Anda di halaman 1dari 5

Karangan Contoh ,

Gejala ponteng sekolah masih menjadi masalah utama dalam sistem pendidikan di negara kita. Bincangkan punca-punca masalah ini berlaku. Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti. Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah muridmurid berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah murid-murid sekolah berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut menyebabkan gejala ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi memiliki sikap tegur-menegur antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anakanak jiran yang didapati ponteng sekolah. Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubungan akrab antara anggota masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak mempunyai semangat kerjasama, masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya. Murid-murid

yang terlibat dengan gejala ini berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh mereka. Hal ini menyebabkan gejala ponteng terus menular. Oleh itu, nyatalah sikap masyarakat yang mementingkan diri turut mencetuskan gejala ponteng sekolah. Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan kerana generasi muda hari ini ialah pemimpin masa depan. (540 perkataan)

Karangan contoh Orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Terdapat punca-punca pelaja ponteng sekolah seperti hilang minat untuk belajar, kurang kasih sayang dan pemantauan ibu bapa dan sebagainya. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbulan Menteri menyatakan bahawa guru tidak pandai mengajar pelajar. Oleh itu, menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah. Guru yang tidak melaksanakan tugasnya dengan betul ibarat makan gaji buta. Punca pertama pelajar ponteng sekolah adalah hilang minat untuk belajar. Kebanyakan pelajar mempunyai pencapaian akedemik yang rendah dan mereka juga malas membuat latihan yang diberikan. Mereka beranggapan bahawa hadir ke sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa melakukan pelbagai kerja seperti belajar dari pagi hingga tengahari, membuat pelbagai latihan dan kerja rumah dan lain-lain. Oleh itu, jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Guru perlu bertegas dengan pelajar sebelum keadaan menjadi seperti nasi menjadi bubur. Punca seterusnya adalah kekurangan kasih sayang dan pemantuan ibu bapa. Ini kerana, sebilangan ibu bapa sibuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka. Sehingga tidak menyedari serta mengambil tahu tentang anak mereka. Terdapat juga perkara lain yang menyebabkan ibu tidak mengambil tahu tentang anaknya seperti hubungan antara ibu bapa dan anak tidak kuat, ibu bapa mengahadapi tekanan dan ibu bapa bercerai. Hubungan antara anak dan ibu bapa akan semakin regang. Selain itu, peraturan ketat juga menjadi punca daripada gejala ponteng. Pelajar yang melakukan kesalahan takut mengahadapi denda di sekolah. Mereka takut akan guru yang garang. Oleh itu, memonteng sekolah supaya dapat mengelak daripada didenda oleh cikgu. Perkara tersebut berlaku kerana guru yang terlalu garang dan peraturan sekolah yang terlalu ketat. Kesalahan kecil seperti tidak membawa buku yang dikehendaki oleh guru ke sekolah turut didenda oleh guru. Ini akan membuat pelajar tidak yakin dan pencapaian akedemik pelajar akan merosot. Pelajar perlulah berfikir masak-masak apabila hendak melakukan sesuatu. Seperti pepatah melayu "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna." Akhir sekali, pengaruh rakan sebaya juga adalah salah satu punca pelajar ponteng sekolah. Di sekolah, terdapat ramai pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya mereka dengan mengikut serta gejala ponteng. Ini kerana, rakan pelajar akan sentiasa mempelawa pelajar tersebut untuk melakukan pelbagai perkara negatif seperti membuli, mencuri dan juga ponteng sekolah. Ini akan membawa impak besar kepada

personaliti pelajar dan pencapaian akedemiknya. Pelajar haruslah berfikir panjang apabila menerima pelawaan rakan supaya tidak menjadi seperti sampah hanyut apabila dewasa nanti. Kesimpulannya, ponteng berpunca daripada pelbagai jenis perkara serta memberi kesan. Pihak sekolah dan ibu bapa mestilah melakukan sesuatu supaya dapat mengelak gejala ponteng. Ini boleh mengurangkan peratusan pelajar yang ponteng sekolah. Pelajar juga hauslah memperbaiki dirinya untuk mendapat kejayaan. Bak pepetah melayu "jika pecahkan rayung, manakan dapat sagunya."

Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan ponteng sekolah. Pada masa yang sama, pelajar juga mesti diberikan kesedaran tentang kepentingan datang ke sekolah dan menjadi pelajar yang cemerlang. Selain itu, pelajar juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa yang banyak berjasa kepada mereka. Program-program kesedaran tentang tanggungjawab pelajar boleh dibuat oleh pihak sekolah dan Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG). Jika pelajar mempunyai kesedaran mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga dan negara, pasti pelajar tidak akan ponteng sekolah lagi. Di samping itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting dalam membendung gejala ponteng sekolah. Hal ini kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa ketika berada di rumah. Oleh Itu, ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah kerana perbuatan tersebut boleh merugikan mereka dan merosakkan nama baik keluarga. Nasihat kepada anak-anak ini perlu diberikan secara berterusan. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa. Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Masyarakat sewajarnya tidak bersikap individualistik dalam hal menangani gejala ponteng sekolah. Pada masa yang sama, lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau. Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng. Media massa juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala pelajar ponteng sekolah. Hal ini kerana keberkesanan media massa dalam mempengaruhi minda memang tidak dapat disangkal lagi. Oleh itu, media elektronik seperti televisyen boleh memaparkan kesan gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi pengajaran kepada mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar. Sebagai pihak yang paling berkuasa, pihak sekolah boleh mengambil dua pendekatan iaitu nasihat dan hukuman. Pihak sekolah juga boleh memberikan nasihat dan kesedaran melalui kempen yang dijalankan oleh guru kaunseling sekolah.

Anda mungkin juga menyukai