Anda di halaman 1dari 16

SAYYID QUTB DEFINISI UMAR AUDAH AL KHATIB ABU BAKAR HAMZAH

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH MATLAMAT HUBUNGAN SESAMA MANUSIA HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM

AL QURAN KONSEP TAMADUN ISLAM SUMBER SUNNAH AKAL PENEMUAN BAHARU DAN WARISAN AKIDAH ASAS SYARIAH AKHLAK

KETUHANAN TIDAK MEMBEBANKAN SEMPURNA & MENYELURUH CIRI-CIRI SESUAI SEPANJANG ZAMAN TERBUKA & TOLERANSI SEIMBANG SESUAI DENGAN FITRAH & AKAL

2.0 KONSEP TAMADUN ISLAM Pengenalan Konsep tamadun Islam dibina atas kerangka agama Islam itu sendiri sebagai ad-din ataupun cara hidup.Tamadun Islam diasaskan pada akidah,diikat dengan syariah, akhlak dan prinsip-prinsip tertentu. Tamadun Islam menekankan fungsi Quran terhadap perkembangan ummah muslim dan peranan Islam sebagai faktor pembentukan tamadun Islam. 2.1 Definisi Tamadun Islam Sayyid Qutb telah mentakrifkan Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan,politik,ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.Menurut Umar Audah al-Khatib pula menyatakan Tamadun Islam ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat,peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran , ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.Abu Bakar Hamzah pula mendefinisikan Tamadun Islam sebagai sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu berupa niskala(nisbah)mahupun yang berupa sekala(material).

2.1 Matlamat Tamadun Islam Matlamat Tamadun Islam boleh dibahagikan kepada tiga iaitu: 2.1.1 Hubungan manusia dengan Allah ( Huquq ALLAH) Matlamat Tamadun Islam tidak tidak dapat dipisahkan dengan manusia sebagai hamba Allah dan khalifah Allah.Hubungan manusia dengan Allah S.W.T dizahirkan melalui kepercayaan dan pelaksanaan ibadat yang ditetapkan oleh AllahS.W.T sebagaimana yang diajar oleh
2

RasulNya Nabi Muhammad S.A.W. dan meninggalkan segala laranganNya.Ia melibatkan hubungan antara hamba dan penciptanya atau dikenali sebagai ibadat khusus. 2.1.2 Hubungan manusia sesama manusia ( Huquq al-Ibad ) Hubungan manusia sesama manusia adalah berlandaskan kepada aturan dan hak-hak yang telah ditentukan oleh AllahS.W.T.Hubungan manusia dengan manusia meliputi pembentukan sahsiah, keluarga, jiran, pembentukan masyarakat, pembentukan institusi pemerintahan,hal pentadbiran , kegiatan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan segala bidang kehidupan manusia. 2.1.3 Hubungan manusia dengan alam (Huquq al-Alam) Sebagai khalifah, di muka bumi manusia bertanggungjawab Memelihara dan memulihara alam ini mengikut ketetapan Allah S.W.T. atau sunnatullah. 2.2 Sumber-sumber Tamadun Islam 2.2.1 Al-Quran Al-Quran ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ia meliputi ilmu kerohanian dan kebendaan yang menjadi ramuan kepada kelahiran sesebuah tamadun seperti akidah, syaraiah, akhlak, bahasa, persejarahan pemikiran dan intelektual, ekonomi, politik, sosial, budaya dan sebagainya. 2.2.2 Sunnah/Hadis Sunnah adalah setiap perlakuan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah S.A.W. Peranan Sunnah dan Hadis ialah mentafsir dan menerangkan maksud Al-Quran, mengulang dan menyokong kenyataanAl-Quran dan menjelaskan perkara perkara yang tidak terdapat dalam Al-Quran.

2.2.3 Akal Akal digunakan dalam ijtimak ulamak dan kias iaitu dengan berijtihad menggunakan akal fikiran sebelum membuat sesuatu keputusan.Setelah berijtihat barulah dikeluarkan pendapat yang merupakan ijmak ulamak. 2.2.4 Penemuan Baru dan Warisan Penemuan baru dalam berbagai-bagai bidang hasil penemuan dan penyelidikan boleh dijadikan sumber Tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak melanggar prinsip-prinsip agama Islam.Warisan yang baik boleh diambil dan diterima untuk tamadun Islam. 2.3 Asas Tamadun 2 .3.1 Akidah Akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Akidah akan melahirkan tamadun yang mantap dan bebas daripada sebarang penyelewengan.Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap muslim.Setiap muslim wajib percaya kepada Rukun Iman. 2.3.2. Syariah Syariah membawa maksud undang-undang, peraturan-peraturan dan ketetapan Allah S.W.T. Ia diperuntukkan kepada manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam untuk mencapai kesejahteraan, kedamaian dan di dunia serta kebahagiaan abadi di akhirat kelak. 2.3.3 Akhlak Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah, terhadap diri sendiri dan makhluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk Quran dan Sunnah.Akhlak yang mulia mampu melahirkan modal insan yang berperibadi mulia.

