Anda di halaman 1dari 55

Menurut Tuan Jah dan Faridah Nazir (2012), membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara untuk menangkap

makna dan memahami apa yang dibaca. Berdasarkan kepada Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul.

Secara ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran membaca bertujuan untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta tentang sesuatu perkara. Terdapat dua cara yang sering dilakukan untuk menilai kemahiran membaca secara bersuara / mekanis dan membaca senyap/ mentalis

Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara, iaitu membaca

tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang serta lancar, intonasi dan nada mengikut gaya membaca yang betul.
Tujuannya :

1.) Membolehkan murid membaca dengan cekap, pantas dan lancar dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. 2.) Membolehkan murid tahu menggunakan tanda baca dengan betul. Cth : tanda koma (berhenti sebentar), tanda tanya apabila menyoal dan tanda berhenti.

Guru perlu menyediakan teks Murid disuruh membaca petikan/ teks yang diberi dengan kuat.

Guru harus mendengar dengan teliti akan bacaan murid dan memberi tumpuan pemarkahan kepada aspek sebutan, intonasi, kelancaran dan kepantasan bacaan. Pemarkahan mestilah berdasarkan skala yang telah ditentukan dan setiap komponenyang hendal dinilai mestilah ditakrifkan dahulu.

Skala pemarkahan kemahiran membaca


Markah
Aspek yang dinilai Sebutan Intonasi Kelancaran Kepantasan 5 4 3 2 1 0 5 43210 Cemerlang Baik Sederahana Lemah Amat lemah Tidak boleh membaca langsung

Takrif terhadap Komponen yang dinilai


Sebutan Bunyi2 dalam himpunan perkataan, frasa dan ayat-ayat dalam petikan mestilah menepati sebutan baku Bahasa Melayu. Sebutan tidak seharusnya menunjukkan pengaruh dialek daerah, pengaruh bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Intonasi meliputi aspek2 hentian, nada, dan tekanan.

Kelancaran Dimaksudkan kpd pembacaan yang tidak menunjukkan kesalahan membaca sambil mengeja, mengulang sebutan sesuatu perkataan, mengubah perkataan menterbalikkan perkataan, meninggalkan perkataan/ menambahkan fonem kepada sesuatu perkataan.
Kepantasan kadar kelajuan bacaan. Kepantasan murid boleh terganggu sekiranya murid gagap/ sukar menyebut sesuatu perkataan secara spontan.

Bacaan senyap bertujuan bagi menerima maklumat atau komunikasi. Bacaan senyap kebiasaanya dilakukan oleh pelajar bagi tujuan khusus seperti membaca buku teks, atau keseronokan membaca seperti buku cerita. Aspek kefahaman bacaan pernah dimaksudkan sebagai memahami pemikiran penulis, memahami bahan bertulis, menerima komunikasi atau menyedut maklumat daripada teks. Tujuan utama guru ialah memahami isi atau fakta dalam bacaan tersebut.

2. Aneka pilihan

1. Penyoalan secara terbuka

Teknik yang boleh dijalankan ialah :

3. Pilihan benartak benar

4. Teknik kloz

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996;92), menyatakan bahawa teknik penyoalan secara terbuka ialah teknik paling tua jika dibandingkan dengan teknik lain. Dengan menggunakan penyoalan secara terbuka, pelajar dikehendaki menjawab soalan kefahaman bacaan dengan mengggunakan bahasa sendiri.
Maksudnya selain menjawab keperluan soalan, pelajar dikehendaki

menggubal dan menggunakan tatabahasa yang betul.

Teknik ini mencabar daya luahan pelajar dan boleh menunjukkan kefahaman seseorang pelajar mengenai bahan yang dibaca.

Peringkat literal Apakah Siapakah Bilakah

Peringkat kritis/kreatif Bincangkan secara kritis .. Bahaskan .. Buat kesimpulan tentang

Contoh soalan kefahaman secara terbuka

Peringkat tafsiran / interpretasi Mengapakah Bagaimanakah. Jelaskan . Bezakan/bandingkan .

