Anda di halaman 1dari 11

KESENIAN DALAM ISLAM Islam adalah agama yang nyata (waq'ie) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada

semua tempat, zaman dan situasi yang menepati cita rasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam diri manusia tertanamnya perasaan suka pada keindahan. Keindahan itu dalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata atau bahasa. Al-farabi : menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. al-Ghazali : seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai dengan fitrah. Seni ada 2 tujuan : i. Seni untuk seni : bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apaapa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. ii. Seni untuk masyarakat : Seni dicipta utnu sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak. Seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian : i. Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya. ii. Seni yg diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainnya. iii. Seni yg diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya. iv. Seni yg dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yg berbentuk puisi dan prosa.

8.1 Konsep Seni menurut perspektif Islam

* Seni islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan islam. * Perbezaan seni Islam dan bukan Islam sari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni islam. * Tujuan seni Islam adalah kerana Allah.

* Dalam pembangunan seni kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehiudpan manusia. * Seni mestilah bersifat Amar makruf dan nahi mungkar. * Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan keredhaan Allah dan ketakwaan) * Seni mestilah menjadi alat untuk meningkatkan ketqwaan. * Hukum asal kesenian dan hiburan adalah HARUS * menjadi haram kerana wujudnya perkara yang bertentangan dengan syara'

8.2 Prinsip-Prinsip Kesenian

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitran dan sejagat. - Alam sekitar gelerinya dan manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan NYA. 2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yg menyentuh aspek-aspek estatika, kemanusiaan, moral dan lain2 lagi. 3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kpd keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. - menurut Islam kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap. 4. Kesenian Islam terpancar dr wahyu Allah, sama seperti undang2 dan syariat. - Harus beradda di bawah linkungan dan peraturan wahyu. - Ini membezakan kesenian Islam dan kesenian bukan Islam. 5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan Allah, alam sekitar dan sesama manusia serta makhluk lain.

Terdapat 5 hukum dalam seni :-

i. WAJIB : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yg mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk masjid serta seni taman bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah tersebut. ii. SUNAT : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan uamt islam seperti nasyid, qasidah dan selawat kpd rasulallah dalam sambutan maulidur rasul dan taranum (seni lagu) al-Quran. iii. MAKRUH : Jika kesenian itu membawa unsur-unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan manusia. iv.HARAM : JIka kesenian itu berbentuk hiburan yang : 1. Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan2 yang berupa tanggungjwab terhadap Allah khasnya spt ibadat fardu ain dan kifayah. 2. Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dpat membezakan antara yang (betul) dan yang batil ( palsu). 3. Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai maksiat lain. 4. Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram spt pergaulan dlm bentuk bersuka-suka yang melampau. 5. Objek atau arca dl bentuk menyerupai patung sama ada dibut dr kayu, batu dll. 6. Disertai dgn alat muzik yang diharamkan oleh Islam spt alat tiupan, bertali, tabuhan yg bertutup bahagian atas serta alat muzik tekanan jari. Setengah ulama mengatakan harus digunakan dlm pendidikan dan tidak menarik kpd konsep al-malahi(hiburanyg keterlaluan). Alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah. 7. Seni yang merosakkan akhlak dan memudharatkan individu atau yang berbentuk bermoral seperti tarian. 8. Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat untuk menunjuk-nunjuk kesombongan.

asas

hak

bebas

tidak

dan

v. HARUS : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

8.3 Bidang-bidang kesenian 8.3.1 Tulisan (Khat)

- khat, segala tulisan yang cantik untuk hiasan - menjadi haram sekiranya digunakan untuk fitnah, lucah, syirik dan sebagainya

* Kepentingan seni khat : i. Ia mempunyai kaitan dgn peningkatan tahap tamadun itu sendiri. sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun. ii. salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis ayat2 al-quran dgn baik. Dan dengan cara ini difikirkan untuk memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya. iii. Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya. iv. Rasulallah menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasulallah bermaksud " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat kerana ianya antara kunci sumber rezeki". v. Saidina Ali (k.w) pernah berkata : " Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara paling mustahak dan menyeronokkan".

* Jenis-jenis khat :i. Khat Khufi : berasal dr Kufah. ii. Khat Riq'ah : dapat ditulis dgn cepat

8.3.2 Penulisan * Dikaitkan dengan seni kesusasteraan. * Mendapat sambutan hangat umat islam kerana seni ini bersumberkan ayat al-quran dan al-sunnah. * al-Quran dilihat dr segi keindahan bahasa dan isi kandungannya. * al-Quran berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan arab dr segi keindahan bahasa * Ramai arab Quraish memeluk Islam kerana mendengar al-Quran seperti Umar al-Khattab, al-Walid alMughirah, Rabiah dan Jubair bin Mat'am. * Selain al-Quran kesusteraan islam meliputi Syair, Ruba'i, Burdah dan prosa dll.

8.3.3

Lukisan dan arca

-Dikenali juga sebagai seni halus.

- Seni lukis bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian safhah al-Quran ygn dihisai dgn corak lukisan bunga dan gambar berbentuk Arabesque dgn pilihan warna emas. - Seni lukis islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yg boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung. - harus melukis dan membentuk sesuatu yang tidak bernyawa - haram membentuk patung dan melukis makhluk yang bernyawa - dibolehkan melukis makhluk yang bernyawa kerana keperluan yang diiktiraf seperti pendidikan. - gambar foto tidak termasuk dalam lukisan tetapi mestilah memenuhi syarat : 1) Menutup aurat sekiranya untuk umum 2) Tiada pergaulan bebas, percampuran dengan bukan mahram

Matlamat kesenian

- Seni dalam islam tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan semata. - Seni islam dibentuk untuk melahirkan seseornag yang benar-benar baik dan beradab. - Motif seni islam mesti bermatlamatkan : ~makruf ( kebaikan) ~halal ~berakhlak. - menanam rasa khusyuk kepada Allah disamping memberi ketenangan jiwa manusia sebgai makhluk Allah yg diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada keindahan. -Kesenian Islam terpancar dari tauhid yang merupakan yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan allah swt. - Seni perpaksikan tauhid dapat menanam sikap bertaqwa dan beriman. - Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan emosi.

- seni dalam islam merupakan keperluan tahsiniat - mengisi kekosongan masa, masa yang kosong kalau tidak diisi dengan perkara kebaikan atau paling kurang perkara harus atau makruh, masa itu akan diisi dengan perkara kejahatan. - salah satu cara berdakwah ejarah perkembangan Ukiran kayu Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukirpengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai Istana Hawa Nafsu. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780). Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani. BENTUK-BENTUK UKIRAN a. Ukiran Tebuk Tembus Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat. Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir

yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

b. Ukiran Bunga Timbul Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

d. Larik Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

d. Ukiran Kayu Hanyut Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

TOKOH-TOKOH UKIRAN 1.Encik Latiff bin Long Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun 1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran

Kayu Jenis silat dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara. 2. Tuan Haji Wan Su bin Othman Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi. Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara. Anda mungkin juga meminati:

Anda mungkin juga menyukai