Anda di halaman 1dari 21

1)Pengertian Perkahwinan

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengansebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya.

Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuan-tujuan disyariatkannya Allah berfirman dalam surah An-Nisaa ayat 3, ertinya : Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.

Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak.Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Allah berfirman, ertinya : Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut ertinya : Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya. Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.

2)Hikmah Perkahwinan Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.

Di antara faedah dan hikmahnya ialah :1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati. 2. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan. 3. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin. 4. Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini. 5. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara. 6. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara. 7. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup. 8. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan. 9. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama. Pendek kata perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna. Jika keadaan rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya.

3) Hukum-Hukum Perkahwinan

Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan. Huraiannya adalah seperti berikut :-

1. Perkahwinan yang wajib. Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina. 2. Perkahwinan yang sunat Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang. 3. Perkahwinan yang haram Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya. 4. Perkahwinan yang makruh Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

Rukun Nikah 1. Calon isteri. (perempuan) 2. Calon suami. (lelaki) 3. Wali. 4. Dua orang saksi. 5. Akad ijab dan qabul.

Syarat-Syarat Calon Isteri 1. Bukan mahram dengan bakal suami. 2. Bakal isteri itu tentu orangnya, tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya.Pendeknya mestilah ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu. 3. Bukan isteri orang dan bukan pula masih dalam iddah. 4. Benar-benar yang ia seorang perempuan bukan khunsa. 5. Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

Syarat-Syarat Caalon Suami 1. Bukan mahram dengan bakal isteri. 2. Dengan pilihan hatinya sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa. 3. Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua orang lelaki : Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua. 4. Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya. 5. Bakal suami itu bukan sedang dalam ilham. 6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat. Syarat-Syarat Wali 1. Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi.Firman Allah:

Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali. (Surah Al-Maidah : Ayat 51) 2. Baligh 3. Berakal 4. Merdeka 5. Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali.Sabda Rasulullah SAW : Ertinya : Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina. (Riwayat Al-Dar Al-Qatni) 6. Adil tidak pasiq, sabda Rasulullah SAW : Ertinya : Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil.

7. Tidak dalam ihram, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Ertinya : Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain. (Riwayat Muslim) 8. Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya. 9. Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.

5) Syarat-Syarat Saksi 1. Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam. 2. Lelaki 3. Berakal 4. Baligh 5. Merdeka 6. Adil (tidak fasiq). 7. Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta. 8. Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak. 9. Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat. 10. Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul. 11. Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

6) Susunan Wali 1. Bapa 2. Datuk sebelah bapa hingga ke atas 3. Saudara seibu sebapa 4. Saudara sebapa 5. Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah. 6. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah 7. Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas. 8. Bapa saudara sebapa hingga ke atas. 9. Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah. 10. Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah. 11. Kemudian hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi. Di dalam susunan wali tersebut, wali yang paling hampir kepada perempuan digelar dengan wali aqrabdan yang terjauh digelar denganwali abadh.

Untuk menjadi wali perkahwinan itu mestilah didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepas dan begitulah seterusnya.

Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan di masa yang tertentu seperti berikut : 1. Ketika tidak ada wali yang tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Aalihi Wassallam : Ertinya : Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali. 2. Wali enggann mengahwinkannya walaupun wali mujbir (bapa atau datuk) sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali, tetapi jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali. Sebagai contoh wali yang enggan menikahkan yaitu : perempuan yang baligh, berakal memohon kepada wali supaya mengahwinkan dengan seorang lelaki yang setaraf dengannya sedangkan wali bapa atau datuk mahukan seorang yang lain yang setaraf juga. Bentuk yang demikian tidaklah dianggap wali itu enggan atau ingkar, kerana wali itu lebih matang daripada perempuan itu dari segi perhatian dan pandangan untuk kepentingan atau kebahagiaan perempuan tersebut. 3. Wali berada di tempat yang jauh sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu kira-kira enam puluh batu dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu. 4. Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram. 5. Wali itu sendiri berkahwin dengan sempurna itu, seperti anak bapa saudara yang ketika sepatutnya beliau menjadi wali, tetapi oleh kerana beliau inginkan perempuan itu untuk menjadi isterinya dan tidak ada wali yang lain yan sedarjat dengannya maka ketika itu hakimlah yang menjadi wali. 6. Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbar (bapa atau datuk). 7. Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali. 8. Wali bersembunyi. 9. Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal.

