Anda di halaman 1dari 21

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

SURAT AKUAN

Saya seperti nama dibawah mengesahkan dan mengakui bahawa segala karya dan hasil kerja kursus ini adalah hasil kerja dan titik peluh saya sendiri.Kerja ini tidak disalin atau diambil dari pihak lain yang berkenaan.Namun segala nota dan ringkasan yang terdapat adalah diambil dari sumber yang telah dinyatakan pada bahagian sumber rujukan.

___________ ( T.Tangan )

Nama : RAJESWARI A/P MOORTHI No.I/C : 820919-02-6358 Kumpulan Kuliah : PPG FEB 2012 SCE- 3P Ambilan : 11 FEB 2012

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

PENGHARGAAN
Bersyukur saya terhadap ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya bersyukur kerana tugasan ini dapat disiapkan mengikut tempoh waktu yang ditetapkan dan berjalan seperti yang dirancang. Tidak lupa saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang banyak membantu sehingga terhasilnya tugasan ini. Cik Lim Poh Sim Samahyang juga banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar. Tanpa bimbing beliau mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan. Setinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada puan. Saya juga mendapat kerjasama dan bimbingan daripada rakan rakan sekelas. Walaupun tugasan ini berbentuk individu tetapi bimbingan rakan rakan amat saya hargai.Perbincangan kami juga banyak menambah sedikit sebanyak maklumat yang berguna. Sekali lagi saya ungkapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa jua yang memberikan kerjasama dan bantuan samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Sekian,terima kasih. Yang benar, . ( CIK RAJESWARI A/P MOORTHI )

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

Kemahiran

Saintifik

merupakan

kemahiran

yang

paling

penting

untuk

menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Ia teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran Saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistematik . Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains boleh didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui

pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ia juga membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem. Ia juga dikenali sebagai kemahiran kognitif. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang senang ataupun yang mudah kepada yang kompleks. Ia juga dapat dikelaskan kepada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu (Padilla, 1980). Dalam kurikulum sains, kemahiran proses sains asas (KPSA) yang dikenalpasti dan diperkembangkan adalah memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal dan berkomunikasi, manakala kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) pula merangkumi mentafsir maklumat, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipothesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1994). keseluruhannya terdapat 12 dalam kemahiran proses sains. Pertamanya kemahiran pemerhatian merujuk kepada kemahiran yang menggunakan lima deria iaitu penglihatan, pendengaran menghidu bau, merasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek ataupun fenomena. Contoh aktiviti yang melibatkan memerhati ialah memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada tumbuhan. Keduanya ialah kemahiran mengelas menggunakan pemerhatian untuk mengelaskan objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaannya. Contohnya, mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikal seperti berbulu,
3

Secara

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

bersisik, berkaki, berkepak dan sebagainya.. Kemahiran ketiga pula ialah kemahiran mengukur dan menggunakan nombor iaitu kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai iaitu mengukur suhu bagi cecair yang dipanaskan. Kemahiran keempat pula ialah kemahiran membuat inferens yang menerangan kepada pemerhatian. Ia juga membantu membuat kesimpulan awal yang logik yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa. Sebagai contoh menyatakan sebab kenapa daun pada sebatang pokok menjadi layu. Kemahiran kelima pula ialah kemahiran meramal iaitu proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku berdasarkan sesuatu data. Contoh aktiviti adalah meramal keadaan yang akan berlaku pada pokok dalam pasu yang diletakkan dalam kotak tanpa cahaya matahari.Kemahiran keenam pula adalah kemahiran berkomunikasi iaitu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk. Ia juga mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk seperti secara lisan, graf, jadual atau gambar rajah seperti menyatakan kepentingan kitar semula Kemahiran proses sains yang seterusnya ialah kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa iaitu kebolehan memperihalkan atau menunjukan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa. Contohnya , mengukur dan membanding pergerakan dua objek yang berbeza dengan jarak dan masa yang ditetapkan.Seterusnya kemahiran mentafsir data iaitu menerangkan kebolehan memberi penerangan rasional tentang suatu objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul. Kemahiran kesembilan pula ialah kemahiran mendefinisi secara operasi merupakan proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan. Kemahiran ini juga diguna untuk cara yang boleh memberikan satu nilai bernombor untuk tentukan sesuatu konsep. Aktiviti dilakukan seperti , menyatakan maksud proses penyejatan,pembekuan,kondensasi,peleburan.

