Anda di halaman 1dari 5

Sejarah Terapi Pasir Sejarah terapi pasir bermula pada tahun 1920-an.

Terapi ini telah dipelopori oleh Dora Klaff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat. Kalff mengiktiraf bahawa terapi ini mempunyai penawar semulajadi bagi kanak-kanak dan menyediakan kanak-kanak tentang realiti kehidupan seharian. Penggunaan pasir di dalam proses teraputik bermula dengan pediatrik British, Margaret Lowenfield, akhir 1920-an (Boik & Goodwin,2000). Berdasarkn kepada Boik dan Goodwin (2000), matlamatnya adalah untuk mencari satu medium yang mampu memberi tarikan yang menarik kepada kanak kanak dan menyediakan keupayaan yang sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak kanak boleh berkomunikasi sewaktu kanak kanak. Kepentingan Terapi Pasir Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan. Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi Merangsang pemikiran murid Mengurangkan tekanan emosi Membantu meningkatkan kemahiran sosial Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir. Pasir yang bersih Air (digaulkan dengan garam) Garam 4 sudu garam halus Besen besar Mangkuk plastik ( untuk isi garam) Apron / t shirt lama PELAKSANAAN TERAPI PASIR Terdapat tiga fasa utama bagi terapi pasir iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas sesi dijalankan.

Fasa sebelum sesi Perlaksanaan terapi memerlukan persediaan dari segi penyediaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk aktiviti, persediaan peralatan terapi dan persediaan kanak-kanak. Bagi pelaksanaan terapi pasir, persekitaran bilik adalah amat penting dalam membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini bersesuaian dengan konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Kalff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat. Peralatan utama untuk terapi ini adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm x 20 cm yang berisi pasir. Pemilihan pasir samada pasir pantai atau sungai yang mempunyai kedalaman 15cm di dalam bekas Selain itu, simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu, peralatan rumah,binatang, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan, perhiasan dan kenderaaan adalah elemen lain yang diperlukan. Kesemua alat ini disusun di atas rak dengan kemas bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih objek yang disukainya. Mangkuk kecil juga diperlukan bagi kanak-kanak yang ingin membentuk kolam atau sungai. Berus dan tuala adalah peralatan yang perlu bagi kanak-kanak yang ingin membersihkan peralatan dan tangan mereka. Selain itu, jug dan penyembur air diperlukan untuk melembabkan pasir yang telah dibina. Adalah lebih baik juga jika dapat digabungkan alunan muzik yang lembut dan relaksasi dapat membantu murid untuk luahan perasaan.

Fasa semasa Kehadiran pakar terapi semasa sesi pelaksanaan perlulah efektif. Pakar terapi perlulah aktif, mendengar dengan baik dan memberikan tumpuan. Keadaan yang senyap kadangkala berkesan semasa kanak-kanak sedang menyusun objek di dalam bekas pasir. Biasanya kanak-kanak akan bermain dengan pasir dengan membentuk landskap yang diingini, diikuti dengan simbol. Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak ketika itu. Kebiasaannya, kanak-kanak lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil. Seperti bermain pasir di pantai, kanak-kanak bermain dengan pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir.

Pada peringkat ini, gambaran boleh dilihat. Pakar terapi boleh mengajukan soalan atau kanak-kanak sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba dibuat. Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh; persahabatan. Seterusnya boleh menggunakan soalan terbuka seperti: Apa yang kamu ciptakan di dalam bekas ini? atau : Beritahu saya tentang singa, ular atau kuda di dalam dunia kamu ini?. Selepas Terapi. Pakar terapi berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada hasil terapi pasir yang dilakukan kanak-kanak. Penilaian hasil bekas pasir adalah bergantung kepada pakar terapi. Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan perhubungan dan pergaulan. Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak perhubungan. Untuk setiap sesi terapi juga, pakar terapi perlu mengambil gambar hasil bekas tersebut bagi memudahkan proses interpretasi. MASALAH DALAM PELAKSANAAN TERAPI PASIR Penggunaan Pasir Pasir yang digunakan tidak boleh menggunakan pasir yang telah dipakai. Hal ini kerana pakai yang telah dipakai kotor dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria kepada kanak-kanak. Memerlukan Kaunselor Semasa menjalankan terapi pasir, khidmat pakar seperti kaunselor diperlukan untuk menstabilkan emosi kanak-kanak. Memerlukan Kaunselor Semasa menjalankan terapi pasir, khidmat pakar seperti kaunselor diperlukan untuk menstabilkan emosi kanak-kanak. Keselamatan Semasa Menggunakan Pasir Pasir yang digunakan hendaklah bersih dan terhindar daripada benda-benda tajam. Dikhuatiri juga pasir yang digunakan daripada pasir yang kotor yang mempunyai sisa makanan, sampah sarap dan juga najis binatang. TERAPI PASIR