MERISIK(MENENGOK)
Merisik atau menengok merupakan adat tradisi masyarakat Melayu kita yang makin jarang diamalkan oleh generasi sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau sinonim dengan 'meninjau' keadaan si gadis yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan disini bererti memastikan status sebenar gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang lama yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan saudara mara yang terdekat. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak perempuan dirahsiakan namun kini sebaliknya pula berlaku.Adat ini sebenarnya wajar diteruskan oleh generasi masa kini agar tidak di telan dek zaman disamping manfaatnya yang baik bagi semua pihak. Sesuatu perkara haruslah bermula dengan baik barulah ianya berakhir dengan baik.InsyaALLAH. Setelah selesainya adat ini, barulah beralih ke adat bertunang.Berikut merupakan sebuah pantun lama yang memiliki perkaitan maknanya dengan pertunangan individu yang berjauhan. Pucuk pauh delima batu, Anak seluang di tapak tangan, Walaupun jauh beribu batu, Hilang dimata di hati jangan.

MEMINANG (HANTAR TANDA)


Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului dengan adat mengantar mas kahwin dan wang belanja kepada pihak pengantin perempuan terutama apabila upacara perkahwinan itu ditangguhkan untuk beberapa bulan. Antara barang tanda yang diserahkan kepada pihak perempuan ialah cincin emas atau berlin serts diiringi dengan barang-barang smpingan seperti buah-buahan,kasut,baju dan sebagainya. Barang-barang yang diterima oleh pihak perempuan melambangakan pihak perempuan telah menyetujui syarat-syarat perkahwinan tersebut. Antara syaratnya : jika pihak lelaki gagal untuk berkahwin dengan gadis yang ditunangkan,pihak perempuan tidak berhak untuk menuntut semula. jika pihak perempuan gagal memenuhi pertunangan tersebut maka harus dikembalikan semula kepada pihak lelaki dengan kadar sekali ganda baik dari segi bilangan ataupun nilainya. Dalam masyarakat melayu, terdapat dua cara ikatan pertunangan dilakukan seperti pertunangan antara dua keluarga yang rapat atau saudara dari usia kecil atau bayi dan seterusnya petunangan dibuat secara wasiat bagi memenuhi permintaan mendiang ibu bapa.

AKAD NIKAH
Upacara akad nikah merupakan istiadat yang diperlukan oleh agama dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan.Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki akan berpakaian haji atau berpakaian bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki pula akan membawa barang hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir. Imam yang dikenali sebagai tukang kadi akan memilih dua orang dari tetamu tersebut untuk dijadikan saksi serta memeriksa barangbarang yang dibawa termasuklah mas kahwin. Manakala imam tersebut akan menyemak kesemua maklumat pengantin untuk ditandatangani oleh kedua-dua mempelai. Seterusnya, akad akan dimulakan. "..........bin.....aku nikahkan dikau dengan......binti......yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak .....dan belanjanya." Ayat bagi lelaki untuk menjawab

" aku terima nikahnya ..........binti......dengan mas kahwinya ......dan belanjanya."

Adat ini akan dilakukan sebelum upacara akad nikah berlangsung. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu. Oleh itu, ranbut dibahagian dahi dan juga bulu kening pengantin perempuan akan dipepat oleh mak pengantin(tukang solek). Selain itu, gigi pengantin akan diasah dan dikilap supaya menjadi rata serta berkilat. Selepas berandam ,pengantin perempuan akan dimandikan dengan air sintok-limau bagi membuang nasib malang yang terdapat pada pengantin tersebut.Manakala sebelum tidur pula,pengantin perempuan akan dipakaikan inai di setiap jari tangan dan juga kaki sebagai menampakan lagi keserian pengantin tersebut.

