Anda di halaman 1dari 21

HAKIKAT 5: DI DALAM KEMAKSIATAN TIADA KEBAHAGIAAN a.

DOSA DAN MAKSIAT Maksiat adalah suatu perbuatan buruk, keji dan mungkar yang membawa kepada dosa dan menghampirkan si pelakunya kepada azab neraka. Allah swt menghiaskan maksiat dengan sifat-sifat yang hina dan disebabkan itu, dilihat hina juga orang yang melakukannya. Apabila seseorang melakukan maksiat, maka harga dirinya yang tinggi dahulu akan jatuh hina dan ramai yang akan hilang hormat terhadap dirinya. Kerana takut akan rasa terhina itu, maka mereka akan bersembunyi dan menyorokkan diri apabila ingin melakukan maksiat. Berkata Saiyidina Umar r.a., Sesungguhnya kita dahulu adalah kaum yang hina, maka Allah telah muliakan kita dengan Islam, maka tatkala kita mula mencari kemuliaan dengan apa yang bukan Allah muliakan kita dengannya, Allah akan jadikan kita hina! (al -Hakim filMustadrak) Maksiat itu hina sehingga setiap manusia ingin menjauhi daripada kehinaan maksiat sekalipun mereka sendiri adalah seorang ahli maksiat. Seorang yang suka mencuri pasti tidak suka barangnya dicuri, seorang pembunuh pasti tidak suka dirinya dibunuh dan seorang penzina pasti tidak suka anaknya juga berzina. Lalu mengapa ahli maksiat tetap melakukan maksiat dan mengganggu hidup orang lain sedangkan mereka juga tidak mahu perkara itu mengganggu hidup mereka? Maksiat merupakan perkara yang menggelapkan hati si pelakunya. Maksiat menyebabkan seseorang tidak dapat melihat makna ilmu yang sebenar dan tidak pula dia berupaya mengamalkannya. Semakin maksiat itu dilakukan, semakin gelap hatinya dan semakin kejam sifatnya.

IBADAH MENJINAKKAN NAFSU Tolakan yang mendorang seseorang melakukan maksiat adalah hawa nafsu. Nafsu tidak pernah puas dan sentiasa ingin mencari kepuasan. Ubat bagi membendung segala kemaksiatan hanya akan dijumpai sekiranya kita berjaya menjumpai ubat dalam membendung nafsu tersebut. Apabila seseorang berjaya membendung nafsu dan menjadi tuan kepadanya, maka hidup pasti akan dijauhi daripada melakukan maksiat. Namun, bagaimanakah caranya untuk membendung nafsu? Iman Ghazali berkata, nafsu umpama kuda liar, jangan kamu bunuh nafsumu tetapi jinakkanlah ia dengan ibadah.. Ibadah merupakan suatu perbuatan memperhambakan diri kepada Allah. Ibadah akan mensucikan hati dan pemikiran. Walaupun di dalam diri ini terdapat nafsu yang sama seperti mana nafsu yang diperolehi oleh orang lain, namun, sekiranya kita taat dalam melaksanakan ibadat, maka hati ini akan menjadi takut dan gementar kepada Allah. Kemudian ketakutan ini akhirnya akan menundukkan nafsu dan menjinakkannya. Lain pula bagi mereka yang tidak melakukan ibadah. Hatinya akan kotor dan gelap sehingga hatinya tidak mampu melihat balasan Allah kepadanya selepas mati. mereka hanya boleh mengucapkan bahawa mereka takut kepada Allah, walhal hatinya tidak merasai ketakutan bersama-sama ucapannya itu dan hatinya tidak memperdulikannya. Hati yang gelap ialah jenis hati yang paling mudah dijerat nafsu dan terjatuh dalam kehinaan. Mereka tidak dapat diselamatkan melainkan mereka kembali semula untuk beribadah kerana ibadah itu mensucikan hati yang gelap dan menjinakkan nafsu.