2.4 Ciri-ciri Tamadun Islam 2.4.1 Ketuhanan Tamadun Islam adalah tamadun yang berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah. Peranan Al-Quran dan hadis begitu penting dalam memberikan jawapan tentang ketuhanan, syariat,nilai-nilai dan prinsip kehidupan manusia. Amat mementingkan aspek mentauhidkan Allah. 2.4.2 Tidak membebankan Allah tidak mensyariatkan sesuatu perintah di luar kemampuan manusia untuk melakukannya. Allah telah memberikan beberapa keringanan atau kelonggaran kepada manusia dalam keadaan-keadaan yang tertentu.Contohnya keringanan berbuka puasa terhadap individu yang bekerja berat yang tidak mampu meneruskan puasa. 2.4.3 Sempurna dan menyeluruh Tamadun Islam yang dibangunkan atas kerangka ad-din memiliki sifat yang sempurna dan meliputi segenap kehidupan manusia.Islam adalah agama untuk seluruh manusia, semua zaman dan memberikan teori yang lengkap tentang kehidupan manusia di dunia dan juga di akhirat. 2.4.4 Sesuai sepanjang zaman Prinsip-prinsip Islam ada yang bersifat umum dan khusus.Dengan itu tamadun Islam mampu berkembang dalam segenap bidang. Tamadun Islam juga tidak menolak sebarang penemuan ataupun penciptaan baru asalkan tidak bertentangan dengan prinsip Islam yang tetap. 2.5.5 Terbuka dan tolenrasi Ciri tamadun islam yang terbuka dan tolenrasi membolehkan Tamadun Islam mudah diterima oleh manusia.Tamadun Islam tidak terbatas kepada sempadan dan bangsa tertentu bahkan menggalakkan penerimaan unsurunsur yang terdapat pada tamadun lainasalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

2.4.6 Seimbang antara rohani dan jasmani Dalam pembinaan tamadun, Islam tidak hanya memfokuskan kepada pembangunan fizikal sahaja tetapi tetapi menitikberatkan aspek spiritual.Keseimbangan antara rohani dan jasmani akan melahirkan masyarakat yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. 2.4.7 Sesuai dengan fitrah dan akal manusia Tamadun Islam bersandarkan ilmu wahyu dan akal.Tanpan sumber ini manusia akanmengalami kesukaran dan gagal menjalankan tugasnya sebagai khalifah.Perkara yang diterangkan melalui sumber wahyu tidak bertentangan dengan fitrah dan akal manusia.

1 BERLANDASKAN IDEA KEAGAMAAN

2 MENEKANKAN KEMANUSIAAN & INSTITUSI KEKELUARGAAN

3 MENEKANKAN TATACARA& ETIKA DALAM KEHIDUPAN

NILAI-NILAI UNIVERSALTAMADU N ISLAM

4 MEMENTINGKAN KEBIJAKSANAAN DALAM KEPEMIMPINAN

5 MENGHARGAI ALAM SEKITAR

6 MEMENTINGKAN ILMU & ORANG BERILMU

4.0

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN 2.1 a. Nilai-nilai Universal Tamadun Islam Berasaskan kepada idea keagamaan

Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid iaitu agama merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun.Tamadun Islam berasaskan kepada akidah, syariah dan akhlak. Matlamat tamadun Islam tidak dapat disahkan dengan matlamat hidup manusia sebagai hamba Allah dan khalifah Allah.Ini dijelaskan Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dialah Allah Tuhanmu, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu, kerana itu hendaklah kamu menyembah Dia. (Surah al-An'am:102) Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku" ( Surah Adz-Dzariyaat:56 ) Tamadun Cina turut percaya kepada konsep ketuhanan.Banyak agama yang dianuti oleh masyarakat Cina seperti Penyembahan Nenek Moyang,Konfusius dan Toaisme menekankan konsep ketuhanan. Tamadun India yang beragama Hindu percaya kepada konsep Brahma trimurti-Brahma(Tuhan Pencipta), Vishnu( Tuhan Pemelihara) dan Siva (Tuhan Pemusnah). b. Menekankan aspek institusi kekeluargaan

Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab.Tanggungjawab anak mentaati kedua ibu bapa diletakkan selapas taatkan Allah dan Rasul.Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Maka janganlah engkau katakan kepada kedua-duanya perkataan ah, dan janganlah mengherdik keduanya. Dan katakanlah kepada kedua-duanya ucapan yang mulia; merendah diri lah di hadapan kedua-duanya dengan

menunjukkan kasih sayang dan katakanlah:" Oh Tuhanku, kasihilah kedua ibu bapaku,sebagaimana mereka telah mendidik aku waktu kecil." (Surah al-Isra' :23 dan24) Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya:" Tidak (sempurna) salah seorang daripada kamu sebelum Aku lebih dicntainya ." ( Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari,Nasa'i serta Ibnu Majah) Dalam tamadun Cina turut menekankan aspek institusi kekeluargaan.Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat Cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada mereka. Ikatan kasih sayang penting dalam Tamadun India.Orang yang berumahtangga dianggap sebagai teras masyarakat yang akan bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan yang lain.Manakala tamadun pribumi menekankan perlunya anak mentaati dan tidak derhaka kepada orang tua yang dikawal dengan konsep tulah. c. Menekankan aspek kemanusiaan Dalam tamadun Islam,masyarakat juga perlu berbuat baik dan sentiasa menjaga akhlak sesama manusia.Sekiranya seorang Islam tidak mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang lain walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga. Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,hendaklah ia memuliakan jiran tetangga." (Diriwayatkan oleh al-Syaikani)

Dalam tamadun Cina, Konfucius menekankan konsep chung iaitu mem buat perkara positif kepada orang lain sepertimana apa yang kita suka orang buat kepada kita dan shu jangan buat perkara negatif sepertimana kita tidak suka

orang lain buat perkara tersebut kepada kita.Tamadun India pula percaya kepada konsep karma dan kelahiran semula.Sesiapa yang tidak berbuat baik sesama manusia meraka akan dihidupkan semula dengan penuh kehinaan . Tamadun pribumi pula terdapat pelbagai adat dan beberapa pantang larang bertujuan agar terjalin hubungan baik dan harmoni sesama manusia. d. Menekankan tatacara dan etika kehidupan Dalam tamadun Islam, syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. mengatur kehidupan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Manakala akhlak pula adalah sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Antara hadis Rasulullah S.A.W yang menerangkan tentang etika pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bermaksud: " Tidak dibolehkan lelaki berdua-duaan dengan perempuan melainkan ada bersama-sama mahram (bapa atau keluarganya yang diharamkan berkahwin dengannya." Tamadun Cina juga menitikberatkan konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi.Konfusius menekankan konsep li iaitu peraturan akhlak dan peraturan kehidupan.Tamadun India pula mementingkan etika yang mereka gelar dharma iaitu peraturan moral bagi menentukan apa yang harus dilakukan. e. Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan Politik Islam memperkenalkan satu sistem pemerintahan yang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kuasa dan kepimpinan politik merupakan amanah. Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T. daan menjadi tanggungjawab rakyat untuk mentaati pemimpin selagi pemimpin tersebut mentaati Allah dan RasulNya.Firman Allah S.W.T yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan(menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah

10

memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah taatilahRasul(Nya),dan ulil amri (pemimpin) di antara kamu ,dan jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka

kembalikanlah ia kepada Allah(Quran) dan Rasul(sunnahnya ), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." Surah an- Nisa(4:58-59) Tokoh tamadun Cina ,Kung Fu Tze memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan rakyat.Ini juga disarankan oleh tamadun lain seperti Kautilya dan ajaran Buddha. f. Menghargai alam sekitar Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama. Alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia sebagai khalifah berperanan menjaga alam sekitar.Bagi Islam, manusia bertanggung jawab memelihara dan memulihara alam ini mengikut ketetapan Allah dan sunnatullah. Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi , sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut(tidak akan diterima ) dan harapan ( akan dikabulkan).Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." Surah al-A'raf (7:56) g. Mementingkan ilmu dan orang berilmu Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun tradisional adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, Inner dimensi Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Kepentingan ilmu dalam tamadun Islam berdasarkan sabda Rasulullah

11

S.A.W yang bermaksud: " Menuntutlah ilimu adalah kewajipan ke atas setiap muslim."

