Anda di halaman 1dari 46

FAKULTI SENI DAN MUZIK METODOLOGI PENDIDIKAN ( SSP 4223 ) DISEDIAKAN OLEH : NURUL EZA BINTI MARTU D 20041019129

DISEDIAKAN UNTUK : PROF. MADYA HJ. IBERAHIM BIN HASSAN

APA ITU ARCA ?

SEJARAH ARCA

TOKOHTOKOH ARCA

ARCA

KATEGORI ARCA

JENIS-JENIS ARCA

TEKNIK & BENTUK ARCA

Arca merupakan hasilan seni berbentuk tiga dimensi (3D) yang biasanya diperagakan dalam sesuatu ruang tertentu untuk dikaji dan dinikmati nilai estetiknya. Arca berasal dari perkataan SCULPERE yang bermaksud mengukir, menebuk, memotong, melarik dan sebagainya. Seni arca menekankan pertalian dua unsur utama iaitu jisim dan ruang dalam pengkaryaan. Penghayatan estetika karya melibatkan penghayatan deria pancaindera disekelilingnya dari pelbagai sudut pandangan. Permukaan arca dapat dirasa serta di pandang dari pelbagai sudut. Bentuk arca estetik bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak.

Sejarah seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung kecil Cycladic yang diukir di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4500 tahun yang lalu. Pada masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia (patung). Persembahan berbentuk figura manusia ini berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan pada masa itu. Misalnya, arca yang terkenal bertajuk The Laocoon (50 SM) menunjukkan satu situasi dramatik iaitu tiga orang lelaki dibelit ular. Gambaran ini menggambarkan satu kejadian atau sindiran terhadap masyarakat pada ketika itu.

Pada Zaman Kelahiran Semula (Renaissane), arcawan masih kuat dengan tradisi membentuk figura manusia. Arca yang terkenal bertajuk David dihasilkan dengan menggunakan bahan marmar oleh Michelangelo pada tahun 1501-4 (tinggi 15 kaki 5 inci). Hinggalah pada abad ke-20, para arcawan mula mengubah bentuk arca. Arcawan mula membina arca dalam bentuk abstrak, misalnya arcawan British seperti Hendry Moore dan Alberto Giacometti.

Perkembangan seni arca di Malaysia pada umumnya bermula dengan bentuk-bentuk yang berunsur magik untuk kegunaan keagamaan Misalnya, patung-patung orang asli kaum Jah Hud dan Mah Meri mempunyai ciri-ciri seumpama itu. Antara arcawan tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Mad Annuar Ismail, Ramlan Abdullah, Zulkifli Yusof dan Lim Kian Seng.

ARCAWAN EROPAH
Michelangelo Buonarroti (14751564).
Seorang pengarca agung di Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Beliau ialah seorang arkitek dan juga penyair. Beliau dikatakan seorang arcawan teragung di Itali. Antara arca yang paling indah dan teragung ialah arca figura bertajuk David.

Hendry Moore
Beliau lahir dalam tahun 1898, anak kepada seorang pelombong batu arang di Yokeshire. Beliau mula melukis semasa melawat London dan menghabiskan berjam-jam di Muzium Sejarah Asli dan Muzium British. Gaya arcanya tersendiri iaitu berbentuk bulat dan berpenjuru. Bahan yang digunakan ialah kayu dan batu kerana beliau mahu mengekalkan sifat asli bahan tersebut.

ARCAWAN MALAYSIA
Anthony Lau
Dilahirkan pada 1933, mendapat pendidikan seni di Brighton College of Art, England dan Indiana University, Amerika Syarikat. Pernah memenangi hadiah pertama Salon Malaysia dan banyak menyertai pameran Antarabangsa.

Baharuddin Mohd Arus

Dilahirkan di Selangor, mendapat pendidikan di MPIK, USM dan Universiti Tulsa, Oklahama, USA peringkat MFA. Beliau banyak mengadakan pameran-pameran di dalam dan luar negara. Bidang tumpuan beliau adalah arca.