Rasulullah saw telah bersabda tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga keinginan hawa nafsu kamu tidak mengikuti agama yang aku bawa. Apabila manusia tidak melaksanakan ibadah, maka manusia tidak mengetahui cara membendung nafsunya. bukan sahaja pemikiran, bahkan setiap anggota badannya akan digunakan untuk melayan gelora nafsunya, lalu menjadikannya manusia yang lemah dan hina. Kesilapan kita yang sering kali berulang ialah selalu ingin mencuba-cuba perkara maksiat. Janganlah cuba untuk bermain-main dengan maksiat dan janganlah cuba untuk diuji dengan maksiat. Kerana jika ia datang menguji, jarang sekali manusia mampu menolaknya. Sekiranya kita cuba untuk bermain-main dengan perkara maksiat, ia adalah permulaan kepada bersungguh-sungguh melakukan maksiat kerana awalnya seorang perogol hanya seronok menonton videi lucah, awalnya seorang pencuri hanya seronok menipu, awalnya seorang pembunuh hanya seronok bergaduh dan bertumbuk. Allah swt juga telah berfirman: Sesiapa yang berpaling dari pengajaran ar-Rahman, Tuhan yang Maha Pemurah (Al Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkannya) Maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu bersamanya. Dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk. Surah az-Zukhruf: 36-37. Maka sibukkanlah diri dengan ibadah untuk menjinakkan nafsu dan menjauhi kemaksiatan. Sesungguhnya telah ribuan hidup manusia hancur kerana maksiat dan ribuan hidup manusia telah bahagia kerana Ibadah. ADAKAH ANDA BAHAGIA DENGAN MAKSIATNYA?

Apabila terlibat dengan dosa dan maksiat, mungkin seseorang itu akan dibenci dan akan di jauhi masyarakat. Tidak mungkin masyarakat memujinya dan berbangga dengan perbuatan dosanya. Kemudian, dia akan dikenali sebagai seorang yang teruk dan bermasalah di dalam rumah ataupun di tempat kerja. sekiranya berlaku kecurian di dalam rumah atau di tempat kerja tersebut, maka dia menjadi orang pertama akan disyaki walaupun dia tidak melakukannya. Mata-mata disekelilingnya seolah-olah memandang serong kepadanya dan hidupnya sudah tidak tenteram lagi. Maka di mana bahagia di dalam dosa dan maksiat yang telah dilakukannya? Sesungguhnya Allah menutup keburukan seorang hamba daripada diketahui orang ramai setiap kali hamba tersebut melakukan dosa. Namun, jika sekali sahaja Allah mahu membuka aibnya yang selama ini ditutup, maka pasti tiada ruang tempat yang hamba itu mampu sorok kerana terlalu malu di atas perbuatannya yang telah diketahui oleh orang ramai. Kehidupan bahagia, suci dan aman adalah kehidupan yang diidamkan oleh semua orang walaupun mereka seorang penjenayah atau raja yang zalim. Hidup yang suci dan bersih ini pula hanya diperoleh oleh mereka yang amalakan kehidupan yang suci serta bersih. Namun, kebahagiaan yang mereka cari itu tidak mungkin dapat diperolehi sekiranya mereka jauh daripada cara hidup yang suci dan mengamalkan cara hidup yang kotor.. Penzina hidupnya penuh dengan berzina, pencuri hidupnya penuh dengan mencuri dan penjenayah hidupnya sentiasa penuh dengan kegiatan jenayah. Cara hidup yang begini akan membinasakannya sedikit demi sedikit sedangkan mereka sentiasa menunggu kebahagiaan akan datang.

Seronok

dan

bahagia

kelihatan

seakan-akan

sama,

tetapi

hakikatnya ia sangat berbeza. Kekeliruan antara kedua-duanya akan menyebabkan seseorang silap melalui jalan hidupnya. mereka

menyangka dirinya sedang mengejar kebahagiaan yang kekal, walhal yang dikejarnya hanyalah keseronokan yang sementara. Apakah yang lebih malang daripada manusia yang inginkan bahagia, namun

penderitaan pula yang datang? Maka sangat penting untuk kita mengetahui apakah yang sedang kita kejarkan sama ada keseronokan ataupun kebahagiaan. Seronok itu tidak kekal sifatnya, hanya sementara dan ia tidak mampu melupakan seseorang daripada kesedihan. Umpamanya

