Anda di halaman 1dari 41

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM
PERAK DARUL RIDZUAN

TUGASAN KUMPULAN: INTERVENSI KRISIS

INTERVENSI DALAM KAUNSELING (KKT 3013)

KUMPULAN: C

PENSYARAH: EN ZULKIFLI BIN MAMAT

NAMA NO. MATRIK

NURIZIEN BINTI SHAHARUDIN D028890


NORBAISATUL OMAR D028895
FAIZ FAZANA HAMID D028912
NURHANY BINTI ABD RAHMAN D028887
NURHAFIZAH BINTI LOIS D028908
NOOR AINI BINTI ABD RADIN D028879
SITI HAMIZAH BINTI ROBIAN D028888

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1
1.0 PENGENALAN 1

2.0 KATEGORI 2

3.0 PUNCA- PUNCA 3

4.0 JENIS-JENIS KRISIS 4

5.0 TEORI- TEORI INTERVENSI KRISIS 11

6.0 MODEL INTERVENSI KRISIS 16

7.0 TEKNIK- TEKNIK INTERVENSI KRISIS 21

8.0 STRATEGI INTERVENSI KRISIS 26

9.0 CIRI- CIRI KAUNSELOR 26

10.0 PERANAN KAUNSELOR KRISIS 30

11.0 LANGKAH-LANGKAH INTERVENSI 32

12.0 PENUTUP 36

BibliografI 37

Lampiran 38

2
1.0 PENGENALAN

Krisis merupakan satu titik tolak kehidupan seseorang sama ada mampu untuk
menanganinya dan meneruskan hidup ke tahap seterusnya atau sebaliknya. Krisis terhasil dari
stress dan tekanan dalam kehidupan peribadi seseorang. Stress adalah elemen utama dalam
pembangunan krisis. Manusia mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap stress dan
situasi krisis berdasarkan kemahiran atau tingkahlaku tersendiri, keupayaan untuk menangani,
tahap kematangan dan personaliti.

Bagi sesetengah orang, situasi krisis mungkin berpasangan dengan perubahan


tingkahlaku seperti masalah tidur atau makan berlebihan. Bagi sesetengah orang yang lain
pula, krisis mungkin terjadi dalam bentuk ketidakpercayaan, ketidakmampuan untuk
menangani dan penolakan. Selain itu, juga terdapat yang mengalami perubahan psikologikal
ketika berhadapan dengan krisis seperti peningkatan degupan jantung, berpeluh dan pengsan.

Seseorang yang berada dalam keadaan krisis adalah apabila seseorang itu tidak dapat
menentukan matlamat hidup dengan cara yang biasa disebabkan ada halangan yang besar dan
berat ( Caplan ,1961 ). Intervensi krisis dilakukan apabila berlaku sesuatu keadaan yang
menganggugugat kebajikan diri atau kebajikan orang lain dan satu langkah segera perlu
diambil. Krisis boleh dibahagikan kepada dua iaitu krisi yang boleh diramal dan krisis yang
tidak boleh diramal.

Krisis yang boleh diramal adalah peristiwa atau proses biasa yang berlaku dalam
kehidupan sperti perkahwinan, kehamilan dan persaraan. Krisis yang tidak boleh diramal
adalah peristiwa atau proses yang terjadi secara mengejut dan tiba-tiba. Contohnya krisis yang
tidak boleh diramal adalah jenayah seperti tekanan yang ditunjukkan oleh mangsa jenayah
rogol, pembunuhan dan rompakan bersenjata. Selain itu, malapetaka semula jadi dan berita
mengejut seperti ahli keluarga terlibat dalam kemalangan adalah contoh krisis yang tidak
boleh diramal.

Sejarah krisis secara keseluruhannya dapat dilihat pada empat tahap iaitu suatu
keadaan kritikal terjadi dimana penentuan dibuat sama ada seseorang itu mempunyai
keupayaan untuk menangani krisis tersebut atau tidak. Seterusnya, peningkatan ketegangan
dan persekitaran yang tidak terurus akan menambah kebolehupayaan seseorang dan

3
melahirkan satu tuntutan untuk sumber tambahan untuk menyelesaikan acara adalah
diperlukan. Akhir sekali, petunjuk mungkin diperlukan bagi menyelesaikan masalah
ketidaktentuan personaliti yang besar.

Intervensi pula membawa maksud campur tangan yang boleh digambarkan sebagai
apa yang kaunselor lakukan atau boleh lakukan dalam program bimbingan dan kaunseling
yang komperehensif. Contoh- contoh intervensi adalah perkhidmatan sesi kaunseling sama
ada secara individu, kelompok kecil atau kelompok besar. Selain itu, Program Pembimbing
Rakan Sebaya dan konsultasi juga dikira sebagai intervensi. Pemilihan intervensi kaunseling
yang berkesan melibatkan bilangan faktor yang berbeza, termasuklah bilangan faktor yang
berbeza, penilaian ke atas masalah klien, matlamat yang diinginkan, pemilihan klien, ciri-ciri
personal dan gaya pembelajaran.

Pentingnya intervensi krisis masa kini dalam kaunseling juga dikaitkan dengan
meningkatnya kejadian-kejadian yang boleh menyebabkan berlakunya krisis. Ini adalah
kerana peredaran zaman yang dilalui turut dilimpahi dengan pelbagai masalah seperti
peperangan dan bencana dunia, sebagaimana yang diucap oleh Caplan ( 1964 ) dalam J & G
( 2001 ) apabila sesuatu kejadian dipersepsikan oleh seseorang itu sebagai satu ancaman
kepada keselamatan dirinya untuk memenuhi sesuatu keperluan atau untuk kehidupan yang
bermakna.

Gambar 1: Contoh sesi intervensi krisis

4
2.0 KATEGORI

Terdapat dua jenis kategori dalam intervensi krisis iaitu kategori krisis yang boleh
diramal dan krisis yang tidak boleh diramal.

2.0.1 Krisis Yang Boleh Diramal

Krisis yang boleh diramal adalah peristiwa atau proses biasa yang berlaku dalam
kehidupan. Individu yang mengalami krisis ini boleh mengawal krisis kerana ia boleh
diramal. Oleh itu, inidvidu boleh menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan
yang datang. Antara contoh krisis yang boleh diramal adalah perkahwinan, kehamilan dan
persaraan.

2.0.2 Krisis Yang Tidak Boleh Diramal

Krisis yang tidak boleh diramal adalah peristiwa atau proses yang terjadi secara
mengejut dan tiba-tiba. Antara contoh krisis yang tidak boleh diramal adalah jenayah seperti
tekanan yang ditunjukkan oleh mangsa jenayah rogol, pembunuhan dan rompakan bersenjata.
Selain itu, bencana alam dan malapetaka semula jadi serta berita mengejut seperti ahli
keluarga terlibat dalam kemalangan adalah contoh krisis yang tidak boleh diramal.

3.0 PUNCA-PUNCA KRISIS

Antara punca-punca krisis ialah kekecewaan. Kekecewaan berlaku apabila sesuatu


yang diingini tidak tercapai contohnya kematian seseorang yang dikasihi dan disayangi,
akibat kegagalan dalam mencapai cita-cita atau keinginan terhadap sesuatu, kemiskinan hidup
dan kegagalan dalam hidup. Konflik juga merupakan salah satu punca berlakunya krisis.
Konflik antara individu berlaku kerana setiap individu mempunyai nilai pegangan masing-
masing yang kadang kala tidak sama. Apabila berlaku percanggahan dengan nilai yang
dipegang dengan individu lain maka akan berlakulah konflik sekiranya mereka tidak dapat
bertolak ansur antara satu sama lain. Tekanan hidup yang dilalui oleh individu tersebut
merupakan satu lagi punca berlakunya krisis. Keadaan emosi yang tidak stabil dan negatif

5
serta tindak balas fisiologi yang berlaku dalam situasi individu menerima ancaman terhadap
tujuan dan matlamat yang penting tidak tercapai.

Selain itu, kelesuan juga merupakan antara punca berlakunya krisis. Kelesuaan akan
mengakibatkan individu kurang bergaul dengan masyarakat dan tidak berdaya maju. Hal ini
kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat luar dan pemikiran individu itu sempit
menyebabkan ia mudah menghadapi krisis dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Kelesuaan
berlaku adalah disebabkan sahsiah, sikap, persekitaran, situasi dan peristiwa dalam hidup.
Pengalaman trauma yang dilalui oleh seseorang juga menyebabkan krisis berlaku.
Pendedahan yang keterlaluan yang dialami oleh individu kepada kejadian-kejadian yang
pahit, ngeri dan mengejutkan serta pengalaman-pengalaman yang boleh mengancam
kehidupan individu tersebut adalah antara punca trauma yang akan mengakibatkan krisis
berlaku.

Contohnya individu yang pernah terlibat dalam kemalangan yang dahsyat sehingga
membabitkan nyawa keluarga dan orang tersayang, dia akan berasa takut untuk memandu
seorang diri dan berada di jalan raya. Peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam dirinya
menyebabkan dia trauma dan tidak dapat mengawal dirinya dengan baik. Selain itu, individu
yang pernah dirogol dengan sadis akan berasa takut dan berjaga-jaga dengan lelaki kerana dia
sentiasa memikirkan kejadian yang pernah meragut maruahnya. Dia akan berasa kurang yakin
dengan individu yang ingin mendekatinya dan pengalaman lepas masih tidak dapat dilupakan.
Individu yang trauma ini perlu dibantu agar dapat membentuk keyakinan semula dalam
dirinya bagi meneruskan hidup ini.

4.0 JENIS KRISIS

4.1 Krisis Perkembangan

Krisis perkembangan seiring berlaku melalui perkembangan normal seseorang dalam


kehidupannya. Contohnya ialah waktu seseorang masuk ke sekolah. Ia boleh digambarkan
sebagai peristiwa yang biasanya dialami dalam pertumbuhan dan kematangan.
(Aguilera,1994) dalam Myer (2000). Konsep perkembangan normal yang penting bermaksud
perubahan individu sepanjang masa dalam cara yang diramalkan dengan ”normal” merujuk

6
kepada apa yang biasa bagi kebanyakan orang dalam satu kumpulan umur tertentu sama ada
kumpulan umur bayi, remaja atau lebih daripada umur 60 tahun. Ahli teori perkembangan
juga membuat pemerhatian bahawa kebolehan manusia untuk tumbuh dan berubah dengan
cara yang dijangkakan adalah satu hasil interaksi di antara keperluan psikologi individu
dengan kebolehan, jangkaan sosial, tuntutan, sumber dan peluang (Bronfrenbrenner, 1979,
1989) dalam Myer (2000).

