Anda di halaman 1dari 3

Mata Pelajaran Tahun Bil.

Murid Tarikh Masa Tema Tajuk

: Bahasa Melayu : 5 Bestari : 31 orang : 9 Februari 2014 (Isnin) : 12.15 - 1.15 tengah hari (60 minit) : Kemasyarakatan : Amalan Berbudi Hidup Harmoni

Hasil Pembelajaran : Fokus Utama : 1.3 Aras 1 (i) (ii) Menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan. Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

Fokus Sampingan : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 1. (i) Objektif Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat; 1. Menyatakan panduan tunjuk arah kepada orang lain. 2. Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan. 3. Membuat lima ayat tunggal berdasarkan kata arah. Sistem Bahasa : Kata arah. Ilmu Nilai : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan : Berani, kerjasama, baik hati, jujur, yakin diri

Kemahiran Bernilai Tambah : KB: Menghubungkait

BCB: Mendengar dengan aktif, konstruktivisme Bahan Bantu Mengajar :

Bil. 1. 2. 3. 4.

Sumber Laptop LCD Video Kad arahan

Kuantiti 1 1 1 2

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari kata arah dan berhadapan dengan situasi bertanya arah ke sesuatu tempat LANGKAH / MASA Set Induksi (5 Minit) ISI PELAJARAN Tayangan video contoh aktiviti Menunjuk Arah AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Murid diminta menonton tayangan video dengan teliti. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video tersebut. Contoh soalan: -Apakah yang dilakukan oleh watak dalam video? -Adakah kamu pernah berhadapan situasi begitu? 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik pembelajaran hari ini. 1. Murid diberi arah dan demontrasi aktiviti menyatakan tunjuk arah. 2. Murid secara sukarela tampil ke hadapan kelas untuk menceritakan arah ke sekolah dari rumah mereka. 3. Murid lain diminta mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh rakan mereka. CATATAN KB: Menghubungkait BBM: Laptop, LCD, video

Langkah 1 (15 Minit)

Panduan tunjuk arah kepada orang lain.

BCB: Mendengar dengan aktif Konstruktivisme Nilai: Berani

Langkah 2 (15 Minit)

Menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan bersopan.

Langkah 3 (20 Minit)

Membina ayat mudah berdasarkan kata arah

Penutup (5 Minit)

Rumusan topik pembelajaran.

1. Murid ditunjukkan 2 kad situasi beserta arahan. 2. Murid secara sukarela tampil ke hadapan untuk melakonkan situasi berdasarkan arahan kad tugasan. 3. Murid lain dengan bimbingan guru diminta menilai situasi yang dilakonkan. 1. Murid diminta menyenaraikan lima kata arah. 2. Berdasarkan kata arah tersebut, murid diminta membina lima ayat mudah di dalam buku tulis. 3. Murid berbincang dengan guru tentang jawapan mereka. 1. Murid disoal kembali arah-arah yang telah dipelajari. 2. Guru merumuskan topik pembelajaran hari ini.

BBM: Kad situasi BCB: Mendengar dengan aktif Nilai: Berani Kerjasama BCB : Konstruktivisme KB: Menghubungkait

Nilai : Baik hati, jujur, yakin diri

Anda mungkin juga menyukai