Anda di halaman 1dari 1

FREDDY RBT 3110 (TUGASAN ISL)

5 PISMP RBT

Huraikan mengapakah matlamat untuk memaksimumkan keuntungan sahaja tidak menjamin hayat sesuatu perniagaan. Berikan contoh yang situasi dan huraikan matlamat lain yang perlu diambil kira dalam memastikan hayat sesuatu perniagaan dapat bertahan lama. Pada jangka masa panjang, keuntungan ialah objektif utama untuk kebanyakan organisasi perniagaan sama ada bersaiz besar atau kecil. Keuntungan merupakan faktor atau daya tarikan kepada seseorang individu untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan peniaga untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain itu, keuntungan boleh menjadi pengukur prestasi sesebuah organisasi perniagaan, sama ada disifatkan berjaya atau gagal. Namun, persepsi atau tanggapan masyarakat terhadap keuntungan sebagai objektif utama dalam bidang perniagaan mula berubah. Banyak organisasi perniagaan sanggup berkorban keuntungan pada jangka masa pendek untuk objektif perniagaan pada jangka masa panjang. Contohnya, banyak organisasi perniagaan Jepun berjaya bersaing dan memasuki pasaran Amerika Syarikat kerana mereka sanggup untuk menangguhkan keuntungan pada peringkat permulaan dengan menawarkan produk yang bermutu dan berharga rendah. Pada zaman ekonomi berpengetahuan (k-economy), organisasi perniagaan yang mengutamakan keuntungan semata-mata sebagai objektif utama sering dikritik malah disangsikan oleh masyarakat umum. Oleh sebab itu, sebahagian besar organisasi perniagaan hari ini mengubah pendirian mereka daripada terlalu mengutamakan keuntungan kepada pertimbangan-pertimbangan yang dapat diterima oleh masyarakat umum seperti tanggungjawab sosial, kerja-kerja amal dan sebagainya. Kewujudan sesebuah organisasi perniagaan baru atau semasa keadaan ekonomi yang tidak stabil, objektif kemandirian (survival) adalah lebih penting daripada keuntungan. Kemandirian bertujuan untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kewujudan organisasi perniagaan itu. Organisasi perniagaan harus cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian masyarakat umum tentang kewujudannya. Lazimnya, organisasi perniagaan mengalami kerugian di peringkat kemandirian tetapi fenomena ini tidak berkekalan. Pihak peniaga juga harus memastikan bahawa jangka masa kerugian yang dialami di peringkat kemandirian adalah singkat dan tidak berlarutan. Jika tidak, kerugian yang dialami itu bertambah dan sukar untuk ditanggung oleh organisasi perniagaan yang terbabit. Ini akan menggagalkan organisasi perniagaan pada akhirnya.