Soalan dan jawapan dalam bentuk aneka pilihan bagi menguji kefahaman bacaan adalah satu teknik yang agak baru. Kekuatan teknik ini ialah memudahkan pentadbiran, dan memudahkan objektifnya dari segi pemarkahan dan pengukuran. Namun begitu, pembinaan item bagi teknik ini bukannya mudah kerana penubuhan item soalan yang baik memerlukan kemahiran guru.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib(1996:95) terdapat pendapat dalam kalangan guru bahasa yang mengatakan bahawa teknik aneka pilihan ini tidak mempunyai sebarang nilai dari segi pendidikan bahasa. Ini kerana teknik ini tidak menggalakkan daya luahan dan penggunaan bahasa pelajar. Teknik ini juga menggalakkan pelajar meneka jawapan yang betul.

Tujuan soalan aneka pilihan ini dibentuk bagi mempercepatkan pemeriksaan dan pemarkahan dengan menggunakan mesin dan komputer. Sifat keobjektifannya yang tinggi menjamin ketekalan dan kebolehpercayaan yang tinggi antara pemeriksa.

Selain aneka pilihan, pilihan benar-tak benar juga dikatakan sebagai satu jenis ujian objektif

Teknik ini juga berisiko bagi pelajar meneka jawapan


Dalam pilihan benar-tak benar kebarangkalian jawapan benar ialah 50%. Ini bermakna dengan hanya sekali meneka, seseorang pelajar mungkin dapat meneka 20 soalan betul dari 40 soalan dalam tujuan kefahaman bacaan.

Terdapat dua teknik yang digunakan bagi meguji kefahaman bacaan.


a) Tidak bergantung kepada petikan

b) Bergantung kepada petikan

Kebiasaannya digunakan di peringkat sekolah rendah. Di peringkat ini, tahap kefahaman murid diuji berdasarkan kefahaman membaca ayat pendek.

Setiap ayat merupakan penyataan. Murid dikehendaki untuk memilih dan menandakan sama ada pernyataan berkenaan benar atau tidak benar mengikut kefahamannya.

1 2 3 4 5 6 7

Durian ialah sejenis haiwan Burung boleh terbang. Ikan tidak boleh berenang. Tupai suka makan kelapa Monyet tidak pandai memanjat pokok kelapa Tikus suka menangkap kucing. Kucing suka makan ikan

B B B B B B B

TB TB TB TB TB TB TB

Beberapa pernyataan (item) dibina berdasarkan kepada sesuatu petikan bacaan yang diberikan kepada murid untuk dibaca dan difahami.

Sehubungan dengan pernyataan yang diberikan, murid diminta supaya memilih dan menandakan sama ada benar atau tidak benar mengikut kefahamannya mengenai bahan yang dibaca.
Teknik ini selalunya digunakan di peringkat sekolah rendah.

Tarikan Pulau Bali. Bali ialah sebuah pulau yang penuh dengan kesenian. Penduduknya yang rata-rata beragama Hindu itu masih terus menghidupkan kesenian lama untuk ditonton oleh pelancong yang tidak putus-putus mengunjungi Bali. Tarian tradisional memang salah satu kesenian yang tinggi nilainya. Ia juga merupakan salah satu daripada berbagaibagai tarikan untuk pelancong berkunjung ke pulau mutiara. Salah satu tarian yang kerap menjadi tontonan pelancong ialah tarian Banong. Tidak jauh dan bandar Denpasar, sebuah pentas khas disediakan untuk tarian ini.

1.

Sebilangan kecii penduduk Bali beragama Hindu Benar Tak benar Denpasar ialah satu lagi jenis tarian tradisional Bali. Benar Tak benar Kesenian lama tidak mati di Bali. Benar Tak benar

2.

3.

