Anda di halaman 1dari 18

TEORI KOGNITIF

MUHD RIZUAN B MOHD ASRAR ZULFADLI B ISMAIL ZUKRI FAIZ HELMI B KURNAIN

TEORI KOGNITIF
Merujuk kepada proses dalaman minda seperti penyelesaian masalah, ingatan, & pembelajaran bahasa. Secara umumnya merungkai bagaimana manusia memahami sesuatu objek atau material Mempengaruhi kapasiti mereka untuk mempelajari sesuatu

Selama bertahun-tahun ahli psikologi dan pelukis tertanya-tanya mengapa kanak-kanak mengikut kehendak mereka,apakah maksud seni mereka,dan bagaimana perkembangan seni mereka dari abstrak ke realistik

TEORI KOGNITIF
Menurut Florence Goodenough (1926) menyatakan idea kanak-kanak melukis adalah berkait rapat dengan tahap intelektual berfungsi. Menurut (Golomb,1992;Raines & Canady,1990;Thompson,1995) kebolehan menzahirkan satu pengalaman dengan simbol adalah tahap kognitif major untuk kanakkanak.

Menurut (Golomb,1992;Kindler & Darras,1994) sesiapa yang memerhatikan kanak-kanak dan kemajuannya dalam bidang seni,dapat memahami dan mengenali tahap perkembangan seni kanak-kanak itu. Menurut Lowenfeld(1957)perkembangan kanak-kanak dalam seni sebagai lembaran baru dalam program genetik. Beliau percaya setiap tahap adalah sebahagian kejadian alam dan aspek normal dalam tumbesaran dan pembesaran kanak-kanak

Kanak-kanak perlu merangka pemikiran dan perbuatan kepada corak dan simbol Konsep formasi juga terserlah melalui seni visual. Perbuatan melakar atau melukis menyebabkan kanak-kanak dapat membangunkan perseptual sensitiviti ke alamnya seperti keserupaan,perbezaan,bentuk,saiz ,tekstur dan warna.

Seni kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa kerana kanak-kanak tidak mengetahui sesuatu sebanyak mana yang orang dewasa tahu. Seni kanak-kanak mencerminkan ilmu dan pemikiran mereka. Apabila kanak-kanak semakin berilmu ,memahami dunia,dan peningkatan jumlah komplisiti di dalam konsepnya,lukisan mereka semakin besifat realistik. Ketepatan, ciri sebenar, dan komplisiti karya mereka berhubung kait dengan ilmu yang di pelajari

Kanak-kanak sebenarnya melihat lebih dari apa yang di lukis. Namun ianya di sekat kebolehan mereka menterjemahkannya di atas kertas. Lukisan kanak-kanak tidak di lengkapi ciri sebenar objek kerana lebih muda kanak-kanak itu lebih kurang kebolehannya melukis objek yang di kehendaki .

Oleh kerana seni memerlukan kanak-kanak untuk berfikir tentang pengalaman,idea,atau perasaan dan kemudian mencari simbol untuk menterjemahkannya,seni merupakan aktiviti simbolik yang tinggi. Setiap kemahiran akademik memerlukan pelajar mempunyai kemahiran berfikir tentang sesuatu yang abstrak dan kemudian menzahirkan kepada bentuk simbolik. Seni itu sendiri adalah kemahiran belajar dan berfikir.

TEORI KOGNITIF
Jean Piaget- 4 peringkat perkembangan kognitif 1-peringkat deria pergerakan(sensori motor) 2-peringkat pra olahan(pre operational) 3-peringkat pengolahan konkrit(concrete operational) 4-peringkat pengolahan formal(formal operation)

Peringkat Deria Pergerakan (0-2 tahun)


Kemampuan yang terbatas Hanya menyedari persekitarannya dengan kabur. Hanya menjadi pemerhati dan pemerhatian akan diikuti dengan gerak balas. Belum dapat menguasai atau bahasa. Cara interaksi dengan persekitaran melalui kesan deria dan gerak geri.

Apabila umur meningkat 10 bulan, mula memahami konsep kekal, iaitu kesedaran bahawa walaupun sesuatu objek hilang dari pandangan, objek tersebut tidak ghaib begitu sahaja.

Peringkat Pra-olahan (2-6 tahun)


Mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk objek di sekeliling. Pengusaan yang masih baru dan terbatas. Mula meneroka alam di sekeliling. Membantu mereka menemui benda-benda baru dan rasa ingin tahu turut meningkat. Pada hujung peringkat ini, kanak-kanak mula petah bercakap dan bertutur.

Ekspresi seperti ini harus digalakkan untuk melatih mereka menyatakan sesuatu dengan betul. Menurut Piaget, kanak-kanak ini masih belajar untuk menghubung kait simbol dan perkatan dengan objek dengan cara intuisi dan bukan dengan cara penaakulan. Pemikiran adalah sehala dan cara pemikiran sangat egosentrik.

Peringkat Pengolahan konkrit (7-11 tahun)


Pertumbuhan mental yang berterusan, penguasaan pengetahuan dan pemikiran bertambah banyak. Perasaan ingin tahu yang tinggi dan keinginan belajar yang besar. Penguasaan yang baik dalam pertuturan dan banyak bercakap untuk melancarkan pertuturan.

Kebolehan menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat, dan padatan. Turut memahami konsep lain yang lebih rumit serta kemampuan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif. Perasaan ingin tahu yang tinggi menjadikan minat sentiasa berubah-ubah. Selalu putus asa dan kecewa. Kematangan dalam berfikir dan tidak lagi egosentrik.

Peringkat Pegolahan Formal (12 Tahun ke Atas )


Peringkat perkembangan kognitif yang tertinggi. Dapat mengurus dan mengolah persekitaran dengan baik. Mampu menerima pelbagai kemungkinan daripada tindakan mereka dan tidak mudah keliru dengan hasil di luar jangkaan.

Mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental. Pengalaman mengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka. Mula memahami konsep abstrak dan ini membantu mereka memahami prinsip moral dan etika. Mula mempunyai kesedaran tentang kepentingan falsafah hidup, etika, politik, dan hal-hal keagamaan.