Anda di halaman 1dari 18

Tajuk 7: Teknologi Penyediaan Akuarium dan Peralatan

Eswary Vutayathaanu Wong Kai Xin 5PIMSP RBT1

Penyediaan akuarium -pembersihan dan membasmi kuman peralatan Landskap dalam akuarium

Pembersihan akuarium
Perlu membersihkan akuarium yang baru dibeli dengan air untuk memastikan habuk atau kotoran yang melekat di dalam akuarium tidak menjadi racun kepada ikan hiasan. Paling elok bersihkan dengan air mengalir seperti menggunakan hos paip.

Pembersihan akuarium

Oksigen dan aksesorinya akan menjadi kotor setelah beberapa lama digunakan. Kekotoran dalam akuarium akan menjejaskan kandungan oksigen dan kualiti air. Akuarium menjadi kotor kerana najis ikan, makanan berlebihan, lumut, bakteria dan kutu air. Akuarium yang kotor perlu dibersihkan. Cara membersihkan akuarium adalah seperti yang berikut:matikan punca bekalan elektrik. bersihkan dinding akuarium dengan dengan menggunakan span bersih. keluarkan 2/3 bahagian air yang kotor dari akuarium dengan menggunakan hos getah keluarkan semua aksesori yang terdapat di dalam akuarium dan bersihkan. Kemudian masukkan semula ke dalam akuarium setelah dibersihkan. bersihkan penapis dari kotoran dan jika perlu ganti span penapis dengan yang baru. isi akuarium yang telah dibersihkan dengan air bersih. Campurkan bahan antiklorin mengikut sukatan yang betul jika menggunakan air paip.

Contoh lukisan landskap akuarium

Pandangan Hadapan

Pandangan Sisi

Pandangan Tambahan

Contoh lanskap akuarium

Rawatan Air
Rawatan yang selalu diamalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa(NaCl) bagi membunuh bakteria.

Klorin Dan Kloramin, Klorin atau kloramin biasanya ditambah apda air paip untuk membunuh kuman seterusnya air paip selamat digunakan, bagaimanapun, mengancam kehidupan air... Pada kadar hanya 2ppm (2 bahagian per sejuta bahagian) sudah mampu mengancam kehidupan ikan... Kita boleh menyahkan klorin dari air paip dengan a) menggunakan anti klorin(sodium thiosulphate) b) menakung air paip dalam bekas terbuka dan memasang pam pengudaraan semalaman c) menapis air dengan karbon aktif dan biarkan semalaman d) mendidihkan air(tak pratikal untuk akuarium) Kloramin pula adalah bahan aternatif kepada klorin dalam rawatan air komersial, ianya lebih stabil dan mampu terlarut dalam air pada kadar lebih lama. Kloramin adalah gabungan klorin dan ammonia. Anti klorin biasanya hanya menutralkan bahagian klorin dan meninggalkan bahagian amonia yang merbahaya kepada ikan... Seandainya menggunakan kaedah menakung air paip dalam bekas terbuka dan memasang pam pengudaraan, kloramin mengambil masa lebih seminggu untuk dinyahkan, kaedah paling biasa digunakan untuk menyah kloramin ialah menapis air dengan karbon aktif atau dengan anti klorin khas untuk menyahkan kloramin

Amonia Ammonia terbentuk dari bahan buangan hidupan air,sisa makanan dan tumbuhan yang mereput . Ammonia adalah bahan yang beracun kepada kehidupan,kadar ammonia dalam akuarium perlu dikekalkan pada tahap hampirhampir kepada sifar.pada tahap ini, sebarang alatan mengesan amonia tidak mampu mengesan sebarang ammonia...keracunan ammonia akan lebih ketara jika air dalam keadaan alkali. Dalam sebuah akuarium yang matang, bakteria akan mengubah ammonia kepada nitrit seterusnya mengekalkan tahap ammonia pada hampir-hampir sifar.

Bagaimanapon,beberapa keadaan akan menyebabkan paras ammonia ke paras yang merbahaya iaitu:a. a)terlebih beri makan b. b)kegagalan system penapis air c. c)penggunaan ubat-ubatan(ubat-ubatan membunuh bakteria) d. d)bilangan ikan yang terlalu padat(penghasilan amonia terlalu pantas)

e. e)mencuci penapis air terutama penapis jenis biologi( menyingkirkan bakteria) Bakteria-bakteria yang menukar ammonia ini memerlukan masa untuk membiak dan populasinya bertambah sehingga mencapai satu tahap stabil mengikut penghasilan amonia dalam sesuatu akuarium atau mencapai tahap tepu.pada tahap stabil, paras ammonia akan sentiasa berada pada paras hapir-hampir sifar..pada tahap tepu, populasi bakteria tidak dapat berkembang lagi dan akan mengakibatkan jumlah ammonia yang dicerna kurang dari ammonia yang dihasilkan.