ISTIADAT BERINAI
Terdapat tiga adat berinai dalam masyarakat melayu iaitu berinai mencuri yang dilakukan pada waktu petang selepas pengantin berinai waktu malam berandam. Kedua, berinai kecil dan berinai besar.Istiadat berinai besar akan dilakukan pada hari persandingan pengantin tersebut. Berinai besar ini memerlukan beberapa jenis bahan seperti nasi kunyit, bertih,air daun setawar, inai dan tangkai daun wangi. Antara cara untuk melakukan berinai ini ialah mengambil sedikit nasi kunyit dan bertih dibalingkan kepada pasangan tersebut. Kemudian tangkai daun wangi dicelupkan dengan air daun setawar serta meletakan sedikit inai dibahagian tengah tapak tangan pengantin lelaki dan perempuan. Selesai berinai seorang daripada tetamu atau orang yang paling tua akan membacakan doa kesyukuran dan kebahagian pasangan pengantin tersebut.

BERSANDING
Pada hari persandingan,pihak pengantin lelaki akan diringi oleh sekumpulan kompang atau rebana bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Kedatangan pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan untuk masuk ke rumah pengantin. Sebelum masuk ke rumah pengantin tersebut akan dihiburkan zapin ataupun silat yang ditarikan oleh pemuda-pemudi kampung tersebut. Selain itu, pengantin lelaki akan ditahan oleh pemuda dihadapan pintu sebelum masuk ke rumah jika pengantin lelaki tersebut ingin masuk beliau terpaksa membayar sejumlah yang kecil setiap orang sama juga seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi. Manakala ibu pengantin juga akan turut sama seperti mereka tapi bayaran yang perlu diberi lebih besar dari mereka. Selepas itu barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan di atas pelamin yang dihiasi dengn indah. Di atas pelamin, mempelai akan amalan adat makan bersuap kemudian pengantin diberi ruang untuk bersama dengan rakan-rakannya.

Selepas beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk memberi peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwian mereka. Kedua- dua pengantin akan menjamu selara bersama ahli keluarga pihak lelaki yang dipanggil makan beradap atau berdamai. Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan bersama pasangannya selama 2 hari 2 malam kecuali pada waktu makan malam pengantin perempuan dibenarkan masuk ke bilik untuk menemani dan melayani pengantin lelaki makan. Pada malam ketiga, barulah pengantin perempuan dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya dengan berpakaian serba putih.

ADAT MANDI LIMAU


Adat mandi limau dilakukan adalah untuk memastikan keperawanan pengantin perempuan tersebut. Adat ini dilakukan pada awal pagi selepas malam bersatu pengantin tersebut. Emak pengantin akan memastikan keperawanan pengantin perenpuan tersebut melalui pengantin lelaki yang di bekalkan dengan sehelai sapu tangan putih.Sapu tangan tersebut akan ditunjukan kepada kedua-dua keluarga terutama keluarga lelaki. Setelah memastikan keperawanan pengantin tersebut, adat mandi limau dilakukan dengan memercikkan air sintok dan limau purut kepada kedua-dua pengantin tersebut. Selepas selesainya upacara tersebut, kedua-dua pengantin dibawa masuk ke bilik dan memegang salah satu hujung sapu tangan . Sarung yang digunakan dalam istiadat mandi akan diberikan kepada emak pengantin bukan sahaja sebagai hadiah tetapi untuk tolak bala dan buang geruh. Kedua-dua pengantin diingat tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut.

