Anda di halaman 1dari 13

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran: Tahun: Bilangan Murid: Tarikh: Masa: Tema: Tajuk: Hasil Pembelajaran: (utama): Bahasa Malaysia 4M 31 orang 20 Mei 2013 8.30a.m-9.30a.m Sukan Dan Rekreaksi Maharaja Kurang Sihat 5.2 Membaca kuat cerita dengan sebutan yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2(i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan ,intonasi dan gaya penyampaian yang betul. (sampingan): 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa dan ayat yang tepat dengan laras bahasa yang sesuai. Aras 2(i) Mengenal pasti dan menyusun isi penting berdasarkan bahan. Objektif: Pada akhir pelajaran ini, murid dapat i. Membaca lancar teks "Maharaja Kurang Sihat"denhgan sebutan, intonasi, gaya penyempaian yang betul. ii. Menjawab soalan-soalan berkaitan dengan teks" Maharaja Kurang Sihat" dengan betul. iii. Menyusun isi penting berdasarkan teks "Maharaja Kurang Sihat" yang diberikan dengan betul. iv. Mengenal pasti maksud kata kerja dengan betul. Kemahiran Bahasa: Sistem Bahasa: Ilmu: Nilai: Kemahiran Bernilai Tambah: Membaca , Bertutur, Menulis. Kata Kerja Pendidikan Kesiahatan,Pendidikan Moral. Menjaga kesihatan, prihatin, kasih sayang Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajara Cara Belajar

Langkah dan Masa Set Induksi ( 3 minit) 8.30-8.33a.m

Isi kandungan Tayangan LCD Cerita Maharaja Kurang Sihat

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menayangkan gambar slide. 2. Murid bercerita berpandukan gambar yang ditayangkan. 3. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran.

Catatan KBT: Kemahiran Berfikir Pembelajaran Kontekstual: Menghubungkait isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid. BBM: Komputer riba,LCD. KBT: Kemahiran Belajar Cara Belajar BBM: Petikan Teks

Langkah 1 ( 15minit) 8.33-8.48a.m

Petikan Teks Maharaja Kurang Sihat

1. Murid-murid membaca teks.

diminta

2. Guru meminta kumpulan murid yang disediakan membaca petikan teks. 3. Guru menyebut nama murid seorang demi seorang untuk membaca petikan teks. 4. Guru memperbetulkan sebutan,intonasi dan gaya penyampaian murid yang berkaitan teks tersebut. Langkah 2 ( 10minit) 8.48-8.58a.m Soalan yang berkaitan 1. Guru bersoala-jawab dengan petikan dengan murid. teksMaharaja Kurang Sihat 2. Guru menilaikan jawapan :Maharaja kurang yang diberi oleh murid dan sihat. memperbetulkan jawapannya. -Siapakah yang menyediakan jadual 3. Guru menghayati nilai bersukan kepada murni kepada murid. maharaja? : Doktor yang menyediakan jadual bersukan kepada Maharaja. -Bagaimanakah maharaja mendaki dan berjoging?

KBT: Kemahiran Berfikir Pemikiran kritis dn kreaktif dalam aktiviti menjawab soalan.

Penilaian sumatif penilaian dilakukan secara pemerhatian

:Maharaja mendaki dan berjoging dengan duduk di dalam tandu yang diusung oleh orang suruhannya. -Apakah aktiviti sukan yang dilakukan oleh maharaja pada hari Jumaat? :Pada hari Jumaaat, maharaja berjoging. -Sebutkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita. :i)prihatin Menteri mendapati maharaja kurang sihat lalu mendapatkan doctor untuk merawati maharaja. ii)menjaga kesihatan Maharaja akhirnya rajin bersukan demi menjaga kesihatan iii)kasih sayang Permaisuri,putera serta menteri mengiringi dan menemani maharaja bersukan kerana sayangkan maharaja . Tugasan Kumpulan 1. Setiap kumpulan diberikan Susun cerita tugasan dan bincangkan. mengikut urutan yang betul. 2. Guru memberi tunjuk ajar semasa aktiviti murid dimulakan. 3. Perbincanga guru antara murid dengan menyemak jawapan. Langkah 4 (15minit) 9.10-9.25a.m. Permainan Kecil Padankan aktiviti 1. Guru menampalkan jadual pada papan tulis.

BBM: LCD, Komputer riba, power point

Nilai : Prihatin Menjaga kesihatan Kasih saying

Langkah 3 (12minit) 8.58-9.10a.m.

KBT: Kemahiran Belajar Cara Belajar BBM: Kertas tugasan,sampul surat ,isi kandungan cerita

BBM : Kotak, Kad aktiviti,

sukan yang dilakukan oleh maharaja dalam seminggu. Hari Isnin: Mendaki Hari Selasa: Menunggang Kuda Hari Rabu: berenang Hari Khamis : bermain Bola lisut Hari Jumaat: berjoging Hari Sabtu : Bersenam Hari Ahad: Berehat Penutup (5minit) 9.259.30a.m. Tayangan Video 1 Murid 1 Sukan Soalan: 1. Apakah tajuk cerita yang murid bacakan hari ini? -Maharaja kurang sihat. 2. Apakah kata kerja yang telah muridmurid belajar pada hari ini? -mendaki -menunggang -berenang -berehat -bersenam -berjoging -bermain 3. Latihan Pengukuhan

2. Murid mencabut hadiah dalam sebuah kotak. 3. Bukahadiahdan bacakan aktivitinya. 4. Berpandukan isi cerita, letakkan hadiah(aktiviti)itu pada hari yang betul. 5.Guru menilaikan .

