Anda di halaman 1dari 12

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

BY: MADIHAH WAHIDA

Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion


Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. Mempertingkatkan Profesionalisme Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif

Mahir Menggunakan IT Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak

Ciri-ciri dan kualiti guru yang profesional


Memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik punyai pelbagai ilmu tradisional & moden kefahaman dasar & aspirasi negara yang jelas dan mantap bersahsiah tinggi beretika cemerlang punyai pelbagai kemahiran pengajaran &pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.

Terhadap murid
Mempunyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (anak didik,ibu bapa & rakan sejawat) dalam mengajar hasil dari segi afektif dan kognitif. Hubungkan mata pelajaran dengan kehidupan murid-murid. Kenal, hormati dan percayai murid-murid Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis.

Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya. Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran. Hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan,persembahan muzik dan kebudayaan.

Terhadap mengajar
Melakukan refleksi dan kritik kendiri, mercutanda profesionalisme seorang guru. Berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman Adil dalam menilai dan menggred Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bersemangat dalam mengajar sesuatu matapelajaran

Seorang komunikator yang cemerlang,mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklum balas kepada murid-murid Merancang pengajaran terlebih dahulu,beri masa yang cukup bagi setiap tajuk dan menyepadukan mata pelajaran.

Terhadap disiplin (bidang pelajaran)


Seorang yang pakar dalam bidang yang diajar Seorang yang laparkan ilmu, sentiasa up todate dalam bidangnya Suka belajar perkara-perkara di luar bidangnya Aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar Bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

Masyarakat & negara


Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Memupuk nilai dan sikap murni pelajar sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri murid-murid. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama dikalangan guru dan ibubapa murid

Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Berusaha memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,masyarakat dan negara. Menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat

Anda mungkin juga menyukai