Anda di halaman 1dari 12

1.

Pengenalan Teori Huraian Bahasa

Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa tentang konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat. Pemahaman guru bahasa tentangnya membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah,dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya terdapat empat aliran pemikiran mengenainya iaitu teori tatabahasa tradisional, teori struktural, teori transformasi generatif,dan teori fungsional. 1.1 Teori Tatabahasa Tradisional

Merupakan teori yang paling tua. Teori ini telah dipelopori oleh Padini (India) pada abad ke- 15. Kajian bahasa dalam teori ini adalah dibuat terhadap bentukbentuk tulisan. Kajian yang dilakukan oleh ahli bahasa Arab ialah terhadap tulisan Al-Quran manakala orang Hindu pula mengkaji tulisan Sankrit. Menutur pandangan teori ini, bahasa boleh berkembang. Setiap bahasa mempunyai hubungan dengan bahasa induk. Teori ini juga berpendapat bahawa tatabahasa bersifat sejagat dan berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin. Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang meyelidik tarbii alam. . Bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara Kajian yang dilakukan terhadap bahasa bersifat deduktif iaitu mementingkan hukum-hukum sesuatu bahasa. Pengkaji teori ini juga menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat dan kata kerja. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisional adalah lebih kepada aktiviti terjemahan.Unsur penting ketika mengaplikasikan teori ini ialah kemahiran menulis diutamakan. Hal ini kerana kajian yang dilakukan adalah berdasarkan bahan tulisan. Aktiviti terjemahan ditekankan kerana bahasa bersifat sejagat. Selain itu, makna sesuatu perkataan juga ditekankan kerana makna perlu difaahami ketika pertuturan.Kesilapan umum yang dilakukan perlu dibetulkan kerana akan menjadi masalah yang utama. Teori ini juga menyatakan
1

kekecualian hukum dalam bahasa. Hal ini kerana setiap hukum tidak dapat dielak dari kekecualiannya. Manakala penyampaian pengajaran adalah secara deduktif yang mementingkan penghafalan hukum. 1.2 Teori Struktural

Teori ini dipelopori oleh Bloomfield pada abad ke-20. Kajian yang dilakukan adalah mengenai fonem dan mofem serta kaitan antara fonem, mofem dan ayat. Menurut teori ini ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem, arbitari dan untuk perhubungan. Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan

pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat dan ditemui. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pula, teori ini

menggunakan kaedah terus, fonetik, linguistik dan audiolingual.Unsur penting dalam teori ini ialah hafalan struktur ayat yang betul. Lisan juga merupakan unsur penting di dalam teori ini. Pengetahuan tentang fonetik, morfologi dan sintaksis diperolehi daripada contoh-contoh ayat. Selain itu, teori ini tidak mementingkan makna perkataan dan pembelajaran bahasa adalah bersifat mekanis. 1.3 Teori Transformasi Generatif

Teori Transformasi Generatif bermula pada tahun 50-an dan dipelopori oleh Noam Chomsky. Berdasarkan teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang mempunyai sistem tentang rumus-rumus yang abstrak dan bersifat sejagat. Semua kanak-kanak norma mampu menguasainya. Ini kerana manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Bahasa terdiri daripada bunyi (surface structure) dan makna (deep structure). Setiap ayat mempunyai struktur dalaman (makna) dan struktur permukaan (fonetik) yang menghasilkan pertuturan. Setiap bahasa perlu mempunyai satu set rumus fonetik, morfologi, sintaksis dan perbendaharaan kata. Selain itu, bahasa mempunyai rumus-rumus dasar dan rumus-rumus

transformasi. Bahasa adalah kreatif dan penutur yang natif boleh menghasilkan ayat-ayat yang belum pernah didengari. Misalnya, hasilan sajak dan puisi yang
2

menggunakan bahasa yang kreatif. Bahasa juga adalah sejagat. Setiapkanakkanak dapat menguasai bahasa ibunda mereka masing-masing. Pada pandangan ahli bahasa teori ini, pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah membentuk kecekapan bukan kebiasaan. Selain itu, bahasa ialah aktiviti mental. Oleh sebab itu, guru boleh mengambil kira kebolehan semulajadi murid-murid. Pada masa yang sama, guru perlulah menggalakkan murid membentuk pertuturan baharu secara kreatif berdasarkan pengetahuan tentang rumus-rumus bahasa yang diberi bukanlah menghafal ayat-ayat yang diberi semata-mata. Guru juga boleh mengajar murid-murid bentuk-bentuk dasar terlebih dahulu diikuti dengan bentuk-bentuk transformasi mengikut senang kepada sukar. Apabila murid melakukan kesilapan, guru boleh menggunakan kesilapan murid-murid sebagai asas membaikinya kerana kesilapan bukan satu kesalahan tetapi satu proses pembelajaran. Teori ini juga mementingkan penulisan kecekapan. 1.4 Teori Fungsional.

