Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: Keropok Lekor Syamir telah melawat negeri Terengganu baru-baru ini.

Dia ingin melihat proses pembuatan keropok lekor dengan lebih dekat kerana keropok lekor ialah makanan tradisional negeri Terengganu. Oleh itu, dia dibawa oleh rakannya yang berada di Kuala Terengganu ke kawasan paling terkenal dengan pembuatan keropok lekor, iaitu Kampung Losong, Kuala Terengganu. Ikan-ikan yang segar iaitu ikan parang dan kembung telah disiang terlebih dahulu. Selepas ikan-ikan dibersihkan, isi-isi ikan tersebut akan diasingkan daripada tulang. Kemudian, isi-isi ikan itu akan dimesin. Isi-isi ikan yang telah dihancurkan oleh mesin tadi akan digaul bersama dengan tepung kanji, tepung sagu dan ais batu. Garam juga dimasukkan sebagai bahan perasa. Seterusnya, bahan-bahan yang telah digaulkan tadi akan dimesin sekali lagi. Proses ini dilakukan bagi memastikan adunan tadi betul-betul sebati. Selepas itu, adunan tadi sudah sedia untuk digentel. Pelbagai saiz akan dibuat seperti panjang dan pendek. Sebelum itu, air hendaklah dimasak sehingga mendidih untuk proses merebus. Adunan yang telah digentel hendaklah terus direbus. Apabila keropok lekor yang direbus timbul, maka bolehlah diangkat. Kandungan ikan yang tinggi di dalam keropok lekor menjadikan keropok ini makanan berprotein tinggi. Syamir sungguh gembira kerana dapat melihat sendiri proses membuat keropok lekor. Dia turut membeli keropok lekor untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur sebagai buah tangan.

Tajuk: Keropok Lekor Syamir telah melawat negeri Terengganu baru-baru ini. Dia ingin melihat proses pembuatan keropok lekor dengan lebih dekat kerana keropok lekor ialah makanan tradisional negeri Terengganu. Oleh itu, dia dibawa oleh rakannya yang berada di Kuala Terengganu ke kawasan paling terkenal dengan pembuatan keropok lekor, iaitu Kampung Losong, Kuala Terengganu. Ikan-ikan yang segar iaitu ikan parang dan kembung telah disiang terlebih dahulu. Selepas ikan-ikan dibersihkan, isi-isi ikan tersebut akan diasingkan daripada tulang. Kemudian, isi-isi ikan itu akan dimesin. Isi-isi ikan yang telah dihancurkan oleh mesin tadi akan digaul bersama dengan tepung kanji, tepung sagu dan ais batu. Garam juga dimasukkan sebagai bahan perasa. Seterusnya, bahan-bahan yang telah digaulkan tadi akan dimesin sekali lagi. Proses ini dilakukan bagi memastikan adunan tadi betul-betul sebati. Selepas itu, adunan tadi sudah sedia untuk digentel. Pelbagai saiz akan dibuat seperti panjang dan pendek. Sebelum itu, air hendaklah dimasak sehingga mendidih untuk proses merebus. Adunan yang telah digentel hendaklah terus direbus. Apabila keropok lekor yang direbus timbul, maka bolehlah diangkat. Kandungan ikan yang tinggi di dalam keropok lekor menjadikan keropok ini makanan berprotein tinggi. Syamir sungguh gembira kerana dapat melihat sendiri proses membuat keropok lekor. Dia turut membeli keropok lekor untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur sebagai buah tangan.