Anda di halaman 1dari 45

“Program 3 hari 2 malam yang bertujuan

untuk meningkatkan kompetensi anda


dalam berkomunikasi dan berunding
secara berkesan dan profesional…ke
arah pembinaan budaya kerja
cemerlang !”
“Program yang interaktif dan dipenohi
latihamal bagi meningkatkan
kompetensi kakitangan dalam
berkomunikasi secara berkesan
termasuk kemahiran berunding
secara profesional”
PENGENALAN

Kehidupan dalam sesebuah organisasi adalah


bagaikan aur dengan tebing dan perhubungan
antara individu perlu berasaskan semangat :

* Saling Mempercayai
* Saling Menghormati
* Amalan Mesra
* Saling Berimbang Rasa
* Bertolak Ansur

Semua ini tidak akan tercapai jikalau hubungan


serta interaksi antara individu tidak berkesan.
Adalah penting bagi para individu dalam sesuatu
kumpulan itu menghubungkan diri dengan
berkesan serta beramah mesra dengan individu
lain untuk menimbulkan semangat saling
mempercayai sehingga terjalin hubungan yang
bukan hanya mesra tetapi juga saling hormat
menghormati.

Di samping itu, dalam melaksanakan tugas serta


urusan harian, kita perlu berkomunikasi dengan
orang lain. Jikalau kita berinteraksi dan dapat
menghubungkan diri dengan orang lain secara
berkesan maka segala tugasan harian dapat
dijalankan dengan bantuan orang lain secara
mudah dan tidak bermasalah.

Kemahiran komunikasi juga merangkumi


kemahiran perundingan, bukan hanya applikasinya
dalam konteks rundingan antara individu tetapi
juga berunding secara berkumpulan.

PROGRAM KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN


PERUNDINGAN BERKESAN ini bertujuan
meningkatkan keberkesanan kita berkomunikasi
bagi kepentingan diri dan juga organisasi :

MUKA
OBJEKTIF

Adalah diharapkan supaya di akhir kursus ini para


peserta akan dapat :

* Menerangkan kepentingan berkomunikasi secara


berkesan baik dari sudut hubungan semuka,
berkumpulan, melalui telefon ataupun tulisan
sewaktu menjalankan tugas harian;

* Menghuraikan kosep 4S atau SEAL dalam


berkomunikasi untuk meningkatkan keber-
kesanannya dalam interaski dengan orang lain

* Menunjukkan “strategy” dalam membina “first


impression”

* Menunjukkan kaedah menambah “energy”


(tenaga) dalam berinteraksi dengan orang lain

* Menerangkan tentang beberapa typologi manusia


dan gara-gara mereka berkomunikasi

* Menerangkan kepentingan mengamalkan


“attitude” atau sikap yang betul sewaktu ber-
interaksi

* Menunjukkan kaedah menambah “lustre” atau


seri pada komunikasi mereka

* Menunjukkan kaedah mendengar secara aktif

* Menujukkan kaedah “membaca” gerak geri dan


gerak badan orang lain sewaktu berinteraksi

MUKA
* Menghuraikan bahagian perawakan diri serta
keterampilan yang perlu dijaga sewaktu
bertugas
dan melayani orang lain;

* Menyenaraikan serta menerangkan tentang


nilai-
nilai penting yang menjadi asas tatakelakuan
bersopan santun serta berbudi bahasa sebagai
amalan harian;

* Menghuraikan dengan jelas, tatacara


berinteraksi
dengan orang lain terutamanya sewaktu
bertemu
dan memulakan interaksi, semasa dan sewaktu
menamatkan interaksi tersebut;

* Menghurai dan menunjukkan tatacara :

* Mendengar Secara Aktif


* Menyoal
* Dorongan Minima
* Diam Diri
* Paraphrasa
* Mengimbas Perasaan
* Mencermin
* Empathi
* Konfrantasi
* Menjelajah

* Menghuraikan kepentingan sikap “menang-


menang” dalam beruding dengan orang lain.

MUKA
18 MEI 2009

MASA AKTIVITI

0830 pagi PENGENALAN


* Objektif Program
* Aturcara Program
* Suaimesra
* Jenis & Bentuk Komunikasi
* Kepentingan Keberkesanan
Komunikasi Antara Individu

1030 pagi Minuman Pagi

1045 pagi MEMBINA KEPERCAYAAN


* Potret Ku : Perbezaan Manusia
* Konsep Johari Window
* Mengamalkan Sikap Terbuka
* Menerima Keunikan Manusia
* Perbezaan Nilai Diri (Lelong Nilai)
* Latihamal

1245 tgh Makan Tengahari

1415 ptg GANGGUAN PERSEPSI


* Peranan Persepsi Dalam
Komunikasi
* Siapa Bunuh Arian Jomo ?
* Apa Guna “Anu” ?
* Fikiran Lazim dan Pengaruh
“Tenacity”

1530 ptg Minuman Petang

MUKA
02 JUN 2008

MASA AKTIVITI

1545 ptg MEMAHAMI TIPOLOGI MANUSIA


* Kalau Ikut Bintang Astrologi
* Jenis “Extrovert” & “Introvert”
* Gelagat “Superior” dan “Inferior”
* Ikut TEASPR (Spranger)
* Perbincangan Masalah

1700 ptg Rehat

1900 ptg Maghrib & Makan Malam

2030 mlm ADAT HUBUNGAN


* Perang Lilin
* Kepentingan Komunikasi
* Kepentingan Pergaulan dan
Setiakawan
* Bersikap Profesional

2230 mlm Minuman Ringan & Istirehat

19 MEI 2009

0830 pagi 4S DALAM INTERAKSI


* Apa Yang Kita pelajari Semalam ?
* “Strategi” Dalam Membina Impak
Awal Interaksi
* Fahami Kehendak-Kehendak
Psikologi Manusia
* Apabila Bertemu Rakan Sejawat
* Apabila Bertemu Orang Luaran
* Latihamal

