Anda di halaman 1dari 3

CONTOH KARANGAN Penulisan blog sudah menjadi satu gaya hidup masyarakat kita.

Kadangkala penulisan mereka itu menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat pula terutama apabila bahan penulisan mereka itu berunsur itnah. Huraikan !adangan anda untuk menyekat timbulnya masalah sebegini dalam penulisan blog. Penulis blog dikatakan sebagai individu yang menulis dalam halaman blog yang tersiar melalui internet. Antara penulisan ini menyentuh aspek hobi, peribadi dan tidak kurang juga berunsurkan isu semasa yang dihasilkan oleh masyarakat biasa. Akhbar ada membuat komentar mengenai penulisan blog ini terutama apabila ada penulis blog yang menulis bahan yang tidak benar. Jadi, pelbagai idea telah diketengahkan untuk mengatasi masalah penulisan blog yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab ini. Salah satu langkah awal menangkis masalah penulisan blog ini ialah pihak berkuasa boleh membuat pendaftaran rasmi untuk sesiapa sahaja yang mempunyai blog. Pendaftaran ini melibatkan nama dan alamat sebenar penulis serta maklumat tambahan yang pihak berkuasa beranggapan penting. Kewujudan informasi penulis blog ini memudahkan pihak berkuasa untuk memantau setiap bahan penulisan itu lalu mengambil tindakan segera dengan menahan penulis yang tidak bertanggungjawab. Maka, masalah penulisan blog yang tidak beretika dapat diatasi jika pihak berkuasa membuat proses pendaftaran penulis dengan segera. Selain itu, satu seminar khas mengenai penulisan blog boleh dijalankan oleh pihak berkuasa terutama di bawah kendalian Kementerian Penerangan. alam seminar ini, pihak berkuasa boleh menerangkan proses perundangan yang meliputi internet dan juga hak penulisa serta penulisan yang beretika kepada peseta yang menghadirinya. Penyertaan penulis blog dalam seminar sebegini memberikan mereka maklumat yang tepat mengenai blog dan impak yang boleh dihasilkan oleh bahan penulisan mereka terhadap kehidupan masyarakat kita. Sesungguhnya, aktiviti seminar ini mudah tetapi efektif kerana mampu memberi kesedaran tentang erti penulisan blog yang sebenarnya. Malah, masalah penulisan blog yang tidak beretika ini juga boleh diatasi melalui pengenalan akta penulisan blog yang relevan. Maknanya kerajaan mewartakan satu akta yang khas untuk mengawal penulisan blog yang bertujuan jahat atau tidak berdasarkan bukti yang sahih. Pengenalan akta sebegini menjadikan penulis!penulis blog lebih berhati!hati dengan setiap bahan yang hendak mereka tulis untuk ba"aan umum itu. Jelaslah, penulis blog akan lebih berhati!hati apabila mereka menyedari bahawa penulisan mereka boleh dihukum dengan hukuman yang lebih berat jika mereka tidak berhati!hati. Pada masa yang sama, pihak berkuasa hendaklah mengawal kemun"ulan pusat!pusat internet yang tumbuh bak "endawan selepas hujan itu. #anyak pusat internet ini telah digunakan sebagai tempat penulis yang tidak beretika ini untuk menghantar bahan penulisan mereka itu kerana menyedari mereka boleh membuka pelbagai akaun blog yang sukar untuk dikesan di pusat ini. $indakan proaktif kerajaan mengawasi pusat internet akan menjadikan penulis blog tidak berani lagi untuk menyiarkan bahan mereka menerusi pusat sebegini. Sesungguhnya, pusat internet yang dipantau dengan rapi akan mengekang sebarang penyebaran bahan penulisan blog yang tidak bermoral ini. Kesimpulannya, masalah penulisan blog yang tidak bertanggungjawab ini boleh diatasi melalui semua langkah yang diutarakan tadi. Semua pihak hendaklah memberikan kerjasama yang sewajarnya agar blog tidak menjadi bahan untuk menjatuhkan imej orang lain dengan begitu mudah pula. Kegagalan untuk bekerjasama boleh menyebabkan lebih banyak impak buruk akibat penulisan blog ini akan memusnahkan komuniti di negara ini yang berbilang kaum. #ak kata orang tua!tua, %kerana mullet badan binasa% mengingatkan kita bahawa dalam era moden ini bukan kata!kata sahaja yang harus dijaga tetapi hasil penulisan seseorang turut memberikan impak yang serupa.

