Anda di halaman 1dari 2

Aku sebuah basikal

Aku berasal dari Negara Matahari Terbit atau lebih dikenali sebagai JEPUN. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik. Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan -kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Mountain Bike begitulah gelaran kawan-kawanku kepadaku. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikan dan kehebatanku.. Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku merasa semakin bangga. Namun, nasib kami sungguh malang . Kapal yang membawa kami ke Malaysia tibatiba karam. Aku dan kawan -kawanku lemas. Tiada seorangpun yang datang menyelamatkanku. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku yang cantik dan bergaya sudah berkarat dan tidak dapat diselamatkan lagi. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ. Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya,Selangor. Aku dihantar ke Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Kedai itu dikenali sebagai JIMMY SHOP SDN. BHD. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM300. Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin. Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan. Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.