1030 pagi Minuman Pagi

MUKA
1045 pagi “SEGAR” WAKTU
BERKOMUNIKASI
* Membina Tenaga atau “Energy”
Waktu Berkomunikasi
* Nada dan Alunan Suara
* Guna Gerak Geri dan Mimik
Muka
* Latihamal

1245 tgh Makan Tengahari

1415 ptg SIKAP KITA PERLU BETUL


* Memastikan “Attitude” atau Sikap
Kita Terbuka dan Membantu
* Dorongan Minima
* Paraphrasa
* Diam Diri
* Guna “SALAM” dan “MESRA” Bila
Berinteraksi
* Menambah “Lustre” atau Seri
Pada Gaya Bercakap
* Guna Soalan
* Latihamal

1530 ptg Minuman Petang

1545 ptg JAGA PENAMPILAN


* Bahagian Perawakan Yang
Perlu Dijaga
* Imej Anda Dari Kacamata
Orang Lain
* Ujian Imej

1700 ptg Rehat

MUKA
20 MEI 2009

0830 pagi PERUNDINGAN BERKESAN


* Apa Yang Kita Pelajari Semalam?
* Sikap Menang Menang
* Kes “Kerana Cinta Pada Mu”
* Persepsi & Kemahiran Berbahas
* Jangan Gadai Maruah !

1030 pagi Minuman Ringan

1100 pagi INTERAKSI MELALUI TELEFON


* Telefon & Imej Korporat
* Apabila Menyambut Telefon
* Apabila Membuat Panggilan
* Apabila Memindahkan
Panggilan
* Apabila Berinteraksi Di Telefon
* Perkara Yang Ditegah
* Perbincangan Masalah

Penutup

1230 ptg Penyampaian Sijil

MUKA
FASILITATOR UTAMA

SULEIMAN HAJI SAAID

KELULUSAN AKADEMIK
M. A. (Sosiologi & Anthropologi)
Uni. Malaya (1980)
B. A. (Hons) Uni. Malaya (1974)

PENGALAMAN

SULEIMAN HAJI SAAID, adalah Pengarah Urusan


ACTION TEAM CORPORATION SDN BHD.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang


pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
SULEIMAN pernah bertugas sebagai Pengajar di
Universiti Malaya, Penyelaras Penyelidikan di
Jabatan Perdana Menteri dan Pegawai Perunding
Latihan dan Penyelidikan di Institut Tadbiran Awam
Negara. Sebelum menubuhkan ACTION TEAM
CORPORATION SDN BHD., beliau telah berkhidmat
di Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Pengawal
Latihan Pengurusan.

SULEIMAN adalah jurulatih bertauliah bagi Program


Menyelesai Masalah dan Membuat Keputusan
(pendekatan Kepner-Tregoe) dan memiliki Sijil
Jurulatih Professional dari IATA (Geneva).

Beliau pernah melibatkan diri dalam pelbagai


aktiviti latihan dan perundingan di agensi-agensi
kerajaan dan swasta. Beliau seorang pakar dalam
bidang motivasi dan pengurusan organisasi.
Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun di bidang
latihan, beliau pernah dilantik sebagai seorang
Jurulatih Residen bagi pihak Perbadanan Usahawan
Nasional Berhad, MARA Holding dan Focus Learning
Consulting Sdn Bhd.

MUKA
PENGENALAN

Wawasan sesebuah organisasi boleh dicapai dan


kejayaan serta kecemerlangan boleh dicipta hanya
jikalau para pekerjanya bersatu padu, bekerjasama
dan berkomunikasi dengan baik ! Oleh yang
demikian, setiap pekerja perlu menyedari hakikat
apabila mereka menjadi warga sesebuah syarikat,
mereka dibendung oleh wawasan bersama
syarikat, identiti bersama dan semangat kekitaan
yang bermaksud, hubungan baik antara individu
yang ada !

WAWASAN
BERSAMA

IDENTITI SEMANGAT
BERSAMA KEKITAAN

Walau bagaimanapun, mencapai kecemerlangan


dan untuk menghayati dan mengamalkan
semangat kekitaan dan berkomunikasi dengan baik
bukanlah perkara mudah sebab keadaan manusia
itu sendiri yang dilahirkan berbeza-beza dan
memiliki nilai diri yang tak mudah dikorbankan
bagi kepentingan kumpulan yang dianggotainya.

Lebih-lebih lagi dengan nilai yang berbeza serta


sistem kepercayaan diri yang berbeza, menjadikan
komunikasi antara individu atau kumpulan itu
sukar dan memungkinkan timbulnya konflik dan
kontroversi !

MUKA
Apa jua yang menjadi
wawasan organisasi, ia
hanya boleh dicapai
jikalau elemen manusia
nya bertindak secara
bersepadu dan ber-
komunikasi dengan
baik dan berkesan !

MUKA
KEBERKESANAN ORGANISASI

Sesebuah organisasi terdiri dari para individu


yang berinteraksi antara satu sama lain.
Komunikasi antara mereka menjadi media
penting dalam mengejar wawasan serta objektif-
objektif organisasi. Mereka akan berjaya jikalau
kehidupan dalam organisasi berasaskan :

* Hidup saling bergantungan


* Menganggap diri masibng-masing sebagai ahli
setia organisasi
* Mengamalkan norma-norma tertentu
* Mempunyai minat dan matlamat yang sama
* Hidup saling pengaruh mempengaruhi
* Merasakan hidup berorganisasi itu berfaedah
dan
saling menguntungkan.

Peranan setiap ahli dalam organisasi adalah


penting untuk mempastikan supaya matlamat
kumpulan dapat dicapai. Setiap ahli mengalami
nasib yang sama baik untung atau rugi dan ini
bergantung kepada prestasi setiap ahli kumpulan.

Justeru itu, hidup dalam organisasi memerlukan


kita berkomunikasi antara satu dengan lain
dengan cara yang berkesan !

Geram aku..Husin Abis..kau biar aje


asyik datang lewat …tak pernah
aje ! nak tegor !