Pertumbuhan yang sihat yang mana memerlukan pencapaian kognitif, emosi dan
tugas-tugas tingkahlaku dan enakmen kejayaan dalam jangkaan peranan sosial, adalah satu
proses yang berlaku hanya dalam konteks untuk mengekalkan persekitaran (Bronfrenbrenner,
1979: Erikson, 1963; Piaget, 1929) dalam Myer (2000). Apabila seseorang bergerak melalui
beberapa tahap (perkahwinan, kelahiran anak, anak-anak meninggalkan rumah, persaraan atau
kematian) dalam kehidupan, mereka akan mengalami krisis untuk menyesuaikan diri dengan
situasi ini. Ia merupakan satu peristiwa di dalam urutan pertumbuhan manusia dan
perubahan yang dramatik atau anjakan wujud yang menghasilkan respons yang abnormal.
Lebih penting peristiwa tersebut, lebih berkemungkinan ke arah tindakan krisis. Lebih sejajar
peristiwa dengan corak penerimaan budaya, kurang reaksi krisis.

Sebagai contoh, krisis perkembangan wujud bila melahirkan anak, bergraduan


daripada kolej, perubahan kerjaya di pertengahan umur, atau bersara. Krisis perkembangan di
anggap sebagai normal, walaubagaimanapun semua orang dan semua krisis perkembangan
adalah unik dan mesti di ukur dan di kendalikan dalam keadaan yang unik. Budaya di negara
barat pula menjangkakan keluar dari rumah dan berdikari hingga mereka sampai ke zaman
dewasa. Walau bagaimanapun, dalam budaya lain, ia lebih diterima untuk tinggal di rumah
dan kanak-kanak tidak diharapkan untuk berdikari.

Oleh sebab itu, jika anak-anak tidak meninggalkan rumah dan bergantung kepada ibu
bapa di Amerika Syarikat, krisis akan terbentuk bagi ibu bapa mereka. Dalam budaya yang
lain, ibu bapa akan mengalami krisis jika anak-anak mereka meninggalkan rumah. Beberapa
teori telah diutarakan untuk menerangkan pelbagai kawasan atau domain pertumbuhan dan
perubahan (kognitif, fizikal, sosioemosi). Erikson (1963), yang fokus kepada perkembangan

7
psikososial, menegaskan bahawa setiap tahap perkembangan terdapat tugas penting atau
konflik yang perlu diselesaikan oleh individu untuk bergerak ke tahap yang seterusnya.
Contohnya, Erikson menyatakan bahawa tugas penting dalam perkembangan kanak-kanak
(umur 6-12 tahun) adalah untuk mengukuhkan ”industri”, atau kebolehan untuk berjaya dalam
cabaran-cabaran baru seperti tugas untuk perhubungan dengan rakan sebaya dan guru dan
pembentukan kemahiran penyelesaian masalah.

Krisis Perkembangan merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi


(perasaan sedih, derita dan sebagainya), tidak dapat untuk mengendalikannya, dan tidak dapat
berfungsi dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan peranan perkembangan.
Secara semula jadinya dalam semua tahap perkembangan berlaku ketegangan atau tekanan
khusus dan berpotensi untuk menghadapi konflik. Bagaimana individu mengendalikannya
bergantung kepada faktor-faktor lain (kewangan, personal, sokongan sosial). Jika individu
tidak dapat mengendalikan semua ketegangan dan menyelesaikan semua konflik dengan
berjaya, krisis perkembangan akan terhasil. Sebagai contoh, tugas perkembangan seorang
kanak-kanak termasuklah belajar untuk berhubungan dengan rakan sebaya dan guru.

Kanak-kanak mungkin mengalami konflik dengan rakan sebaya dan guru. Kesukaran
ini berpotensi untuk membentuk krisis kepada kanak-kanak tersebut kerana penguasaaan
kejayaan peranan rakan sebaya dan pelajar adalah asas kepada jangkaan budaya pada
peringkat remaja untuk membentuk kesedaran kendiri dan identiti. Krisis Perkembangan
mungkin juga muncul dalam pertengahan kehidupan seperti sesetengah individu mengalami
kerisauan, kesedihan atau takut menjadi tua. Individu kemungkinan menjadi sangat tertekan
dengan peralihan perkembangan di mana mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan
perubahan peranan apabila bersara dan mula untuk berdepan secara terus dengan kematian
mereka di mana mereka melihat diri mereka dan orang yang sama umur seolah-olah menolak
kesihatan.

Selain itu, wanita yang telah menghabiskan kehidupannya untuk anak-anak mungkin
mengalami krisis identiti dimana dia melihat anak-anak yang telah dewasa meninggalkan
rumah. Seseorang tidak akan mengalami krisis jika mereka berjaya menyesuaikan diri dengan

8
peralihan hidup. Ia perlu ditekankan bahawa apabila seseorang mengalami krisis
perkembangan, mereka mungkin mengadu atau menunjukkan simptom yang lain. Jadi, remaja
yang mengalami krisis perkembangan mungkin dirujuk kepada rawatan sekiranya
menyalahgunakan dadah atau alkohol. Kaunselor krisis perlu meyedari masalah tingkahlaku
seperti simptom individu yang mengendalikan sesuatu secara beremosi dan krisis
interpersonal yang wujud dalam peralihan perkembangan. Menurut Aguilera (1994), krisis
perkembangan adalah peristiwa yang biasa dialami dalam pertumbuhan dan kematangan.
Konsep perkembangan normal memebawa maksud perubahan individu sepanjang masa dalam
cara yang diramalkan. Perkataan normal merujuk kepada sesuatu yang biasa bagi kebanyakan
orang dalam satu kumpulan umur tertentu samada di peringkat bayi, remaja atau umur
golongan emas.

Selain itu, pemerhatian daripada ahli teori perkembangan juga mendapati bahawa
kebolehan manusia untuk tumbuh dan berubah dengan cara yang dijangkakan adalah hasil
daripada interaksi antara keperluan psikologi individu dengan, jangkaan sosial, tuntutan,
sumber dan peluang (Bronfrenbrenner, 1979, 1989). Pertumbuhan yang sihat memerlukan
pencapaian kognitif, emosi dan tingkahlaku dan enakmen kejayaan dalam jangkaan peranan
sosial merupakan proses yang berlaku hanya dalam konteks untuk mengekalkan persekitaran
(Bronfrenbrenner, 1979; Erikson, 1963; Piaget, 1929).

Apabila seseorang bergerak melalui beberapa tahap seperti perkahwinan, kelahiran


anak, anak-anak meninggalkan rumah, persaraan dan kematian dalam kehidupan, mereka
akan mengalami krisis untuk menyesuaikan diri dengan situasi tersebut. Ia merupakan satu
peristiwa dalam urutan pertumbuhan manusia dan perubahan yang dramatik akan
menghasilkan respon yang abnormal. Keadaan ini akhirnya akan akan menyebabkan
terjadinya krisis. Sebagai contoh, krisis perkembangan biasanya berlaku apabila malahirkan
anak, menerima ijazah, perubahan kerjaya pada usia yang semakin meningkat atau bersara.

Krisis perkembangan sebagai sesuatu perkara yang normal namun semua orang an
semua krisis perkembangan adalah unik dan mesti di ukur serta dikendalikan dalam keadaan
sesuai. Dalam budaya Barat mereka menganggap bahawa anak-anak meninggalkan rumah
untuk berdikari adalah sesuatu yang normal namun bagi kebanyakan budaya meninggalkan
rumah adalah sesuatu perkara yang negatif. Oleh itu, di negara Barat sekiranya anak-anak

9
tidak meninggalkan rumah maka akan terjadinya krisis manakala bagi budaya lain pula akan
timbul krisis apabila anak-anak meninggalkan rumah.

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan untuk menerangkan tentang pertumbuhan


dan perubahan dari segi kognitif, fizikal dan emosi. Menurut Eric Erikson (1963) yang
mengutarakan tentang perkembangan psikososial manusia dan menegaskan bahawa setiap
tahap perkembangan terdapat tugas atau konflik yang perlu diselesaikan oleh individu untuk
bergerak ke tahap seterusnya. Sebagai contoh, pada tahap remaja (umur 13-20 tahun) berlaku
proses identiti dan kecelaruan identiti.

Krisis perkembangan juga merujuk kepada situasi yang mana individu diselubungi
perasaan sedih, derita dan lain-lain yang mana individu tersebut gagal untuk mengendalikan
dan tidak dapat berfungsi dengan sesuai dalam memberi respon terhadap peralihan peranan
yang berlaku. Kebiasaannya, dalam semua tahap perkembangan akan terjadi ketegangan dan
tekanan khusus untuk menghadapi konflik dan untuk mengendalikan sesuatu konflik adalah
bergantung kepada faktor lain seperti kewangan, personal dan sokongan sosial. Jika individu
tidak dapat mengendalikan semua ketegangan dan tidak dapat menyelesaikan masalah atau
konflik yang dialami maka krisis perkembangan akan terhasil.

Krisis perkembangan juga terjadi dalam pertengahan kehidupan seperti sesetangah


individu mengalami kerisauan, kesedihan atau takut menjadi tua. Individu kemungkinan akan
berasa tertekan dengan peralihan perkembangan di mana mereka perlu menyesuaikan diri
dengan perubahan peranan apabila bersara dan mula berdepan dengan kematian. Selain itu,
wanita yang telah menghabiskan kehidupannya untuk anak-anak akan mengalami krisis
apabila melihat anak-anak yang telah dewasa meninggalkan rumah. Seseorang tidak akan
mengalami krisis jika mereka berjaya menyesuaikan diri dengan peralihan hidup.

4.2 Krisis Situasi

Krisis situasi adalah suatu bentuk ancaman yang datang pada satu-satu masa di mana
kita terduga akan kejadian tersebut dan ia sangat menggangu kita. Contohnya kematian orang
yg dicintai. Krisis Situasi adalah peristiwa yang berlaku tanpa dijangka sepanjang kehidupan
seseorang. Kebanyakan krisis biasanya berlaku tiba-tiba dan tidak dapat dikawal. Ciri-ciri

10
atau tanda krisis situasi adalah jelas pada peristiwa luaran. Krisis situasi berlaku dengan tidak
dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana tahap dalam kehidupan individu.

Tiga ciri Krisis Situasi ialah Sudden onset (Permulaan tiba-tiba) adalah apabila
peristiwa yang melanda tanpa memberi amaran awal dan unexpectedness (tidak dijangkakan)
di mana apabila peristiwa berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Ciri
ketiga ialah emergency (kecemasan) bermaksud apabila diancam di dalam cara yang
kemungkinan (fizikal, emosi), ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk mengelakkan
sebarang kecederaan.