Syed Ahmad Jamal


Dilahirkan di Muar, Johor pada 1929. Menerima pendidikan seni di Birmingham School of Architecture, England,Chelsea School of Art, London, Institute of Education, University of London, Art Institute of Chicago dan University of Hawaii. . Juga seorang pelukis abstrak ekspresionisme. Buku Rupa & Jiwa ditulisnya bersabit dengan Pameran Seni Rupa Melayu tahun 1979 Arcanya yang bertajukPertumbuhan1963. menggunakan bahan kepingan marmar putih. Melambangkan pertumbuhan dan perkembangan pesat negara-negara ASEAN.

Abu Bakar Sabran


Mendapat pendidikan Diploma Seni Halus di Institut Teknologi Mara. M.A Industrial Design (Jewellery), UCE, Birmingham, U.K. Di antara pameran pilihan beliau ialah Bakat Muda Sezaman, Balai Seni Lukis Negara 1993, Young Designer Show, London, U.K1 994 dan Visual Exprience, Muzium Budaya, Melaka 1995. salah satu hasil arca beliau adalah bertajuk Sepuh dengan menggunakan media campuran berukuran 20cm X 10cm X 6cm.

Mohd Azhar Abd Manan


Mendapat pendidikan Diploma Seni Halus di Institut Teknologi Mara. M.F.A Maryland Collage of Art, Maryland, USA. Di antara pameran pilihan beliau ialah Bakat Muda Sezaman, Balai Seni Lukis Negara 1989, Salon Malaysia, Balai Seni Lukis Negara 1991, 11th Royal Overseas League Annual Open Exhibition 1994 Scotland. Di antara anugerah yang pernah beliau terima ialah Hadiah Kecil, Bakat Muda Sezaman 1991, Monourable Mention, Philip Morris Malaysian Art Award, Hadiah Pertama 11th Annual Open Exhibition 1994, London, U.K 1994. Mask adalah salah satu hasil karya beliau dalam bentuk arca dengan menggunakan media kayu.

Tengku Sabri bin Tengku Ibrahim

Dilahirkan pada tahun 1961. mendapat pendidikan Diploma Seni Halus di Institut Teknologi Mara. Column dengan menggunakan media kayu berukuran 28.5cm X 29cm X 208.5cm merupakan salah satu hasil karya beliau yang telah dipamerkan kepada umum. Di antara pameran pilihan beliau ialah Semarak Langkawi, Art and Cultural Workshop, Langkawi 1986, Pameran 30 Tahun Seni Lukis Malaysia, Balai Seni Lukis Negara 1987, 5th ASEAN International Art Exhibition, Balai Seni Lukis Negara 1990 dan Pameran Terbuka, Balai Seni Lukis Negara 1991.

Prof. Madya Zulkifli Yusoff

Dilahirkan pada tahun 1962, mendapat pendidikan Diploma Seni Halus di Institut Teknologi Mara, M.A Seni Halus, Manchester Polytechnic, U.K. Lakaran kajian Bagi Instalasi Dailog dengan menggunakan media campuran beraiz 240cm X 120cm X 180cm merupakan salah satu karya beliau yang telah dipamerkan pada Pameran Seni Arca Kontemporari Malaysia yang telah berlangsung pada hari Isnin 8 April 1996 yang bertemakan Persoalan Tradisi dan Kemodenan. Di antara pameran pilihan beliau ialah Bakat Muda Sezaman, Balai Seni Lukis Negara 1988, 3rd Fukuoka Asian Art Exhibition, Japan 1989, Sculpture Group Exhibition, Institut Teknologi Mara,Salon Malaysia, Balai Seni Lukis Negara 1991, New Art From Suotheast Asia, Tokyo, Osaka, Fukuoka and Hiroshima, Japan 1992 dan Skin Trilogy,Balai Seni Lukis Negara 1995. Manakala anugerah yang pernah beliau perolehi ialah Hadiah Utama, Bakat Muda Sezaman, Balai Seni Lukis Negara pada 1988 dan hadiah utama, Salon Malaysia, Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1991.

ARCA BERFUNGSI

Arca berfungsi mempunyai nilai keindahan dan dipamerkan dengan tujuan tertentu. Cthnya, patung kaum peribumi di Malaysia dihasilkn sbg lambang kepercayaan dan digunakan dlm upacara ritual mereka
Arca berfungsi ini merupakan jenis arca terawal yg dihasilkan oleh manusia. Pembinaan arca di taman permainan, selain menghias juga berfungsi sbg tempat kanak-kanak bermain. Tugu Negara adalah antara arca berfungsi yg sering menjadi tumpuan umum.