MUKA
SUATU PENGORBANAN

Mana-mana organisasi jua pun, pasti manusia yang


bergiat di dalamnya tak boleh bertindak sendirian.
Apa kerja atau tugas sekalipun, perlu dibuat secara
berkum-pulan. Walaupun ia suatu perkara yang
mudah disebut, tetapi untuk bekerjasama dengan
baik memerlukan setiap individu membuat
pengorbanan - meletakkan nilai-nilai bersama lebih
penting dari nilai diri !!

KITA ADA NILAI DIRI


DAN PERSEPSI YANG
BERBEZA..!

Manusia dilahirkan berbeza persepsi, nilai diri dan


pengamatan, maka komunikasi antra satu sama
lain mungkin menimbulkan masalah tetapi oleh
kerana kita memerlukan satu sama lain untuk
melaksanakan tugas dan tanggung jawab harian,
maka kita terpaksa mengenepikan kehendak-
kehendak diri dan mengikut kehendak-kehendak
ramai walaupun berbeza pandangan, pendapat dan
persepsi ! Kita perlu akur kepada kehendak dan
matlamat kumpulan walaupun ada kalanya, agak
sukar kita menurut dan ia bertentangan dengan
prinsip serta amalan diri !

MUKA
BERKENALAN UNTUK SALING
MEMPERCAYAI

Adalah penting bagi para individu dalam sesuatu


kumpulan berkenal-kenal untuk menimbulkan
semangat saling mempercayai satu sama lain.
Perkenalan bermula dengan kegiatan
mendedahkan butiran serta maklumat tentang diri
kepada orang lain. Lebih banyak kita dedahkan
maklumat tentang diri maka lebih faham orang
lain terhadap siapa kita yang sebenarnya. Hal ini
boleh difahami dengan menggunakan konsep
Joseph Luft dan Harry Ingham yang bercakap
tentang “tingkap diri” dan lebih dikenali sebagai
Johari Window:

Saya Tahu Saya Tak Tahu

Mereka
PUBLIC BLIND
Tahu

Mereka
Tak Tahu HIDDEN UNKNOWN

Dalam sesuatu interaksi, lebih banyak maklumat


yang kita dedahkan pada orang lain mengenai diri
kita, maka lebih banyak perkara yang orang lain
tahu mengenai diri kita.

Di sebaliknya, lebih banyak maklumat yang kita


peroleh dari orang lain mengenai pandangan
mereka terhadap diri kita, maka lebih banyak
perkara yang kita ketahui mengenai diri kita
walupun ia adalah menurut persepsi orang lain.

MUKA
Semangat saling percayai mempercayai boleh
timbul jikalau kita dapat berkenal-kenal lebih
sedikit dari yang lazim. Misalnya, kita bukan hanya
kenal tentang nama dan rupabentuk seseorang,
tetapi juga sikapnya, kehendaknya, prinsip
hidupnya, kesukaan dan kegemarannya dan lain-
lain.

Kita percaya kepada mereka yang kita benar-


benar kenal dan untuk mengenal diri seseorang,
maka kita perlu mengambil initiatif untuk
merapatkan diri dengannya serta bertukar tentang
maklumat diri !

TAK KENAL
MAKA TAK CINTA!

KEPENTINGAN MENGHORMATI
MANUSIA LAIN BILA BERKOMUNIKASI !

Setiap manuisa merasakan dirinya penting. Dalam


apa situasi juapun, manusia sering mahu
mendahului orang lain, atau dalam lain perkataan,
ia mahu orang lain mementingkan dirinya sebagai
individu yang perlu dihormati dan dikasihi oleh
orang lain.

Oleh yang demikian, dalam apa saja konteks


hubungan sesama manusia, seseorang individu
akan rasa dihormati jikalau mata kita
berpandangan, kita menganggukkan kepala sedikit
tanda hormat, dan lebih menghormati jikalau kita
mengucap salam atau selamat dan menyebut
namanya jikalau kita tahu.

MUKA
1
3
* Pandang Mata
* Tanya
* Angguk
soalan
* Senyum

* Ucap Salam
atau Selamat
* Sebut nama
2

TANDA HORMAT SEWAKTU


BERINTERAKSI

Kita perlu menghormati padangan orang lain


sewaktu kita berinteraksi dengan mereka. Kita
perlu menghormati hak mereka untuk menzahirkan
pandangan serta pendapat!

Gara-gara kita menghormati mereka adalah


dengan mendengar dahulu sebelum kita cuba
merespon, kita berikan sepenuh tumpuan mata
kepada yang sedang bercakap, dan kedudukan diri
kita juga perlu menunjukkan bahawa kita
menghormati dia!

* Tumpuan Mata

* Dengar Secara Aktif

* Berdiri atau Duduk


dengan Betul

MUKA
Yang Tua Menghormati Yang Muda
Yang Muda Menghormati Yang Tua
Hidup Akan Bertambah Mulia
Jika Hormat Menghormati
Jadi Amalan Bersama !

AMALAN MESRA BUDAYA KITA!

Amalan mesra di kalangan para kakitangan


sememangnya menjadi amalan kebanyakan
organisasi. Dalam konteks perhubungan manusia,
amalan mesra adalah penting untuk meningkatkan
keselesaan bergaul antara satu sama lain. Tabie ini
boleh dicerakinkan seperti berikut :

a. APABILA BERTEMU :

* Mata Berpandangan
* Mengukir Senyuman
* Mengucap Selamat
Atau Salam

b. APABILA BERINTERAKSI :

* Tunjuk Mesra
* Hormati Kehadirannya
* Beri Tumpuan Dan
Tunjuk Minat
* Dengar Secara Aktif PESANAN PENAJA :
* Amalkan Empathi BUAT…JANGAN TUNGGU !

c. MENYUDAHI INTERAKSI

* Senyum
* Ucapan Selamat
Atau Salam

MUKA
PIMPIN MEMIMPIN!

Teras hubungan antara individu dalam kelompok


perlu berasaskan semangat pimpin memimpin!
Kepimpinan maksudnya “daya mepengaruhi
orang lain untuk menurut kehendak kita dalam
mencapai matlamat bersama..”

