat.

Prosedur : i) Satu litar berbentuk segi empat tepat (10 kaki x 16 kaki) dibentuk dengan 4 kon diletakkan di setiap penjuru dan 1 kon diletakkan di tengah-tengah litar. ii) Murid akan bermula di garisan permulaan dan berlari mengikut arah yang telah ditetapkan. iii) Murid perlu berlari seberapa pantas yang boleh dan masa akan dicatatkan apabila peserta sampai di garisan penamat. iv) Murid diberi dua kali percubaan dan catatan masa yang terbaik akan diambil kira.

Bateri ujian untuk kuasa. Bateri ujian yang boleh dilaksanakan ialah

a) Ujian Lompat Menegak Ujian ini menguji kuasa kaki. Peralatan : Serbuk kapur, papan pengukur yang dipasang pada dinding. Prosedur : i) Murid pegang kapur atau sapu jari sebelah tangan dengan serbuk kapur. ii) Sebelah tangan yang telah disapu kapur diangkat tegak di tepi papan tersebut. iii) Jari tangan tegak membuat tanda pada papan dan tanda itu adalah tanda permulaan. iv) Murid dibenarkan membengkokkan lutut dan mendekam sebelum

melompat setinggi yang mampu. v) Murid tidak dibenarkan menghayun tangan sebelum lompatan. vi) Skor diambil daripada dua percubaan itu dari ketinggian maksimum tolak tanda permulaan.

b)

Ujian Lompat Jauh Berdiri

Ujian ini menguji kuasa kaki. Peralatan : Permukaan yang rata, kapur/penanda, pita pengukur. Prosedur : i) Murid berdiri di belakang garisan permulaan. Murid dibenarkan

menghayunkan kedua-dua belah tangan sambil membengkokkan lutut sebelum melompat. ii) Ukuran akan dikira dari garisan permulaan ke bahagian badan yang terdekat dengan garisan permulaan. iii) Tiga percubaan diberikan dengan skor terbaik dari tiga percubaan itu diambil kira.