Nitrit Nitrit juga adalah bahan yang merbahaya kepada ikan.ia perlu dikekalkan pada tahap hampirhampir sifar..pada tahap ini,peralatan pengesan nitrit tidak mampu mengesan kehadiran nitrit.. Nitrit juga boleh melepasi tahap bahaya iaitu 0.1ppm(0.1 bahagian dari sejuta bahagian) pada air akuarium matang akibat:a. a)terlebih beri makan b. b)kegagalan system penapis air c. c)penggunaan ubat-ubatan(ubat-ubatan membunuh bakteria) d. d)bilangan ikan yang terlalu padat(penghasilan amonia terlalu pantas) e. e)mencuci penapis air terutama penapis jenis biologi( menyingkirkan bakteria) Kehadiran nitrit dalam air memerlukan masa yang lebih panjang untuk dipulihkan semulajadi berbanding ammonia, maka tanda-tanda keracunan akan berlarutan.... Antara tanda-tanda keracunan nitrit ialah ikan kelihatan tercungap-cungap yang biasanya disalah anggap kekurangan oksigen dalam air, sebenarnya nitrit akan bertindakbalas dengan homoglobin dalam darah seterusnya menhalang darah dari mengangkut oksigen dalam tubuh ikan.dan ikan akan kelihatan pasif dan mungkin boleh mati lemas.... Lagi sekali, bakteria dalam air akuarium matang akan menukarkan nitrit kepada nitrat...

Nitrat Nitrat adalah bahan yang kurang merbahaya kepada ikan. Kadar nitrat yang mampu membunuh ikan adalah 1000ppm(1000 bahagian dari sejuta bahagian). Bagaimanapon,kadar nitrat yang sederhana tinggi pada jangka masa lama mampu memberi kesan kesihatan kepada ikan terutama pada sistem peranakan, kadar yang di syorkan ialah tidak lebih dari 50ppm. kadar nitrat dikawal dengan menukar sebahagian air berjadual Ringkasan Kawalan amonia dan nitrit adalah dengan bantuan bakteria manakala kawalan terhadap nitrat adalah dengan menyalin sebahagian air

Keselamatan

Keamatan cahaya

Faktor pemilihan lokasi untuk menempatkan akuarium

Suhu

Kadar Cahaya

Keamatan Cahaya
ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang Ikan dapat melihat dan mencari makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari. tumbuhan akuatik perlu cahaya untuk fotosintesis.

Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Warna cahaya bagi tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.

Kadar Cahaya
Kuantiti cahaya yang memasuki akuarium, diukur dalam unit lx (lux) . Satu lokasi yang sesuai ialah tempat yang mampu mendedahkan akuarium kepada keperluan cahaya yang mencukupi. Bagi sebuah akuarium, punca cahaya adalah daripada lampu akuarium yang dipasang. Bagi akuarium air tawar diperlukan kadar cahaya sebanyak 5000 lx selama 10-12 jam sehari manakala bagi akuarium laut diperlukan lebih 6000 lx untuk 10-12 jam seharai. Kadar cahaya diukur menggunakan fotometer (photometer)

Suhu
Suhu air adalah tahap kepanasan air diukur dalam unit C. Bagi ikan hiasan tropika, suhu air mesti berada pada julat 25C -35C manakala bagi ikan hiasan perairan sejuk dan sederhana pada julat 4C hingga 25C. Suhu boleh diukur menggunakan meter termometer. Suhu mempengaruhi pelbagai proses hidup ikan termasuk pernafasan, penghadaman, selera makan, tumbesaran dan pembiakan kerana proses-proses ini cuma boleh berlaku pada julatjulat suhu tertentu saja.

Keselamatan
Tempat yang selamat dan jauhi daripada kanak-kanak seperti meletakkan tempat yang tinggi serta sukar dicapai oleh kanak-kanak. Peminat ikan hiasan yang mahal seperti Arowana perlu menempatkan akuarium di dalam rumah atau akuarium dipasangkan sistem keselamatan yang sesuai mengelakkan ikan tersebut dari dicuri.