Contoh Esei Karangan SPM 2013 Terbaik Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kes ragut menja i !ebih serius: Kejadian ragut yang sering menjadi-jadi merupakan satu jenayah yang amat mengejutkan buat masyarakat kita. Kekerapan jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat kita dewasa ini. Media massa menghuraikan pelbagai faktor yang mendorong kejadian ini bersama-sama langkah untuk menanganinya tetapi jumlah kes ragut terus meningkat saban tahun. Oleh itu, apakah punca-punca jenayah ini menular dengan begitu cepat? ebenarnya jenayah ragut ini menjadi begitu menjadi-jadi ekoran sikap masyarakat itu sendiri yang tidak memberi perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka. Masih banyak indi!idu dalam masyarakat kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan ini menjad" sasaran peragut. #egitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita sasaran mudah peragut. $adi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi perhatian telah menyebabkan ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini pula. Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. #anyak kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka secara mudah. eterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan masalah ini terus menjadi-jadi. $ika kerajaan memasang lebih banyak kamera seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam. Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan keagamaan terutama terhadap generasi muda kita. %malan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah. udah hilang rasa takut akan balasan &uhan jika melakukan kesalahan jenayah. Maka, ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka. %khirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. ementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa 'sudah terantuk baru tengadah' memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku.

Negara kita mempunyai banyak bangunan bersejarah yang makin pupus dihimpit arus pembangunan. Cadangkan langkah"langkah untuk mengekalkan bangunan tersebut. #angunan bersejarah bolehlah ditakrifkan sebagai bangunan lama yang digunakan dalam urusan kerajaan atau agensi kerajaan. #anyak bangunan bersejarah ini berfungsi sebagai bangunan pentadbiran, mahkamah, balai polis dan penjara. Ada bangunan ini yang berusia ratusan tahun yang pasti ada nilai sejarah terutama buat generasi muda. &antaran itu, usaha!usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan bangunan sebegini daripada hilang ditelan 'aman. Kerajaan boleh menjadikan bangunan itu sebagai satu daya tarikan pelan"ong. Sebagai "ontoh bangunan A (amosa, Penjara Pudu dan sebagainya boleh dipelihara untuk menarik kehadiran pelan"ong melihatnya. $indakan ini menjadikan usaha pemuliharaan bangunan itu berjalan dengan baik kerana bangunan itu akan diselenggarakan atau diubahsuai demi tatapan pelan"ong asing. Jelaslah, tindakan menjadikan bangunan itu sebagai tarikan pelan"ong akan menjamin kewujudannya. Selain itu, bangunan bersejarah ini juga boleh diubah menjadi bangunan mu'ium yang memaparkan sejarah tertentu. )ontohnya, bangunan #alai Polis #ukit Kepong boleh dipulihara untuk memaparkan semangat perjuangan polis dan peristiwa tragis yang berlaku di kawasan itu suatu masa dahulu. #ukan sahaja bangunan lama ini akan terus wujud tetapi masyarakat muda akan dapat menghargai erti pengorbanan yang dilakukan oleh anggota polis demi kemerdekaan negara kita. Malahan, bangunan yang lama ini sesuai juga dijadikan pusat beli!belah atau perniagaan. Se"ara am bangunan bersejarah ini masih selamat dan unik untuk digunakan dalam ekonomi masyarakat kita. Kewujudan bangunan ini memberikan satu kelebihan kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka dalam suasana yang jauh berbe'a lalu menarik kehadiran pelanggan yang banyak pula. Maka, bangunan lama boleh juga digunakan untuk menjana ekonomi negara ini. $ambahan pula, bangunan bersejarah ini boleh ditukar untuk menjadi bangunan pentabdiran. Sebagai "ontoh #angunan Sultan Abdul Samad telah ditukar menjadi bangunan mahkamah suatu masa dahulu. Penggunaan bangunan lama sebagai pusat pentadbiran bukan sahaja mengurangkan kos pembinaan bangunan baru tetapi juga boleh menimbulkan rasa bangga dan patriotisme dalam diri seseorang yang berurusan di pejabat kerajaan itu. Jelaslah, bangunan bersejarah boleh menjadi bangunan pentadbiran pula jika diuruskan dengan baik. Malahan, bangunan lama itu juga boleh ditukar menjadi rumah kebajikan seperti anak!anak yatim, orang tua dan sebagainya. #angunan lama ini biasanya tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi lalu sesuai untuk badan! badan kebajikan menggunakannya untuk mengurangkan kos perbelanjaan mereka pula. Pada masa yang sama, nasib golongan yang kurang bernasib baik ini terus terjaga kerana mampu berteduh di bangunan yang sudah lama usianya itu. Sesungguhnya, bangunan lama ini sesuai digunakan sebagai bangunan kebajikan. Konklusinya, bangunana lama wajar dikekalkan kerana bangunan sebegini masih mampu memberikan manfaat kepada masyarakat. Kita hanya perlu membuat pengubahsuaian tertentu bersama!sama penyelenggaraan yang mantap untuk memastikan bangunan itu selamat digunakan. Amalan memusnahkan bangunan lama harus dikikis kerana sikap ini seolah!olah memperlekehkan warisan sejarah negara kita yang penuh warna!warni itu.