Pengenalan Terapi umumnya ialah satu kaedah kaunseling atau psikoterapi yang memberi peluang kepada individu untuk berkomunikasi dan menolong individu menyelesaikan masalah dalam psikososial. Dengan terapi juga pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan terapi boleh menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan atau dikurangkan. Contohnya pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan seseorang, sama ada semasa itu mereka merasa marah, merasa benci, merasa sayang dan bermacam-macam lagi perasaan yang dapat digambarkan. Pasir itu sendiri adalah teraputik.Pasir yang sejuk membangkitkan deria penglihatan, sentuhan dan bau. Pada masa yang sama pasir dapat memberi kesan sebagai penenang padaa kebanyakan individu yang merendamkan tangan mereka ke dalamnya. Manakala terapi fisio pula dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar dan motor halus. Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapai.Manakala dengan terapi berkuda merupakan kegiatan yang menyenangkan dan ia juga nerupakan cara penyembuhan yang berkesan tetapi kanak-kanak perlu berhati-hati semasa menjalani terapi ini kerana kanak-kanak ada keterbatasannya. Tidak kira apa sahaja terapi yang digunakan oleh seseorang guru bagi proses rawatan pemulihan baik dari segi psikologi, fizikal dan emosi atau pun dari segi kemahiran motor kasar dan halus ia perlu bersesuaian dengan masalah kepada kanak-kanak itu dan juga sesuai dengan tahap kemampuannya. 2.0 Konsep dan definisi terapi pasir. Terapi pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang. Terapi pasir tidak memerlukan pergerakan yang khas, mereka bebas bergerak melakukan aktiviti yang mereka lakukan dengan sebebasbebasnya dan tidak dibebani dengan bahan-bahan yang membeban kanak-kanak itu. Kebanyakan pergerakan semasa terapi pasir dapat membuatkan daya penumpuan mereka dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku selalunya dapat diatasi atau dikurangkan. Ini semua dirangsangkan melalui terapi pasir tadi secara semulajadi. Walaubagaimana pun tidak semua kanak-kanak pendidikan khas suka bermain pasir, jadi guru harus memainkan peranan dalam membantu dalam membina keyakinan diri kanak-kanak itu. Hasilnya kanak-kanak akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi ini. Melalui terapi pasir ini juga ia dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendisendi, meningkatkan daya ketahanan otot dan jantung. Banyak pergerakan yang sihat dapat dilakukan semasa terapi pasir dijalankan dengan secara tidak langsung muridmurid akan menjadi lebih bertenaga dan minda pun menjadi sihat.

Semasa melakukan terapi pasir juga dapat memupuk perkembangan sosial yang baik dan memperkembangkan kemahiran sedia ada. Mereka boleh bercampur gaul sesama mereka, berkongsi mengikut giliran, menjadi ketua atau menjadi pengikut sahaja sekiranya terapi ini dilakukan secara berkumpulan. Perkembangan bahasa juga dapat diperluaskan semasa terapi pasir tadi. Apabila mereka sedang melakukan terapi pasir mereka sebenarnya bekerja untuk mempelajari kesemua alam persekitarannya. Kanakkanak secara beransur dapat membentuk disiplin diri menerusi kebebasan pergerakan dan kebebasan memilih apa sahaja bahan yang hendak digunakan semasa melakukan terapi pasir. Ia juga dapat memberi ransangan untuk membina ketekunan dan keupayaan bagi melengkapkan sesuatu aktiviti semasa proses terapi pasir. Oleh itu terapi pasir dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang secara terperinci supaya setiap kemahiran yang menjadi objektif dalam pengajaran dan pembelajaran tercapai.