Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH NAMA

:SK KELURU TENGAH :MOHD AMEER HAIQAL

Syair:

Tersebut kisah satu cerita, Cerita bermula kisah derita; Sedihnya ibu kecewa hatinya, Kerana dihalau anak kandungnya.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T dan selamat pagi diucapkan kepada para guru , para juri yang adil lagi bijaksana , tuan-tuan dan puan puan serta kawan-kawan yang saya kasihi sekalian. Saya MOHD AMEER HAIQAL ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajukSi Tanggang Anak Derhaka. Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri bernama Si Talang dan Si Deruma. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka amatlah miskin.Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi.Akan tetapi, hidupnya yang serba kekurangan menjadi penghalang cita-citanya. Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai berhampiran rumahnya.Si Tanggang pergi mencuba nasib berjumpa nakhoda kapal tersebut meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar, tetapi mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang ke kampong semula setelah menjadi kaya. Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja.Lalu, Si Tanggang diambil sebagai anak angkatnya.Apabila nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru.Dia digelar Nakhoda Tanggang. Si Tanggang sangat cekap berniaga.Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal.Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga sultan.Tidak lama kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang.Si Tanggang membawa isterinya belayar ke merata tempat dan negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampong asalusulnya. Kedua ibu bapanya berasa amat gembira.Mereka mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang.

Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik.Si Tanggang malu melihat keadaan ibu bapanya yang daif.Ibu bapanya memanggil-manggil Si Tanggang tetapi Si Tanggang berpura-pura tidak mengenali mereka.Apabila isterinya bertanya, Si Tanggang mengatakan bahawa ibu bapanya sudah tiada. Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung ke tebing sungai dengan perasaan sedih dan kecewa.Apabila tiba di daratan, ibunya memandang ke langit dan berdoa :Oh, Tuhan tunjukkanlah kepada anak kandungku Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya. Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum.Laut bergelora dan kapal Si Tanggang terumbang-ambing dipukul ombak.Ketika itulah Si Tanggang berasa kesal. Dia sedarTuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, Si Tanggang berteriak meminta ampun kepada ibunya :Ibuampunkan Tanggang(2X). Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi.Kapalnya pecah akibat dipukul ombak yang kuat.Apabila ribut redaSi Tanggang, isterinya, kapalnya,dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu. Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan bapa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Cerita rakyat, cerita Malaysia, Moga terhibur pelbagai bangsa; Salam 1 Malaysia daripada saya. Daun mengkudu biji selasih, Sekian, terima kasih; Assalamualaikum w.b.t.