seseorang yang bersedih sedang menonton rancangan lawak. Dia hanya mampu seronok ketika sedang menonton rancangan itu, tetapi dia akan kembali bersedih apabila rancangan itu telah habis. sama juga seperti seorang yang melakukan kemaksiatan. mereka ingin penuhi hatinya yang kosong dengan keseronokan tetapi keseronokan itu kemudiannya hilang dan pastinya hati menjadi kosong kembali. dosa dan maksiat hanya membina keseronokan yang sementara dan meruntuhkan kebahagiaan yang kekal. Pernah seseorang meluahkan perasaan apabila ditanya tentang kehidupan selepas menjadi seorang pencuri. Katanya, selepas memasuki rumah yang terkunci dan mencuri barang berharga, walaupun saya telah berjaya melepaskan diri dari rumah itu, tetapi hati serta kebahagiaan saya telah pun terperangkap di dalamnya untuk selama-lamanya. Bahagia berbeza daripada seronok kerana bahagia itu kekal sifatnya dan ia mampu melupakan seseorang daripada seluruh kesedihan hidup. Allah swt hanya memberikan kebahagiaan kepada orang-orang yang bertaqwa dalam mengamalkan agama. Cukup dengan ini sahaja, maka diri dan jiwa akan bahagia tanpa perlu menonton cerita lucu, melakukan maksiat, berhibur, memperolehi harta yang banyak, memiliki

rumah yang mewah dan sebagainya. Mereka ini sekiranya diuji dengan kesusahan ataupun musibah, tetap kekal kebahagian itu menjadi miliknya. Marilah merenung sejenak dan menyemak buku amalan kita seharian, adakah kita memilih kehidupan untuk bahagia yang bersifat kekal atau memilih kehidupan yang seronoknya bersifat sementara? Sunnun bin hamzah seorang sufi yang hebat pernah berkata, sekiranya emas itu boleh berkarat, dan perak itu kekal sifatnya, nescaya orang cerdik akan memilih perak berbanding memilih emas. 70 DOSA BESAR Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya Al-Kabaair beliau cuba menghimpunkan jenis-jenis dosa besar sebanyak 70 perkara: 1. Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan 2. Bersaksi palsu 3. Berjudi 4. Bersumpah palsu dan bohong 5. Berbohong 6. Bergambar di baju (bila solat) 7. Berperempuan pelacur 8. Berbuat buruk terhadap yang lemah 9. Berdebat dan memusuhi 10.Bersidat dayus 11. Bercakap kasar dengan orang tua 12. Dusta nama Allah dan RasulNya 13. Derhaka pada suaminya 14. Derhaka pada hamba Allah anggap baik dirinya 15. Hakim derhaka 16. Homosex (seagama sejenis) 17. Kurang timbangan 18. Lari seorang hamba dari tuannya

19. Lelaki menyerupai wanita 20. Lari dari medan perang di jalan Allah 21. Membunuh manusia 22. Membunuh diri sendiri 23. Mengamalkan sihir 24. Meninggalkan solat lima waktu 25. Meninggalkan solat jumaat 26. Menderhaka kepada ibu bapa 27. Memutuskan hubungan silaturahim 28. Melakukan zina 29. Makan harta anak yatim secara tidak betul 30. Makan dari kekayaan yang haram 31. Memberi rasuah dan mengambil rasuah 32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong 33. Makan riba 34. Minum arak 35. Mencuri 36. Merompak 37. Melakukan kezaliman 38. Melakukan pengkhianatan 39. Menyebut-nyebut pemberian 40. Mengingkari janji 41. Memfitnah 42. Mengutuk orang Islam 43. Merasa aman dari kemurkaan Allah 44. Menipu harta rampasan 45. Melampui batas 46. Menuduh zina terhadap orang baik 47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki) 48. Mempercayai nujum dan sihir 49. Menjadi bapa sanggup

50. Mencari kesalahan orang lain 51. Menganggu orang lain 52. Menganggu tetangga 53. Menyakiti dan memaki orang Islam 54. Mengintip rahsia dan membuka rahsia orang 55. Mencaci sahabat-sahabat Nabi 56. Mengurangi wasiat 57. Meningkari takdir 58. Putus asa dari rahmat Allah 59. Penipuan kezaliman terhadap rakyat 60. Riak mempamerkan diri 61. Sombong serta angkuh 62. Sembelih untuk selain Allah 63. Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain 64. Tidak mengeluarkan zakat 65. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan 66. Tidak haji jika mampu 67. Tidak beristibrak kencing 68. Tidak mendengar cakap ibu bapa 69. Tipu daya 70. Wanita menyerupai lelaki

MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA DOSA 1) Suasana Perubahan anak-anak atau keluarga kepada menjadi lebih baik tidak akan begitu mudah hanya dengan pendidikan di sekolah. Suasana sekeliling juga banyak member pengaruh dalam membantu seseorang mengawal nafsu atau hilang kawalan nafsu.

