Anda di halaman 1dari 1

Aku Sehelai Baju

Aku sehelai baju yang berjenama Sayang. Aku merupakan baju yang dihasilkan di kilang-kilang tempatan. Oleh itu, aku merupakan sehelai baju buatan tempatan. Kehidupan aku bermula apabila aku dilahirkan di sebuah kilang tekstil di Shah Alam, Selangor. Selepas aku siap diproses dan dijahit, aku dibawa ke Syarikat Maju untuk dipamerkan kepada orang ramai di dalam sebual almari kaca di hadapan Kedai Syarikat Maju. Hari berganti hari, aku menunggu dengan penuh sabar untuk dibeli oleh pemilikku. Suatu hari, seorang pelajar bernama Rudi begitu teruja dan tertarik melihat aku. Dia telah membeliku dengan menggunakan duit simpanannya. Rudi ialah seorang pelajar tahun lima dan merupakan seorang anak petani yang nakal. Suatu hari, sewaktu Rudi bergaduh dengan rakannya, aku telah ditarik dengan sekuat hati. Badanku telah terkoyak dan tidak dapat dibaiki. Aku berasa amat pilu kerana sudah tidak dapat dipakai oleh Rudi. Oleh itu, abang Rudi telah mengambilku dan menjadikan aku sebagai orangorang yang sungguh lucu. Setelah siap dipasang aku diletakkan di tengah-tengah sawah. Tugasku di sawah ialah menghalau burung-burung sawah. Kini, aku semakin lusuh dan warnaku telah pudar. Namun, aku tetap bersyukur kerana dapat berbakti hingga ke akhir hayatku.

Anda mungkin juga menyukai