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

Kemahiran kesepuluhnya ialah kemahiran mengawal pembolehubah iaitu mengenalpasti pembolehubah dan menghubungkaitnya. Contohnya, membuat ujikaji tentang faktor-faktor pengaratan besi.Kemahiran seterusnya ialah kemahiran

membuat hipotesis iaitu proses yang menyatakan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasarkan inferens untuk menerangkan sesuatu perkara ataupun sesuatu peristiwa. Aktiviti adalah , menguji hipotesis tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Kemahiran proses sains terakhir adalah kemahiran membuat eksperimen iaitu kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Contohnya seperti menjalankan eksperimen tentang keperluan asas haiwan.

Kemahiran manipulatif adalah merupakan salah satu daripada komponen yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.tanpa penguasaan yang baik , para guru tidak dapat mengajar mata pelajaran dengan berkesan serta menerapkan nilai murni dalam kalangan murid keteka berada di makmal. Ini kerana cara pengendalian alatan dan bahan dalam makmal adalah sangat penting dalam menjamin keselamatan pelajar serta guru itu sendiri. Kemahiran manipulatif lebih menjurus kepada penggunaan dan pengendalian peralatan sains serta bahan kimia semasa melakukan sesuatu aktiviti penyiasatan di makmal .Kemahiran ini juga dikenali segai kemahiran psikomotor yang diperkembangkan melalui penyiasatan dalam sains. Kemahiran ini memupuk pelajar supaya dapat mengendalikan peralatan, bahan, serta specimen hidup dan bukan hidup dengan betul, selamat, cermat dan tepat. Kemahiran manipulatif sains meliputi mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul contohnya menggunakan kanta tangan untuk melihat bilangan kaki haiwan yang kecil, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat seperti meyimpan peralatan dan bahan makmal ditempat yang selamat dan betul., membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul contohnya membersihkan forsep, piring petri dan peralatan makmal, mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat iaitu tidak mencederakan dan merosakan specimen, melakar spesimen
5

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

peralatan bahan sains dengan tepat dan betul contohnya menggunakan forsep untuk mengutip haiwan

Refleksi

Melalui tugasan ini saya memperolehi banyak meklumat tentang Kemahiran Saintifik. Iaitu terdapat beberapa komponen dalam kemahiran saintifik iaitu Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulative. Pada mulanya saya berfikir Kemahiran Saintifik bahagi kepada 2 komponen sahaja apabila saya mencari maklumat untuk tugasan ini saya berpendapat bahawa Kemahiran Saintifik bahagi kepada dua dan Kemahiran Proses Sains juga bahagi kepada 2 bahagian iaitu kemahiran asas dan kemahiras bersepadu. Tugasan ini juga membantu saya untuk mengetahui lebih dalam temtang kemahiran saintifik dan cara untuk menerapkan kemahiran ini kepada murid. Saya juga memahami bahawa Kemahiran Saintifik sangat diperlukan dalam pengajaran matapelajaran sains di peringkat sekolahan. Kemahiran ini adalah salah satu kemahiran yang penting dalam alam sekolah murid kerana memberi penekanan kepada

matapelajaran sains dan budaya menyelidik dan menolong murid berfikir secara kreatif. Kemahiran Saintifik juga merupakan kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli sains di seluruh dunia. Kemahiran saintifik juga sangat penting untuk melahirkan murid yang sentiasa ingin tahu sesuatu fenomena, dapat melahirkan ahli sains yang merekacipta, mengeluarkan idea baru dan tidak sahaja menggunakan idea keluaran Negara lain. Ia juga digunakan semasa membuat sesuatu keputusan peribadi untuk diri kita dan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kita hadapi dalam sehidupan seharian. Justeru itu sebagai seorang guru kita perlulah menguasai kemahiran saintifik dengan sepenuhnya agar dapat mendidik anak murid dengan baik. Tanpa menguasaan kemahiran ini murid tidak menjadi seorang murid yang berfikiran kritis dan kreatif.