Kita sedari hakikat bahawa semua manusia


mempunyai wawasan untuk cemerlang dna
berjaya dalam hidup. Adalah menjadi peranan
kita untuk memimpin diri dan manusia lain dalam
mencapai wawasan hidup.

Tetapi untuk memainkan peranan kita dengan


baik, terutamanya untuk mem-pengaruhi manusia
lain, kita boleh gunakan pengaruh atau kuasa.

DUA CARA
MEMPENGARUHI
DAN BERUNDING
ORANG LAIN !
HATI

MAKI

MUKA
MENGGUNAKAN PENGARUH

Menggunakan pengaruh sewaktu memimpin dan


berkomunikasi dengan orang lain lazimnya lahir dari
HATI kita. Panduan ringkas menggunakan HATI
dalam mempengaruhi orang lain waktu
berkomunikasi adalah seperti berikut :

HORMAT

H Hormati ahli kumpulan kerana dia


merupakan manusia seperti diri kita juga,
ada maruah dan kehormatan diri. Oleh itu
mulakan interaksi dengan menyebut
tentang kelebihan dirinya dan sampaikan
mesej bahawa kita menghormati
sumbangannya kepada pencapaian
kumpulan.

A AMBIL BERAT

Ambil berat hal-hal diri, keluarga dan kerja


ahli. Anggap dia sebagai ahli keluarga anda
sendiri. Kenalpasti dan fahami masalah serta
sungutan dan rungutannya.

TUNJUK JALAN

T * Tunjuk kelemahan-kelemahan diri dan


kaedah kerja
* Cara mengatasi kelemahan diri dan
kaedah
menangani masalah yang dihadapi
* Cara meningkatkan prestasi diri dan
sumbangan

I IKHLAS

Anda perlu ikhlas dalam mempengaruhinya


untuk kepentingan kumpulan. Tunjukkan
anda benar-benar bersemangat untuk
membangunkan dirinya.

MUKA
MENGGUNAKAN KUASA

Menggunakan kuasa sewaktu memimpin dan


berkomunikasi dengan orang lain lazimnya lahir
dari BENCI kita. Menzahirkan benci dalam
percubaan kita mempengaruhi orang lain dalam
kumpulan adalah seperti berikut :

MERENDAHKAN DIRI ORANG LAIN

M Kita tidak menghormati ahli kumpulan kerana


kita anggap dia merupakan manusia yang tak
penting dan seolah-olah tidak mempunyai
maruah dan kehormatan diri. Maka itu mudah
sekali kita memaki hamun, atau menganggap
remeh segala sumbangannya.

AMBIL RINGAN

A Ambil ringan tentang hal-hal diri, keluarga dan


kerja ahli. Seolah-olah kita mengnggap dia
sebagai bukan ahli kumpulan. Kita tak berminat
untuk mendengar atau fahami segala masalah
serta sungutan dan rungutannya.

KASAR

K * Tunjuk kelemahan-kelemahan dan kaedah


kerja secara kasar dan keras
* Cara menegur untuk ahli meningkatkan
prestasi diri dan sumbangan juga tanpa
menghirau kefahaman mereka

INGKAR

I Anda ingkari persetujuan bersama untuk sama-


sama membangun dan bukan untuk
melepaskan pucuk masing-masing!

MUKA
BERKOMUNIKASI BIAR
TEGAS TAPI LEMBUT !

Sebagai ahli warga organisasi, kita perlu tegas


terutama dalam percubaan kita berkomunikasi dan
mempengaruhi orang lain. Tetapi ketegasan itu
hendaklah dizahirkan secara lembut :

Tentukan Anda Mengamalkan


Kepimpinan Melalui Teladan

Elakkan Double Standard & Pilih


Kasih

Gunakan Saluran Kerja Yang Betul


dan Sah

Akur Kepada Peraturan dan Polisi


Kerja Kumpulan

Sentiasa Konsisten Dalam Tindakan


Anda Sebagai Pemimpin

BUKAN TEGAS
DAN KERAS !

MUKA
JANGAN MEMERANGKAP DIRI
DENGAN FIKIRAN LAZIM !

MUKA
PSIKOLOGI MANUSIA

1. Manusia Menganggap Dirinya


Istimewa dan Penting

Manusia mementingkan diri sendiri.


Kepentingan diri dan kepentingan ahli yang
terapat lebih diutamakan.

Contohnya, jikalau anda menatap gambar (yang


ada anda sekali) wajah siapakah yang anda cari
dahulu?

2. Manusia Dahagakan Belaian (stroking)

Belaian boleh berbentuk fizikal dan secara


psikologi.

Belaian Fizikal :

* Berjabat tangan
* Menepuk bahu
* Sentuhan
* Pemberian cenderahati
* Hadiah

Belaian Psikologi :

* Jarak yang sesuai


* Memandang ke muka bila bercakap
* Memberi pujian jujur
* Memberi penghargaan
* Meminati apa yang dicakapkan
* Memberi pandangan apabila diminta
* Mendengar dengan empathi

MUKA
3. Manusia Mempunyai Perasaan

Semua manusia mempunyai perasaan. Perasaan


akan mempengaruhi tingkahlaku serta tabiat
manusia.

4. Manusia Akan Mempertahankan Maruahnya

Sebagai contoh, seseorang yang telah di jatuhkan


airmuka atau maruahnya, akan tetap cuba
menegakkan pandangannya walaupun dia tahu
pandangannya salah.

5. Manusia Mempunyai Sikap Pendendam

Manusia tidak mudah lupa kepada dua perkara :


Peristiwa yang menghiris perasa-an dan peristiwa
indah.

6. Sikap & Tabiat Manusia Memakan Masa


Untuk Dipupuk

Jangan mengaharap dapat mengubahnya dengan


sekelip mata. Berilah masa dan peluang untuk
manusia mengubah sikap dan tabiat.