Memang benar untuk mengubah sikap seseorang adalah sukar, oleh itu, jangan terlalu memikirkan mengubah seseorang, tetapi ubahlah suasana di sekeliligmu kerana itu lebih mudah dan ia adalah paling mujarab untuk mengubah sikap seseorang. Kasih sayang Allah akan dapat dilihat juga dengan di mana Allah letakkan kita. Sekiranya kita membenci dan jauh daripada Allah, maka awalnya kita akan berada di tempat atau suasana yang mudah untuk hilang kawalan nafsu seperti di disko, pub, pusat judi, wayang dan sebagainya. Kemudian apabila Allah sayang pada kita setelah kita jauh daripadNya, maka Allah letakkan kita di tempat yang tidak melalaikan dan mampu untuk mengawal nafsu seperti dia masid atau di tempat-tempat yang ada majlis zikrullah. Adapun dikalangan kita mempunyai sifat yang sangat kejam dan merbahaya, maka mereka akan diletakkan di dalam penjara kerana ia adalah tempat yang sesuai bagi mereka dalam mengawal tingkah laku negatifnya selain daripada masjid atau surau. Walau apa pun nama tempat atau label yang diberikan, sekiranya tempat itu membawa kepada kurangnya kita melakukan maksiat, maka itulah tempat yang sepatutnya kita bersyukur untuk

memasukinya. 2) ilmu Dalam Islam, terdapat perintah-perintah Allah dan larangan-larangan Allah yang kita perlu jelas dan wajib ambil tahu tentangnya. Adalah satu kesilapan yang sangat besar dan bahaya sekiranya tidak mengetahui apa yang diperintah dan apa yang dilarang dalam agama. Apabila tidak tahu perintah dan larangan dalam agama, kita akan lebih-lebih lagi akan melakukan perbuatan dosa tanpa kita sedar. Orang yang sedar tentang perbuatannya adalah berdosa, pasti dia akan bertaubat sekiranya dia ada kekuatan untuk bertaubat. Tetapi sekiranya manusia tidak sedar perbuatan yang mereka buat itu berdosa, maka sehingga mati pun manusia tidak akan terdetik di hati untuk bertaubat. Berapa ramaikah yang

melakukan dosa dan dia merasakan ia bukan satu perbuatan yang salah lalu mati tanpa bertaubat? Antara punca kesilapan orang islam di atas muka bumi ini ialah mereka tidak ambil tahu apakah perintah dan larangan Allah yang perlu dilaksanakan dan perlu ditinggalkan dalam setiap perkara yang ingin dilakukan. Bagaimanakah kita ingin berniaga, tetapi tidak tahu bagaimana cara berniaga yang Allah perintahkan dan apakah cara berniaga yang Allah larang? Bagaimanakah kita ingin berkeluarga, tetapi tidak tahu bagaimana cara berkeluarga yang Allah perintahkan dan apakah cara berkeluarga yang Allah larang? Bagaimanakah kita ingin bekerja, tetapi tidak tahu bagaimana cara bekerja yang Allah perintahkan dan apakah cara bekerja yang Allah larang? Kadang kala kita terpengaruh dengan amalan orang di sekekliling. Apabila suatu perbuatan salah dan dosa telah biasa dilakukan oleh kawan dan keluarga, maka perbuatan itu sudah tidak terasa berdosa lagi. Sedangkan hukum haram ataupun wajib di dalam agama tidak akan berubah walaupun setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini tidak mampu mentaatinya. Telah berkata Saidina Ali r.a, Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. Penerangan ini menunjukkan bahawa ilmu hukum hakam adalah sangat penting. Sekiranya hendak melakukan sesuatu perbuatan yang kita tidak mengetahui akan perintah serta larangan Allah di dalamnya, maka kita perlulah bertanya atau belajar dahulu tentang perkara itu dengan ulama yang muktabar. Janganlah sehingga perbuatan itu telah dibuat barulah hendak bertanya kepada ustaz sama ada ia berdosa atau tidak. Pernah ada satu peristiwa yang berlaku semasa seorang ustaz memberikan seminar mengenai hukum hakam. Maka telah bertanya salah seorang daripada penonton kepada ustaz yang memberi ceramah, saya telah