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

Bahagian B : Masalah Penguasaan Kemahiran Saintifik Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran proses sains asas sebagai kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat ramalan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menggunakan hubungan ruang dan masa. Kemahiran proses sains bersepadu pula ialah kemahiran mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi, kemahiran mengawal

pembolehubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran mengeksperimen.

Antara masalah yang wujud jika seseorang guru tidak menguasai kemahiran saintifik adalah murid tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) jelas menunjukkan guru sains masih cenderung dan terikat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru, tanpa memberi penekanan

terhadap kesepaduan domain kognitif, afektif dan psikomotor murid. Selain daripada itu, ramai di kalangan guru masih juga menggunakan kaedah tradisi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar matapelajaran sains di sekolah(Zurida, 1998). Selain daripada itu, murid juga tidak berpeluang menjalankan sesuatu amali secara tersendiri. Mereka melakukan sesuatu amali hanya mengikut prosedur yang diberi tanpa bimbingan gurunya. Ini kerana guru tersebut secara tersendiri tidak menguasai kemahiran tersebut dan tidak dapat membimbing anak muridnya sewaktu eksperimen itu.
7

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

Masalah dihadapi oleh guru sekiranya tidak mengusai kemahiran saintifik Kemahiran Memerhati Kemahiran memerhati bermaksud proses untuk menyatakan atau menerangkan tentang sesuatu objek atau fenomena yang berlaku. Menggunakan pancaindera untuk kenalpasti ciri,persamaan atau perbezaan sesuatu objek. Sekiranya guru tidak menguasai kemahiran memerhati menimbulkan masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah pertama dihadapi oleh guru ialah tidak dapat mengajar murid cara untuk memerhati sesuatu benda . contohnya guru tidak dapat mengajar mengapakah tumbuhan menjadi layu apabila tidak disiram air. Ini kerana guru sendiri tidak mengusai kemahiran memerhati. Kedua ialah guru tidak dapat membezakan benda mengikut saiznya. Iaitu guru tidak dapat bezakan kotak yang besar dan kotak yang kecil untuk mengisikan 100 bata. Ketiga ialah tidak dapat mengenalpasti lantai mana yang mempunyai geseran yang tinggi. Contohnya apabila ditunjukan 3 jenis lantai guru tidak dapat mengenalpasti lantai yang mengandungi geseran yang tinggi kerana tidak menguasai kemahiran memerhati. Sekiranya guru tidak menguasai kemahiran memerhati ini akan menimbulkan pelbagai masalah dalam kehidupan harian guru. Sebagai contohnya guru tidak dapat membezakan balang yang besar dan balang yang kecil untuk menampung sebungkus roti. Ini kerana guru tidak menguasai kemahiran memerhati maka guru akan menggunakan balang kecil untuk menyimpan roti. Seterusnya , guru tidak tidak dapat mengenalpasti masalah sebab pokoh tidak hidup dengan segar. Iaitu guru tidak dapat mengenalpasti masalah kenapa tubuhan tidak segar. Maka guru tidak dapat mengatasi masalah ini dalam kehidupan harian. Selain itu guru tidak mentafsir adakah lantai ini melincin atau tidak sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran memerhati kerana kemahiran memerhati menggunakan deria mata. Kemahiran mengukur dengan menggunakan nombor Kemahiran mengukur dengan menggunakan nombor bermaksud proses membuat pemerhatian kuantitatif dengan membanding kepada piawai tertentu
8