7. Tidak Semua Manusia Itu Sama

Setiap seseorang itu mempunyai kekuatan dan


kelemahan masing-masing. Alangkah baiknya jika
kita dapat mengenali kekuatan yang ada pada
seseorang itu dan memahami apakah yang boleh
diubah dari kelemahannya

MUKA
SEPULUH PRINSIP ASAS
PERHUBUNGAN MANUSIA

01. Bertegur Sapa

02. Memberi Senyuman

03. Memanggil Nama

04. Berikan Pujian Ikhlas

05. Bertimbang Rasa & Memahami


Perasaan Orang Lain

06. Ceria dan Mudah Didampingi

07. Mesra

08. Suka Mendampingi Orang Lain

09. Hormati Pandangan Orang Lain

10. Berinteraksi Secara Ikhlas

MUKA
PRINSIP PERHUBUNGAN
DALE CARNAGIE

* Senyum selalu
* Mengkritik, mengkondem tapi biar berhati-hati
* Tak perlu cari gaduh
* Tunjukkan anda gemar berinteraksi
* Beri kata pujian yang ikhlas
* Hormati pandangan orang lain
* Mulakan ucapan dengan kata-kata yang baik
* Jadikan orang lain rasa dihormati

PRINSIP PERHUBUNGAN
DALAM ISLAM

* Apabila engkau bertemu dengan dia, ucapkan


salam kepadanya
* Apabila dia memanggil hendaklah
diperkenankan
* Apabila dia minta nasihat, berilah nasihat
* Apabila dia bersin, dan dipujinya akan Allah,
hendaklah memohon rahmat Tuhan buat dia
* Apabila dia sakit, hendaklah ziarah
(tenangkan hati Si sakit)
* Apabila dia meninggal dunia, ikutilah
jenazahnya
* Jangan mengumpat
* Jangan sangka buruk
* Jangan bertengkar kerana mahu menang
* Kurang sopan dan adab
* Jauhkan kutuk dan maki hamun
* Jangan berbohong

(Petikan Riwayat Muslim Dari Abu Hurairah)

MUKA
SEPULUH PRINSIP ASAS
PERHUBUNGAN MANUSIA

1. Bertegur Sapa

Perbuatan yang paling berharga apabila


berhubung
dengan manusia lain ialah 'bertegur sapa'.
Mulakan dengan memberi salam atau ucapan
selamat seperti : “Assalamualaikum ! Apa
khabar? “
atau “Selamat Pagi!”

2. Memberi Senyuman

Berikan senyuman ikhlas kepada semua


orang yang
berinteraksi dengan anda. Ingat, anda hanya
menggunakan 1 5 otot untuk senyum dan 65
otot
untuk bermasam muka dan marah-marah !

3. Memanggil Nama

Bila anda berhubungan dengan orang lain,


panggil
dan sebutlah nama mereka beberapa kali
sepanjang
perbualan anda. Perkara yang paling disukai
oleh
setiap insan ialah apabila dia dipanggil dan
disebut
dengan namanya yang betul.

4. Berikan Pujian Ikhlas


To Love & Be Loved
To Be Worthy To Oneself and
Worthwhile
Apabila anda To Others
melihat orang lain membuat
sesuatu
William Glasser 1968
perkara yang baik, berikan pujian anda. Pujian
yang
ikhlas boleh membelai hati sesaorang insan.
Anda
MUKA
tidak rugi sekiranya anda mudah memberikan
5. Bertimbang Rasa & Memahami Perasaan
Orang Lain

Perkara yang paling disenangi oleh orang lain


ialah
apabila anda bertimbang rasa dan memahami
perasaan mereka.

6. Ceria dan Mudah Didampingi

'Air muka' dan `imej' anda menentukan


segala-
galanva! Sekiranva anda nampak ceria dan
mempunyai imej yang mudah didampingi,
semua
orang akan menvukai anda!

Apa salahnya jika anda menyimpan cermin


muka
(kecil) di dalam laci , di meja atau di tempat
kerja anda
Bagaimana
dan pandang-pandanglah sekiranya
wajah anda.
“wajah” secara
Sekiranya
semulajadi saya memang
wajah anda nampak `serius'“serius”?
kelihatan senyum-
senvumlah!...

7. Mesra
Alhamdulillah…saya
dilahirkan
Cara anda dengan
bercakap, tingkahlaku clan
perbuatan wajah sentiasa
senyum !
anda mestilah menampakkan ciri-ciri
kemesraan
yang tinggi. Sekiranya tindakan anda tidak
ikhlas,
susah untuk anda menampilkan unsur-unsur MUKA
8. Suka Mendampingi Orang Lain

Anda boleh menyukai orang lain sekiranya anda


betul- betul mecubanya.

9. Hormati Pandangan Orang Lain

Apabila anda berinteraksi dengan orang lain,


anda tidak boleh mengelak dan mempunyai
perbezaan pendapat. Oleh demikian, jangan
sekali-kali anda bertegang leher semata-mata
untuk menegakkan pandangan masing-masing.

10. Berinteraksi Secara Ikhlas

Laksanakan tanggungjawab anda dengan


sempurna dan ikhlas. Di antara nikmat yang
paling seronok dirasai ialah “nikmat memberi
kepuasan kepada orang lain.”

CARI ILMU SUPAYA ORANG LAIN


TAK CARI GADUH DENGAN KITA !

MUKA
6 PARADIGMA MANUSIA DALAM
PERUNDINGAN

1. WIN – LOSE

“ If I WIN, YOU LOSE”


(AKU MENANG KAU KALAH)

* Cenderung ke arah penggunaan kuasa,


kedudukan, personaliti kenalan (‘cable’ /
network) dan pemilikan (possession)

* Di program sejak zaman kanak-kanak lagi

* Menjana ke arah ‘survival’ bukan sinergi


( The fittest survives, the weakeast dies !)

* Lebih kepada aspek kompetitif (persaingan)


bukannya kerjasama (cooperative)

2. LOSE – WIN

* Ditawan…jadikan diri orang tawanan !

* Biar dia rasa dia menang !