Contoh Krisis Situasi yang sesetengahnya mempunyai potensi yang tinggi


menyebabkan trauma termasuklah kemalangan kereta, diagnosis kesakitan yang kronik,
kematian orang tersayang, menjadi mangsa penjenayah, keganasan rumahtangga, rogol atau
penderaan seksual pada zaman kanak-kanak. Krisis situasi termasuklah juga peristiwa yang
boleh memberi kesan kepada lebih daripada seorang pada satu masa iaitu mungkin memberi
kesan kepada keseluruhan komuniti. Contohnya ialah bencana alam seperti banjir kilat dan
taufan yang berpotensi menyebabkan Krisis Situasi.

What makes a situation a crisis situation depends on “how intensely the client views
the problem as intolerable or how much emotional disequilibrium the client experiences.”

Pengetahuan asas tentang peristiwa krisis adalah satu langkah pertama kepada
kaunselor dalam membentuk kemahiran yang diperlukan untuk menolong individu yang
berada dalam krisis. Pengetahuan ini termasuklah memahami definisi intervensi krisis. Kunci
untuk membezakan antara krisis situasi dengan krisis yang lain adalah krisis ini berlaku secara
tiba-tiba, mengejut, mendesak, dan katastropik.Krisis situasi adalah peristiwa yang berlaku
tanpa dijangka sepanjang kehidupan seseorang. Kebanyakan krisis biasanya berlaku tiba-tiba
dan tidak dapat dikawal. Ciri-ciri atau tanda krisis situasi adalah jelas pada peristiwa luaran.

Krisis situasi berlaku dengan tidak dijangkakan dan boleh berlaku pada mana-mana
tahap dalam kehidupan individu. Tiga ciri krisis situasi ialah Sudden Onset (permulaan tiba-
tiba) adalah peristiwa yang melanda tanpa memeberi amaran awal dan tidak dijangkakan dan

11
apabila berlaku individu tidak pernah menimbangkannya secara serius. Selain itu, krisis
situasi juga bersifat kecemasan yang bermaksud apabila diancam dalam cara fizikal dan emosi
ia memerlukan tindakan secara tiba-tiba untuk mengelakkan sebarang kecederaan.Antara
contoh krisis situasi yang mempunyai potensi yang tinggi akan menyebabkan trauma
termasuklah kemalangan kereta, sakit yang kronik, kematian orang yang disayang, menjadi
mangsa penjenayah, keganasan rumah tangga, rogol atau penderaan seksual semasa kanak-
kanak.

Krisis situasi juga termasuklah peristiwa yang boleh memberi kesan kepada lebih
daripada seorang pada satu masa iaitu memeberi kesan kepada keseluruhan komuniti seperti
bencana alam seperti banjir kilat dan taufan.Pengetahuan asas tentang peristiwa krisis situasi
adalah satu langkah pertama kepada kaunselor dalam membentuk kemahiran yang diperlukan
untuk menolong individu yang berada dalam krisis. Pengetahuan ini termasuklah memahami
definisi intervensi krisis. Untuk membezakan antara krisis situasi dengan krisis yang lain
adalah krisis ini berlaku secara tiba-tiba, mengejut dan mendesak.

4.3 Krisis Kewujudan

Krisis kewujudan berlaku apabila seseorang menunjukkan konflik dan perasaan risau
apabila berhadapan dengan isu-isu kemanusiaan yang penting. Krisis kewujudan merujuk
kepada konflik dalaman dan kerisauan yang mengiringi isu penting dalam kemanusiaan,
tanggungjawab, kebebasan, tidak bergantung dan komitmen. Krisis kewujudan mungkin akan
mengiringi kesedaran pada umur 40-an. Perkara tersebut tidak akan menjadi signifikan dan
jelas kepada profesian atau organisasi, contohnya individu yang menyesal pada umur 50 tahun
memilih untuk tidak berkahwin atau meninggalkan ibu bapa di rumah, dan tidak pernah hidup
berasingan dan sekarang telah kehilangan semua kemungkinan untuk hidup bahagia
sepenuhnya dan menjadi orang yang berfaedah atau perasaan merebak dan berterusan pada
umur 60an di mana peringkat individu merasa hidup sudah tidak bermakna, dan mereka
mengelak untuk memenuhkan hidup mereka dengan perkara yang bermakna.

Krisis Kewujudan berlaku apabila seseorang berada dalam situasi seperti saya seorang
yang gagal, saya hampir lulus, tetapi saya belum dapat bayangkan apa yang akan saya
lakukan nanti, saya tidak akan pernah berjaya dalam kerjaya saya, sekarang saya adalah duda,
saya sendirian lagi, “Hidupku tidak mempunyai tujuan”, pernikahanku berakhir dengan

12
perceraian, saya terlalu tua untuk meraih apa yang saya cita-citakan dan saya ditolak kerana
warna kulit saya. Krisis ini berlaku apabila individu itu tidak dapat menerima realiti dan
perkara yang terjadi kepada dirinya dan pemikiran-pemikiran yang negatif dan tidak rasional
yang telah mengganggu kehidupan.

“Existential Crises is inner conflict and anxiety around existential concerns in


examples like time running out, responsibility, choice and accountability, freedom and lack of
meaning. A void remains that cannot be filled in a meaningful way.”
Termasuk dalam kategori krisis ini adalah perkara atau peristiwa mengancam yang
telah terjadi di mana ia akan pulih tetapi memerlukan satu tempoh masa yang cukup lama dan
memerlukan kita sendiri berupaya menerimanyadan kita menyedarinya. Kesedaran yang
berlaku pula adalah hasil daripada perubahan yang berlaku dalam persepsi kita di mana kita
memang boleh menyangkalnya untuk sementara waktu, namun pada suatu ketika dan masa,
kita harus menghadapinya secara realistik jika kita tetap ingin meneruskan hidup dan
memenuhi tuntutan-tuntutannya.

5.0 TEORI INTERVENSI KRISIS

Salah satu kesan sampingan proses pembangunan yang pesat dalam sesebuah Negara
adalah kemunculan masalah sosial dan psikologikal seperti tekanan, penyakit mental dan
bunuh diri. Untuk menangani masalah tersebut maka intervensi krisis amat diperlukan. Krisis
intervensi melibatkan suatu pengurusan situasi krisis yang diakibatkan sesuatu keadaan atau
peristiwa tertentu. Perkhidmatan intervensi adalah bantuan kecemasan yang bersifat
sementara atau hanya untuk jangka masa yang pendek. Kursus ini mencakupi suatu liputan
asas tentang teori krisis dan pelbagai intervensi yang dilakukan terhadap klien. Pelajar juga
didedahkan kepada cara mengetahui perasaan, fikiran, dan tingkah laku klien. Kursus ini juga
membincang strategi dan sumber bantuan kepada individu, kelompok atau komuniti yang
bermasalah demi menolong mereka kembali kepada keadaan keseimbangan atau kestabilan
yang asal.

Berikut adalah teori yang relevan dalam krisis (sebagai satu cara pertolongan yang
terancang). Jasonik (1984) mengkonsepsikan teori krisis ini kepada empat peringkat yang
berbeza : teori krisis asas, teori krisis lanjutan, teori krisis gunaan dan teori ekosistem.

13
5.1 Teori Krisis Asas

Basic Crisis Intervention helped professionals and paraprofessionals identify crisis


situations in those manifesting “pathological” symptoms Previous to this, clients were
labeled as abnormal. Lindeman and Caplan noted that crisis was transitory and was
accompanied by normal grief responses. (Accompany “loss”):

• Preoccupation with the lost one


• Identification with the lost one
• Expressions of guilt and hostility
• Some disorganization in daily routine
• Some evidence if somatic complaints

Out of this theory, clinicians were encouraged to intervene in ways to eliminate the
“affective, behavioral and cognitive distortions that precipitated the psychological trauma in
the first place.”

“What makes a situation a crisis situation depends on “how intensely the client views the
problem as intolerable or how much emotional disequilibrium the client experiences.”

Kajian, penulisan dan ajaran yang di berikan oleh Linderman (1944, 1956)
memberikan pemahaman baru yang profesional tentang krisis. Linderman membantu
kaunselor memberikan intervensi krisis kepada orang yang menderitakan kerana kehilangan
di mana mereka tidak mempunyai diagnosis pathalogi yang spesifik tetapi menunjukkan
simptom pathologi. Teori krisis asas Linderman dan kerja beliau memberikan sumbangan
yang substansif kepada kita dalam memahami tingkah laku klien yang mengalami kesedihan
yang amat sangat akibat mengalami kehilangan sesuatu yang amat berharga di dalam hidup.
Beliau membantu untuk mengenal pasti respons tingkah laku seperti kesedihan yang amat
sangat adalah normal, bersifat sementara, dan boleh berkurang melalui penggunaan intervensi
jangka pendek. Contoh tingkah laku yang biasa kepada orang yang mengalami krisis
termasuklah terlalu leka dengan kehilangan, identifikasi kepada kehilangan, mengespretasikan
rasa bersalah dan permusuhan, rutin harian yang tidak tersusun, dan bukti terhadap rungutan

14
somatik.( Jasonik, 1984). Linderman menyangkal persepsi lazim yang menyatakan bahawa
klien yang menunjukkan respons krisis patut dirawat sebagai seorang yang abnormal atau
bermasalah pathalogi.

Linderman memfokuskan kepada resolusi segera untuk kesedihan selepas kehilangan,


Caplan (1940) pula memperkembangkan idea yang di bina oleh Linderman kepada
keseluruhan faktor dalam kejadian yang traumatik. Caplan melihat krisis sebagai sesuatu
perkara yang terhasil daripada halangan yang wujud kepada matlamat hidup di mana ia tidak
boleh di atasi oleh tingkah laku yang biasa. Halangan ini boleh muncul dalam perkembangan
hidup seseorang dan situasi tertentu. Linderman dan Caplan menguruskan intervensi krisis ini
mengikut trauma psikologi yang menggunakan paradigma keseimbangan dan
ketidakseimbangan. Peringkat dalam paradigma Linderman adalah, keseimbagan yang
terganggu, terapi ringkas atau tugas kesedihan, tugas klien dalam melalui masalah dan
kesedihan, dan keseimbangan (Jasonik, 1984). Caplan menghubungkan konsep dan peringkat
yang di perkenalkan oleh Linderman kepada semua perkara dalam perkembangan dan situasi
dan memperkembangan intervensi krisis kepada menghapuskan herotan dalam kognitif,
emosi, dan tingkah laku yang menjadi punca utama kepada trauma psikologi.

Kerja yang dilakukan oleh Linderman dan Caplan ini memberikan dorongan dalam
penggunaan strategi intervensi krisis dalam kaunseling dan terapi ringkas dengan orang yang
menunjukkan reaksi manusia biasa terhadap perkara yang traumatik. Teori krisis asas,
mengikut kaedahnya adalah memfokus kepada membantu orang yang tidak wajar yang
disebabkan oleh perkara yang traumatik.