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

Seterusnya

jika

guru

tidak

menguasai

kemahiran

mengukur

dengan

menggunakan nombor menimbulkan pelbagai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya Kemahiran mengukur dan mengguna nombor jika seseorang guru tidak tahu cara mengukur sesuatu objek dengan betul beliau tidak dapat mengajar tajuk itu dengan lengkap. Contohnya guru tidak dapat membimbing murid untuk mengukur bahan kimia yang dicampurkan dalam larutan. Ini akan menimbulkan masalah kalau murid tidak mengukur dengan tepat maka murid akan cedera . Oleh itu, guru harus mengajar cara mengukur dengan tepat untuk murid. Kedua ialah guru tidak dapat menyelesaikan masalah miskonsepsi murid dalam ukuran. Contohnya murid mengukur persegi bilik darjah dengan menggunakan pembaris, jika guru tidak berpengetahuan dalam ukuran maka guru tidak dapat menjelaskan bahawa mengukur lantai menggunakan pita ukur. Seterusnya , guru tidak dapat mengajar cara mengukur dengan tepat. Contohnya , cara mengukur objek dengan menggunakan pembaris, pengukuran dimula ukur daripada 0. Jika guru tidak kuasai maka beliau tidak dapat mengajar guru cara pengukuran yang betul. Secara tidak langsung dalam kehidupannya beliau tidak dapat mengukur sesuatu barang dengan betul dan tepat. Contohnya mengukur kain dengan pembaris panjang jika beliau tidak menguasai kemahiran mengukur ini, tidak dapat mengukur panjang kain itu dengan betul. Selain itu guru tidak dapat menyediakan makanan yang sedap kerana apabila guru tidak dapat mengukur julat bahan yang diperlukan untuk memasak. Guru juga tidak dapat mengajar untuk untuk anak beliau cara mengukur dengan tepat.. Maka anak mereka juga akan kurang mahir dalam ukuran dan ketinggalan dalam matapelajaran matematik dan sains. Kemahiran membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Sekiranya guru tidak menguasai kemahiran membersihkan peralatan sains dengan cara betul maka guru tidak dapat mengajar mata pelajaran sains dengan berkesan serta menyerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid ketika berada di makmal. Ini kerana peralatan yang digunakan dalam makmal harus dibersihkan dan disimpan di tempat yang betul supaya peralatan boleh diguna semula dan tidak mudah rosak. Contohnya peralatan yang digunakan untuk eksperimen bahan kimia harus di
9

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

bersihkan dan disimpan dalam almari kerana bahan yang tidak dibersih dengan betul akan menimbulkan masalah kepada murid yang akan menggunakan kelak. Secara tidak langsung ini akan menimbulkan masalah dalam kehidupan harian guru. Seperti guru tidak dapat membersihan peralatan dapur dengan bersih dan tidak disimpan dalam keadaan betul. Ini akan menimbulkan masalah apabila guru menggunakan semula peralatan tersebut. Selain itu , rumah tidak Nampak kemas kerana peralatan tidak disusun di tempat yang betul dan teratur. Kemahiran Eksperimen Kemahiran eksperimen dalam kemahiran proses sains merupakan sesuatu kemahiran yang sangat penting dalam mengajar matapelajaran sains. Ini kerana matapelajaran sains selalunya melibatkan aktiviti eksperimen. Seseorang guru perlulah mahir dalam menjalankan sesuatu eksperimen sebelum mengajar anak muridnya. Jika beliau membuat silap dalam menjalankan eksperimen maka murid mungkin mengalami miskonsepsi jika eksperimen yang dijalankan memberi hasil yang berlainan. Selain daripada itu, jika berlakunya sesuatu kecuaian semasa membuat eksperimen di dalam makmal, bukan sedikit bahaya yang mendatang, bahkan maut juga boleh mengundang. Oleh itu, pengetahuan yang kukuh mengenai teori serta kemahiran melakukan eksperimen mestilah seiring. Seterusnya guru perlu memberi peluang untuk murid cuba untuk melakukan eksperimen secara hands on. Ini ke rana mempelajari sesuatu eksperimen dalam matapelajaran sains tanpa berpeluang untuk mencuba adalah ibaratkan lagu tanpa irama. Masalah dihadapi oleh murid sekiranya tidak mengusai kemahiran saintifik Kemahiran mengukur dengan menggunakan nombor Sekiranya murid tidak mengusai kemahiran mengukur dengan menggunakan nombor mereka tidak dapat menjawab soalan bahagian B dengan lengkap. Contohnya murid tidak dapat mengira ukuran pencil sekiranya diberi satu ukuran pensel dan diminta mengira sebahagian ukuran pensel sebab tidak kuasai kemahiran mengukur dengan betul. Seterusnya murid tidak dapat mengukur papan tulis untuk catata data
10

