Anda di halaman 1dari 24

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

KUMPULAN 1 SUZANA BT HAMID ROSNAH BT HAMZAH ANIZA BT ISHAK PENSYARAH : PN CHIN SOO FONG

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Konsep Pentaksiran Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.

KONSEP PENTAKSIRAN

Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.

Tujuan pentaksiran
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran


Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran Memperbaiki pengajaran pembelajaran Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap

Prinsip Pentaksiran

Pengujian
Pengujian merupakan proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

Pengukuran
Pengukuran merupakan satu proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Tujuannya adalah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar, termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran atau sikap pelajar.

Penilaian
Penilaian merupakan satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran. Tujuan penilaian adalah untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Pentaksiran autentik
Bererti mengevaluasi pengetahuan murid dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.
Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik


Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. Subjek membina maksud yang tersirat. Berpusatkan kanak-kanak

Contoh-contoh Pentaksiran Autentik


Persembahan tarian Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni) Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio

Kebaikan Kaedah Penilaian Autentik


Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

BAGAIMANAKAH ANDA SEBAGAI GURU PSV MENGAPLIKASIKAN PENTAKSIRAN AUTENTIK UNTUK MENTAKSIR PRODUK AKHIR MURIDMURID BAGI PRODUK KRAF TRADISONAL ( WAU )

PRODUK - WAU

PENGUJIAN
Saya akan menguji pencapaian murid dalam sesi pembelajaran menghasilkan produk wau Saya akan menguji murid dari segi pemahaman murid mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada produk wau. Menguji unsur seni seperti garisan,rupa,jalinan tampak, dan warna primer. Prinsip rekaan seperti kontra dan Imbangan simetri.

Meminta murid menamakan bahan dan alat yang digunakan semasa menghasilkan produk. Menguji adakah murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual seperti -mengenal dan menyatakan jenis-jenis media Mengetahui penggunaan media,teknik dan proses dalam penghasilan karya..iaitu teknik lukisan.

PENGUKURAN
Melalui pengukuran pentaksiran autentik, saya mengukur tahap penguasaan murid mewarna corak wau yang telah dilakarkan dengan teknik yang betul. Melalui proses pemerhatian, murid dapat menghasilkan wau yang telah siap diwarnakan dengan teknik mewarna yang betul, baik dan menarik.

PENILAIAN
Saya akan menilai produk wau yang dihasilkan oleh murid melalui :kefahaman murid dalam proses menghasilkan produk kefahaman murid dalam menggunakan alatan dan bahan

Sejauh mana murid memahami penggunaan media dalam menghasilkan produk cth penggunaan warna dalam menghasilkan corak,jalinan dan sebagainya Menilai kreativiti dalam menghasilkan produk Mengaplikasikan asas seni reka dan prinsip rekaan

APRESIASI SENI
Dalam pentaksiran autenthik saya dapat melihat murid melakukan apresiasi seni melalui :penglahiran perasaan dan emosi semasa menghasilkan produk contoh gembira,sedih,teruja dsb. mengkritik hasil kerja rakan sebaya samada dari aspek ASR mahupun aspek visual.

mengenali tokoh-tokoh tempatan

memahami hubungan antara produk yang dihasilkan dengan kebudayaan tempatan


Membanding beza antara karya sendiri dengan karya rakan sebaya.

RUJUKAN
http://psv3.blogspot.com/2013/09/modulpsv3111-pentaksiran-pendidikan.html Modul OUM HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

SEKIAN TERIMA KASIH

PSV 6J KUMPULAN PPG AMBILAN JUN 2011 SEMESTER 6

Anda mungkin juga menyukai