meninggalkan puasa sejak saya baligh sehingga sekarang selama 45 tahun, berapakah bilangan puasa dan fidyah yang perlu saya bayar? Mendengar soalan itu, ustaz itu tersentak lalu mengira fidyah yang perlu dibayar. Selepas dikira-kira, ustaz itu terus berkata, pakcik perlu mengantikan puasa selama 45 bulan dan membayar fidyah lebih kurang satu lori beras! Pakcik tadi menangis teresak-esak dan berkata, kalaulah aku bertanya dari dahulu lagi tidaklah ia menjadi beban sebegini. Seorang yang muslim memperolehi peluang untuk memasuki syurga dan terselamat daripada azab neraka di akhirat kelak. Namun yang menghalang dirinya daripada syurga dan membawa dirinya ke neraka adalah ujian dan godaan dunia yang datang kepada mereka. Untuk menyelamatkan diri daripada perkara tersebut, ilmu tauhid, tassawuf dan feqah wajib dipelajari. Ilmu tauhid membantu kita berpegang dengan pegangan aqidah yang tepat, ilmu tasawwuf membantu kita menjaga iman di dalam hati dan ilmu feqah membantu kita mengetahui cara yang betul dalam mengamalkan agama. JANGAN BERPUAS HATI DENGAN AMALAN SENDIRI Saidina Ali pernah berkata, Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab) Seseorang yang telah dapat melaksanakan perintah solat, puasa, zakat dan haji dengan baik jangan terlalu berpuas hati dengan amalan sendiri sekiranya masih belum mampu menjaga diri daripada melihat aurat orang lain, bercakap sia-sia, mengumpat, dan lain-lain. Dosa-dosa ini adalah dosa yang dilakukan tanpa sedar dalam kehidupan seharian dan telah menyebabkan ramai mati tanpa bertaubat akannya.

Muhammad Bin Sirin pernah mendengar seseorang memaki Hajjaj bin Yusuf setelah matinya, beliau mendekati orang itu dan berkata, Tahanlah waha i putra saudaraku, Hajjaj sudah kembali ke sisi Rabb-nya. Saat engkau datang kepada Rabb-mu, akan kau dapati bahawa dosa terkecil yang kau lakukan di dunia lebih kau sesali daripada dosa yang dilakukan Hajjaj. Masing-masing dari kalian akan bertanggung jawab terhadap dirinya sendiri. Iman Hassan al-Basri berkata Janganlah Anda tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah anda lakukan, kerana sesungguhnya anda tidak mengetahui apakah Allah menerima amalan anda atau tidak. Jangan pula anda merasa aman dari bahaya dosa-dosa yang anda lakukan, karena sesungguhnya anda tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa anda tersebut atau tidak. JAGA DIRIMU DARIPADA DOSA Telah berkata ulama, Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu. Perlulah kita sebagai orang Islam untuk senantiasa menjaga diri daripda dosa-dosa besar ataupun kecil. Ini kerana perkara-perkara dosa ini terlalu mudah untuk di dapati di luar rumah mahupun di dalam rumah. Sesuatu perkara yang haram untuk di cakapkan, haram juga ia untuk di dengar, sesuatu perkara yang haram untuk didedahkan, haram juga ia untuk dilihat dan dipandang. Perkara seperti pergaulan, aurat, pandangan mata, pendengaran dan

percakapan adalah perbuatan yang sangat sukar untuk dijaga pada zaman ini. Apabila kita tidak menjaganya, bukan sahaja akhirat kita akan rosak, bahkan dunia juga akan rosak kerananya. 1. Menjaga aurat Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan

perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudarasaudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur: 31) Muslim lelaki dan muslim wanita hendaklah menghindarkan diri daripada memuaskan nafsu syahwat secara haram dan juga daripada membuka aurat mereka di hadapan orang lain. Walaupun perintah kepada lelaki adalah sama dengan wanita dalam hal ini, tetapi sempadan aurat untuk wanita adalah berbeza daripada yang diperintahkan kepada lelaki. Allah telah sembunyikan kecantikan wanita di dalam perintahperintahnya. Apabila wanita menjaga auratnya di hadapan orang yang di haramkan melihat auratnya, maka Allah pula akan menjaga diri mereka daripada perkara yang mereka benci. Dan apabila mereka meninggalkan kecantikan tidak menutup aurat kepada menutup aurat, Allah pula akan mencantikkan mereka dengan kecantikan yang lebih baik lagi iaitu kecantikan ahklak. Pasti mereka akan lebih disayangi dan lebih disanjungi daripada sebelum mereka tidak menutup aurat.

Tidak berguna cantik rupa paras sekiranya hilang kecantikan akhlak, dan apabila hilang kecantikan akhlak, maka hilanglah kehormatan dan kemuliaan seseorang wanita itu. jika seorang lelaki atau wanita memandang diri kita, kita mahu mereka memandang kita dengan rasa hormat akan agama yang ada pada diri kita dan bukan memandang kita dengan perasaan yang memberahikan atau pandangan syaitan kerana terbukanya aurat kita.