KATEGORI ARCA

Arca estetik ialah arca yg dijadikan bahan peragaan atau tatapan shj. Ia dipamerkan di ruang galeri atau ruang dlm bangunan sebagai penghias. Arca sebegini mempunyai nilai intelektual yg memerlukan daya pemikiran yg kritis utk memahami maksud atau menginterpretasi

ARCA ESTETIK

ARCA BERFUNGSI

ARCA ESTETIK
Mad Annuar Ismail Syed Ahmad Jamal

Flight No. 2 Rajawali (1991) Medium : Kayu Saiz : 123cm x 89cm

Perhubungan Relationship (1970) Medium : wood carving Saiz : 39cm x 55cm

ARCA TANAH LIAT

ARCA UKIRAN KAYU

JENISJENIS ARCA

ARCA UKIRAN BATU

ARCA LOGAM ACUAN GANGSA

ARCA TANAH LIAT


Paling mudah dan cepat dihasilkan mengikut gubahan idea dan kreativiti. Asalnya, tanah liat diuli dan dibentuk untuk keperluan harian. Kini, penggunaanya berkembang sebagai satu bentuk seni. Tanah liat boleh didapati dengan banyak di tepi sungai, lembah dan bukit. Terdapat beberapa jenis tanah liat yang sesuai digunakan untuk menghasilkan arca, contohnya kaolin. Kaolin ialah tanah liat putih yang digunakan untuk menghasilkan porselin. Pengarca biasanya menggunakan terracotta untuk membuat arca.

HAM RABEAH KAMARUN

Globe (1990)

Medium : ceramic
Saiz : 64cm x 182cm

ARCA UKIRAN KAYU


Arca kayu boleh didapati dalam sepotong kayu yang diukir atau beberapa kepingan kayu yang dicantum bersama. Ukiran kayu menggunakan teknik yang lebih mudah daripada bahan lain bergantung pada ukuran dan jenis kayu. Ukiran kayulah yang paling banyak dipraktikkan di Malaysia, terutama di kalangan suku kaum peribumi

Tengku Sabri Tengku Ibrahim Pandir Daik (1991) Medium : Kayu Saiz : 153.5cm x 179cm

ARCA UKIRAN BATU


Agak rumit kerana pengarca perlu memahat batu terlebih dahulu sedikit demi sedikit untuk mendapat bentuk yang dikehendaki. Batu pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun kerap kali digunakan oleh pengukir yang baru berkecimpung kerana batu jenis ini lebih mudah dibentuk. Batu yang lebih keras seperti granit, marmar dan batu pasir digunakan oleh arcawan yang lebih mahir. Batu yang keras biasanya bertahan hingga ratusan tahun. Arca batu juga dihasilkan dalam bentuk gabungan dengan bahan yang lain. Proses ini memerlukan kemahiran yang tinggi. Contoh, arca di istana purba, gereja, biara, kubu, kota, dan tugu peringatan. Di tempat sebegini, logam dan batuan digabung sebagai arca estetik dan arca berfungsi.

ARCA LOGAM

proses memateri menggunakan oksiasetilena menyebabkan arca logam lebih mudah dihasilkan kerana dapat mencantumkan dua kepingan logam dengan mudah dan cepat. Arca logam boleh dicipta dengan menggunakan satu kaedah atau kombinasi kaedah. Ia boleh dibentuk dengan memotong logam dengan pengacip dan gunting, membakar dan menukul atau mencantumkannya dengan skru, rivet dan pateri.

Anthony Lau

Hasil Laut (1970) Medium : logam Saiz : 63cm x 30cm

ACUAN GANGSA

Gangsa merupakan aloi atau pancalogam yang terhasil daripada kombinasi tembaga, zink dan timah. Ia lebih bervariasi mengikut keperluan arcawan itu sendiri. Bahan-bahan seperti nikel, aluminium, perak atau mengan boleh dicairkan dengan leburan gangsa untuk menghasilkan acuan yang lebih terang. Biasanya, acuan direka berdasarkan model dan dibuat daripada pelbagai bahan seperti pasir, plaster, getah, gam, logam, seramik. Selepas itu, cairan gangsa akan dituang ke dalam acuan.

