Anda di halaman 1dari 5

SOALAN KUIZ ROMBONGAN LAWATAN KL/PUTRAJAYA/SELANGOR

SOALAN MENGENAI PETROSAINS 1. Apakah Petrosains? Petrosains adalah Science Discovery Centre yang menggunakan pendekatan yang menyeronokkan dan interaktif untuk memberitahu cerita sains dan teknologi industri Petroleum. 2. Di manakah pintu masuk ke Petrosains? Tingkat 4, Suria KLCC Menara Petronas. 3. Berapakah keluasan sebenar Petrosains? 70000 kaki persegi. 4. Bilakah waktu operasi Petrosains? 9.30 pagi - 4.00 petang (Selasa - Jumaat), dilanjutkan sehingga pukul 5 pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Isnin tutup kecuali Cuti Umum 5. Dimanakah terletaknya Petrosains? Petrosains Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas.

SOALAN MENGENAI AQUARIA 1. Ikan pirahna Red Belly berasal dari mana? Red Belly Piranha (Pygocentrus nattereri) merupakan ikan dari keluarga Piranha yang ditemukan di sungai Amazon Brazil. 2. Namakan 3 jenis ikan yang dipamerkan di Aquaria. Jerung pasir harimau,Ikan pari biru, ikan arowana gergasi 3. Namakan haiwan hidupan yang terdapat di Aquaria selain ikan. ular hijau,kodok bertanduk Malaya,labah-labah berbisa dan sebagainya 4. Apakah Aquaria? KLCC Aquaria adalah akuarium bertaraf dunia yang mempamerkan haiwan & hidupan laut dari Malaysia dan seluruh dunia.

5. Bilakah Aquaria KLCC di buka dan bilakah waktu terakhir untuk melawat Aquaria Aquaria KLCC di buka setiap hari bermula dari 10.00pagi 10.00 malam. Waktu terakhir untuk melawat adalah 9.00 malam 6. Di manakah letaknya KLCC Aquaria? Terletak di tengah-tengah sibuk "Golden Triangle" di Kuala Lumpur dan dalam jarak berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas 7. Syarikat manakah yang memiliki,memulakan dan memajukan Aquaria KLCC? Aquaria KLCC telah dimulakan, maju dan dimiliki sepenuhnya oleh Aquawalk Sdn Bhd, sebuah syarikat berstatus MSC yang ditubuhkan pada tahun 2002. 8. Ikan Arapaima Gigas berasal dari mana? Sungai Amazon 9. Ada berapa zon dalam Aquaria KLCC 6 zon ZON REPTILIA & SERANGGA ZON HUTAN HUJAN ZON LAUT DALAM ZON KARANG LAUT ZON BELAJAR ZONE ATLANTIS 10. Apakah yang terdapat di zon reptilia & serangga? Zon reptilia & serangga adalah kawasan hidupan reptilia dan serangga yang menempatkan hidupan dua alam dan pelbagai serangga esotik. Anda boleh melihat pelbagai jenis katak, ular, kura-kura, tarantula, musang dan sebagainya di kawasan ini. 11. Apakah yang terdapat di zon hutan hujan? Zon hutan hujan menempatkan pelbagai jenis spesies ikan air tawar seperti ikan Arapaima Gigas, Ikan Lampam, Jelawat dan Tengas,Ikan Kaloi,Ikan Keli, Ikan Pirana dan lain-lain 12. Apakah yang terdapat di zon laut dalam? Zon laut dalam menempatkan pelbagai jenis spesies ikan laut dalam dan hidupan laut lainnya 13. Apakah contoh hidupan laut yang lain selain ikan Penyu dan jawapan lain yang difikirkan sesuai 14. Apakah yang terdapat di zon karang laut? Pelbagai jenis batu karang dan ikan berwarna-warni terdapat di sini

15. Apakah yang disediakan di zon belajar? Di zon belajar juga menyediakan sudut belajar bagi pengunjung melihat pelbagai jenis batu karang yang telah mati dan di pamerkan di sini. Zon ini disediakan pelbagai maklumat tentang kehidupan laut. Di zon ini juga disediakan kemudahan audiovisual dan skrin sesentuh bagi kemudahan pengunjung mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan cepat. 16. Berikan 2 jenis hidupan laut yang terdapan di zon belajar? Obor-obor dan kuda laut 17. Berikan 3 jenis batu karang yang dipamerkan di zon belajar Staghorn Coral,Spiny Brain Coral dan Small Polyps Coral 18. Apakah yang dijual di zon Atlantis? Barang-barang kenangan dan cenderamata,t-shirt Aquaria,koleksi magnet peti ais,tabung,mug Aquaria dan lain-lain.

SOALAN MENGENAI SKYBRIDGE

1. Siapakah yang mereka Menara Berkembar Petronas?

Menara Berkembar Petronas telah direka oleh arkitek Argentina-American bernama Csar Pelli.
2. Berapakah ketinggian keseluruhan Menara Berkembar Petronas?

Ketinggian keseluruhan Menara Berkembar Petronas 451.9meter (1483 kaki) dari aras bawah.
3.

Jambatan langit Menara Berkembar Petronas berada pada tingkat yang keberapa? Jambatan langit Menara Berkembar Petronas (sky-bridge) adalah pada tingkat 41 dan 42

4. Menara Berkembar Petronas mempunyai berapa tingkat? Terdapat 88 tingkat di Menara Berkembar Petronas. 5. Menara Berkembar Petronas menggunakan apa dalam pembinaannya dan ianya direka untuk apa.

Menara Berkembar Petronas menggunakan permukaan bangunan yang berkaca dan direka untuk menyerupai motif kesenian Islam. 6. Menara Berkembar Petronas mempunyai berapa tingkap? Menara Berkembar Petronas mempunyai 32.000 tingkap. 7. Berapakah kos yang diperlukan untuk membina Menara Berkembar Petronas? Pembinaan Menara Berkembar Petronas memerlukan USD 1.2 bilion untuk membina Menara Berkembar Petronas. 8. Siapakah penghuni utama Menara Berkembar Petronas? Penghuni utama Menara Berkembar Petronas Petronas adalah pekerja syarikat minyak kebangsaan Malaysia. 9. Siapakah yang ditangkap polis ketika memanjat Menara Berkembar Petronas hinnga tingkat ke-60 pada 20 MAC 2007? Spiderman Alain Robert, pendaki bebas dari Perancis 10. Apakah bahan utama yang digunakan dalam pembinaan Menara Berkembar Petronas? Konkrit bertetulang ialah bahan utama yang digunakan dalam pembinaan Menara Berkembar Petronas. 11. Berapa keluasan pembinaan Menara Berkembar Petronas? Keluasan pembinaan Menara Berkembar Petronas adalah sekitar 341.760 mete persegi r (3.7 juta kaki persegi). 12. Apa yang ada di aras bawah Menara Berkembar Petronas? Di aras bawah Menara Berkembar Petronas terdapat pusat membeli-belah, Suria KLCC, Dewan Filharmonik Petronas, rumah Orkestra Filharmonik Malaysia. 13. Apakah fungsi sebuah bangunan perkhidmatan yang terletak di timur Menara Berkembar Petronas?

Terdapat sebuah bangunan perkhidmatan yang terletak di timur Menara Berkembar Petronas yang diperlukan untuk menjaga bangunan operasi. 14. Adakah Menara Berkembar Petronas masih memegang gelaran bangunan berkembar tertinggi di dunia? Ya.