Semua manusia pernah merasai pengalaman yang traumatik dalam hidup mereka.
Walaupun tidak menjadi tekanan atau keadaan kecemasan, trauma dalam diri mereka.
Walaupun tidak menjadi tekanan atau keadaan kecemasan, trauma dalam diri mereka boleh
menyebabkan krisis. Apabila perkara yang traumatik itu dengan subjektifnya dlihatkan
sebagai satu ancaman kepada pemenuhan keperluan, keselamatan, atau kewujudan yang
bermakna maka individu itu akan memasuki tahap krisis (Caplan,1964). Krisis juga diiringi
oleh ketidakseimbangan sementara, dan mengandungi potensi dalam perkembangan manusia.
Resolusi dalam menghadapi krisis mungkin akan membawa kepada hasil yang positif dan
membina seperti peningkatan diri dalam menyelesaikan masalah dan penurunan kepada
perkara yang negatif seperti merosakkan diri dan tingkah laku yang tidak betfungsi.

15
5.2 Teori Krisis Lanjutan

“Adaptational Theory: The crisis is “sustained through maladaptive behaviors, negative


thoughts and destructive defense mechanisms.” The basic premise is that the crisis will
recede when the person learns more adaptive ways of dealing with the crisis.”

Teori krisis lanjutan ini dibangunkan kerana teori terlalu bergantung kepada
pendekatan psikoanalisis sahaja, ia tidak menjelaskan sacara mencukupi tenang faktor
sosial,persekitaran dan situasi yang juga boleh menyebabkan timbulkan krisis. Sebagai teori
krisis dan intervensi yang diperkembangkan. Ia menjadi lebih halus jelas tentang
pendekatannya, iaitu pendekatan yang mengenal pasti faktor yang mempengaruhi, punca
utama atau agen penyebab krisis. Contoh utama dalam batasan pandangan ini adalah,
diagnosis yang salah oleh pengamal yang pertama kali bertemu dengan mangsa gangguan
seksual yang sebelumnya mengalami pathalogi di mana krisis tersebut menjadi sebab dia
berada di dalam trauma. Teori krisis dan intevensi telah berkembang dan menjadi lebih jelas
apabila memberikan kombinasi yang tepat dalam perkembangan sosiologi, psikologi,
persekitara dan situasi yang terlibat.

5.2.1 Teori Psikoanalisis

“Psychoanalytic Theory: Disequilibrium occurs because of something suppressed in the


person’s unconscious or past emotional experiences.”

Teori Psikoanalisis diaplikasikan dalam teori krisis lanjutan, ia berdasarkan kepada


pandangan tentang ketidakseimbangan yang mengiringi krisis seseorang yang boleh difahami
melalui mendapatkan maklumat tentang pemikiran bawah sedar individu dan pengalaman
emosi yang lepas. Teori psikoanalisis mengandaikan bahawa sesetengah lekatan pada
peringkat awal kanak-kanak adalah penjelasan yang utama kenapa sesuatu itu menjadi krisis.
Teori ini boleh digunakan untuk membantu klien membina celik akal yang dinamik dan
tingkah laku mereka sebagai penyebab krisis yang berlaku ke atas diri mereka.

5.2.2 Teori Humanistik

16
Teori humanistik adalah dibina berdasarkan pelbagai dimensi. Cormier dan Hackney
(1987) memerihalkan sebagai peningkatan estim kendiri iaitu keterbukaan, kepercayaan,
perkongsian, keselamatan, penerimaan tanpa syarat, empati yang tepat, dan ketulenan. Intipati
dalam teori humanistik ini adalah manusia tidak mampu menyimpan krisis masalah peribadi
ini selamanya sekiranya mereka percaya terhadap diri mereka dan orang lain serta mempunyai
keyakinan yang mereka mampu untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan dapat
menyelesaikan masalah.

Beberapa psikolog pada waktu yang sama tidak menyukai uraian aliran psikodinamika
dan behaviouristik tentang kepribadian. Mereka merasa bahwa teori-teori ini mengabaikan
kualitas yang menjadikan manusia itu berbeda dari binatang, seperti misalnya mengupayakan
dengan keras untuk menguasai diri dan merealisasi diri. Di tahun 1950-an, beberapa psikolog
aliran ini mendirikan sekolah psikologi yang disebut dengan humanisme.

Psikologi humanistik mencoba untuk melihat kehidupan manusia sebagaimana


manusia melihat kehidupan mereka. Mereka cenderung untuk berpegang pada prespektif
optimistik tentang sifat alamiah manusia. Mereka berfokus pada kemampuan manusia untuk
berfikir secara sadar dan rasional untuk dalam mengendalikan hasrat biologisnya, serta dalam
meraih potensi maksimal mereka. Dalam pandangan humanistik, manusia bertanggung jawab
terhadap hidup dan perbuatannya serta mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk
mengubah sikap dan perilaku mereka

Apabila seseorang berunding tentang penilaian kendiri dengan orang lain, mereka
akan lebih bergantung kepada orang lain untuk mengesahkan siapa diri mereka. Oleh sebab
itu selagi individu mengekalkan lokus kawalan luaran, krisis akan muncul. Matlamat akhir
dalam teori humanistik adalah membawa kuasa penilaian kendiri balik kepada individu
tersebut, membolehkan dia berupaya untuk kembali mengawal kehendak diri dan membina
kebolehan untuk mengambil apa saja tindakan yang diperlukan untuk mengatasi situasi krisis.

5.2.3 Teori Kewujudan

Teori kewujudan berfokus kepada krisis klien yang merasa keseorangan di dalam
dunia serta merasa bimbang di dalam keseorangan ini. Penteori Kewujudan melihat manusia
sebagai berupaya mencapai kesedaran kendiri yang membolehkan mereka berfikir dan
membuat keputusan. Lebih tinggi kesedaran mereka kemungkinan mereka mencapai

17
kebebasan juga lebih tinggi. Kebebasan untuk memilih daripada alternatif adalah menjadi satu
tanggungjawab. Hal ini memberi implikasi bahawa seseorang itu bertanggungjawab ke atas
kewujudannya dan destinasinya, dia bukan hasil dari kuasa pelaziman yang ditentukan.
Kesedaran untuk kebebasan dan bertanggungjawab menyebabkan bimbang tentang
kewujudan seseorang yang menjadi asas sifat semulajadi manusia lalu menimbulkan krisis.
Mengetahui bahawa seseorang itu perlu memilih tanpa mengira kesannya, menyebabkan
krisis kebimbangan. Krisis kebimbangan tentang kewujudan juga adalah hasil daripada
kesedaran tentang kematian kerana sedar bahawa manusia mempunyai masa terhad untuk
merealisasikan potensi diri.

5.2.4 Teori Kognitif Tingkah laku

Satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia memperoleh dan berubah sikap
mereka apabila bertindak ke atas komunikasi berbentuk pemujukan. Teori memberi fokus
kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan sekadar memberi tindak balas
terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga menggerakkan pemikirannya terhadap
maklumat tersebut. Apabila seseorang menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba
memberi mesej tentang sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung kaitkan dengan
pengetahuan sedia-ada, menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif terhadap
maklumat yang diterima. Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada
tahun 1930 an. Kajian beliau adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap ini
berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi.

Teori ini menekankan kepentingan pemikiran kognitif terutamanya pemikiran yang


tidak produktif dan tidak berfungsi. Terapi kognitifnya berkesan sebagai rawatan jangka
pendek terutamanya dalam menangani krisis kemurungan dan stres. Hal ini menunjukkan
krisis intervensi berlaku. Pendekatan kognitif untuk menolong klien menjadi lebih realistik di
dalam menginterpretasikan sesuatu peristiwa yang boleh mengurangkan kesan perasaan
kecewa, sedih bimbang iaitu mengurangkan generalisasi di dalam kes kemurungan dan
mengurangkan projeksi dalam kes kebimbangan.

6.0 MODEL-MODEL KRISIS INTERVENSI

18
Terdapat 3 model asas intervensi krisis yang telah dibincangkan oleh Both Leiner
(1974) dan Belkin (1984). Model-model tersebut ialah Model Equilibrium, Model Kognitif
dan Model Peralihan Psikososial. Model-model ini menyediakan kerja asas dalam semua
strategi dan metodologi (kajian) intervensi krisis. Semua model intervensi krisis adalah
berdasarkan teori. Strickler dan Bonnefil (1974) telah menghubungkaitkan teori krisis dan
pendekatan psikoanalisis dengan psikoterapi melalui isu-isu berikut:

1) Matlamat rawatan adalah menstrukturkan dan meningkatkan kecekapan klien


menghadapi kesukaran untuk menggunakan kemahiran penyelesaian masalah.

2) Sasaran rawatan adalah spesifik dan berkait rapat dengan lingkungan masalah klien
(mengaitkan konflik interpersonal klien dan ketidakfungsian role klien).

3) Tumpuan klien adalah memastikan masalah masih lagi dalam kawalan melalui teknik
pemfokusan masalah secara aktif.

4) Rawatan disesuaikan dengan tahap sedar klien dan konflik emosi separa sedar.
Konflik-konflik tersebut dikendalikan dengan cara mendapatkan rujukan untuk situasi
permasalahan tersebut kemudian memfokuskan kepada apa yang diperoleh.

5) Situasi yang berlaku secara tiba-tiba dikesan dengan segera kerana ia mempengaruhi
pergerakan situasi permasalahan.

6) Modifikasi trait karakter klien dan bentuk personaliti bukanlah objektif utama dalam
rawatan ini.

7) Kebiasaannya, fenomena pemindahan klien terhadap kaunselor intervensi bukanlah


menyumbang kepada sebarang kepentingan terhadap proses terauputik. Namun begitu,
sesetengah pemindahan biasanya menjadi penghalang terhadap rawatan yang
dijalankan.

8) Rawatan adalah berdasarkan maklumat latar belakang yang diperoleh melalui


pengetahuan personaliti, kefungsian ego, dan kefungsian sosialisasi klien.

Prinsip-prinsip penting di atas menyediakan perantaraan di antara teori krisis dan


intervensi. Prinsip-prinsip tersebut juga menjelaskan bahawa prinsip psikologi krisis adalah
asas terhadap latihan klinikal (Belkin, 1984). Maka, penetapan tahap ujian ringkas dilakukan

19
terhadap model-model intervensi krisis seperti equilibrium, kognitif, dan peralihan
psikososial.