PANTANG LARANGAN SEORANG PENGANTIN


Dalam masyarakat melayu terdapat pantang larangan yang ditujukan kepada bakal pengantin baru. Antara pantang larang yang sentiasa dilakukan dalam masyarakat melayu adalah pengantin perempaun dilarang keluar bersama pasangannya selama 40 hari sebelum diijabkabulkan. Pantang larangan ini dilakukan untuk mengelakkan daripada tohmah masyarakat sekeliling dan juga uantuk mengawal nafsu pasangan pengantin tersebut. selain itu, akan menimbulkan perasaan rindu dendam dalam diri masing-masing. Bagi masyarakat melayu, rindu yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri seperti biasa. Pantang larang yang dilakukan dalam masyarakat melayu mempunyai tujuan yang tersendiri terutama menjaga maruah bakal pengantin dan juga ahli leluarga. Terdapat juga pantang larang lain yang dilakukan iaitu jangan tidur di rumah orang kerana takut dikena ilmu dan juga disantau dan sebaganya. Hal ini sedemikian menunjukan bahawa masyarakat melayu kaya dengan adat dan juga pantang larang.

Menurut Kamus Dewan (1997), adat bermaksud peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat yang diikuti. Jika dahulu masyarakat telah berubah seiring dengan perkembangan dan kemajuan yang dikecapi negara kita. Persoalanya adakah adat perkahwinan dewasa ini selari dengan tuntutan syariat Islam?

BIOGRAFI http://syikinyahya.wordpress.com/2008/03/31/adat-perkahwinan-yang-selari-dengan-tuntutanislam h http://persediaanperkahwinan.com/blog/adat-perkahwinan-orangmelayu.html/p://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan http://pendidikansivikk3.wordpress.com/2012/05/14/adat-perkahwinan-masyarakat-di-malaysia18/ http://perkahwinan_melayu.jomaffiliate.net/adat-perkahwinan-melayu

Perkahwinan bawah umur Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Perkahwinan bawah umur sering menjadi kontroversi dari semasa ke semasa. Masyarakat moden menganggap pelajar sekolah rendah(7-12)) belum layak berkahwin lagi. Ada juga yang menyatakan pelajar sekolah menengah rendah (13-15) juga belum layak mengandung, melahirkan anak dan menyusukan anak. Pada peringkat ini , mereka lebih sesuai belajar di sekolah dan mengalami serta merasai keindahan dunia remaja secukupnya. Enakmen Majlis Agama Islam di Malaysia jelas menunjukkan lelaki boleh berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke atas. Mengambil contoh Nabi Muhammad yang mengahwini Aisyah Abu Bakar yang berumur 9 tahun, jadi Islam membenarkan perkahwinan bawah umur.Kemungkinan mereka yang memperjuangkan hak-hak wanita ini bertujuan mempersendakan Rasulullah. Banyak sunnah lain tidak dipatuhi pun. Isi kandungan 1 Statistik 2 Kontroversi di Kelantan 3 Kes perkahwinan bawah umur 4 Rujukan

Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mohammad Abdullah menyatakan perkahwinan bawah umur di Malaysia banyak berlaku di Kelantan. Bagi tempoh 1 Januari 2005 hingga 12 Januari 2006 berlaku di Kelantan (115 kes), Sabah (102) dan Sarawak (100) .Kes permohonan berkahwin awal yang telah selesai di Sarawak (92 kes), Kelantan (81) dan Sabah (60). Mereka berkahwin semasa masih bersekolah atau tidak menamatkan persekolahan atau tidak bersekolah. Punca perkahwinan bawah umur : 1. Hilang minat dengan alam persekolahan. Mereka tercicir dari persekolahan. 2. Mendapat bakal suami yang mampu menyara kehidupan mereka. 3. Mendapat persetujuan ibu bapa. Perkahwinan dianggap penyelamat masalah keluarga. 4. Remaja berasal dari kampung pedalaman 5. Kurang pendedahan kepada kepentingan pendidikan[1]