Anda di halaman 1dari 2

Van Huss, et, al , (1968) dalam Paul Gamble (2009) menyatakan dalam kajian mereka mengenai kesan latihan

memanaskan badan ke atas prestasi membaling bola baseball menunjukkan bahawa memanaskan badan memperbaiki halaju balingan, tetapi kesannya ke atas balingan tidak ketara. Unias Dan Dintiman (1979), dalam buku Improve Health and Performance in the Athlete, menyatakan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa memanaskan badan yang berkaitan adalah paling efektif untuk aktiviti-aktiviti ketepatan seperti menjaring. Berdasarkan pengalaman, sebelum melakukan sesuatu aktiviti sukan, kita akan melakukan aktiviti senaman ringan iaitu memanaskan badan. Tetapi, latihan memanaskan badan biasa dilakukan hanya untuk menyediakan sistem jantung dan paru-paru serta sistem otot untuk melakukan sesuatu aktiviti dalam persediaan yang optimum. De Vries (1974), menyatakan bahawa memanaskan badan akan meningkatkan suhu darah dan otot-otot yang membolehkan peningkatan prestasi kerana otot-otot akan menguncup dengan lebih pantas. Kecekapan penguncupan otot-otot adalah kerana rintangan kepekatan adalah lebih rendah. Selain itu, hemoglobin akan meleA-==paskan lebih banyak oksigen dalam kadar yang lebih pantas memaksa myoglobin menunjukkan kesan yang sama. Proses metabolik juga akan bertambah manakala rintangan dasar pembuluh darah akan berkurang. Saya ingin mengkaji pengaplikasian sasaran dalam latihan memanaskan badan meningkatkan ketepatan menjaring bola baling.

Weerapong, P., Hume, P. A., & Kolt, G. S. (2004) didalam buku PNF in practice: an illustrated guide (2008), menyatakan bahawa aktiviti memanaskan badan adalah lebih baik daripada regangan dan urutan. Beliau telah menjalankan kajian terhadap 30 orang lelaki yang dipilih secara rawak untuk mewakili kumpulan memanaskan badan, regangan dan urutan otot-otot hamstring diukur dari segi kekejangan pasif, lingkungan pergerakan, kekuatan isometrik maksimum secara sukarela dan kesakitan. Penggunaan otot berkurangan selepas aktiviti memanaskan badan secara spesifik berbanding regangan dan urutan. Memanaskan badan juga menjanjikan pemulihan kecederaan selepas 7 hari sedangkan dua aktiviti lagi memberikan kesan sampingan dalam jangka masa yang panjang.

Jensen dan Morgenegg (1965) dalam Clayne R. Jensen (1972) mendapati bahawa memanaskan badan boleh meningkatkan prestasi gimnastik. Melalui pemerhatian yang saya buat, murid-murid tidak mengambil serius semasa melakukan aktiviti memanaskan badan dilakukan. Sikap murid yang tidak mempunyai sikap intrinsic menyebabkan mereka tidak mencapai prestrasi dan mudah untuk berputus asa