Anda di halaman 1dari 1

STRATEGI BERFIKIR FAKTA ASAS UNTUK PENAMBAHAN

Mengira merupakan aktiviti kognitif yang meliputi beberapa proses dan pemeringkatan. Dalam konteks kurikulum matematik, mengira ditakrifkan sebagai operasi asas merangkumi operasi tambah, operasi tolak, operasi darab, dan operasi bahagi. Empat proses ini disebut sebagai operasi asas aritmetik.Operasi asas ini akan berkembang kepada peringkat yang lebih abstrak dan kompleks. Operasi tambah merupakan asas kepada operasi yang lain.Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka alami semasa peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang besar terhadap penguasaan kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat seterusnya. Prasyarat: menguasai kemahiran membilang hingga 10, menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca dan menulis angka 1 hingga 10, memadankan angka daripada 1 hingga 10 dengan perkataan nombor, mengenal simbol 0 dan perkataan nombor sifar dan memahami maknanya serta mengabadikan nombor. Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nilai nombor untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah. Contoh: 3 + 2 = 5 . Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan iaitu: Penambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan objek dengan satu set objek yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan.Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak di antara titik pada garis bernilai 1. Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap sebutan (juzuknya) ialah nombor 1 digit. Menguasai fakta asas tambah merupakan asas kepada pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Kepelbagaian aktiviti bagi menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah . Pendedahan operasi tambah secara , Konkrit , Piktorial , Garis nombor , Kaedah visual dan lisan Memperkenalkan strategi berfikir. Murid dikehendaki mengingat dan menghafal semua fakta asas tambah. Pendedahan operasi penambahan sebaik sahaja mereka telah menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid didedahkan dengan kemahiran menambah: o o o nombor 2 digit dan nombor 1 digit menambah nombor 2 digit dengan nombor 2 digit Murid juga akan biasakan dengan kemahiran menulis ayat matematik dan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk lazim. Operasi tambah ini akan didedahkan secara berperingkat iaitu: Operasi tambah dalam lingkungan 10 Operasi tambah dalam lingkungan 18.

o o

DISSEDIAKAN OLEH : SITI AISHAH BINTI ABU BAKAR ( MTE 6)

Page 1

Anda mungkin juga menyukai