6.1 Model Equilibrium

Model ini merupakan suatu model yang ternyata memperihalkan keseimbangan dan
ketidakseimbangan. Manusia yang menghadapi krisis lazimnya menghadapi
ketidakseimbangan dari segi psikologi dan emosi. Maka, mereka akan menghadapi kesukaran
untuk mengendalikan dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang tepat dalam
kehidupan mereka. Matlamat model ini adalah membantu individu mencapai semula
keseimbangan dalam tahap pra krisis (Caplan, 1961).

Model ini juga merupakan suatu model yang sesuai untuk mengatasi intervensi pada
peringkat permulaan iaitu apabila manusia berada di luar kawalan diri, gagal menyesuaikan
diri dan tidak berupaya untuk memilih pilihan yang sesuai dan tepat sehinggalah manusia
tersebut berjaya meningkatkan kebolehan dirinya untuk bertindak. Berpandukan masa yang
tepat, manusia akan memperoleh kestabilan diri, manakala yang selebihnya boleh diperoleh
kemudian. Misalnya, tindakan terbaik adalah menyiasat faktor terpendam yang mendorong
kepada bunuh diri sehingga individu tersebut mampu menstabilkan diri dengan memikirkan
bahawa hidup ini adalah sangat berharga. Ini merupakan model asli intervensi krisis dan
selalunya digunakan pada peringkat permulaan krisis (Caplan, 1961; Leitner, 1974;
Lindermann, 1944).

6.2 Model Kognitif

Model ini berdasarkan kepada kenyataan bahawa krisis adalah berakar umbi daripada
pemikiran yang salah mengenai sesuatu peristiwa atau situasi. Namun, model ini juga bukan
sekadar berdasarkan peristiwa atau fakta mengenai sesuatu peristiwa dan situasi sahaja (Ellis,
1962). Matlamat model ini adalah untuk membantu manusia sedar dan mengubah pandangan
dan kepercayaan mereka mengenai sesuatu krisis. Pegangan asas model ini adalah manusia
boleh memupuk kawalan terhadap krisis dalam kehidupan mereka melalui perubahan cara
berfikir terutamanya mengenalpasti dan mempertikaikan ketidakrasionalan dan kekalahan diri
mereka. Selain itu, manusia mampu mengekalkan dan memfokuskan kerasionalan dan elemen
penghargaan diri dalam proses pemikiran mereka.

20
Transcrisis: the original crisis event becomes submerged into the unconscious
andre-emerges when anxiety is re-experienced. A woman who experienced rape
willre-experience problems with being sexually intimate with a man and
experience problems in intimate relationships. Transcrisis points are stressful
situations a person encounters after the crisis that perpetuate the original
trauma—“psychological aftershocks.”
Mesej yang disampaikan oleh manusia yang menghadapi krisis lazimnya akan
berbentuk negatif dan hanya berkisar kepada situasi sebenar. Dilema yang berpanjangan akan
memberi kesan terhadap luaran individu berkenaan, seterusnya menolak sejelas-jelasnya
persepsi dalaman kepada pengucapan kendiri yang negatif.

Akhirnya, pemikiran individu itu sendiri yang menetapkan bahawa tiada syarahan
yang boleh meyakinkan sebarang kemungkinan positif bakal berlaku daripada situasi tersebut.
Tingkah laku mereka akan dipengaruhi oleh pengucapan kendiri yang negatif seterusnya
beranggapan bahawa hidup sudah tiada harapan lagi.

Pada ketika ini, intervensi krisis akan bertindak sebagai sambungan semula pemikiran
individu ke arah positif melalui praktis dan pengulangan kenyataan yang baru mengenai
situasi yang berlaku sehinggalah kenyataan lama yang berunsurkan negatif terhapus. Model
ini merupakan suatu model yang bersesuaian setelah klien distabilkan dan kembali dalam
lingkungan permulaan krisis equilibrium. Komponen asas model ini dapat ditemui dalam
kerja rational-emotive oleh Ellis (1982), pendekatan kognitif-behavioral oleh Meichenbaum
(1977), dan sistem kognitif oleh Beck (1976) dan Beck, Rush, Shaw, Emery (1987).

6.3 Model Peralihan Psikososial

Model ini beranggapan bahawa individu merupakan produk (keluaran) daripada


dirinya sendiri di samping pembelajaran yang diperoleh daripada persekitaran sosial. Ini
kerana, manusia selalunya akan berubah, membangun dan membesar. Persekitaran sosial dan
pengaruh sosial pula adalah secara berturutan mengalami perkembangan. Krisis mungkin
berkait dengan kesukaran dalaman dan luaran seseorang individu (termasuklah psikologikal,
sosial, dan persekitaran).

21
Matlamat model ini ialah bekerjasama dengan klien dalam mentafsirkan kesukaran
dalaman dan luaran yang menyumbang kepada krisis dan menolong mereka (klien) untuk
memilih alternatif yang mampu bertindak terhadap tingkah laku pada masa kini, sikap, dan
penggunaan sumber daripada persekitaran. Gabungan unsur dalaman yang sesuai akan
bertindak dengan mekanisme, sokongan sosial dan sumber daripada persekitaran untuk
membantu klien mencapai kawalan autonomous klien (hidup tanpa krisis).

Model ini tidak melihat krisis sebagai suatu unsur dalaman yang mudah. Model ini
juga menyentuh bahagian luaran individu dan sentiasa menitikberatkan sistem yang
memerlukan perubahan. Masyarakat kelas atasan, keluarga, pekerjaan, agama dan masyarakat
adalah sebahagian daripada sistem tersebut. Namun, hanya sesetengah dimensi luaran sahaja
yang menggalakkan penyesuaian psikologi. Dengan berpandukan masalah-masalah krisis,
beberapa peningkatan dalam jangka masa panjang akan dipraktikkan, kecuali sistem sosial
yang mempengaruhi individu tersebut mengalami perubahan atau individu tersebut telah
menerima kedinamikan sesebuah sistem. Seperti model kognitif, model peralihan psikososial
nampaknya menjadi paling sesuai setelah klien distabilkan. Ahli teori yang menyumbang
kepada model peralihan psikososial ini termasuklah Adler (Ansbacher & Ansbacher, 1956),
Erikson (1963), dan Minuchin (1974).

Model dalam pekerjaan sosial ini memiliki ciri yang sama iaitu untuk membandingkan
dan membezakan intervensi yang didahului dengan kontrak antara klien dengan pekerja sosial
serta memanfaatkan lingkungan sekitar klien.Secara eksplisit intervensi krisis didasarkan pada
Ego Psikologi Psikodinamik. Fokus dari praktis kepada kedua-dua model ini berbeza. Fokus
kepada intervensi krisis adalah menghentikan gangguan keberfungsian masyarakat yang
normal, sedangkan praktis berpusat tugas (Task Centred) difokuskan pada menetapkan
kategori-kategori dari masalah yang ada. Keduanya mencuba untuk memperbaiki kekuatan-
kekuatan dalam masyarakat dalam menghadapi masalah yang dinyatakan.

Intervensi krisis ini membantu klien dalam membuat penyesuaian diri untuk
memfokuskan sesuat perkara yang utama dan penting dalam usaha mengawal emosi.Apabila
seseorang individu itu menghadapi masalah ia secara idak langsung akan menguatkan
pemikiranya apabila akan muncul masalah di masa akan datang.. Sementara itu dalam Task
Centred difokuskan kepada praktis yang digunakan untuk pemecahan masalah. Inventori
krisis ini merupakan teori yang bersumber dari masalah-masalah yang ada dalam kehidupan,

22
sedangkan Task Centred lebih mengarah kepada proses pemecahan masalah secara pragmatis.
Dalam pekerjaan sosial, intervensi krisis ini dipandang sebagai sebuah teknik umum dalam
menghadapi masalah klien dan relevan dengan semua bidang dalam pekerjaan sosial misalnya
bidang kesihatan.

7.0 TEKNIK- TEKNIK INTERVENSI KRISIS

7.1 Pembaharuan Dan Pertumbuhan

Teknik ini bertujuan untuk membantu klien menyedari kekuatan yang ada dalam diri klien.
Teknik ini lebih kepada melakukannya secara kelompok yang mana setiap individu yang
berada di dalamnya akan memberikan semangat antara satu sama lain, seterusnya dapat
membina pertumbuhan baru dalam diri setiap ahli kelompok tersebut. Di dalam teknik ini
terdapat juga teknik-teknik lain yang digunakan seperti kumpulan pertemuan, kesedaran deria,
meditasi, latihan berkomunikasi dan seni-seni kreatif.

7.2 Teknik Mudah Penerokaan

7.2.1 Probing

Probing ialah satu kemahiran primary atau kemahiran utama dalam melakukan sesi
kaunseling dengan membenarkan kaunselor untuk memulakan dan meneroka cerita dan
permasalahan mereka supaya kaunselor dan klien dapat berkongsi keraguan, kebimbangan,
idea, pengalaman dan perasaan yang sering dirasainya. Kaunselor akan bertanya untuk
mendapatkan maklumat supaya dapat mengetahui apakah sebenrnya permasalahan klien
hingga menggangu emosinya dengan menggunakan kemahiran memfokus serta memberitahu.
Probing ini akan berlaku sekiranya klien sudah bersedia untuk berkongsi apa yang terjadi.
Contohnya :

Kaunselor : “ Kalau boleh beritahu saya apa yang menyebabkan awak berasa sangat kecewa
dan apa agaknya yang boleh kamu ceritakan kepada saya apa sebenarnya yang terjadi”.

23
Probing juga digunakan dalam fasa awal dan secara keseluruhannya intervensi krisis adalah
untuk mendapatkan maklumat terperinci yang sesuai untuk menilai keselamatan klien dan
mengenalpasti keperluan segera dengan menngunakan soalan tertutup. Soalan tertutup penting
untuk mendapatkan maklumat yang spesifik. “Close probes” boleh digunakan apabila
memerlukan untuk mendapatkan maklumat dengan segera, namun dengan menggunakan
“close probes” akan membuatkan klien merasakan kaunselor lebih banyak menyoal
berbanding perasaan ingin menolong dan semakin sukar untuk membentuk perasaan
kerjasama dan bergantung kepada kebolehan diri.

Egan (1994), kejelasan termasuk pengalaman yang spesifik, tingkah laku yang spesifik
dan perasaan yang lebih tepat untuk dirasai dan difahami. “kekaburan dan ketidakjelasan akan
kelihatan”. Bergantung kepada kaunselor untuk membantu menolong klien mencapai
kejelasan untuk mengambil tindakan. Dengan kemahiran empati dan probing, kaunselor akan
membantu klien untuk menyenaraikan atau menyatakan secara spesifik apa yang diingini
sebenarnya. Kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas yang mana dapat
dilihat atau dijelaskan melalui empati dan kombinasi ciri-ciri kaunselor seperti ketulinan,
gabungan kemahiran menolong yang efektif, keinginan untuk menolong. Probes menyatakan
persoalan untuk medapatkan maklumat dalam membantu klien untuk meluahkan dan
menggalakkan klien untuk bercakap dan selesa untuk bercerita, dan untuk mengenalpasti
alternatif penyelesaian dan membina matlamat.