Teknik kloz ialah satu alat bagi menguji kefahaman bacaan telah mula digunakan sejak tahun 50-an. Teknik ini dikenali sebagai prosedur kloz, telah dicipta oleh Wilson Tylor pada tahun 1953 dengan menggunakan teori psikologi Gestalt dan menerapkannya kepada proses membaca iaitu tempat-tempat tertentu dikosongkan dalam teks bacaan, pembaca akan mengisi tempat berkenaan dengan perkataan-perkataan mengikut kefahaman teks.

Teknik kloz digunakan sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan, boleh digunakan untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah. Teknik ini memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan. Prosedur menjawab soalan kloz Pelajar diminta melihat dan membaca keratan secara keseluruhan Kemudian, berasaskan kepada kefahaman mereka ke atas teks, mereka mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan paling sesuai.

Teks atau keratan yang digunakan hendaklah sesuai dengan peringkat murid yang hendak diuji.

Menurut Oller (1979) dalam Abdul Aziz (1996:104) menyatakan bahawa ujian kloz yang standard biasanya menggunakan keratan bacaan yang tidak kurang daripada 250 patah perkataan
Bagi kegunaan sekolah rendah, keratan bacaan yang panjang antara 100-160 patah perkataan.

BAHASA MALAYSIA Latihan Kefahaman Bacaan Tahun 5 Masa : 30 minit Arahan: dalam petikan yang berikut beberapa perkataan telah dikeluarkan, baca keseluruhan petikan dan cuba fahamkan ceritanya. Kemudian, penuhkan tempat-tempat yang telah dikosongkan. Satu tempat kosong adalah untuk SATU perkataan sahaja. Perkataan yang bersengkang seperti murid-murid: dianggap sebagai satu perkataan sahaja. MENJAGA HATI DAN PERASAAN KAWAN

Jika kita ingin mengekalkan persahabatan kita dengan kawan-kawan maka kita hendaklah menjaga hati dan perasaan mereka. Kerosakan hati sahabat itu (1) __________ parah daripada luka di tubuh badan yang (2) __________ akan sembuh juga walaupun luka (3) _________ meninggalkan parut. Luka di dalam (4) __________ amat sukar untuk sembuh. (5) _________ yang peribadi tinggi atau yang (6) __________ mulia sentiasa berwaspada dalam (7) _________ dan juga perbuatan mereka (8) __________ tidak menyinggung hati dan (9) _________ sahabatnya. Sebagai manusia (10) tanpa kita sedari, pertuturan (11) _________ telah menyinggung hati dan (12) _________ kawan-kawan kita. Keadaan ini (13) _________ menimbulkan permusuhan. Malah ada kalanya (14) menyebabkan terputusnya hubungan atau (15) _________. Jika kita panda menjaga (16) _________ dan perasaan kawan, maka (17) _________ tentulah kawan kita juga (18) _________ berusaha menjaga hati dan (19) _________ kita. Ini akan menyebabkan (20) _________ persahabatan kekal dan (21) _________. Dalam pergaulan, memanglah soal ini (22) _________ penting. Jika kita pandai (23) _________ hati dan perasaan sahabat (24) _________kemungkinan besar mereka juga (25) _________ turut memelihara persahabatan tersebut. (26) _________ ini bukanlah hanya untuk sendiri sahaja, tetapi saling (30) _________ di antara satu sama lain.

Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada pembaca. Kemahiran menulis mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran berbahasa yang lain seperti kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca. Seseorang yang ingin menguasai kemahiran menulis mestilah mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi, ejaan, tanda bacaan dan mahir menggunakannya dalam ayat.

Oleh itu, perancangan kemahiran menulis haruslah dirancang dengan teliti agar pelajar mampu menyampaikan idea dengan tepat, jelas dan berkesan. Pada peringkat sekolah rendah, penilaian kemahiran menulis dibahagikan kepada 3 peringkat.

1. 2. 3.