* Tak apalah…Oklah…I Ikut saja…Kira bolehlah


tu…You lebih arif…Asal jalan…

* Kebiasaannya menyimpan perasaan yang boleh


menjurus kepada penyakit psychosomatic
(dendam…sakit hati…sakit jiwa)

MUKA
3. LOSE – LOSE

* Bila dua orang yang bersikap Menang / Kalah


apabila berunding, keadaan akan menjurus ke
arah situasi Kalah / Kalah

* Vindictive – get back / get even ( balas semula,


dendam, tak puashati..)

* Sorry tak ada jalan…mana boleh dia dapat…aku


tak akan mengalah…dia mesti diketepikan…

* Falsafah Peperangan – Adversorial Conflict, rasa


memuncak supaya orang lain kalah !

4. WIN

* Pendekatan perundingan yang biasa digunakan

* Apa yang lebih penting kita dapat apa yang kita


mahukan, mereka yang lain kena usahakan
sendiri

* Kita kita aje… biarlah mereka sendiri…asalkan


kita dapat, terpulanglah kepada mereka…

5. WIN – WIN

* Asas kepada semua interaksi

* Menjurus kepada sinergi dan kerjasama kreatif

* Pendekatan yang lebih baik (viable) ke arah


kebaikan bersama (mutual benefits)

* Kejayaan kita tidak merugikan orang lain.

* Win / Win – Compromise / Respectful,


pendekatan yang lebih lembut tetapi tidak
mencapai apa-apa persetujuan yang mantap.

MUKA
6. WIN – WIN – NO DEAL

* Tiada penyelesaian – bersetuju untuk tidak


bersetuju.

* Tiada sebarang jangkaan dibuat atau kontrak


di
adakan.

* Pendekatan yang lebih baik jika tidak dapat


mencapai situasi Menang - Menang.

* Perhubungan masih kekal baik tanpa


kecacatan
dan masih boleh berurusan di masa hadapan.
Asyik saya kalah aje…!
Rambut pun naik putih !

Tka apalah…nampak
matang sikit !

MUKA
20 STRATEGI/TAKTIK PERUNDINGAN

SEBELUM

1. Kehebatan Minda (Leverage of Mind) – ‘self-


image’, persepsi terhadap oponen, fokus
kepada objektif, rehat dan mantapkan
minda.

2. Objektif Yang Jelas – tetapkan tahap


perundingan (fall- back- position)

3. Mengenali Oponen – jangkaan,


latarbelakang,
karektor

4. Suasana Tempat Perundingan – tempat yang


neutral, meja berbentuk oval atau empat
segi
tepat, bilik yang kondusif(warna, suasana,
pencahayaan)

5. Tidak Lebih 8 Orang setiap pihak. Mereka


bersedia dan mengambil bahagian.

KETIKA

6. Ethos – Personal
credibility/magnetism
(adab sopan, tertib) Integriti dan
kompetensi
kita dilihat oponen. Pathos – emphathy
(soal
perhubungan dan kepercayaan). Logos –
Tentang logik (presentation)

7. Body Language/Posture –gerak badan /


mimik muka mempengaruhi proses
interaksi
dalam perundingan.

8. Nada dan modulasi suara – boleh MUKA


9. Emphatic Listening – Mendengar dengan
penoh tumpuan, menunjukkan minat dan
kesungguhan

10. Mulakan dengan isu yang kecil dahulu


untuk mendapatkan momentum.

11. Cakap lurus (jangan berbelit belit), sabar,


tunjuk hormat dan bersedia…jangan meng
-gesa

12. Pantas berfikir dan memberi respon.

13. Kemahiran Menyoal – Open vs Closed


questioning.

14. Bergantung kepada ‘fall-back-position’


yang
ditetapkan dan tidak melebihi 2 tahap.

15. Jaga kawalan – tumpuan pada isu

16. Tetapkan waktu rehat dan berehatlah


untuk
mendapat kesegaran semula.

KETIKA

17. Guna kemahiran memimpin – Problem


Solving & Decision Makiing (Creative vs
Rational Approach)

18. A ‘Yes’ behind a ‘No’.

19. Guna Strategi Tolak Ansur

SELEPAS

20. Tindakan Proaktif – Analisis usaha


pencegahan

MUKA
SESUDAH
KIAMAT !

Sila baca maklumat berikut dan cuba buatkan suatu keputusan yang
terbaik menurut fikiran anda sendiri :

“Hanya tinggal 15 minit saja lagi sebelum Bom Atom akan meledak dan
meleburkan dunia hingga jadi padang jarak padang terkukur ! Ia angkara
Amerika yang gila kuasa dan telah melancarkan peperangan nuklear di
Asia Tenggara.

Anda sebenarnya telahpun bersiap sedia untuk menghadapi sebarang


kemungkinan akibat peperangan ini. Beberapa waktu yang lalu, anda
telahpun membina sebuah kubu perlindungan bawah tanah yang cukup
tahan jikapun berlaku serangan bom atom.

Suatu pagi, siren isyarat serangan dari Amerika berbunyi dan diberitakan
Amerika telah mengirim Stealth untuk menggugurkan bom atom di bumi
Malaysia. Anda hanya ada 15 minit untuk masuk ke kubu perlindungan
bagi menyelamatkan diri ! Dalam ketergesaan itu anda ingin mengajak
sama 5 orang lain untuk berlindung bersama anda kerana kubu yang
anda bina itu hanya muat untuk 6 orang saja !

Jikalau pada saat itu anda terpaksa membuat keputusan bagi memilih 5
orang lain untuk berlindung bersama anda di dalam kubu yang anda bina
itu, siapakah yang menjadi pilihan anda? Anda menyedari hakikat
bahawa dunia hampir kiamat dan sesudah bom atom meledak, anda dan
5 orang ini sajalah yang akan meneruskan hidup dalam dunia yang
baru :

SIAPAKAH YANG
ANDA PILIH DAN
MENGAPA ?