Zainuddin Abidinhazir A Lesson I (2007) Medium : steel Saiz : 109cm x 78cm (30kg)

ARCA LUAKAN

ARCA BINAAN

ARCA TIMBULA N

ARCA ASEMBLAJ

ARCA ACUAN

ARCA DINDING

ARCA BERGERAK / MOBIL

ARCA GABUNGA N

Arca ini memerlukan pengurangan, pembuangan, atau pemotongan pada bahagian-bahagian tertentu sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil

Proses ini sesuai pada bahagian Berat dan ringan seperti bongkah Kayu, batu marmar, plaster of paris, Lilin, tanah liat dan lain-lain

ARCA LUAKAN

Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya jika menggunakan bahan batu, pengarca perlu menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya

ARCA BINAAN

Arca binaan ialah bentuk arca yang dihasilkan daripada binaan struktur asas. Bahan binaan yang dihasilkan adalah berasaskan bahan-bahan seperti logam, batu, kayu, simen dan sebagainya.

Satu bahan utama digunakan Teknik kerangka dan dibuat digunakan penambahan sebagai sehingga struktur asas terbentuk atau bahagian struktur binaan dalaman yang besar. biasanya Arca jenis ini diperbuat boleh dibina daripada berasaskan teknik dawai, keluli kerangka atau dan sebagainya tidak berkerangka

Arca tanpa kerangka dibina berasaskan cantuman bahanbahan seperti logam yang dicantum sama ada secara pateri atau dikimpal

Arca timbulan Atau arca relief Ialah arca (3D) Yang tersembul Keluar daripada Permukaan (2D)

ARCA TIMBULAN

Manusia pada Zaman dahulu Menghasilkan Arca dengan Memotong, Memahat, atau Mengorek Keluar latar Belakang yang Dikelilingi satu Figura atau Binatang akan Menjadikan figura Tersebut lebih menarik

ARCA BERGERAK / ARCA MOBIL

Arca mobail atau arca kinetik dipelopori oleh Alexander Calder (1898-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika. Arca kinetik ini diperkenalkan pada awal tahun 1930-an. Arca ini boleh bergerak, berputar dan berombak. Calder telah menghasilkan monumen di tempat umum dan menjadi perangsang kepada artis seni lain untuk membuat binaan bersaiz besar. Arca mobail yang dihasilkan beliau menjadi inspirasi kepada artis lain kerana bentuk elemen geometrik yang dipotong daripada kepingan logam industri dan menampilkan pelbagai pergerakan.

Terbentuk hasil cantuman bahan buangan yang disatukan dan mula mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-an dan 60-an.

ARCA ASEMBLAJ

Arca tiga dimensi (3D) ini dilihat sebagai junk sculpture, iaitu arca barangan terpakai atau barangn buruk dan rosak. Arca asemblaj yang terkenal ialah Homege to New York karya Jean Tinguely.

ARCA ACUAN
Setelah acuan disediakan, Cairan akan dituang Dalam acuan. Seterusnya cairan akan Membeku dan menjadi Arca. Contoh arca Acuan ialah Tugu Negara

Terhasil daripada Model Acuan yang Disediakan Arca sebegini boleh Dihasilkan dalam Kuantiti yang banyak

Bahan untuk membuat Arca acuan biasanya Terdiri daripada Plaster of paris, lilin, simen Tanah liat dan lain-lain

Arca dinding adalah integrasi antara catan dengan arca. Ia kelihatan seperti catan jika dilihat daripada sudut pandangan hadapan tetapi kelihatan timbul apabila dilihat dari sudut tepi atau sisi

Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bahan lain seperti logam nipis dan sebagainya

ARCA DINDING

Arca sebegini biasanya Dijadikan hiasan didalam Rumah atau bangunan dan Sebagai hiasan dimeja, Dinding atau digantung Pada siling

Di Malaysia, tokoh pengarca Jenis ini dipelopori oleh Abdul Latiff Mohidin. Karya beliau yang terkenal Ialah Langkawi (1977)

ARCA GABUNGAN
Arca gabungan ialah penggabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan arca tersebut bukan sahaja dari segi jenis, malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca gabungan juga mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca itu sendiri dan bukannya setakat berdiri di hadapan karya sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan atau campuran ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.

Anda mungkin juga menyukai