Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN PERLAKSANAAN MINGGU HOP IN FROG VLE SK BANDAR UTAMA DAMANSARA ( 4 ) TAHUN 2014 17 Feb 21 Feb 2014

Objektif : Memastikan sekurang-kurangnya 95% murid sudah log in menggunakan Yes ID dan mengaktifkan akaun 1BestariNet mereka. Modus Operandi : 1- Semua murid ( Tahun 2 6 ) akan dipanggil ke Bilik Komputer 3 untuk Hop In dalam Frog VLE mengikut giliran yang telah ditetapkan. 2- Guru mata pelajaran yang berada pada kelas tersebut akan mengiringi murid untuk bergerak ke Bilik Komputer 3. 3- Murid akan diberikan kad ID dan nombor giliran memasuki bilik komputer terlebih dahulu. 4- Murid akan dibahagi kepada dua kumpulan ( bergantung kepada kapasiti kelas ) dan kumpulan pertama akan berada dalam Bilik Komputer 3 dan kumpulan kedua akan berada dalam Bilik APD ( atau bilik lain ) dimana PdP akan berjalan seperti biasa. 5- Selepas 30 minit, kumpulan pertama akan keluar dan kumpulan kedua akan masuk ke Bilik Komputer 3. 6- Guru Subjek akan memastikan PdP berjalan seperti biasa. 7- Masa yang diperuntukkan adalah 60 minit setiap kelas. Peranan Admin:1- Memastikan murid membawa buku tulis ( subjek pada masa tersebut ) dan masuk ke dalam bilik komputer dengan sopan dan tertib. 2- Memastikan murid menampal Kad ID mereka dalam buku tulis yang dibawa bersama rasional :- mengelakkan risiko berlaku keciciran ID. 3- Memastikan semua murid dapat Hop In masuk dan membuat sedikit setting pada personal dashboard, yakni : a. Nama b. Kelas 4- Membantu murid yang menghadapi masalah untuk log in agar semua murid dapat log in masuk seperti yang dijadualkan. Jadual :- Rujuk Lampiran.