7.3 Teknik Membangunkan Perkembangan Hubungan

Salah satunya ialah menerima dan mendengar dengan aktif. Mendengar dengan aktif
terhadap apa yang klien katakan secara verbal dan nonverbal merupakan langkah pertama
untuk menguasai intervensi krisis. Pendengaran yang sebenar adalah termasuk memerhati,
mendengar dan memberi respon terhadap tingkah laku nonverbal klien, mesej verbal, dan
konteks atau cara klien yang dipengaruhi oleh konteks di mana mereka tinggal, bergerak dan
orang yang berhampiran dengan mereka.

Egan (1994), menegaskan kaunselor agar sedar tentang bayangan sebenar klien. Beliau
menyatakan contoh mendengar dengan tidak aktif ermasuklah “mendengar dengan menilai”
(evaluate listening), di mana kaunselor menilai apa yang telah klien katakana, mendengar
dengan menapis (filtered listening) dimana kaunselor membuat tapisan terhadap apa yang

24
didengar melalui sikap ‘bias’nya sendiri, “fact centered” iaitu kaunselor memberikan respon
yang dominan lebih kepada perasaan bersalah terhadap kekecewaan klien. Setiap kemahiran
mendengar ini biasanya bermasalah dalam keadaan krisis, apabila kaunselor kadang-kadang
mendengar dan memberi respon cepat dan secara aktif dan apabila kedua-dua situasi dan
keadaan klien sedang semangat untuk bercerita.

“Attending” adalah pelengkap kepada kemahiran mendengar termasuklahdari aspek verbal


dan nonverbal. Penerimaan terhadap tingkah laku nonverbal memerlukan kaunselor
mempunyai “eye contact” yang bagus, ekspresi muka, dan menerima perasaan klien, serta
postur badan yang menunjukkan kesedaran terhadap apa yang klien mahu. Pengetahuan
tentang beberapa perkara seperti perbezaan budaya dalam “eye contact” atau sensitiviti
terhadap keadaan klien yang tidak selesa dengan kerapatan fizikal akhirnya menyatakan
bagaimana keberkesannya kaunselor berinteraksi secara nonverbal dengan individu tersebut.

Penerimaan terhadap aspek tingkah laku termasuklah menggunakan kemahiran


menggunakan parafrasa. Bersama-sama dengan kemahiran empati, kaunselor memberi
maklum balas terhadap apa yang ingin klien sampaikan untuk menunjukkan kefahamannya
tentang penceritaan klien. Parafrasa yang afektif adalah apabila kaunselor menyatakan idea
itama dan memberikan maklum balas yang pendek serta tepat terhadap mesej utama yang
ingin disampaikan oleh klien.

Pada dasarnya empati adalah bagaimana untuk bersama klien dengan kemahiran yang
spesifik. Ini bermaksud, kita memasuki kehidupan orang lain untuk sementara waktu,
bergerak bersama-sama tanpa membuat sebarang penilaian. Empati dalam intervensi krisis
menyediakan kaunselor untuk sanggup dan boleh meninggaklan sebentar perasannya dan
cuba untuk mengalami perasaan klien tanpa menghilangkan matlamat sebenar yang ingin
dicapai. Bagi memastikan keberkesanan empati, peril dilakukan dengan komunikasi
nonverbal dan membenarkan maklum balas yang tepat dan aktif dengan perasaan. Empati
memerlukan untuk menyatakan emosi sebenar kandungan mesej yang tepat untuk memberi
respon yang tepat dan efektif terhadap apa yang klien sampaikan.

Empati tidak sama dengan simpati atau perasaan bersalah terhadap klien. Buka juga
projeksi atau membuat anggapan terhadap respon emosi seseorang klien. Tambahan pula,
seseorang pendengar yang empati perlu memberi reaksi emosi yang selaras dengan espon

25
emosi klien yang berada dalam keadaan krisis. Memberi respon terhadap empati berlaku
apabila kaunselor memilih untuk meletakkan perasaannya sama dengan klien untuk
memahami pengalaman dan saling memberi respon terhadap emosi klien. Penerimaan,
mendengar dengan aktif dan kemahiran memberi respon mempunyai dua tujuan yang asas.
Pertamanya, membolehkan kaunselor untuk membentuk perhubungan dimana klien akan
merasakan dihargai dan difahami. Empati dapat memelihara dan meneruskan perhubungan
menolong dan dengan adanya perasaan empati dapat menjadikan satu keadaan perhubungan
saling menolong. Dalam masa sama, kemahiran ini akan memudahkan klien untuk berkongsi
cerita sebenar.
7.4 Probing.

Probing adalah kemahiran utama yang membenarkan kaunselor untuk mengeluarkan


cerita dan membolehkan mereka untuk berkongsi keraguan, idea, pengalaman dan perasaan
semasa menjalankan sesi intervensi krisis. Probing termasuklah dalam pertanyaan kaunselor,
pertanyaan untuk maklumat dan kemahiran memfokus serta memberitahu kepada klien
tentang sesuatu perkara. Probing kaunselor akan kelihatan apabila kaunselor meminta klien
untuk berkongsi apa yang terjadi kepada dirinya sehingga dianggap mengganggu dirinya. Hal
ini kerana klien mungkin tidak bersedia untuk meluahkan masalah yang dihadapi dan mereka
beranggapan belum tiba masanya untuk mereka membongkarkan apa yang ada dalam diri
mereka sendiri.

Sebelum kaunselor membuat probing, kaunselor perlu melihat kepada tanda-tanda


yang ditunjukkan oleh klien melalui gerakan non verbal seperti pergerakan badan, ‘eye
contact’ dan sebagainya. Kaunselor perlu peka dengan tanda yang ditunjukkan oleh klien.
Antara perkara yang perlu diambil berat oleh kaunselor ialah faktor kekaburan dan
penghakiman. Contoh kekaburan yang mungkin dihadapi oleh klien ialah apa yang mereka
cakap selalunya tidak sama dengan apa yang mereka fikirkan. Mereka menganggap bahawa
apa yang mereka fikirkan adalah perkara yang sudah diketahui oleh kaunselor. Ia boleh dilihat
melalui kata-kata dan perluahan yang dipamerkan oleh klien.

Contohnya jika klien berkata; “Saya tidak tahu”, mungkin menunjukkan


ketidakpastian atau keraguan klien terhadap soalan yang dikemukan. Kaunselor boleh
bertanya klien; “Apa yang mereka tidak tahu?, “Bagaimana mereka tidak tahu? dan
sebagainya. Dengan menggunakan kaedah penyoalan seperti ini akan memandu klien untuk

26
menjawab soalan yang mereka rasa tidak perlu diberitahu. Selain itu, orang lain juga mungkin
sudah membuat keputusan yang memerlukan penilaian atau penghakiman seseorang. Sama
ada mereka atau orang lain telah membuat satu keputusan yang boleh mendedahkan
kelemahan. Sebagai contoh, jika klien berkata “saya tidak dapat lakukan” dan kaunselor perlu
meneroka keadaan klien ketika ini.

Di samping itu, kaunselor juga boleh menggunakan komunikasi secara talian,


contohnya seorang kaunselor akan meminta klien untuk menceritakan tentang situasi dirinya;
“Apa agaknya perkara yang membuatkan jiwa terganggu sebenarnya?”, “Jika awak tidak
keberatan, beritahulah saya bagaimana perkara ini terjadi dari awal hinggalah sekarang”,
“Kalau boleh, beritahulah saya apa sebenarnya yang membuatkan awak kecewa”, atau “apa
agaknya yang boleh kamu ceritakan kepada saya tentang apa yang telah terjadi?”

Probing digunakan dalam fasa awal sesi dan secara keseluruhannya intervensi krisis
adalah untuk mendapatkan maklumat penuh dan terperinci yang sesuai untuk menilai
keselamatan klien dan mengenalpasti keperluan segera klien dengan menggunakan soalan
tertutup. penyoalan secara kerap penting untuk mendapatkan maklumat yang spesifik. “Close
probes” boleh digunakan apabila memerlukan untuk mendapatkan maklumat dengan segera,
namun dengan menggunakan “close probes” akan membuatkan klien merasakan kaunselor
lebih banyak menyoal berbanding perasaan ingin menolong dan semakin sukar untuk
membentuk perasaan kerjasama dan bergantung kepada kebolehan diri. Oleh itu, kaunselor
perlu bijak menggunakan intonasi suara semasa menyoal klien agar mereka mahu berkongsi
dan bercerita tentang masalah yang membelenggu diri mereka.

Menurut Egan (1994), kejelasan termasuk pengalaman yang spesifik, tingkah laku
yang spesifik dan perasaan yang lebih tepat untuk dirasai dan difahami. “Kekaburan dan
ketidakjelasan akan kelihatan”. Bergantung kepada kaunselor untuk membantu menolong
klien mencapai kejelasan untuk mengambil tindakan. Dengan kemahiran empati dan probing,
kaunselor akan membantu klien untuk menyenaraikan atau menyatakan secara spesifik apa
yang diingini sebenarnya.

Egan juga menyatakan bahawa kemahiran kaunselor menggunakan gabungan yang


bijaksana dalam mnggunakan empati dan probes (untuk membantu klien krisis menjelaskan
atau menyatakan pemerhatian atau keraguan dengan lebih konkrit) penting untuk membantu

27
klien melahirkan, meneroka dan menjelaskan kepentingan dan keperluan. Kemahiran
mendengar yang aktif dan memberi maklum balas yang mana dapat dilihat atau dijelaskan
melalui empati dan kombinasi ciri-ciri kaunselor seperti ketulenan, gabungan kemahiran
menolong yang efektif serta keinginan untuk menolong. Probes menyatakan persoalan untuk
medapatkan maklumat dalam membantu klien untuk meluahkan dan menggalakkan klien
untuk bercakap dan selesa untuk bercerita, dan untuk mengenalpasti alternatif penyelesaian
dan membina matlamat.

8.0 STRATEGI INTERVENSI KRISIS

Strategi Pelbagai Kesan.

Strategi ini melibatkan usaha menyokong yang berbentuk intensif. Biasanya


digabungkan dengan rancangan pengubahan tinkah laku yang aktif. Kumpulan iaitu agensi
dan pakar biasanya terlibat dalam strategi pelbagai kesan ini. sokongan persekitaran
digabungkan dengan sokongan hubungan (antara manusia; keluarga). Krisis ini boleh
digunakan sebagai batu loncatan untuk keluarga atau individu yang terlibat menggerakkan
sumber-sumber bagi menghadapi krisis yang seterusnya.