5.0

Kesan Interaksi Tamadun Islam 5.1 Aspek Fesyen Pakaian Tamadun Islam Pakaian merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia selain tempat

tinggal dan makanan. Sebelum berlakunya interaksi antara tamadun,masyarakat di Malaysia menggunakan pakaian mengikut adat resam masing-masing. Tetapi setelah kedatangan Islam menerusi pedagang dari Timur Tengah terdapat perubahan dari segi etika berpakaian.Antara etika berpakaian mengikut Islam: a. Menutup aurat sepertimana yang ditetapkan dalam Al-Quran. b. Pakaian yang dipakai tidak nipis hingga menampakkan warna kulit dan tidak menampakkan susuk tubuh. c. Pakaian tidak terlalu ketat sehingga menonjolkan bentuk tubuh. d. Pakaian yang dipakai hendaklah sederhana dan tidak terlalu mahal e. Pakaian bukanlah untuk libasush shuhrah iaitu tidak menimbulkan riak f. Warna pakaian itu suram dan gelap g. Diperoleh daripada sumber yang halal h. Memperlihatkan perbezaan jantina 5.1.1 Contoh Fesyen Pakaian Mengikut Etika Islam Visual 1 Jubah merupakan fesyen pakaian yang mengikut etika Islam.Fesyen ini menutup aurat dan sopan untuk digayakan. Potongan jubah adalah longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh.Warnanya yang gelap dan hiasan yang sederhana tidak menimbulkan riak kepada si pemakai.Tudung yang dipakai labuh dan menutup bahagian dada.Fesyen ini merupakan fesyen pakaian dari Timur Tengah dan popular di negara-negara Islam .

12

Visual 2 Baju kurung moden merupakan fesyen pakaian tradisional yang popular di Malaysia. Fesyen pakaian wanita ini menepati ciri-ciri etika berpakaian seperti yang disarankan dalam Islam. Lengan baju dan kainnya yang labuh serta mempunyai potongan yang longgar. Fesyen ini melambangkan budaya orang-orang yang Timur yang mementingkan kesopanan sesuai dengan cara hidup Islam.Dalam pemilihan fabrik,pastikan material yang dipilih tidak jarang dan nipis.

Visual 3

Islam mewajibkan umatnya berpakaian menutup aurat walaupun sedang melakukan aktiviti riadah.Visual menunjukkan pakaian renang muslimah yang menepati etika berpakaian mengikut Islam.Pakaian ini tetap selesa dan sesuai digunakan di kolam renang.Tidak ketat dan menonjolkan susuk tubuh sepertimana pakaian mandi tamadun barat.

5.2

Seni Bina dari Sudut Tamadun Islam Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka

bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakansatu daripada asas tamadun yang paling utama yang merupakan lambang atau manifestasi daripada sesuatu tamadun. Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan ialah seni bina masjid. Ini adalah kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai ciri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi .
13

Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun Islam.Masjid misalnya mempunyai mihrab, mimbar, telaga atau pancur air dan bumbung yang khusus.Hiasan seni bina Islam menggunakan bentuk geomatri , tulisan khat dan tumbuh-tumbuhan. 5.2.1 Contoh seni bina bangunan mengikut Tamadun Islam a. Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Masjid ini mempunyai pengaruh seni bina saracenic ( Islam India ). Kedudukan mihrab masjid ini terletak di bahagian barat lautnya, sementara di bahagian timur lautnya diletakkan tangki air atau pancuran air tempat mengambil air sembahyang.Oleh kerana reka bentuknya dipengaruhi oleh seni bina Islam maka banyak kubah kubah, minaret-minaret dan arch.

14

b. Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan di antara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina padaBangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk saracenic merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga. c.Pintu Gerbang Ulu Bernam di Selangor Darul Ehsan

Reka bentuk gerbang ini menggabungkan seni bina Islam gaya Moor. Ini boleh dilihat pada empat kubah yang terdapat pada pintu gerbang. Terdapat bentuk arch pada reka bentuk pintu gerbang ini. Hiasan pintu gerbang pula menggunakan corak goematri.

15

Penutup Tamadun Islam merupakan ad-din iaitu cara hidup yang lengkap untuk dunia sejagat.Konsep dalam Tamadun Islam meliputi tatacara kehidupan yang lengkap untuk di dunia dan juga di akhirat. Al-Quran yang merupakan mukjizat yang terbesar yang diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. adalah pedoman untuk manusia yang dijadikan khalifah oleh Allah di muka bumi INI..Justeru,jadikan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai pegangan hidup kita.

16

Anda mungkin juga menyukai