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

dalam jadul kerana tidak tahu cara pengukuran yang betul. Murid tidak menguasai kemahiran mengukur dan mengguna nombor ini menyebabkan murid tidak dapat menggunakan alat ukuran dengan tepat dan tidak dapat memperkembangkan kemahiran mengira. Keadaan ini akan menberi kesan secara langsung dalam kehidupan harian. Contohnya murid tidak dapat mengukur kain untuk menjahit pakaian untuk emaknya. Kedua adalah murid tidak boleh mengukur bahan yang diminta oleh kakak untuk mesak lauk. Secara amnya murid membiasakan diri dengan ukuran-ukuran am yang digunakan dalam kehidupan harian. Contohnya seperti menukar gram kepada kilogram tanpa menguasai kemahiran ini murid tidak dapat berurusan dalam hal penukaran ini dengan baik. Kemahiran menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Selain itu , jika murid tidak mengusai kemahiran menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul maka mereka tidak dapat melakukan pergerakkan koordinasi motor kasar dan motor halus dengan baik. Mereka juga tidak boleh menggunakan peralatan sains dengan betul dan cermat. Seterusnya kelemahan pengendalian bahan-bahan sains kadangkala menimbulkan kemalangan yang besar kepada murid jika tidak diguna dengan cara yang betul. Mereka juga tidak dapat menjalankan amali dengan betul. Keadaan menberi kesan dalam kehidupan harian contohnya mereka tidak boleh menggunakan peralatan kaca dengan dengan betul menyebabkan pinggan mangkuk pecah dan mencederakan. Mereka juga tidak akan kurang pengetahuan dalam pengendalikan dapur gas. Mereka tidak tahu cara membuka dan menutup dapur gas. Kemahiran membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Sekiranya murid tidak mengusai kemahiran ini maka semasa dimakmal murid tidak bersihkan peralatan sains dengan bersih. Maka alatan tersebut tidak boleh digunakan semula. Selain itu, apabila murid tidak bersihkan dengan cara yang betul
11

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

maka ini akan mencederakan murid atau menyebabkan bahan tersebut rosak atau pecah. Seturusnya ini akan menjejaskan aktiviti harian murid seperti murid tidak tahu membersihkan peralatan dapur di rumah dengan betul menyebabkan menimbul perasaan marah emak. Peralatan yang tidak bersih akan merosakkan peralatan tersebut seperti berkarat dan sebagainya. Jika murid tidak menguasai kemahiran saintifik dengan baik mereka tidak dapat menjawab soalan bahagian B dengan lengkap. Ini kerana semua soalan yang ditanya di bahagian B melibatkan kemahiran saintifik seperti membina hipotesis, membuat keputusan, menyatakan pemboleh ubah dan sebagainya. Jika mereka tidak menguasai kemahiran ini murid tidak tahu cara bagaimana untuk mendapat maklumat dalam soalan yang diberi. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sempurna.Secara tidak langsung kadangkala mereka gagal juga dalam peperiksaan akibat tidak menguasai kemahiran ini. Selain daripada itu, jika murid tidak menguasai kemahiran saintifik mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan mengaplikasika maklumat yang perolehi dengan kreatif. Kurang penguasaan kemahiran ini menyebabkan murid tidak dapat

mengelaskan pemerhatian, membentuk fakta, membina konsep, memberi alasan bagi setiap hasil dapatan, menilai serta membuat kesimpulan pada eksperimen yang dilakukan. Ini membawa murid kepada tidak berjaya menganggar sebarang perubahan yang akan berlaku dalam sesuatu fenomena. Sebagai kesimpulannya selaku seorang guru sains di sekolah adalah penting bagi seseorang itu mahir dalam semua komponen yang terdapat dalam bidang sains dengan sempurna. Sebelum menjadi seorang guru yang terlatih, bakal-bakal guru juga perlu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang sama seperti seorang pelajar untuk menjadi seorang pendidik yang baik dan berkebolehan. Oleh itu, setiap aktiviti amali perlu dirancang dengan teliti dan sempurna iaitu dengan menggabungkan ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor agar para murid memperoleh kemahiran saintifik yang berkesan pada masa akan datang.
12