Kesan daripada masalah tidak menutup aurat hanya akan difahami apabila berada di dalam negara yang kesemua rakyatnya tidak menutup aurat. Kita akan melihat di sana adanya masalah penzinaan, masalah anak luar nikah dan masalah rogol yang telah berleluasa dan tidak terkawal. Aurat umpama tembok kepada malu, dan musnahnya tembok malu ini apabila seseorang itu tidak lagi menutup auratnya. Sekiranya malu telah musnah, maka malu dalam melakukan kemaksiatan juga akan musnah.

2. Menjaga pandangan Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah an-Nur: 30) Nikmat penglihatan adalah suatu nikmat yang indah tetapi ia perlu dijaga dengan baik kerana kenikmatan ini mungkin akan membawa pelbagai musibah di hari akhirat kelak. Jauhilah diri dari memandang perkara yang

diharamkan seperti aurat dan wanita. Jika kita tidak menjaga pandangan mata daripada memandang wanita ketika di dunia, maka ditakuti pandangan mata itu tidak dapat lagi melihat wanita ketika di akhirat. Sifat seseorang dapat diketahui berdasarkan apa yang mereka suka untuk lihat. Ini kerana seseorang itu lebih mudah mencontohi apa yang mereka telah lihat berbanding apa yang mereka telah dengar. Sekiranya mata ini gemar memandang yang haram, maka dapat diketahui betapa buruk sifatnya dan betapa rosak hatinya kerana pandangannya itu. Ali r.a pernah berkata, Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya Mata dapat dijaga dengan baik sekiranya ia disibukkan untuk melihat perkara-perkara yang baik seperti melihat al-Quran, buku-buku agama, wajah ibu bapa, kaabah dan kebesaran Allah. Jika kita tidak membiasakan untuk melihat kesemua perkara tadi, maka sangat mudah ia untuk melinau ke sana ke sini untuk mencari-cari perkara yang haram. Bertaqwalah terhadap apa yang kamu seolah-olah gunung yang hendak menghempas ke atasmu. Belajarlah daripada orang-orang terdahulu ketika mereka ingin menjaga pandangan mereka dan ketika mereka terpandang aurat seseorang. Pernah sahabat nabi terpandang aurat seseorang ketika dia meninggikan pandangannya ke langit, lalu dia menyesal dan telah mengharamkan dirinya untuk memandang lagi ke langit. Terdapat juga kisah yang sangat baik berkenaan seorang pemuda dari kaum Ansar yang bernama Tsalabah bin Abdurrahman . Beliau merupakan sahabat Nabi. Beliau juga sangat setia melayani Rasulullah SAW. Pada

suatu hari, Rasulullah SAW mengutusnya untuk suatu keperluan. Di dalam perjalanan, beliau telah melalui sebuah rumah kepunyaan salah seorang dari kaum Ansar,dengan tidak sengaja beliau terlihat seorang wanita Ansar yang sedang mandi. Disebabkan terlalu takut akan turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berkaitan perbuatan yang telah dilakukan

itu,beliau telah pergi ke sebuah gunung yang berada di antara Mekkah dan Madinah untuk menyembunyikan dirinya. Selama empat puluh hari Rasulullah SAW tidak mendengar khabar thalabah. Lalu Jibril AS turun kepada Nabi SAW dan berkata, Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam buatmu dan berfirman kepadamu, Sesungguhnya seorang lelaki dari umatmu berada di gunung ini sedang memohon perlindungan kepada-Ku." Maka Nabi SAW berkata, Wahai Umar dan Salman! Pergilah cari Tsalaba bin Aburrahman, lalu bawa kemari. Mereka pergi menyusuri perbukitan Madinah untuk mencari thalabah. Sewaktu pencariannya itu, mereka telah bertemu dengan salah seorang

penggembala Madinah yang bernama Dzufafah. Umar bertanya kepadanya, Apakah engkau tahu seorang pemuda di antara perbukitan ini? Penggembala itu menjawab, Jangan-jangan yang engkau maksud itu adalah seorang lelaki yang lari dari neraka Jahanam? Bagaimana engkau tahu bahwa dia lari dari neraka Jahanam? tanya Umar. Dzaufafah menjawab, Kerana, apabila malam telah tiba, beliau keluar kepada kami dari perbukitan ini dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata, Mengapa tidak cabut sahaja nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti keputusan! Ya, dialah yang kami maksud, tegas Umar. Akhirnya mereka bertiga pergi bersama-sama. Ketika malam menjelang, keluarlah beliau dari antara perbukitan itu dengan meletakkan tangannya di atas kepalanya sambil berkata, Wahai,

