Anda di halaman 1dari 1

Tang Xin Yi ialah sahabat saya. Umurnya 12 tahun. Dia belajar di S. J. K. ( C ) Hin Hua. Xin Yi tinggal di tepi sungai.

Saya berkenalan dengan Xin Yi sejak tahun 2009. Xin Yi ialah seorang yang baik hati dan bertanggungjawab. Apabila saya menghadapi masalah, dia akan membantu saya. Kami mempunyai hobi yang sama iaitu bermain ping pong. Pada setiap malam Isnin, Rabu dan Jumaat, kami akan pergi ke pusat latihan untuk melatih ping pong. Xin Yin seorang pemain yang rajin kerana dia selalu menghadiri latihan yang ditetapkan. Kadangkadang, kami akan mewakili sekolah masing-masing atau mewakili pusat latihan untuk menyertai pertandingan ping pong. Selepas setahun berlatih ping pong dengan gigih, saya dan Xin Yi berjaya menjadi wakil pemain ping pong Daerah Klang. Kami berasa sungguh gembira kerana pasukan kami mendapat johan dan pasukan bergu kami mendapat tempat ketiga. Dengan kejayaan tersebut, kami diamanahkan untuk mewakili Negeri Selangor dalam pertandingan ping pong antara negeri. Demi meningkatkan kemahiran ping pong, sebaik sahaja ada masa lapang, saya akan menjemput Xin Yi datang ke rumah saya untuk berlatih ping pong bersama saya. Saya berasa bangga kerana mempunyai seorang sahabat yang baik hati dan bertanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai