Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Tajuk Ceramah: Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri Dalam program PJJ tidak semua guru berjaya menghabiskan pengajian mereka disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Suasana baharu dalam dunia kerja sambil belajar telah menyebabkan guru-guru mengalami sedikit kejutan dalam kebiasaan kehidupan seharian mereka. Namun bagi guru-guru yang tidak berjaya ini mereka masi mengatakan bahawa PJJ di OUM merupakan satu program yang amat baik dan mampu membantu meningkatkan professionalisme keguruan di Negara kita. Namun demikian, program ini perlu ditambah baik dan meneruskan

pengambilan mahsiswa PJJ di OUM. Kehadiran guru PPG akan memberikan impak yang besar dalam bidang pendidikan. Target mahasiswa dan mahasiswa PJJ OUM bukan sahaja untuk lulus dan graduate tetapi juga untuk peningkatan akademik dan mengubah mind set guru-guru untuk mengadapi pembelajaran alaf ke-21. Universiti merupakan satu landasan untuk membangunkan intelek seorang guru selaras dengan perubahan globalisasi.

ISI PENTING
Terdapat 4 fokus utama dalam ceramah yang telah disampaikan iaitu i) ii) iii) iv) Pembangunan professionalisme Pembangunan professionalisme kendiri Kebertanggungjawaban guru Laluan kerjaya

Dalam pembangunan profesionalisme guru yang mengambil inisiatif sendiri untuk pembangunan profesionalisme adalah lebih hebat jika dibandingkan dengan uru yang di arah untuk melakukan demikian. Guru harus bergerak untuk belajar dan bukan dipaksa untuk belajar. Guru pada masa kini tidak boleh hanya berfikir secara vertical bermakna guru tidak boleh hanya terikat mengajar satu subjek sahaja tetapi sebaliknya guru harus mempunyai pelbagai kemahiran dan pengetahuan dalam subjek-subjek yang lain agar guru boleh mengaitkan pengetahuan murid dari subjek lain dengan subjek yang ddiajar. Ini dapat membantu murid-murid untuk membuat perkaitan diantara subjek yang mereka pelajari di sekolah.

Seorang guru yang berkualiti bukan sahaja mempunyai tanggungjawab dalam mendidik murid tetapi juga harus bertanggungjawab dalam pembangunan kendiri dalam bidang kerjaya kerana guru yang kompetatif berpotensi untuk melalui laluan kerjaya yang cemerlang. Kualiti pendidikan pada masa kini tidak mampu menjamin kehidupan masyarakat akan datang. Walaupun ramai murid yang lulus peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang namun tidak kurang juga murid yang gagal dan mendapat keputusan F dalam SPM. Ini menunjukkan bahawa pendidikan di negara kita belum lagi mencapai standard yang boleh dibanggakan. Ini bermakna guru masih mempunyai ruang untuk membangunkan diri dan membentuk kemanjadian murid-murid. Sebagai guru kita tidak boleh mendidik murid-murid mengikut cara tradisional, kita harus mendidik mereka kearah persiapan alam pekerjaan mereka pada masa hadapan kerana kita tidak tahu apa yang bakal mereka hadapi dan kompetensi yg bakal mereka lalui dalam bidang pekerjaan dan bukan hanya setakat menguasai 3M. Sebagai seorang pendidik, kita harus tahu bahawa terdapat 3 faktor yang diperlukan oleh sesorang majikan iaitu:1. Tenaga kerja yg bsedia iaitu boleh bkomunikasi dengan berkesan untuk memberikan keyakinan kepada klien ini penting dalam membuat perudingan dengan menggunakan pelbagai Bahasa 2. Mampu berKolaborasi dengan semua pihak 3. Kemahiran dalam bidang diceburi Majikan lebih suka kepada pelajar yang mempunyai keputusan yang sederhana kerana bagi majikan pelajar yang mempunyai CGPA yang sederhana mempunyai kemahiran interpersonal yang lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar yang semerlang. Oleh itu, guru terlebuh dahulu harus menguasai ketigatiga faktor yang diminta oleh majikan agar mampu melahirkan tenaga kerja yang juga mempunyai ketiga-tiga faktor yang diperlukan. Cara pembelajaran pada zaman kini harus berubah mengikut arus perubahan globalisasi. Guru harus menggunakan HOTS dalam PdP, ubah cara mengajar dan teknik penyampaian ilmu. Kualiti guru itu sendiri juga harus sentiasa berkembang.

Perkara yang diperlukan pada zaman kini dalam pendidikan ialah kemahiran untuk kehidupan bagi anak didik, bukan stakat menguasai kemahiran 3M tetapi harus memperkenalkan kemahiran untuk

kehidupan. Kemahiran menaakul amat penting dalam PdP untuk membantu anak didik untuk berhadapan dengan reailiti kehidupan. Sebagai seorang guru, kita tidak perlu menunggu kemudahan ICT lengkap disekolah baru hendak bermula, guru harus berinovasi untuk berjalan seiring dengan arus globalisasi. Guru juga harus proaktif. Guru graduate harus menunjukkan kelainan berbanding guru yang bukan graduate. Pengalaman mengajar harus berubah dan melaksanakan PdP yang berbeza daripada tahuntahun sebelumnya. Jika guru yang telah mengajar selama 40 tahun tetapi sehingga kini masih mengajar dengan cara yang sama ini tidak membawa maksud guru tersebut mempunyai 40 tahun pengalaman. Guru harus membawa benda yang baharu dalam dunia pendidikan. Faktor utama dalam pendidikan ialah perubahan sikap guru dalam PdP. Oleh itu, jika guru tidak berubah maka sistem pendidikan tidak akan berubah. Guru hebat akan menghasilkan produk yang hebat. Jika kita mengajar dengan cara lama maka murid yang dihasilkan tidak mampu bersaing di abad ke 21. Guru harus membuat kajian terhadap kecerdasan murid-murid di kelas untuk menyediakan satu PdP yang adil bagi setiap murid. Guru yang kompeten dan efektif dalam PdP adalah guru yang proaktif. Guru PPG tidak sama seperti guru yang baharu dari SPM kerana guru PPG telah dibekalkan dengan ilmu pedagogi sebelum mendapat Ijazah pertama. Jika kita hebat dan kita masukkan kehebatan kita dalam profesionalisme kita maka kita jua mampu menghasilkan murid-murid yang hebat. Tanggunjwab kita ialah menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Guru harus relevan untuk menghasilkan anak bangsa yang relevan dan harus mampu mengaitkan kemajuan kita dengan anak murid. Guru yang mempunyai prestasi yang tinggi bakal berdepan dengan laluan kenaikan pengkat yang lebih cepat berbanding dengan guru yang statik dalam kerjaya.

KESIMPULAN

Sebagai seorang guru kita harus sentiasa meningkatkan kompetensi yang kita ada selaras dengan kualiti yang ada dalam diri kita seiring dengan kehendak dan perubahan dunia kini. Peningkatan dan pembangunan profesionalisme guru tidak seharusnya berhenti setelah tamat PJJ atau PPG kerana pembelajaran adalah seumur hidup dan tiada noktahnya. Seorang guru yang hebat bukan sahaja mampu melahirkan murid yang cemerlang dalam pendidikan tetapi juga mampu melahirkan anak bangsa yang mempunya daya saing di peringkat anatara bangsa.