seandainya saja Engkau cabut nyawaku dan Engkau binasakan tubuhku, dan tidak membiarkan aku menanti-nanti keputusan! Lalu Umar menghampirinya dan mendakapnya. Tsalabah berkata, Wahai Umar! Apakah Rasulullah telah mengetahui dosaku? Aku tidak tahu, yang jelas kemarin beliau menyebut -nyebut namamu lalu mengutus aku dan Salman untuk mencarimu. Tsalabah berkata, Wahai Umar! Jangan kau bawa aku menghadap baginda kecuali baginda dalam keadaan solat Ketika mereka menemukan Rasulullah SAW tengah melakukan solat, Umar dan Salman segera mengisi saf. Tatkala Tsalabah mendengar bacaan Nabi saw, beliau jatuh pengsan. Setelah Nabi mengucapkan salam, beliau bersabda, Wahai Umar! Salman! Apakah yang telah kau lakukan terhadap Tsalabah? Keduanya menjawab, Ini dia, wahai Rasulullah saw! Maka Rasulullah berdiri dan menggerak-gerakkan Tsalabah yang membuatnya tersedar. Rasulullah SAW berkata kepadanya, Mengapa engkau menghilang dariku? Tsalabah menjawab, Dosaku, ya Rasulullah! Beliau mengatakan, Bukankah telah kuajarkan kepadamu suatu ayat yang dapat menghapus dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan? Benar, wahai Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda, Katakan Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat serta peliharalah kami dari azab neraka. Tsalabah berkata, Dosaku, wahai Rasulullah, sangat besar.

Beliau bersabda,Akan tetapi kalamullah lebih besar. Kem udian Rasulullah menyuruh agar pulang ke rumahnya. Di rumah dia jatuh sakit selama lapan hari. Mendengar Tsalabah sakit, Salman pun datang menghadap Rasulullah SAW lalu berkata, Wahai Rasulullah! Masihkah engkau mengingati Tsalabah? Dia sekarang sedang sakit keras. Maka Rasulullah SAW datang menemuinya dan meletakkan kepala Tsalabah di atas pangkuan beliau. Akan tetapi Tsalabah menyingkirkan kepalanya dari pangkuan beliau. Mengapa engkau singkirkan kepalamu dari pangkuanku? tanya Rasulullah SAW. Kerana penuh dengan dosa. Jawabnya. Beliau bertanya lagi, Bagaimana yang engkau rasakan? Seperti dikerubuti semut pada tulang, daging, dan kulitku. Jawab Tsalabah. Beliau bertanya, Apa yang kau inginkan? Ampunan Tuhanku, Jawabnya. Maka turunlah Jibril as. dan berkata, Wahai Muhammad!

Sesungguhnya Tuhanmu mengucapkan salam untukmu dan berfirman kepadamu, Kalau saja hamba-Ku ini menemui Aku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan, niscaya Aku akan temui dia dengan ampunan sepenuh itu pula. Maka segera Rasulullah SAW memberitahukan hal itu kepadanya. Mendengar berita itu, terpekiklah Tsalabah dan langsung ia meninggal. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar Tsalabah segera

dimandikan dan dikafani. Setelah selesai disolatkan, Rasulullah SAW berjalan sambil berjengket-jengket. Setelah selesai pemakamannya, para

