Anda di halaman 1dari 1

SK Pulau Indah Jalan Dato Harun 42920 Pulau Indah Pelabuhan Klang Selangor Pejabat Pelajaran Daerah Klang

Jalan Meru 41050 Klang Selangor

22 HB OGOS 2013

PENJELASAN SEBAB-SEBAB MEMOHON KUARTERS ARAS BAWAH Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya telah menghuni kuarters guru aras 4 semenjak 2 tahun yang lalu. Selama tempoh itu saya menghadapi beberapa masalah iaitu: i. Diatas bumbung kuarters terdapat beratus-ratus ekor burung yang bersarang di situ menyebabkan kawasan koridor dipenuhi najis burung tersebut. Begitu juga dengan siling dan dinding. Burung-burung tersebut juga mengeluarkan bunyi bising yang mengganggu terutama waktu malam. Burung-burung itu juga menyebabkan hama/debu yang memenuhi kawasan dalam rumah seperti di dapur, ruang tamu, bilik-bilik dan juga tandas. Saya seringkali terpaksa menyapu hama/debu-debu tersebut yang memenuhi ruang-ruang tersebut. Terdapat kesan air mengalir daripada siling yang membuatkan bilik dimasuki air. Beberapa dokumen dan barang-barang rosak disebabkan pengaliran air tersebut (terjadi semasa cuti sekolah baru-baru ini).

ii.

iii.

3. Saya berharap dengan penjelasan ini, permohonan saya boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar,

------------------------------------------------(AHMAD AZMIR BIN ARIFFIN) Penghuni Kuarters Guru SK Pulau Indah.