Anda di halaman 1dari 3

AMALI 1 : LAPORAN STOR SUKAN DAN KEMUDAHAN SUKAN

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapati inventori merupakan perkara utama yang terdapat di dalam stor sukan di mana terdapat 31 jenis alatan sukan terdiri daripada gelung rotan, pelbagai jenis bola, kayu hoki, skitel dan pundi kacang disediakan. Selain itu, juga setiap alatan akan dikemaskini mengikut keperluan senarai seperti di dalam borang yang mengandungi nama perabot atau alatan, keadaan alatan sama ada baik, rosak atau stok, nombor siri dan rujukan serta kod. Melalui cara ini, alatan yang terdapat di dalam stor sukan akan dapat dijaga dengan baik dan kehilangan alatan dapat dikurangkan. Dalam kata lain, survey mengenai inventori di stor sukan dapat dilihat melalui kemaskini yang dilakukan oleh penyelia stor.

Prosedur keluar masuk alatan sukan juga turut dititikberatkan di stor ini menggunakan buku log bagi proses peminjaman alatan sukan. Buku keluar masuk alatan merupakan log yang mengandungi nama peminjam alatan, kuantiti alatan yang dipinjam, nombor telefon peminjam, tarikh mengambil dan memulangkan alatan serta tandatangan peminjam. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap alatan yang telah dipinjam akan dipulangkan semula di stor sukan. Sekiranya terdapat alatan yang tidak mencukupi, penyelia stor boleh menyemak senarai peminjam yang telah memulangkan atau yang belum memulangkan alatan. Dalam itu juga, buku log ini akan dapat mengesan alatan yang hilang atau peminjam yang masih yang memulangkan alatan.

Dari segi keselamatan pula, setiap rak disusun dengan teratur dan mempunyai ruang yang besar sebagai laluan di antara setiap rak. Dengan ini, setiap orang masuk ke dalam stor akan mempunyai ruang yang luas untuk mengambil alatan yang hendak digunakan. Alatan-alatan yang rosak juga akan diasingkan sebelum diselenggara. Ia akan dapat memastikan alatan yang selamat untuk digunakan. Selain itu juga, justifikasi alatan yang terdapat di dalam stor juga adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan

dan bersesuaian dengan semua pengguna alatan sukan. Terdapat juga buku log keluar masuk alatan dan penyelia yang menyelia stor sukan. Hal ini akan dapat membantu pengurusan peminjaman dan pemulangan alatan dijalankan dengan lancar.dari segi kemudahan pula, stor dilengkapi dengan setiap alatan yang perlu digunakan oleh pelajar. Dalam masa yang sama, terdapat juga pelbagai kemudahan bangunanbangunan seperti astaka, gymnasium dan gelanggang tenis untuk kegunaan para pelajar bagi menjalankan pelbagai aktiviti sukan. Kemudahan-kemudahan seperti ini akan dapat membantu para pelajar untuk melakukan pelbagai aktiviti di dalam institute di samping dapat menjalani gaya hidup sihat.

Jika dilihat dari segi alatan pula, setiap alatan disusun mengikut kategori masingmasing dan diletakkan di tempat yang sesuai di dalam stor sukan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di dalam stor sukan semasa mengambil atau memulangkan alatan. Di dalam stor sukan juga terdapat meja di mana proses peminjaman alatan diuruskan di meja berkenaan sebelum mengambil alatan. Di dalam stor juga terdapat almari yang menyimpan pelbagai maklumat seperti pembelian alatan. Hal ini akan memudahkan penyelia untuk menyemak kembali data-data yang terdapat dalam simpanan sekiranya timbul sebarang masalah kelak.

Kekuatan yang terdapat secara keseluruhannya ialah kemudahan yang diselenggara seperti gelanggang tenis, pelajar boleh menggunakan alatan dan kemudahan yang lain pada bila-bila masa dengan kebenaran dari pensyarah atau penyelia stor sukan. Selain itu juga, padang juga berada dalam keadaan yang baik dan dapat digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Selain itu juga, pengudaraan di stor juga adalah sangat baik di mana terdapat kipas dan penghawa dingin. Dari segi kelemahan pula terdapat kemudahan yang tidak dapat oleh pelajar seperti gelanggang skuasy di mana ia sentiasa dikunci dan menyebabkan tiada sesiapa yang dapat menggunakannya. Dalam pada itu juga, apabila kuliah dijalankan serentak bersama unit lain, terdapat alatan yang tidak mencukupi kerana setiap unit mahu menggunakan alatan yang sama secara serentak. Selain itu, ruang di dalam stor sukan juga adalah terhad dan ini akan menyukarkan penyelia stor sukan untuk menyusun sekolah alatan

sekiranya berlakunya penambahan alatan di dalam stor dan terdapat juga alatan di atas rak yang tidak disusun dengan rapi dan hanya diletakkan begitu sahaja. Sebagai penambahbaikkan pula, setiap kemudahan dan alatan yang disediakan perlulah digunakan dan dijaga dengan sebaik-baiknya serta alatan perlulah disusun dengan rapi semasa memulangkan alatan. Dalam masa yang sama juga, penyelia perlu sentiasa memeriksa bilangan alatan untuk mengelakkan alatan daripada hilang.

Secara kesimpulannya, kemudahan sukan yang terdapat di IPG KAMPUS RAJA MELEWAR adalah sangat memuaskan. Walaupun kadang kala tidak dapat memenuhi kehendak pelbagai pihak, ia masih dapat melancarkan aktiviti yang hendak dijalankan. Oleh yang demikian setiap orang perlulah memainkan peranan dalam memastikan alatan dan kemudahan sukan ini dapat digunakan bagi tempoh masa yang lebih lama.

Anda mungkin juga menyukai