sahabat berkata, Wahai Rasulullah! Kami lihat engkau berjalan sambil berjingkat-jingkat. Beliau bersabda, Demi Zat yang telah mengutus aku sebagai seorang nabi yang sebenarnya! kerana, banyaknya malaikat yang turut menziarahi Tsalabah. Inilah sifat yang ada di dalam diri sahabat yang sangat menjaga pandangannya kerana takutkan Allah. Hanya pandangan haram yang tidak disengajakan itu, sahabat terus melarikan dirinya dan bersembunyi di tempat lain mengharapkan keampunan Allah dan takut jika Allah meletakkannya di dalam neraka kerana pandangannya itu. Jauh sekali jika dibandingkan dengan diri kita, terlalu senang dan tenang terhadap apa yang dipandang dan menyangka Allah telahpun mengampuni apa yang dilihatnya tanpa rasa berharap atau takut. Menjaga percakapan Satiap perkataan yang diucapkan oleh anak Adam, adalah beban bagi dirinya di hari akhirat kelak. Percakapan adalah perkara yang perlu untuk dijaga kerana ramainya manusia nanti akan masuk ke dalam neraka hanya disebabkan tidak menjaga percakapannya. Pernah Muaz bertanya kepada Rasulullah, adakah kesemua perkara yang kami perkatakan akan dicatat di dalam buku catitan amalan? Rasulullah telah bersabda, semoga ibumu meratapimu! Ketahuilah bahawa ucapan-ucapan buruk dari lidahlah yang menyebabkan manusia tersungkur di dalam neraka di atas hidung masing-masing. Dan selama mana kamu diam, kamu terselamat dari bencana lidah. Apabila kamu mula mengata sesuatu, maka akan tertulis bagimu pahala ataupun dosa. kata-kata yang keluar daripada lidah adalah perbuatan yang mampu mempengaruhi keadaan diri sendiri, orang lain dan suasana. Hanya dengan

kata-kata sahaja, sebuah persahabatan yang kuat boleh berpecah belah, sesebuah Negara boleh berperang, sekumpulan parti politik mampu mempengaruhi ramai orang dan seseorang pesakit boleh dirawat. Ulama berkata, Sembilan dari sepuluh dosa berasal dari lidah. Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali telah membahagikan dosa yang disebabkan lidah sahaja sebanyak sepuluh bab. Diriwayatkan bahawa Abu Bakar ra memegang lidahnya sambil berkata, sungguh lidah ini telah menjerumuskan aku ke dalam marabahaya. (HR Malik, Abu Yala dan Ibnu Syaibah) Dalam kitab Jami al Ulum Wa al-Hikam disebutkan bahawa Ibnu Masud berkata, Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, tak ada sesuatu yang harus lebih lama ditahan selain lidah. Ali R.a pernah berkata, Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara, sedang orang yang tidak wara itu berarti hatinya mati. Kata-kata ini menjadi buruk jika banyak membawa manusia itu kepada dunia dan ia akan menjadi baik jika banyak membawa manusia itu mengingati Allah.Percakapan dunia ini membawa mereka lebih mengenali dunia dan lebih faham akan dunia dan keperluannya tetapi menghindarkan mereka daripada mengenali akhirat serta memahami keperluan akhiratnya. Disebabkan ini juga manusia sangat sukar mencintai Allah dan sukar pula baginya untuk memahami kehebatan-Nya dan kehendak-Nya. Abdullah bin Abbas menangis di bukit Safa sambil memegang lidahnya dan berkata, wahai lidah, berkatalah dengan baik agar engkau beruntung atau diam dari kejahatan agar engkau selamat. Umat kini tidak melapangkan masanya untuk berbicara mengenai kebesaran Allah kerana mereka telah memperkhususkannya hanya kepada

ustaz-ustazah sahaja sedangkan ia sebenarnya merupakan percakapan setiap orang islam. percakapan ini adalah percakapan yang mampu

membawa diri sendiri mahupun orang lain menjadi lebih dekat kepada Allah. Menjaga Pergaulan Menyayangi manusia, berbuat baik sesama manusia, menghindarkan diri dari pertelingkahan sesama manusia dan bersangka baik dengan manusia adalah perintah Allah. Kita menyayangi manusia bukan kerana mereka ibu kita atau adik beradik kita atau isteri kita atau kawan kita atau guru kita, tetapi kita menyayangi manusia kerana Allah perintah kita supaya menyayangi manusia. Sekiranya kita menyayangi manusia kerana di suruh oleh Allah, maka kita akan menyayangi manusia seperti mana yang dikehendaki Allah. Namun, sekiranya kita menyayangi manusia kerana keinginan kita sendiri, maka kita akan menyayangi manusia mengikut cara sendiri. Dan apabila kita mengikut cara sendiri, maka ia berlandaskan kepada hawa nafsu dan banyak silap. Inilah punca kepada penzinaan, pencabulan, rogol, sumbang mahram, gay, lesbian dan lain-lain. Imam as syafie rah pernah berkata janganlah kamu berzina, sekiranya kamu berzina, maka di zina kamu pula hingga dinding rumah kamu pun akan dizina. Menjaga pendengaran Menjaga hati

Anda mungkin juga menyukai