3 peringkat : Peringkat Pratulisan Tulisan Mekanis Tulisan dan Karangan

aktiviti pergerakan tangan, koordinasi matatangan. Ini dapat melatih murid membuat bentuk-bentuk tertentu spt bulatan, tiga segi, empat segi aktiviti sebegini membantu guru memastikan murid sama ada murid sudah mempunyai kesediaan belajar menulis / sebaliknya.

bertujuan untuk mengukur kebolehan dan kecekapan murid dalam mengenal hurufhuruf yang terdapat dalam sistem ejaan, membentuk huruf- huruf & menggabungkannya menjadi perkataan dengan tulisan yang jelas & tepat. Terdapat beberapa teknik penilaian yang boleh dilaksanakan.

Antara tekniknya :
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Menyambungkan garis-garis Memadankan Menyalin Mengisi ruang / petak kosong Melabel gambar Menamakan gambar Membentuk perkataan daripada suku kata

Penulisan karangan meliputi bidang yang amat luas & aspek yang dinilai untuk kemahiran ini juga amat luas.

Walaubagaimanapun, bagi tujuan menilai kemahiran ini dalam kalangan murid sekolah rendah, kemahiran ini boleh dibahagikan kepada 2 aspek : 1. Aspek Teknikal dalam penulisan 2. Aspek Kandungan dalam penulisan

Aspek teknikal yang dimaksudkan ialah ketepatan ejaan, kejelasan dan ketepatan penulisan huruf, penggunaan tanda bacaan, penggunaan huruf besar & kecil serta kekemasan tulisan secara keseluruhan.

Ia memberatkan aspek kebolehan murid dalam membina ayat gramatis, menggunakan perbendaharaan kata, menyampaikan buah fikiran dalam bentuk wacana yang utuh, jelas dan mudah difahami. Diantara aspek yang perlu diberi perhatian ialah kesesuaian & ketepatan tatabahasa, ketepatan penggunaan perkataan, kelancaran & kejelasan penyampaian karangan tersebut.

Kemahiran menulis boleh mula diajar hanya selepas kanak-kanak tahu membaca.
Pada peringkat permulaannya, kanak-kanak belajar membaca dan menulis abjad, suku kata dan perkataan. Selepas itu, mereka didedahkan kepada membaca dan menulis frasa dan ayat pendek serta mudah. Menurut A.E.Smith (1959), asas kemahiran menulis sebenarnya bermula dengan kebolehan menulis ayat-ayat yang betul dan menulis paragraf seterusnya berkembang kepada penulisan karangan yang berjenis naratif, deskriptif dan eksposisi. Selepas itu barulah pelajar-pelajar boleh diajar menulis dialog dan puisi.

Menurut Gunn dan Terasaki (1982) dalam Abdul Aziz (1996:122) kelemahan pelajar dalam penulisan terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu:
1. Penggubahan dan penghuraian Ayat yang tidak spesifik. Ayat yang tidak terhurai 2. Penyusunan dan gaya Kurang penyusunan. Kurang penerangan yang logik. 3. Membaca semula dan menyemak Kesalahan tatabahasa. Kesalahan tanda bacaan.

Ujian Jenis Formatif Ujian membina ayat Ujian menyambung ayat. Ujian membina/menyusun paragraf (perenggan). Ujian menulis secara terkawal. Ujian menulis secara terpimpin. Ujian Jenis Sumatif Ujian mengarang secara bebas.

Dalam proses ujian karangan, murid dapat menunjukkan kebolehannya secara keseluruhan.

Dalam proses ujian ini, murid-murid berfikir tentang apa yang akan diperkatakan, lantas melahirkan buah fikiran mereka sebaik-baikknya.
Bentuk soalan karangan sebagai alat ujian yang biasa dikemukakan kepada murid ialah: a) Bebas dan terbuka b) Berstruktur c) Berpandu

Bebas dan terbuka


Memberikan kebebasan yang luas kepada pelajar. Mereka hanya diberikan tajuk-tajuk untuk dipilih.

