Anda di halaman 1dari 3

Forum Budi Bahasa Budaya Kita Duduk di bawah pohon bidara, Sambil merenung sinaran bulan, Selamat datang

pembuka bicara, Buat hadirin rakan dan taulan. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam pertemuan dalam pertandingan forum remaja ini. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT ya, kerana pada hari yang ceria ini dapat kita bersama-sama berkumpul untuk berkongsi ikhtiar dan mencambah fikiran mengenai topik yang bakal kami kupas, satu persatu. Berbudi bahasa bukan bererti tunduk dan mengalah tak tentu, berbudi bahasa bererti mengamalkan sifat-sifat murni manusia sejagat, berbudi bahasa ialah asas kehidupan bermaruah dan bertamadun. Amat bersesuaian dengan tajuk forum kita iaitu Budi Bahasa Budaya Kita Sebelum itu hadirin, apa kata kita bertakrif terlebih dahulu. Saya Siti Zulaikha Bt.Hasan selaku pengerusi forum pada kali ini. Kita menoleh, tiga orang ahli panel yang berkredibiliti. Baiklah. Ahli panel kita yang pertama, tersenyum sahaja dari tadi saya lihat, Jaymani A/P Sevenathan. Beliau merupakan Tokoh Pelajar SMK Bukit Sentosa. Apa khabar saudari? Ahli panel kita yang kedua pula, berkaca mata orangnya. Ho Mei Hui, beliau merupakan Pengerusi Kelab Budi Bahasa SMK Bukit Sentosa. Seterusnya, ahli panel kita yang terakhir ini. Ayu dan manis sahaja raut wajahnya, Anis Adibah Bt. Asfarizam yang dinobatkan sebagai Pelajar Paling Berbudi Bahasa Tahun 2010. Hadirin dan hadirat. Budi bahasa lazimnya merujuk tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Mari kita memasang telinga mendengar pendapat ahli panel kita yang pertama ini mengenai budi bahasa ini. Maafkan saya saudari Jaymani, boleh saudari tolong terangkan dengan lebih jelas lagi apa yang dimaksudkan dengan utopia? Terima kasih ya saudari Jaymani. Sudah tentu,amalan dan penerapan budi bahasa serta nilai-nilai murni ini akan melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai identity yang positif. Umumnya nilai-nilai murni ya kebng perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Apa kata saya minta ahli panel kita yang untuk memberikan pendapat beliau sama ada orang zaman sekarang ini berbudi bahasa atau tidak dan perbezaannya dengan orang zaman sekarang. Silakan saudari.

Saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh saudari Ho Mei Hui sebentar tadi. Orang dahulu ya, jika mahu memilih menantu, pastinya memilih pemuda atau pemudi yang mempunyai budi bahasa dan budi pekerti yang tinggi. Dewasa ini, ibubapa pastinya lebih mementingkan harta benda dan paras rupa dalam memilih calon menantu ya. Para hadirin yang saya hormati, nilai budi bahasa penting dalam kehidupan untuk melahirkan ummah yang gemilang sehingga kerajaan sentiasa giat melaksanakan Kempen Budi Bahasa di seluruh Negara. Malahan, sekolah-sekolah juga banyak melakukan program untuk meningkatkan budi bahasa dikalangan para pelajar. Jika dilihat, begitu pentingnya ya, penerapan budi bahasa ini. Saya ingin mengajukan soalan kepada ahli panel ketiga. Mengapakah budi bahasa ini sangat penting? Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ada berkata Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa. Ya, terima kasih saudari Anis. Budi bahasa ini sememangnya penting ya para hadirin. Baiklah, boleh ahli panel yang pertama, Saudari Jaymani boleh menjawab pertanyaan saya? Apa contoh perbuatan yang menunjukkan seseorang itu tidak berbudi bahasa dan apa kesankesannya. Jika dilihat kurangnya budi bahasa dalam diri masyarakat pada masa kini terutamanya golongan remaja seperti yang dihuraikan oleh saudari Jaymani tadi. Terima kasih ya saudari. Pada pendapat ahli panel yang kedua, apakah faktor yang menyebabkan mereka ini tidak berbudi bahasa? Silakan saudari. Terima kasih ya saudari Ho Mei Hui. Budi bahasa ini seharusnya dijadikan budaya dalam diri setiap orang tidak kira lapisan masyarakat kerana amalan berbudi bahasa ini bukan soal picisan yang boleh dipandang enteng. Saudari Anis, bagaimanakah cara untuk memupuk atau membudayakan amalan berbudi bahasa ini khususnya golongan belia? Ya, semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam membudayakan semula amalan berbudi bahasa ini.Ibu bapa khususnya, wajib mendidik, membimbing, dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik serta mempunyai kelakuan terpuji. Sedar tak sedar ya, kita sudah sampai ke penghujungnya. Definisi sudah dikaji, langkah pun sudah diteliti. Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi mengupas topik kita pada hari ini, dan para hadirin yang sudi meminjamkan telinga untuk isu kita ini. Hadirin, semua pihak wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam setiap individu. Kempen Budi Bahasa dan nilai-nilai murni perlu diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, masyarakat akan bersatu padu agar kita tidak diibaratkan umpama kambing kecil, meretak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi.

Akhir kata dari saya, sepuluh jari disusun, memohon ampun dan maaf. Andai ada terlanjur kata, terkasar bahasa sehingga kita berjumpa lagi. Hadirin, serangkap pantun saya berikan sebagai penutup. Ayam hutan terbang ke hutan Tali tersangkut pagar berduri Adik bukan saudara bukan Hati tersangkut kerana budi