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

Bahagian C : Penyelesaian masalah secara eksperimen

Eksperimen : Cara tumbuhan menghasilkan makanan Objektif Untuk mengenalpasti cara tumbuhan menghasilkan makanan secara sendiri. Pengenalan Tumbuhan memerlukan penjagaan khas untuk membolehkan ia tumbuh. Tumbuhan memerlukan tanah, udara, cahaya dan air. Tumbuhan juga perlu dibaja secara kerap untuk membantu proses tumbesarannya. Baja mengandungi mineral yang boleh membantu tumbuhan membesar dengan sihat. Tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia untuk bernafas. Pernyataan masalah a) Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari, udara, dan air untuk membuat makanan? b) Adakah tumbuhan memerlukan baja untuk membuat makanan? c) Adakah tumbuhan memerlukan baja, air, udara dan cahaya matahari untuk membuat makanan secara sendiri? Hipotesis Tumbuhan tidak boleh membuat makanan dan tidak hidup tanpa cahaya matahari, udara dan air. Pemboleh ubah malar Prosedur yang berlainan Pemboleh ubah dimanipulasi

13

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

Keadaan tumbuhan Pemboleh ubah bergerak balas Tumbuhan Bahan/radas I. II. III. Tumbuhan Baja Beg plastik

Prosedur A 1. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai sumber pencahayaan yang baik. 2. Air dituang pada tumbuhan hijau pada setiap hari. 3. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun.

Prosedur B 1. Tumbuhan hijau dimasukkan dengan baja. 2. Tumbuhan diletakkan dibawah tempat yang tidak ada cahaya. 3. Tumbuhan hijau ditutup dengan beg plastik.

14

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

4. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun.

Prosedur C 1. Tumbuhan hijau dimasukkan dengan baja. 2. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai sumber percahayaan yang baik. 3. Air dituang pada tumbuhan hijau pada setiap hari 4. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun.

15

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

Prosedur D 1. Tumbuhan hijau dimasukkan dengan baja. 2. Tumbuhan hijau di letakkan di ruang yang mempunyai sumber percayaan yang baik. 3. Tumbuhan hijau tidak disiram dengan air. 4. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun.

Perbincangan 1. Nutrien asas tumbuhan memerlukan udara, air, cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis. 2. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari. Tanpa cahaya matahari tumbuhan tidak dapat hidup dan tidak dapat menjalankan proses fotosintesis. 3. Tumbuhan memerlukan sumber air. Tanpa air tumbuhan tidak dapat hidup. 4. Tumbuhan memerlukan udara. Tanpa udara tumbuhan tidak dapat hidup. 5. Tumbuhan memerlukan zat tambahan seperti baja untuk bertumbuh dengan penuh segar. 6. Tumbuhan hijau mempunyai klorofil dalam daun hijaunya yang menyerap cahaya matahari untuk membuat makanan dengan sendiri daripada karbon dioksida yang terdapat diuadara dan air daripada tanah.
16

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

7. Tumbuhan hijau dalam prosedur A dan C hidup disebabkan membuat makanan dengan sendiri berbanding B dan D yang tidak dapat keperluan asas.

Kesimpulan Sebagai kesimpulan, menyimpul bahawa tumbuhan hijau memerlukan kesemua keperluan asas seperti cahaya matahari, air dan udara untuk terus bertumbuh dan menjalankan proses fotosintesis. Tumbuhan juga memerlukan baja untuk proses pertumbuhan yang baik. Tumbuhan yang mati disebabkan tidak mendapat keperluan asasnya.