Dalam soalan jenis ini, murid dikehendaki untuk

memilih isi dan idea daripada pengetahuan sendiri dan menyusun idea serta isi Menulis dengan cara logik dan dapat difahami.

Berstruktur
Soalan jenis ini mengemukakan satu per satu

tentang sesuatu perkara atau proses sehingga menjadi keseluruhan perkara atau proses.
Contoh: internet dapat Menjadi alat hiburan Menambah pengetahuan Menjadi sahabat semasa kesunyian

Berpandu
Soalan jenis ini lazimnya menggunakan bahan

rangsangan seperti gambar, peta, carta dan sebagainya.


Murid dikehendaki untuk menjawab soalan atau

menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan yang telah disediakan


Selain itu, ada juga yang menggunakan rangka

karangan sebagai rangsangan


Contoh: Kepentingan Pusat Sumber kepada pelajar

Ujian penulisan tidak semestinya berorientasikan bentuk soalan perperiksaan kecuali pada peringkat tertentu Sekiranya murid belum berupaya menggunakan dan menyusun kata untuk menghasilkan tulisan, maka penguasaan kemahiran-kemahiran perlu diberikan dan diuji dengan pelbagai bentuk soalan. Dengan cara ini, guru mampu mengesan tahap penguasaan murid-muridnya.

a)

Ujian membina ayat


Gambar (jenis bersiri) boleh digunakan. Gambar dijadikan sebagai rangsangan dalam

membina ayat.
b)

Ujian menyambung ayat


Digunakan bagi menguji kecekapan penulisan

terutama bagi murid yang kurang cekap dalam pembinaan ayat kompleks. Latihan menulis kombinasi ayat boleh membantu murid memahami bahawa ayat ialah satu dasar struktur yang boleh diberikan penerangan.

c)

Ujian menulis ayat dan perenggan


Sebelum menulis karangan, pelajar perlu menguasai

pola ayat dari yang mudah hingga kompleks


Kemahiran ini dikuasai dari peringkat sekolah rendah

tahap 1 dan 2. Pada tahap 2, pelajar harus berupaya membina dan menulis:
Ayat dasar dengan frasa minima Ayat dasar (satu ayat) Ayat dasar dengan keterangan Ayat majmuk dan keterangan Ujian menulis karangan

d)

Latihan meringkaskan karangan


Dapat dimulakan apabila murid sudah mahir menulis

karangan
Memerlukan penguasaan membina ayat-ayat kompleks

untuk menggabungkan ayat-ayat mudah / ayat-ayat tunggal yang pendek dalam karangan
Dimulakan dengan mencari isi-isi penting dalam

karangan. Kemudian, isi-isi berkenaan diolah dengan ayat yang menggambarkan keseluruhan karangan.
Tujuan latihan ini ialah untuk membimbing murid

mengambil nota.

e)

Ujian menulis bentuk-bentuk penulisan.


Surat kiriman,laporan, notis dan sebagainya merupakan

penulisan yang mempunyai bentuk penulisan yang tersendiri. Penulisan jenis ini boleh diuji dengan

1. Soalan yang menghasilkan jawapan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan bentuk penulisan 2. Soalan yang menghasilkan penulisan bentuk itu sendiri seperti menulis kiriman rasmi.

f)

Teknik kloz
Digunakan bagi menguji perbendaharaan kata pada

aspek makna, struktur dan imbuhan. Teknik ini memerlukan pelajar untuk mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Menurut Tuan Jah dan Faridah Nazir(1996:106) terdapat dua cara pemarkahan terhadap hasil penulisan karangan yang biasa dijalankan iaitu :
Pemarkahan analitikal

Pemarkahan holistik

Menggunakan sistem poin (markah) yang telah ditentukan bagi setiap soalan. Markah akan diberi dan ditolak mengikut susunan isi, gaya bahasa

Jumlah daripada markah ini akan menentukan kedudukan murid sama ada cemerlang, baik, sederhana, lulus atau gagal.
Pemarkahan ini adalah untuk mengesan dan merekodkan kemahiran tertentu yang dicapai oleh murid. Misalnya kemahiran dalam struktur ayat dan gaya bahasa.