Muka 01
Arahan :
Buat keputusan siapakah di kalangan mereka yang berikut ini yang anda pilih
untuk menyertai anda dalam kubu perlindungan. Senaraikan menurut
keutamaan. Catatkan 1 (paling penting) dan seterusnya hingga 5 menurut
keutamaan :

Artisa : GRO di Kelab Karaoke (28 tahun)


Badrul : Penolong Pentadbir di Majlis Perbandaran (51 tahun)
Cempaka : Pembantu Rumah (36 tahun)
Danial : Penggali Kubur (47 tahun)
Embong : Majistret (52 tahun)
Fakri : Penganggur (25 tahun)
Gayah : Janda Tukang Masak (38 tahun)
Hanim : Buta tapi Kerja Kilang (25 thun)
Ikhwan : Wakil Rakyat (44 tahun)
Jijah : Guru Tadika (45 tahun)
Karim : Juru Ukur (33 tahun)
Lamin : Peguam (39 tahun)
Maimun : Pembaca Berita TV (34 tahun)
Nora : Shampoo Girl Saloon (37 tahun)
Osman : Bersekolah (16 tahun)
Param : Anggota Tentera Payung Terjun (40 tahun)
Qalilah : Remaja (19 tahun)
Rusli : Ahli Bomba (35 tahun)
Salina : Jurujual (32 tahun)
Talib : Anggota Polis (38 tahun)
Utama : Jurulatih Pengurusan (36 tahun)
Vivian : Perancang Bandar (30 tahun)
Wan : Peniaga Runcit (52 tahun)

Senarai Keputusan Keputusan


Individu Sebab Kelompok Kump Besar

Muka 02
KES SIAPA BUNUH
ARIAN JOMO ?

Sila baca maklumat berikut dan cuba lengkapkan ayat di penghujung


cerita :

Arian Jomo, berusia 44 telah mati sewaktu tiba di hospital. Isterinya


membawa Arian ke hospital swasta dan beliau telah dibawa masuk ke
wad kecemasan pada 2.00 pagi tetapi malangnya, ketika itu beliau
sudahpun tidak bernafas lagi. Pihak hospital membuat percubaan untuk
menyelamatkan beliau tetapi gagal.

Doktor peribadi Arian sendiri berasa terkilan. Beliau tak sempat merawat
Arian pada hari itu kerana terlalu ramai pesakit lain yang datang untuk
mendapatkan rawatan. Lebih-lebih lagi, terdapat kekurangan doktor
pakar di klinik beliau sebab ramai yang bercuti kerana musim Hari Raya.
Malah, isteri Arian telah menelefon beliau sehari sebelum itu untuk
mendapatkan rawatan kerana Arian mengadu sesak nafas. Tetapi beliau
meminta isteri Arian merujuk kepada hospital Kerajaan.

Pentadbir di hospital Kerajaan juga merasa sedih. Apabila Arian


dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu sebelum itu, keadaannya
tidaklah runcing. Unit Rawatan Jantung ketika itu tak mempunyai
petugas yang cukup. Walaupun kes Arian dianggap serious dan
memerlukan penelitian rapi dari Unit itu tetapi keadaan tidak
mengizinkan.

Pihak Pengarah Perkhidmatan Kesihatan juga merasa kesal. Beliau


menerangkan bahawa walaupun Arian Jomo adalah seorang pegawai
Kerajaan dan kes beliau agak seriuos, tetapi pihak hospital tidak
mempunyai sumber dan peralatan yang cukup untuk merawat kes beliau
dengan rapi. Lebih-lebih lagi, hospital ketika ini kekurangan doktor pakar
disebabkan tangga gaji yang rendah tidak menarik minat doktor-doktor
untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan. Lebih-lebih lagi orang ramai
lebih mengharap kepada perkhidmatan pakar secara percuma dan ini
kurang menasabah !

Muka 03
Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga kesal sebab pihak Jawatan-kuasa
Kabinet Khas mengenai tangga gaji dan terma perkhidmatan hospital belum
dapat menyelesaikan isu-isu yang sedang dibincangkan terutama tentang
kedudukan doktor-doktor pakar yang ingin berkhidmat di hospital Kerajaan.
Pihak JPA hanya menurut arahan Menteri.

Isteri Arian Jomo berasa kesal dan sedih. Beliau sedih di atas kematian
suaminya pada pagi Hari Raya itu. Beliau juga sedih kerana tidak megambil
insuran kesihatan sebagai initiatif untuk membolehkan Arian di rawat terus di
hospital pakar swasta dan yang paling beliau kesal ialah :

Arahan :
Buat keputusan siapakah di kalangan mereka yang berikut ini yang paling
bertanggungjawab di atas kematian Arian Jomo. Letakkan 1 (paling
bertanggungjawab) dan seterusnya hingga 7 (bukan bertanggungjawab)
menurut keutamaan :

Senarai Utama

Senarai Keputusan Keputusan


Individu Kelompok Kump Besar

Arian Jomo
Doktor Swasta
Pentadbir Hospital
Jab Perkhidmatan Awam
Menteri
Orang Ramai
Isteri Arian

Muka 04
LELONG NILAI

Bayangkan anda menghadiri suatu sessi lelong tentang nilai-nilai kehidupan dan
nilai kerja. Di sessi lelong ini, anda membawa hanya RM500.00 saja. Lelongan
bermula dengan RM100.00 bagi satu-satu nilai dan sebutharga lelongan boleh
digandakan dengan kadar RM50.00 saja setiap kali percubaan membeli. Hanya
seorang saja yang boleh memiliki satu-satu nilai

Cuba perhatikan senarai nilai tersebut di bawah yang sedang dilelong. Tandakan
3 nilai yang paling utama (1, 2 dan 3) dan catatkan berapa banyakkah wang
yang anda sanggup sediakan untuk membeli nilai-nilai terrsebut :

NILAI KEHIDUPAN

* Keluarga : Memiliki sebuah keluarga yang bahgia serta anak-


anak

* Kesihatan : Mempunyai kesihatan yang baik tanpa banyak


masalah fisikal

* Kebebasan: Mempunyai kebebasan untuk buat apa saja tanpa halangan

* Kejayaan : Mencapai kejayaan dan merasakan orang lain menganggap anda


seorang yang berjaya termasuk memiliki harta

* Kasih : Merasakan semua orang sayang, kasih dan gemar pada anda

* Budaya : Memiliki pengetahuan tentang seni, musik, teater dll dan punya
wang untuk semua ini

* Alam Sekitar: Mempunyai wang dan masa untuk menikmati alam sekitar
serta pemandangan yang indah serta segar

* Produktiviti: Mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sesuatu dan


berguna untuk manusia sejagat

* Ugama : Mempunyai ketenteraman hidup dan berupaya membuat ibadah


serta menerima keredaan Tuhan

CATATKAN 3 NILAI
PALING UTAMA BAGI
DIRI ANDA !