17

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

Sebagai seorang guru sains di sekolah saya memilih eksperimen keperluan asas tumbuhan dan elemen yang diperlukan untuk tumbuhan hidup dan membuat makanan. Menerusi eksperimen ini. Saya dapat menerangkan cara tumbuhan menjalankan

proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan untuknya kepada murid.. Daripada diolog yang diberi saya mengetahui bahawa murid mengalami miskonsepsi dalam cara tumbuhan makan. Mereka beringat bahawa tumbuhan makan seperti manusia. Bagi murid B, dia percaya bahawa baja, tanah dan air cukup untuk sesuatu tumbuhan hidup dengan baik manakala murid A pula berpendapat bahawa tanpa baja sesuatu tumbuhan boleh hidup dengan penuh segar dan tumbuhan itu perlukan cahaya matahari sahaja untuk membuat makanan. Kedua-dua murid mempunyai miskonsepsi dalam keperluan asas tumbuhan. Miskonsepsi ini menyebabkan mereka berfikiran sebegini. Oleh hal demikian, sebelum menerang proses fotosintesis mereka perlu mengetahui keperluan asas tumbuhan menerusi eksperimen yang diberi. Menerusi eksperimen tersebut murid mengetahui keperluan asas sesuatu tumbuhan iaitu air , udara dan matahari. Dengan menggunakan eksperimen ini, saya boleh menjelaskan cara

tumbuhan membuat makanan dengan sendiri iaitu proses fotosintesis. Proses itu memerlukan udara, air dan cahaya matahari. Selain itu, baja juga diperlukan untuk tumbuhan untuk tumbuh dengan penuh segar. Dengan cara ini saya senang untuk menerang tajuk proses fotosintesis iaitu cara tumbuhan membuat makanan dengan sendiri. Jika seseorang murid dijelaskan dengan cara ini murid itu kemungkinan besar mendapat konsep tumbuhan menghasilkan makanan dengan sendiri. Secara tidak langsung miskonsepsi terhadap tajuk ini juga akan diselesaikan.

18

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

REFLEKSI INDIVIDU
Refleksi individu tentang pengalaman pembelajaran anda dalam menjayakan tugasan ini . Khususnya berkaitan hasil pembelajaran kursus ini. Saya bersyukur kepada tuhan kerana dapat melengkapkan tugasan ini dengan baik.Walaupun saya mengharungi pelbagai cabaran terutamanya kekangan masa dan bahan untuk tugasan serta idea penyampaian tugasan dan sebagainya.Ini kerana,saya selaku seorang guru di sekolah yang mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap sekolah dan murid tetapi saya telah mengagihkan tugas saya dengan baik dan sempurna supaya tidak menggangu tugasan PPG saya.Saya menerima tugasan ini pada interaksi kedua kelas PPG iaitu pada 16/2/2013.Walaupun tugasan ini merupakan tugasan individu,tetapi tugasan ini memerlukan kajian dan perbandingan antara beberapa pendekatan tetapi bagi tugasan saya hanya memilih dua pendekatan sahaja dan perlu membuat perbandingan antara beberapa aspek utama.saya mendapatkan bantuan rakan-rakan sekelas saya untuk berbincang dan mendapatkan bahan-bahan untuk tugasan. Akhirnya,saya mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang bertolak ansur demi kepentingan saya serta rakan-rakan seperjuangan saya yang membantu saya untuk menyiapkan tugasan saya.Disamping itu,saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya yang memberi tunjuk ajar serta panduan untuk menyiapkan tugasan saya.Semoga tugasan ini dapat manfaatkan saya.

19

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

RUJUKAN

http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm http://cikgumart.blogspot.com/2011/10/kemahiran-proses-sains.html http://rzaflia.blogspot.com/p/kemahiran-manipulatif-sains.html Zaeydee b. Omar.(2013).Science Process Skill Year 4 : Problem Solving.MYBOOK.COM SDN. BHD,Selangor. Poh Swee Hiang.(2000).Pedagogi Sains 1: Kurikulum Sains.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Petaling Jaya.

20

Rajeswari a/p moorthi 820919-02-6358

21