Anda di halaman 1dari 5

SEMINAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dan dikaitkan dengan Pemdidikan Prasekolah. Anjakan 4: Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan

Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas

Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah

Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran

Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016 Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016

Membudayakan kecemerlangan pensijilan mulai 2025

berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses

Kerajaan Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendididkan Malaysia yang bermula tahun 2013 hingga 2025. Malaysia sedang berusaha dengan gigih untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Sebagai contoh, untuk mencapai misi tersebut, Rancangan Malaysia ke-10 telah menggariskan beberapa strategi untuk mengoptimumkan sumber negara secara kolektif bagi meningkatkan daya saing ekonomi di peringkat global. Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan adalah salah satu daripada sebelas (11) Anjakan untuk Transformasi dalam pelan yang dibangunkan.

Sesungguhnya, Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha membangun dan memajukan negara. Keutamaan yang diberikan kepada sektor

SEMINAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan dalam Dasar Pembangunan Negara telah membawa perkembangan yang amat pesat dalam pelbagai aspek termasuk penyediaan infrastruktur, pembangunan sumber manusia, pembinaan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan Pendidikan.

Kajian dalam penyelidikan menunjukkan faktor guru merupakan penyumbang penting bagi menentukan kualiti Pendidikan. Ia dizahirkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid, kokurikulum, sukan termasuk juga sahsiah murid dalam keperluan Pendidikan Abad 21 yang mementingkan kreativiti, inovatif dan menguasai bahasa antarabangsa yang menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan.

Berdasarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pelajaran Malaysia 20132025 telah mengenal pasti sebelas anjakan. Setiap anjakan perlu memberikan impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, equiti, perpaduan dan kecekapan. Dimensi kualiti menjadi fokus utama yang merentasi semuaanjakan.

Kualiti sistem tidak boleh melangkau guru. Tidak dinafikan bahawa terdapat guru yang cemerlang dalam sistem Pelajaran Malaysia. Pun begitu kajian oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKPT) tahun 2011 mendapati bahawa hanya 50 peratus pengajian disampaikan dengan berkesan atau memuaskan. Justeru, banyak lagi penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru. Ia meliputi bukan sahaja bagi pengambilan guru-guru baru, malah juga transformasi guru-guru sedia ada. Statistik menunjukkan lebih kurang 60 peratus guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh.

Kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan pakej kerjaya guru baharu dalam beberapa fasa bagi meningkatkan kualiti keguruan. Pakej ini merangkumi usaha meningkatkan standard kemasukan, meningkatkan peluang pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan individu, membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan

SEMINAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

profesionalisme

berasaskan

teladan

rakan

setugas.

Anjakan ke-4 dalam Pelan Pembangunan Pelajaran Malaysia adalah Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan perlu usaha segera kerana guru yang kita ambil untuk dilatih hari ini akan membuahkan hasil empat atau lima tahun lagi. Bagi merealisasikan anjakan ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk

mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 supaya guru yang dilantik adalah di kalangan 30 peratus graduan yang terbaik. Usaha ini cuma satu langkah bagi meningkatkan profesion keguruan dengan lebih berprestij dan elitis.

Di

samping

itu,

Pembangunan

Profesional

Berterusan

(Continuing

Professional Development) mulai tahun 2013 akan dipertingkatkan dengan memberi tumpuan terhadap keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah. Kerajaan juga akan memastikan guru memberi fokus kepada fungsi teras pembelajaran dan pengajaran dengan mengurangkan beban pentadbiran mulai tahun 2013. Menjelang tahun 2016, laluan guru untuk berperanan sebagai pemimpin, pakar pengajaran dan pakar bidang akan dipertingkatkan. Mulai tahun 2025, proses pensijilan dan pembudayaan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja akan dibentuk.

Dalam usaha meningkatkan standard kemasukan, adalah menjadi hasrat kerajaan bahawa dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10, jaminan pelantikan sebagai guru pelatih sedia ada dan Institut Pendidikan Guru dan Institusi Pengajian Tinggi Awam tanpa mengambil kira prestasi akan dihapuskan. Hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan pelantikan guru. Peralihan kepada pengambilan guru secara sistem terbuka akan juga merangkumi liberalisasi sistem latihan perguruan dan pengambilan guru. Di sini saya berpendapat, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran boleh memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan keputusan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti dalam syarat lantikan guru.

SEMINAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Dalam menjamin kualiti keguruan, Kerajaan tidak mengabaikan kebajikan guru, bermula dari proses pelantikan sehinggalah persaraan. Dalam konteks ini, saya telah mengumumkan pada 13 Oktober sempena Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) peringkat Zon Selatan di Johor Bahru, bahawa calon guru yang bakal dipilih adalah 30 peratus di kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan, akan diserap sebagai guru pelatih mulai tahun depan. Sehubungan itu, saya mengumumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah bersetuju melantik secara terus calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian tanpa proses temuduga. Untuk itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran perlu dilibatkan lebih awal iaitu semasa pemilihan bakal calon guru. Dalam konteks ini juga, semakan semula sistem Pelajaran dan organisasi Institusi Pelajaran Guru Malaysia (IPGM) dan juga Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah perlu untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti dan terbaik. transformasi keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru. Bagi melaksanakannya, kita perlu meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang cemerlang. Kita mahu jadikan profesion perguruan sebagai profesion yang diminati dan menarik perhatian ramai pelajar, katanya. Oleh itu, beliau berkata insentif utama untuk menggalakkan pelajar cemerlang memasuki profesion perguruan adalah dengan menawarkan skim gaji yang menarik dan menyediakan tempat kerja yang moden. Muhyiddin berkata sistem pendidikan negara yang mengalami beberapa

transformasi yang dirancang adalah bagi melahirkan guru-guru yang memiliki kemahiran abad ke-21 yang akan mempunyai kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada tahap tinggi.

SEMINAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Beliau berkata kemahiran berfikir dan pemikiran kritis disertai dengan keupayaan berkomunikasi serta memiliki keyakinan kendiri perlu dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik oleh guru. Pendekatan-pendekatan dalam pengajaran yang dinamik ini akan melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara mencapah dan menerokai kebenaran, katanya. Beliau turut meminta semua guru, secara berterusan berusaha memastikan pendidikan di negara ini berkembang maju bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi juga untuk generasi akan datang. Muhyiddin juga berharap pelajar yang menamatkan persekolahan mereka boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dan mampu berkolaborasi merentas budaya dan geografi. Kita tidak perlu takut atau risau dengan kemungkinan generasi akan datang akan hilang tradisi, tetapi dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kritis, generasi dan guru-guru akan datang tetap relevan dalam pasaran pekerjaan, katanya

Anda mungkin juga menyukai