Anda di halaman 1dari 4

Intervensi Untuk Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai melalui pengajaran. Menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan simbol-simbol atau bentuk grafik, iaitu huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang mempunyai hubungan dengan bunyi bahasa dalam pertuturan lisan (Juriah Long et.al.,1989:180-181). Menurut Kamarudin Hj.Husin,Siti Hajar Hj.Abdul Aziz,dan Arbie Sujud (1996 :244),menulis merupakan kegiatan mengasilkan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang berbentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Dalam kaedah menulis mempunyai 3 peringkat utama yang kita perlu memperolehi.Peringkat-peringkatnya adalah pratulisan, tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Ketiga-tiga peringkat ini amat penting bagi seseorang murid untuk menguasai kemahiran menulis dimana ia merupakan sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini. Oleh kerana, saya telah memilih kemahiran menulis dari Elemen 1 dalam Saringan Disleksia (ISD) untuk merancang intervensi. Menurut Hanson & Lynch , 1989 Intervensi ini perlu diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia.Sepertimana yang kita sedia maklum, Ilancheelian A/L Manimaran merupakan seorang kanak yang berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia. Hal ini dapat membuktikan daripada keputusan kod 1:1:1 yang dia telah dapat. Menurut ujian ISD yang telah dilaksanakan,Ilanchelian A/l Elamaran mengalami masalah yang serius dalam kemahiran menulis. Dalam bahagian menulis murid ini mendapat semuanya (YA) daripada 7 ciri yang diuji. Saya berharap bahawa intervensi yang saya mencadangkan ini dapat memanfaatkan dan berkesan kepada responden saya iaitu Ilanchelian A/L Elamaran untuk mendapat keputusan yang lebih bagus daripada sebelumnya. Secara umumnya,terdapat banyak intervansi yang boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan masalah tulisan.Tetapi,saya hanya memilih kesalahan yang dilakukan oleh responden saya iaitu sukar menyalin maklumat dari papan tulis;yang diperdengarkan serta murid yang menulis secara terbalik abjad-abjad tertentu dan perkataan.Oleh itu,tulisan murid ini sukar dibaca. Bagi mengatasi masalah responden saya ini, intervensi boleh dilakukan Instrumen

terhadapnya. Bak kata pepatah Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Antara cara yang boleh dilakukan ialah: Guru boleh memberi latihan menggerakkan jari murid-murid supaya mereka bersedia untuk menggunakan jari bagi memegang pensel.Contohnya,guru menyuruh murid untuk membuat pergerakkan pusing,garisan lurus,garisan melintang,garisan

menegak tanpa memegang pensel hanya menulis di atas meja atau di udara.

Guru perlu memberi latihan untuk memegang pensel atau alat tulis yang lain dengan betul.Contohnya, guru membekalkan pensel dan juga alat pemegang pensel untuk mereka melatih untuk memegang pensel dengan cara yang betul dan kedudukannya sesuai.

Guru juga boleh melaksanakan latihan penggunaan otot-otot tapak tangan,seperti membuat bentuk daripada plastisin,tanah liat atau tepung gandum yang telah dibancuh dengan air.Ini

Guru memberi latihan pergerakkan mata dari kiri ke kanan serta mengkoordinasikan pergerakan mata ini dengan pergerakan tangan, seperti latihan membentuk garisangarisan yang terdiri daripada menyambung titik dan mencari arah.

Guru juga boleh memberi latihan menulis huruf daripada gambar-gambar yang mirip. Contohnya,untuk melatih huruf c,guru mengemukakan gambar miripnya bulan untuk mendaptkan bentuk abjadnya.

Selain daripada itu,guru juga harus memperkenalkan dengan huruf kecil dahulu kemudian huruf besar. Mulakan dengan huruf yang bentuknya seakan sama seperti a,c,g dan d.Rasional mempekenalkan huruf kecil dahulu kerana huruf kecil lebih banyak digunakan dalam aktiviti penulisan seharian,di samping bentuknya yang lebih kurang sama.

Seterusnya, guru juga perlu memberi latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad berlubang, bentuk huruf garis putus-putus dan huruf yang ditulis oleh krayon.Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan.Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh. Murid-murid juga harus dibimbing menulis huruf menggunakan jari di udara,di atas pasir, di belakang murid, di atas cermin, di atas meja dan lain-lain.

Murid-murid juga harus memberi carta perkataan yang tersusun agar murid-murid dapat menguasai kemahiran asas menulis dengan mudah.Disini murid mudah untuk mengkelompokkan huruf yang memerlukan pergerakan yang sama. Guru juga boleh menggunakan ICT dalam pengajarannya dimana mereka lebih menarik dan berkesan.Contohnya,mereka juga dapat berpeluang untuk menulis huruf dengan menggunakan komputer .Ini merupakan kemahiran tambahan kepada murid supaya mereka berasa seronok. Guru harus mengalakkan murid untuk mengawal ruang tulisan murid iaitu bergerak dari ruang yang luas kepada ruang yang lebih kecil. Contohnya,memberi latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua,selepas itu latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu serta menulis huruf menggunakan kertas berkotak. Guru juga harus menyediakan banyak sesi latihan untuk murid meniru. Contohnya,guru membekalkan kad suku kata dan suruh mereka meniru atau menulis suku kata tersebut dengan betul .

Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri. Melibatkan murid dalam penilaian kendiri iaitu mengalakkan mereka mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian.Contohnya bagus dan pandai.

Akhirnya,guru harus tidak berputus asa dan harus memberi latih tubi yang berulangan.Contohnya,memberi latihan untuk menulis perkataan,frasa,ayat dan lainlain.

Anda mungkin juga menyukai