Di dalam proses ini mereka mempelajari pelbagai cara untuk mencegah krisis pada
masa hadapan. Strategi ini juga boleh digunakan untuk orang dewasa yang menghadapi krisis
yang tidak melibatkan keluarga. Mereka boleh pergi ke pusat kesihatan mental untuk
mengikuti rancangan yang telah disediakan serta menerima pemerhatian yang intensif dari
pelbagai kaunselor professional ataupun bukan professional.

9.0 CIRI-CIRI KAUNSELOR

9.1 Kesedaran Kendiri dan Pemahaman Kendiri (Self-awareness and self-


Understanding)

Kaunselor yang profesional perlu mempunyai kesedaran kendiri yang kuat dan
sofistikated termasuklah kesedaran bagaimana untuk berhadapan dengan orang lain dan apa

28
isu yang menyebabkan berlakunya kebimbangan. Tanpa kesedaran dan kefahaman kendiri, ia
akan mengurangkan keberkesanan dalam intervensi krisis. Dengan kesedaran kendiri,
kaunselor krisis dapat membezakan keperluan dan perasaannya sendiri daripada keseluruhan
klien dan lebih membenarkan klien membuat penentuan secara berkesan berdasarkan kepada
persepsi dan pilihan klien.

Dalam memberi pertolongan yang profesional, proses mendapatkan kesedaran kendiri


dan pemahaman kendiri adalah sepanjang hayat. Ia adalah satu proses yang berterusan yang
melibatkan refleksi kendiri dan penelitian fikiran, penglibatan dalam kaunseling secara
personal, dan penyeliaan ke atas kerja profesional seseorang. Kesedaran dan pengalaman
kendiri juga boleh meningkat melalui pengalaman pembinaan kesedaran secara spesifik,
contohnya, menghadiri satu latihan profesional bagi memberi kesedaran kepada diri tentang
budaya.

Kesedaran kendiri termasuklah pemahaman tentang asal sesebuah keluarga seperti


peranan keluarga, corak tingkah laku serta kesedaran tentang perasaan dan keperluan
seseorang. Kesedaran kendiri amat penting bagi semua kaunselor, terutamanya bagi kaunselor
yang menyediakan kaunseling. Ini kerana kaunselor berdepan dengan situasi yang cepat
berubah dan mungkin mengancam kehidupan seseorang yang memerlukan kaunselor untuk
menenangkan dan membantu klien. Sesetengah daripada apa yang klien lihat dan dengar
mungkin mengejutkan, menyedihkan atau megelirukan. Ia memerlukan kaunselor bertindak
dengan cara tersendiri untuk membolehkan kaunselor memilih waktu untuk meneroka klien
dan bila serta bagaimana untuk berkomunikasi dengan klien untuk memberi sokongan
sehingga klien merasa tenang.

9.2 Ketulenan dan Keaslian (Authenticity and Genuineness)

Ketulenan didefinisikan sebagai “perkongsian diri dengan menghubungkannya dalam


keadaan bersahaja, ikhlas, spontan, terbuka dan menggunakan cara yang asli” (Hepworth,
Rooney, & Larsen,1997, p.20). Ia termasuklah kebolehan kaunselor untuk jujur dengan klien
yang memerlukan pertolongan. Keupayaan kaunselor krisis untuk bersikap tenang,
bertimbang rasa, dan objektif tidak bermakna kaunselor melepaskan secara emosional dan
terlalu mengawal.

29
Ini bermakna kaunselor yang menolong secara profesional boleh menghubungkan
seseorang secara personal dan spontan. Rogers (1980) menyatakan bahawa ”appalling
consequences” (akibat yang dahsyat) mengurangkan anggapan pertolongan dengan
menggunakan kemahiran yang spesifik. Egan (1994) menerangkan, kaunselor pelatih mesti
belajar dan menggunakan kemahiran komunikasi yang spesifik, tetapi mereka mesti ”use
them in a fully human way”, oleh itu kemahiran dan teknik menjadi tambahan kepada ilmu
kemanusiaan kaunselor.

Ini penting dalam intervensi krisis untuk membolehkan kaunselor menemui keperluan
emosi dan psikologi seseorang dalam krisis. Herman (1997) menegaskan bahawa semua yang
menyediakan kaunseling kepada orang-orang yang menjadi mangsa mesti mempunyai
”committed moral stance” (pendirian moral yang komited) yang menggandaikan ”a position
solidarity” (satu posisi perpaduan) dengan klien. Beliau menggambarkan perpaduan moral
melibatkan pemahaman tentang ketidakadilan utama tentang pengalaman yang menyebabkan
trauma dan keperluan untuk menyelesaikannya untuk mengembalikan sesetengah makna
keadilan.

Egan (1994) menyediakan panduan yang boleh digunakan dalam sesi individu dan dalam
konteks kaunseling krisis :

1. Jangan terlalu menitikberatkan peranan menolong. Kaunselor yang bersikap genuine


akan cuba membantu dengan baik untuk mengelakkan berlaku pergantungan dengan
terhadap peranan profesional mereka.
2. Menjadi spontan, bijaksana dan menghormati, tapi elakkan penipuan dan
mempelajari respon yang ditunjukkan.
3. Elakkan bertindak defensif. Kaunselor yang genuine boleh berhadapan dan menerima
kritikan negatif secara terbuka dan jujur.
4. Bersikap terbuka dan bebas untuk terlibat dalam tahap perkongsian yang dalam,
sesuai dengan keperluan klien. Ini termasuklah tidak mempunyai agenda
tersembunyi.

9.3 Kesedaran dan Pemahaman terhadap Kebudayaan (Cultural Competence)

30
Kaunselor yang profesional adalah yang mempunyai kesedaran tentang kebudayaan
dan pengetahuan seperti kemahiran untuk berhadapan klien dengan baik daripada latar
belakang budaya yang berbeza. Semua tingkah laku dan pembentukan perspektif diri dan
orang lain dipengaruhi persekitaran sosio budaya. Budaya merujuk kepada corak tentang
pembelajaran kepercayaan, tingkah laku dan bahan-bahan yang dikongsi oleh ahli-ahli dalam
kumpulan.

Budaya adalah kompleks dan dipengaruhi oleh semua aspek kewujudan kita termasuk
identiti diri dan pandangan tentang dunia. Setiap daripada kita adalah unik yang merupakan
ahli daripada pelbagai budaya. Oleh itu, berlaku perkongsian perasaan, pemikiran, andaian
dan bias dengan orang lain dalam budaya yang sama. Hasilnya perhubungan seseorang dalam
kumpulan etnik yang diberi, gender, keupayaan, seksualiti, agama dan kelas sosial akan
membentuk identiti khusus, pandangan tentang dunia, makna moral, kepercayaan spiritual dan
perhubungan untuk mengawal dan pengekalan.

Kecekapan terhadap kebudayaan bermula dengan kesedaran kendiri. Keberkesanan


kaunselor dalam kaunseling secara individu daripada latar belakang budaya yang berbeza
ditentukan oleh kesedaran tentang pandangannya tentang dunia, dan dengan memahami dan
menghargai pandangan klien tentang dunia. Kesedaran kendiri tentang budaya termasuklah
tanggapan tentang nilai kebudayaan seseorang, sikap dan kepercayaan dengan memahami
bagaimana ia memberi kesan kepada perhubungan kaunseling. Pemahaman tentang
pengalaman kebudayaan dan pandangan klien tentang dunia memerlukan latar belakang
tentang pengetahuan secara umum serta perbezaan kebudayaan kumpulan seperti memahami
bagaimana nilai kebudayaan dan tingkah laku kedua-dua kaunselor dan klien dalam
perhubungan kaunseling dan proses kaunseling.

Oleh itu kaunselor krisis perlu :

 Menentukan bagaimana pentingnya pengenalan etnik kepada klien yang berkrisis, dan
akan meneroka kesannya kepada perspektif yang berhubungan dengan krisis dalam
cara yang betul.
 Sedar dan menggunakan sistem sokongan klien

31
 Menyediakan ”budaya orang tengah” , menolong individu dan keluarga untuk
mengenalpasti dan menyelesaikan konflik nilai.
 Mengetahui bahawa terdapat kebaikan dan keburukan dalam latar belakang etnik yang
sama seperti klien.
 Jangan rasa bahawa kaunselor perlu mengetahui segalanya tentang setiap budaya
kumpulan. Sedar tentang pengaruh budaya dan terbuka untuk memahami perspektif
budaya klien yang unik.
 Selalu cuba untuk berfikir tentang perbezaan budaya lain.

Keberkesanan intervensi krisis bergantung kepada kebolehan untuk sedar tentang


kebudayaan, berpengetahuan dalam mendengar dengan cekap, untuk bertanya soalan-soalan
yang sensitif tentang makna pendedahan klien .

10.0 PERANAN KAUNSELOR KRISIS

a) Campur Tangan Segera


Campur tangan segera berlaku pasa masa seseorang kaunselor itu berhadapan dengan
klien. Kaunselor perlu bertindak segera untuk membantu klien mengurangkan kebimbangan,
mengelak dari terus tidak berorientasi dan pastikan bahawa klien tidak melakukan kecederaan
pada diri sendiri atau orang lain.

b) Menilai Keadaan Klien


Adalah penting bagi kaunselor untuk menilai darjah keseriusan krisis secepat mungkin
pada hubungan atau pertemuan awal dengan klien. Terdapat satu sistem yang telah
diperkenalkan oleh Myer dan rakan-rakan dalam menilai kerisauan yang dialami oleh klien.
Sistem tersebut adalah Triage Assessment System, Three Dimensional Crisis Assessmen
Model. Ianya adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kefunsian klien dari afektif,
tingkah laku dan kognitif. Kekuatan krisis dinilai berdasarkan kepada pandangan subjektif
klien dan bukannya berdasarkan kepada pandangan kaunselor.