Teori ini bermula pada tahun 60-an sehingga 70-an dan dipelopori oleh Haliday dan Wilkins. Berdasarkan teori ini, bahasa mempunyai struktur tertentu untuk mengambarkan fungsinya sebagai idealism (penyampai idea) interpersonal dan pengucapan umum. Fungsi sosialnya penting untuk membentuk sistem bahasa. Teori fungsional menganggap sistem bahasa adalah terbuka dan dinamik. Bahasa terdiri daripada satu struktur yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu sebagai alat berfikir (idealisme), alat perhubungan dengan orang lain (komunikasi interpersonal) dan alat pengucapan umum. Bahasa juga terdiri daripada variasi-variasi iaitu pelbagai dan berubah-ubah untuk menentukan fungsinya. Misalnya, laras bahasa mengikut situasi, tempat, bidang dan sebagainya. Selain itu, bahasa merupakan alat perhubungan menggambarkan penuturnya. Manakala semantik pula merupakan elemen penting bahasa. Asas kajian bahasa ialah makna bukan sintaksis.

Pengimplikasian teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah menggunakannya dalam situasi sosial secara fleksibel dan spontan. Seseorang murid itu perlu memahami maksud sosial bahasa yang dipelajarinya. Guru juga perlu memastikan sistem bahasa yang dipelajari oleh murid mestilah difahami sebagai sebahagian daripada sistem bersifat komunikatif. Seterusnya, murid sepatutnya boleh menggunakan pelbagai strategi berbahasa untuk menyampaikan makna, unsur-unsur para linguistik dan unsur-unsur supra segimental atau prosodi. Dari aspek membaiki kesilapan murid bahasa pula, guru perlu membaiki bahasa dengan bentuk-bentuk bahasa yang lain. Seseorang murid hanya dianggap cekap berbahasa jika dia menguasai sistem atau hukum tatabahasa dengan sempurna dan boleh menggunakan sistem tersebut dalam situasi sosial.

2.0

Pengenalan Teori Pemerolehan Bahasa

Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikut pembelajaran yang seterusnya. Namun begitu ada dikalangan pelajar masih belum dapat menguasai kemahiran ini dengan berkesan terutamanya kemahiran membaca. Oleh itu, sebagai guru bahasa yang berkesan, kita perlu tahu cara kanak-kanak mempelajari bahasa.Seseorang guru harus tahu memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan tatacara kanak-kanak memperoleh dan mempelajari sesuatu bahasa. Teori

pemerolehan bahasa terdiri daripada empat jenis iaitu teori Behavioris, teori Kognitif, teori Mentalis dan teori Interaksionalis.

2.1

Teori Behavioris

Teori ini dipelopori oleh Skinner, Pazlov dan Thondike. Behavior merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran. Menurut teori ini proses pembelajaran bahasa menekankan latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Ganjaran seperti pujian, pelukan dan lain-lain boleh merangsang kanak-kanak untuk bercakap serta mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Selain itu, pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta. Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta suasana dalam bilik darjah. Teori ini mementingkan kemahiran lisan manakala kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua terpenting. Oleh itu bahasa merupakan satu tabiat atau kebiasaan dimana guru perlu mengutamakan latih tubi. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bermula dengan pola yang mudah kepada yang lebih sukar agar murid-murid memahami tajuk yang dipelajari. Selain itu, guru juga perlu kreatif menyediakan bahan rangsangan bagi menarik minat murid-murid dalam mempelajari sesuatu tajuk yang disampaikan. Guru juga perlu menyediakan ganjaran sebagai usaha untuk muridmurid mengulangi tabiat yang baik agar menjadi satu kebiasaan. Guru juga merupakan contoh atau model yang terbaik untuk diikuti oleh murid-murid. Oleh itu, setiap perbuatan atau percakapan guru akan dicontohi dan menjadi ikutan murid-muridnya. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan penting dalam menggunakan bahasa yang betul untuk dicontohi murid. 2.2 Teori Kognitif

Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget dan Gestalt. Teori kognitif merupakan proses mental yang memainkan peranan penting untuk memperoleh bahasa, khususnya bahasa pertama (ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan khusus untuk mendengar, mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar serta
5

memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat singkat iaitu empat hingga lima tahun sahaja. Pembelajaran bahasa ialah proses mental (berfikir). Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) dan bukan bergantung pada latihan giat semata-mata. Kesalahan yang dilakukan murid bukan kegagalan tetapi percubaan yang baik. Teori ini juga menyatakan kanak-kanak belajar berdasarkan konsep cuba jaya di mana murid-murid diberi peluang untuk mencuba sesuatu contohnya soalan sehingga berjaya melaksanakannya. Guru pula berperanan member latihan yang bukan berbentuk kebiasaan yang automatis tetapi member latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus-rumus yang dibentuk. Teori ini juga mengutamakan tulisan dan bacaan kerana ia sebagai peneguhan kepada lisan. Oleh sebab itu, guru perlu mengutamakan penulisan dan pembacaan. 2.3 Teori Mentalis

Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut beliau, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Kanak-kanak

mendengar bahasa di persekitaran mereka. Berdasarkan situasi sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk konsep dan rumus tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya menguasai bahasa dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu mengajar bahasa secara deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung dan berstruktur. Pada masa yang sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat menghasilkan ayat-ayat baharu. Selain itu, guru digalakkan member peluang kepada murid untuk berfikir ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini membolehkan mereka dapat membina konsep dan makna. Selain itu, mereka juga perlu didedahkan dengan bahan sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-adakan. Pengajaran
6

dan pembelajaran bahasa juga mementingkan kemahiran membaca dan menulis tanpa mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur. Dari aspek member latihan pula, guru perlulah member latihan-latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif. Selain itu, guru digalak menyedarkan kesilapan murid dan menggalakkan murid membaiki kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan rumus yang telah dipelajari. 2.4 Teori Interaksionalis

Teori ini dipelopori oleh Halliday. Teori ini menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Sebagai ahli masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. Ketika kanakkanak berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini lebih member penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat adalah penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh sebab itu, makna dan tatabahasa diajar serentak. Murid juga harus didedahkan kepada situasi linguistik untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam interaksi yang berkesan. Guru perlulah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik supaya dapat memberi makna kepada murid. Dari aspek kesilapan yang dilakukan oleh murid, guru tidak perlu membaiki kesilapan bahasa murid. Guru hanya menyedarkan murid sama ada bentuk atau struktur yang mereka guna itu betul atau salah. Kemudian, guru meminta mereka membetulkan sendiri. Guru juga boleh menggunakan teknik latih tubi yang bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur ayat.

3.0 Bil 1.

Banding beza antara Teori Huraian Bahasa dengan Teori Pemerolehan Bahasa. Teori Huraian Bahasa Dikenali sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa. Teori Pemerolehan Bahasa Proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya dan proses ini berlaku di dalam otak kanak-kanak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya.

2.

Menurut teori tradisional:

Menurut teori Behaviorisme:

a) Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan. b) Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tepat. 3. Menurut teori Tradisional:

a) Teori ini menekankan peri laku, dan individu banyak balajar melalui pengalaman lampau serta persekitaran. b) Bagi golongan behavioris, pengguasaan bahasa tidak memerlukan daya mental tetapi diperolehi melalui latihan dan pengulangan. Menurut teori Behaviorisme:

Kajian bahasa dibuat secara deduktif iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberi contoh.

Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahasa merupakan proses mekanis dan tiada kena-mengena dengan fikiran atau daya mental.

4.

Menurut teori Struktural: Bagi ahli-ahli bahasa struktural, bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrary untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep untuk berkomunikasi.

Menurut teori Mentalis:

Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.

5.

Menurut teori Struktural:

Menurut teori Mentalis:

Mereka berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan mereka berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran.

Sejak dilahirkan kanak-kanak telah mempunyai alat pemerolehan bahasa ( Language acquisition device/LAD ) yang membolehkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi menguasai bahasa.

6.

Menurut teori Tranformasi Generatif:

Menurut teori Mentalis:

Kajian tranformasi generative dibuat berasaskan kenyataan bahawa seseorang penutur natif (jati) sesuatu bahasa berkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengar kerana manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.

Golongan mentalis berpendapat bahawa manusia mempunyai kompetens ( rumus yang ada dalam mental manusia ) dan prestasi (aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia) bahasa.

7.

Teori Fungsional berpendapat:

Teori Interaksionalis berpendapat:

Kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentukbentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka mempunyai keperluan dengan ahli masyarakat dalam persekitarannya.

8.

Teori Fungsional berpendapat:

Menurut teori Interaksional:

Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantic dan bukannya hubungan sintaksis.

Pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi daripada perkembangan kognitif.

10

4.0

Banding beza antara strategi, kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu. Strategi Pengajaran Kaedah Pengajaran Teknik Pengajaran

1) Definisi

Merujuk cara atau langkah atau tindakan yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

Satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

2) Konsep

Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta

Terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang

Suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.

turutan pendekatan dan kaedah mempunyai urutan yang itu dilaksanakan. tertentu.

11

3) Jenis-jenis

Berpusatkan guru Berpusatkan murid Berpusatkan bahan Berasaskan projek

Kaedah Natural Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah Terus Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah Linguistik Kaedah Kod Kognitif Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah Oral Aural

Teknik Drama Teknik Permainan Bahasa Teknik Perbincangan Teknik Bercerita Teknik Latih Tubi

12

Anda mungkin juga menyukai