MS 05
LELONG NILAI

NILAI KERJA (Sila gunakan set RM500.00 yang baru..)

* Gaji Tinggi: Mendapat gaji yang besar

* Prestij : Mempunyai jawatan yang dipandang tinggi oleh masyarakat


seperti doktor, jurutera atau sebagainya

* Bebas : Mempunyai keupayaan sendiri tanpa banyak bergantung


kepada orang lain sewaktu bekerja

* Membantu: Mempunyai kelebihan hingga dapat membantu orang lain


Orang Lain

* Sekuriti : Memiliki kerja yang tetap dan kehidupan yang tak banyak
berubah-ubah

* Kepelbagaian: Mempunyai kerja yang pelbagai dan tidak hanya tertumpu


pada satu-satu tugasan saja

* Kepimpinan: Mempunyai jawatan yang memerlukan anda memimpin orang


lain dan bukan anda dipimpin

* Masa : Mempunyai kerja yang tak memakan masa dan anda banyak
masa lapang

Dalam senarai berikut, senaraikan 3 nilai utama anda menurut


keutamaan (1, 2 & 3) dan berapa banyak wangkah yang anda
sanggup korbankan untuk mendapatkannya :

Kadar wang yang anda sanggup


Nilai Hidup: beli bagi setiap nilai :

Nilai Kerja :

MS 06
UJIAN PERLAKUAN TEGAS,
TAK TEGAS (PASIF) ATAU AGRESIF

Baca setiap kenyataan dan tandakan respond anda. Tentukan samada


respond anda ialah Tegas (T), Tak tegas (TT) atau Agresif (A)

T, TT
SITUASI RESPON
atau A

01. Dalam suatu perbincangan, “Maaf, boleh tak saya habis dulu
sedang anda bercakap, anda percakapan saya sebelum saudara
kerap diganggu oleh sampukan bercakap”
seorang teman. Anda berkata :

02. Jiran anda bertanya samada “Hai selalu sangat pinjam…tak


boleh tak anda meminjamkan boleh kah naik teksi ‘aje? Takkan
kereta anda dan ini kali ke tiap minggu nak pinjam ! Kita
tiga beliau meminjam dalam orang pun nak pakai juga !
seminggu. Anda kata:

03. Seorang kakitangan anda “Tak apalah…orang lain pun


membuat kesilapan kerja. selalu silap”
Anda kata:

04. Seorang teman kerja memang “Maaf, saya rasa elok kita kekal
berminat dengan anda dan -kan hubungan kita hanya
ingin mengajak anda keluar sebagai teman sekerja. Saya tak
untuk menonton. Anda kata: rasa selesa untuk keluar dengan
Sdra !”

05. Anda sedang berbaris menung- “Oi kawan! Buta mata ke? Tak tau
gu giliran di kaunter, tiba-tiba disiplin? Berbaris lah dulu!”
seorang pelanggan mencelah
pada barisan hadapan anda.
Anda kata:

06 Seorang teman ingin menum- “Maaf, saya boleh tumpangkan


pang and untuk pulang tapi anda sampai di simpang jalan
anda terpaksa ke suatu sana sebab saya hendak ke tempat
destinasi lain selepas kerja. lain dulu sebelum pulang.”
Anda kata:

07. Teman wanita anda berdiam “Saya rasa ada sesuatu yang meng-
diri saja dan and syak ada ganggu anda. Boleh kita berbincang
sesuatu yang tak kena. Anda secara terbuka?”
kata:

08. Seorang teman ingin meminjam “Duit ada tapi..ah, tak apalah..pakai
wang dari anda dan ketika itu lah dulu. Nanti bila ada duit you
anda ada wang tetapi ingin bayarlah..sebab I ni belum bayar
menggunakannya untuk sewa rumah lagi!”
membayar sewa rumah. Anda
berkata:

Muka 07
PARAFRASA

01 “ Saya tak suka orang perintah -perintah saya…kalau nak suruh, biar
lembut-lembut sikit !”

02 “ Dulu masa saya di Seremban, saya pernah bergaduh dengan polis


sebab saya tak bawa lesen motor !”

03 “ Saya risau tengok anak saya tak mahu belajar. Pada hal, peperiksaan
dia dah dekat”

04 “ Adik saya tu sakit kanser. Dia tak boleh kerja. Jadi saya terpaksa
tanggung anak isteri dia..”

05 “ Bos suruh saya ke bank. Masa tu saya tengah kerja. Mana boleh
ponteng sekejap untuk pergi ke bank !”

06 “ Orang sini semua tau, saya memang tak suka bergaduh. Saya
orang baik. Saya tak usik orang.”

07 “ Muka Mamat dah naik pucat. Saya tak kira…depan bos, depan
General Manager, depan sesiapa saja…saya pantang kalau orang
tak hormat saya.”

08 “ Saya boleh baca muka dia! Dia tengah risau sebab anaknya tak
pulang-pulang ke rumah…dah satu minggu !”

09 “ Apa salahnya saya berambut panjang ! Polis pun tak tangkap !


Mengapa pula bos bising-bising?

10 “ Dia bodoh…tak tau nak jaga hati orang ! Asyik nak mengkritik kerja
saya! Apa…dia ingat dia pandai sangat ?”

PARAFRASA

Teknik mengulang kata individu yang sedang bercakap dengan tujuan


menunjukkan kita memahami maksud, memberi tumpuan tentang apa yang
diperkatakan, dan dengan tujuan dia akan terus bercakap.

Muka 08