Abdul Aziz (1996) menyatakan bahawa menurut skim pemarkahan yang menggunakan kaedah holistik, seseorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa akan mengukur dan menilai mutu sesuatu karangan berdasarkan tanggapan pemeriksa ke atas keseluruhan karangan.

Kaedah ini mempunyai kelemahan kerana pengukuran dan penilaian yang dilakukan oleh seseorang pemeriksa berbeza antara seorang pemeriksa dengan pemeriksa yang lain.
Pemarkahan jenis ini menggunakan skala 5 mata yakni cemerlang, baik, sederhana, memuaskan dan lemah. Pemarkahan holistik ini lebih sesuai digunakan untuk memeriksa karangan jenis terbuka dan sambutan meluas.

Skala pengukuran 5 (A)

Penilaian

Sifat-sifat karangan

Cemerlang

Karangan menepati tajuk. Bahasanya sangat baik, lancar dan berkesan. Tidak ada atau hampir tidak ada kesalahan bahasa. Struktur ayat dan perbendaharaan kata beragam dan luas. Isinya bagus dan tersusun secara sistematik dan jelas. Perenggan, ejaan dan tanda baca digunakan dengan betul. Keseluruhan persembahan karangan berkesan dan menarik. Pendapatnya matang Karangan berkaitan dengan tajuk. Bahasanya baik. Struktur ayat dan perbendaharaan kata memuaskan. Isinya cukup dan pengolahannya agak menarik. Kemahiran mekanis memuaskan

4 (B)

Baik

3 (C)

Sederhana

Karangan masih berkaitan dengan tajuk. Terdapat kesilapan kecil tatabahasa. Struktur ayat dan perbendaharaan kata agak terhad dan mudah. Isinya hanya mencukupi dan pengolahannya agak sederhana sahaja. Terdapat sedikit kesilapan ejaan
Kurang pemahaman tentang tajuk karangan. Terdapat kelemahan bahasa: tatabahasa dan perbendaharaan kata. Isinya kurang mencukupi. Lemah pengolahannya. Penyusunan juga lemah.

2 (D)

Lemah

1(E)

Sangat lemah Kurang pemahaman tentang tajuk atau tenpesong. Penguasaan bahasa sangat lemah. Kesalahan tatabahasa yang teruk. Isinya tidak mencukupi. Sangat lemah dalam pengolahan dan penyusunan. Keseluruhan karangan tidak menanik dan susah hendak difahami.

11. Struktur dan Gaya Ketepatan tatabahasa, kompleksiti ayat, keragaman struktur dan keberkesanan bahasa. (Markah maksimum = 30) 26 30 Cemerlang 2225 Baik 1721 Sedenhana 1016 Lemah 0 9 Sangat Lemah 2. Isi
Kaitan idea/isi dengan tajuk, keragaman, keaslian, perkembangan dan

huraian idea/isi. (Markah maksimum = 15) 1213 Baik 911 Sederhana 5 8 Lemah 0 4 Sangat Lemah

3. Perbendaharaan Kata Pemilihan kata yang tepat, beraneka dan luas. (Markah maksimum = 15) 14 15 Cemerlang 1213 Baik 9 11 Sederhana 5 8 Lemah 0 4 Sangat Lemah 4. Penyusunan Perkembangan tema/cerita yang logik, sistematik, bertalian dan jelas. (Markah maksimum = 15) 14 15 Cemerlang 1213 Baik 911 Sederhana 5 8 Lemah 0 4 Sangat Lemah

5. Mekanis
Ejaan, tanda baca, perenggan, penggunaan huruf

besar dan huruf kecil. Kebolehbacaan tulisan tangan. (Markah maksimum = 25)

23 25 Cemerlang 1822 Baik 1417 Sederhana 913 Lemah 0 8 Sangat Lemah