c) Kenal Pasti Seseorang Itu Dalam Krisis

32
Sifat empati dan kefaham kaunselor adalah sangat penting. Klien menunjukkan
tingkah laku yang berbeza-beza menandakan mereka berada dalam situasi krisis. Sebagai
contoh, klien menangis, bercakap tanpa henti, menjerit, menjadi murung, kaku dan
menjauhkan diri. Untuk mendapatkan maklaumat yang tepat berdasarkan situasi yang telah
ditunjukkan oleh klien dengan tepat, ada kalanya kaunselor perlu mendapatkan maklumat
yang tepat daripada keluarga klien dan kawan-kawan tentang tingkah laku klien sebelum
krisis dan memberi perhatian terhadap gangguan tingkah laku dan ketidakfungsian klien.
Kata-kata yang selalu dilontarkan oleh klien adalah seperti “saya tidak rasa ape” maksud klien
dia kebas, “saya terlalu takut” membawa maksud bahaya, “saya memerlukan bantuan
sekarang” membawa maksud klien memerlukan bantuan segera dan “saya perlu lakukan
sesuatu” membawa maksud klien berada dalam keadaan terdesak.
d) Pendengar Yang Baik
Mendengar dengan tepat dan kemahiran mendengar adalah perlu bagi kaunselor sama
ada membantu individu dalam krisis atau tidak. Kemahiran mendengar adalah nerupakan
komponen utama dalam model intervensi krisis. Teori pemusatan insan pula mengemukana
cara-cara yang baik dalam mendengar dan berkomunikasi seperti penggunaan soalan-soalan
terbuka. Sebagai contoh, “ceritakan kepada saya bagaimana ia berlaku”.

e) Penyokong
Seorang kaunselor perlu ada di sisi klien ketika klien mengalami krisis. Hal ini adalah
keran, kemungkinan klien memerlukan bantuan untuk menyediakan satu senarai orang yang
boleh memberi pertolongan. Pasa masa tersebut, seorang kaunselor yang mesra, empati dan
asertif adalah amat diperlukan oleh klien.

f) Membuat rancangan
Kaunselor membentuk rancangan jangka pendek bagi membantu klien untuk
menangani krisis semasa. Hal ini juga adalah untuk mengawal secara jangka panjang.
Rancangan adalah perlu merangkumi mekanisme dalaman klien juga sumber-sumber
pertolongan daripada persekitaran. Kemungkinan pada waktu itu, tindakan yang memerlukan
pergerakan fizikal adalah diperlukan. Seorang kaunselor yang berkesan adalah kaunselor yang
sensitif terhadap keperluan klien untuk berfungsi secara autonomi dan segera.

g) Rujukan

33
Dalam situasi tertentu, klien perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain untuk
mendapatkan bantuan seterusnya. Dalam melaksanakan peranan ini, kaunselor perlu
mempunyai jaringan kerja yang luas. Hubungan yang baik antara kaunselor dalam agensi
seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, tempat perlindungan, polis adalah boleh
mempercepatkan proses rujukan.

h) Susulan
Susulan adalah perlu dalam mana-mana situasi bagi memastikan klien melaksanakan
apa sahaja yang dirancangkan. Kaunselor melakukan susulan untuk menentukan klien
mendapatkan bantuan daripada agensi di mana mereka dirujuk. Jika sekiranya terdapat
masalah, dengan adanya susulan kaunselor makan ianya akan dapat tahu mengapa sesuatu
rancangan itu tidak dilaksanakan dan kenapa klien menghadapi masalah.
11.0 LANGKAH-LANGKAH DALAM INTERVENSI KRISIS

a) Mendengar
• elemen pendengaran
• membina repo dan kepercayaan
• mengenal pasti masalah yang dihadapi
• menolong klien dengan mengenal pasti faktor hubungan
• teknik dalam pendengaran
• mengunakan nama pertama, bertanyakan kepada klien samada selesa dengan
menggunakan nama tersebut.
• menggunakan soalan yang berkaitan permasalahannya.
• bertanyakan atau menggunakan soalan berkaitan perasaannya.

b) Membantu
(i) Elemen dalam membantu
• mengenal pasti tahap kedalaman krisis
• membantu dalam melihat tahap kecederaan fizikal ataupun dalaman yang
memberi kesan terhadap orang lain.
• mengenal pasti corak perilaku, kekuatan dan sumber klien.

(ii) Teknik dalam membantu

34
• adakah klien cuba membunuh diri, cuba membunuh atau kedua-dua sekali.
• adakah disebabkan pertambahan atau tekanan krisis tersebut menyebabkan
gangguan dalam hidupnya bersama keluarga, sahabat, pekerjaan dan sebagainya.
• adakah disebabkan krisis ini mengusutkan dan mengelirukan pandangannya
tentang realiti.
• bagaimanakah klien menangani kerisauan, tekanan atau kemurungan?
• apakah cara atau jalan yang digunakan di masa lalu. Adakah terdapat
kepelbagaian dalam cara tersebut?
• kenal pasti sumber daripada keluarga dan sosial, adakah sumber tersebut baik
atau buruk?
• cuba kenal pasti bahan yang digunakan sebagai sokongan di masa lalu dalam
menghadapi krisis samada klien menghadapi, melarikan diri atau ia
mengelirukan klien?

c) Membina pelan tindakan


(i) Elemen dalam membina pelan tindakan
• Pilih dan menggunakan cara yang sesuai dalam pelan tindakan.
• Membantu dalam memperkukuhkan kemahiran klien.
• Perundingan tentang pelan tindakan dan terma-terma.
• Memlilih sumber yang bersesuaian.
• Merancang tindakan yeng memerlukan tingkahlaku segera dan pelaksanaannya.

(ii) Teknik dalam pelan tindakan.


• Menggunakan 3 cara:
- mula dengan tidak mengarah.
- bekerjasama dalam kerja berkumpulan dan menyertai aktiviti.
- bertindak mengarah jika klien tidak mahu bekerjasama.

• Apabila membuat pelan tindakan, pastikan ianya mudah dan senang diurus.
• Pelan tindakan jangka pendek, 24 jam hingga 3 hari.
• Memastikan pelan tindakan diterima dan diberi perhatian.
• Merancang pengawasan berterusan.

35
d) Penamatan.

• Mengimbas pelan tindakan yang lengkap.


• Pengawasan berterusan.
• Menggunakan pelan yang baru untuk menghadapi krisis.

7 tahap model intervensi krisis ( Albert R. Robert )

36
Penyelesaian krisis

Pengawasan
berterusan dan
persetujuan
bersama.

Membina dan merancang


pelan tindakan

Meneroka dan mencari jalan


penyelesaian

Menangani perasaan dan emosi klien


( mendengar dengan aktif )

Mengenal pasti masalah utama.


( faktor sekeliling )

Memperkukuhkan hubungan dan repo.

Merancang dan menguruskan bantuan terhadap krisis

Model kaunseling intervensi krisis

37
1 Membina hubungan dan kepercayaan
2 Mengenal pasti masalah
3 Mengukuhkan perhubungan
4 Meneroka sumber di sekeliling
5 Perbincangan cara penyelesaian
6 Penamatan.

Dalam menangani masalah krisis yang dihadapi oleh klien, seseorang kaunselor
perlulah mampu bentindak segera pada bila-bila masa yang mungkin tidak ada banyak
maklumat yang diperolehi berkenaan dengan klien. Apa sahaja tindakan yang diambil oleh
kaunselor hanyalah berdasarkan kepada penilaiannya dan maklumat yang ada pada masa
tersebut. Dengan itu, penilaian kaunselor yang tepat adalah amat diperlukan. Selain itu,
kaunselor perlu cekap dalam membentuk satu formulasi untuk membantu klien yang
manghadapi krisis. Kelewatan dalam hal ini akan membantutkan pertolongan secara relatif,
sama ada kaunselor menggunakan pendekatan direktif, bukan mengarah atau kejasama,
kaunselor lebih aktif dan terlibat berbanding dengan kaunselor ynang berhadapan dengan
klien yang tidak berada dalam situasi krisis.

Kaunselor juga seharusnya mampu menggunakan kemahiran kaunseling untuk


melahirkan perasaan klien yang mendalam dan perasaan yang terpendam dalam diri klien
seperti prospek kematian. Sebagai contoh klien yang berhadapan dengan penyakit terminal.
Seterusnya, seseorang kaunselor perlu mampu berhadapan dengan klien yang mengalami
emosi yang kuat dan penderitaan yang amat menyakitkan hati. Sekiranya seseorang kaunselor
itu tidak kuat untuk menghadapi klien yang mempunyai emosi yang tinggi, berkemungkinan
seseorang kaunselor itu akan terganggu dengan keadaan yang ditunjukkan oleh klien tersebut.
Seseorang kaunselor juga mestilah bersedia dan bertanggungjawab terhadap apa yang akan
berlaku serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi klien
yang menghadapi masalah krisis.

12.0 PENUTUP

Kepentingan intervensi krisis dalam kaunseling juga di lihat apabila teknik-teknik


seperti pembaharuan dan pertumbuhan yang dilaksanakan dengan baik didapati berkesan

38
untuk orang-orang yang berada dalam keadaan krisis. Dalam hal ini, maka dapatlah kita lihat
bahawa intervensi krisis ini merangkumi pelbagai aspek dalam membantu seseorang
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kenyataan ini disebut oleh Gilchrist (1992)
menyatakan proses kaunseling yang berkesan membabitkan penilaian kaunselor terhadap
empat dimensi iaitu fizikal, kognitif, afektif dan spiritual.

Kaunselor juga perlu cepat dalam membentuk satu formulasi untuk membantu klien
kerana permasalahan krisis boleh berlaku tanpa diramal. Penggunaan kemahiran seperti
melayan, mendengar dan empati sebenarnya dapat melahirkan perasaan yang terpendam klien
dan apa yang paling penting kaunselor hendaklah bertanggung jawab terhadap apa yang
dilakukan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi klien.

Selain itu, matlamat asas kaunseling ini adalah untuk menyelesaikan sesuatu krisis
yang dihadapi oleh seseorang individu, contohnya seperti menyelesaikan konflik ataupun
tekanan seseorang. Intervensi ini juga bertujuan untuk menukarkan persepsi ancaman ataupun
bahaya seseorang individu kepada cuba memulihkan kefungsian sosial sekurang-kurangnya
ke tahap sebelum krisis.

Kaunseling krisis dikendalikan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Situasi krisis
juga boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Oleh itu, kaunselor perlu sentiasa
bersedia tetapi kaunseling biasa memerlukan penggunaan bilik khas dan perlu menetapkan
masa terlebih dahulu. Kaunseling krisis selalunya berlaku sementara waktu sahaja dan
dijalankan dalam jangka masa yang singkat. Kebiasaanya ia berlaku tidak lebih daripada tujuh
minggu iaitu sehinggalah klien dapat menyesuaikan diri dan berada dalam keadaan
`equilibirium` atau seimbang.

Bibliografi

Greenstone, J.L., & Leviton, S. C. ( 2002 ). Crisis Intervention: Crises and How To Respond

39
Them. USA
http://www.crisisinterventionla.com/

http:// www.minddisorder.com
Cormier, S. and Hackney, H. (1994). Counseling strategies and Interventioun (5th ed.). US:
Allyn and Bacon.
http://changingminds.org/techniques/questioning/probing.htm
Sabariah Siron ( 2005). Teori Kaunseling. Selangor: Terbitan Pearson Malaysia Sdn.
Bhd.

LAMPIRAN

40
41