Jadual yang bertulis dengan 7 hari dalam seminggu.

Nilai: Berdisiplin

1. 1. Guru menayangkan Video 1 Murid 1 Sukan, murid melakukan senamrobik berdasarkan video. 2.Guru menekankan jika bersukan, badan akan sihat, otak juga cergas. 3. Guru bersoal-jawab dengan murid. 4.Guru mengedarkan kertas pengukuhan kepada murid

BBM : Kertas pengukuhan, LCD, Komputer riba

Lampiran 1 Teks Petikan ( Buku Cerita dari Power Point) Tajuk: Maharaja Kurang Sihat

Slide 2

Isi kandungan Cerita Pada suatu hari, maharaja berasa kurang sihat. Baginda tidak berselera dan tidak lena tidur.Baginda berbaring-baring sahaja di atas katil tanpa menghiraukan sebarang urusan negara.

Para menteri segera menjemput doktor untuk merawati maharaja.Setelah memeriksa baginda, doktor mendapati bahawa baginda kurang bersenam.Doktor itu menyediakan satu jadual seperti berikut untuk maharaja melakukan aktiviti sukan. Hari Aktiviti Sukan Isnin Mendaki bukit Selasa Menunggang kuda Rabu Berenang Khamis Bermain bola lisut Jumaat Berjoging Sabtu Bersenam Ahad Berehat

Hari keesokan, maharaja bangun awal lalu mengarahkan orang suruhannya menyediakan tandu. Baginda akan mula bersukan. Demi menjaga kesihatan baginda, permaisuri telah mengarahkan putera dan menteri turut mengiringi baginda . Pada hari Isnin, putera sulung telah mengiringi maharaja pergi mendaki bukit .Baginda hanya duduk dalam tandu yang diusung oleh orang suruhannya sehingga sampai ke atas puncak bukit. Setelah puas menikmati pemandangagn indah di atas bukit, baginda mengarahkan orang suruhannya agar mengusung baginda turun bukit.

Pada hari Selasa, putera kedua membawa baginda pergi menunggang kuda.Namun, baginda hanya berminat melihat gaya putera dan menterinya menunggang kuda.

Pada hari Rabu, maharaja dibawa oleh putera ketiga ke kolam renang. Setibanya di kolam renang, baginda terus bersantai di atas kerusi malas sambil melihat orang suruhannya berenang.

Pada hari Khamis, para menteri mengiringi maharaja bermain bermain bola lisut. Baginda begitu berkean melihat menterinya bermain, namun baginda tetap tidak bergerak. Pada hari Jumaat, menteri-menterinya menemani maharaja berjoging. Baginda pula berjoging dengan asyik duduk dalam tandu yang diusung oleh orang suruhannya.

10

Pada hari Sabtu, permaisuri menemani maharaja membuat senaman.Walau bagaimanapun,maharaja cuma berperanan penonton yang menyaksikan permaisuri bersenam.

11

Pada hari Ahad, maharaja berehat. Keadaan ini berterusan selama sebulan.Maharaja masih kurang sihat. Maharaja bertanya kepada doktor,Beta telah melakukan semua aktiviti sukan,kenapa beta masih kurang sihat? Maharaja seterusnya memberitahu doktor cara-caranya melakukan aktiviti dalam jadual yang ditetapkan. Doktor itu ketawa terbahak-bahak sambil berkata, Tuanku menjalankan aktiviti ini dengan duduk di tandu sahaja.Sebenarnya,tuanku tidak bersenam, pengiring tuanku yang bersenam. Hari Aktiviti Sukan Isnin Mendaki bukit Selasa Menunggang kuda Rabu Berenang Khamis Bermain bola lisut Jumaat Berjoging Sabtu Bersenam Ahad Berehat Setelah mendengar kata-kata doktor itu, maharaja tinggalkan tandunya di istana. Baginda pergi mendaki bukit, menunggang kuda,berenang dan sebagainya bersama-sama putera dan menterinya. Pada setiap petang, baginda akan bersiar-siar di taman bersama dengan permaisuri. Setelah beberapa bulan, maharaja telah sihat. Baginda berupaya mengendalikan semua urusan negara dengan baik.

12 13 14

15

16

17

18

Posted by penang USM at 18:56 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Aktiviti

Set Induksi Sesi Bercerita " Maharaja Kurang Sihat"


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=spgxDoB2uQA

Penutup: Video 1 Murid 1 Sukan


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4vUPdsougr8

Lembaran Kerja 1 Pemulihan


Mata pelajaran :Bahasa Malaysia

Nama :__________________ Kelas :4( Tema : Sukan Dan Rekreasi Tajuk : Maharaja Kurang Sihat

Tarikh :___________

Latihan Pengukuhan : Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat berikut dengan kata kerja yang sesuai.

1. Maharaja tidak _____________ kuda, baginda hanya melihat gayakuda berlari.

2. Permaisuri _____________ demi menjaga kesihatan.

3. Putera sulung membawa maharaja ___________ __ bukit.

4. Menteri-menteri itu __________ doktor untuk merawati maharaja.

Lembaran Kerja 2 Pengayaan


Mata pelajaran : Bahasa Malaysia

Nama :__________________ Tema : Sukan Dan Rekreasi Tajuk : MaharajaKurang Sihat

Kelas :4(

Tarikh :____________

Latihan Pengukuhan : Lengkapkan ayat dengan kata kerja yang sesuai.

1. Setiap hari Ahad, bapa membawa saya _____________ bukit. 2. Adik berasa seronok kerana berpeluang ___________ dalam laut . 3. Berikan empat aktiviti sukan yang menyihatkan badan. a) ____________________ b) ____________________ c) _____________________